Sunday, December 29, 2013

Surah Al-Hajj (ayat 46 and 58)


Just want to share what I'm read for today :)

Surah Al-Hajj

Ayat 46:

Maka tidakkah pernah mereka berjalan di bumi, sehingga hati(akal) mereka dapat memahami, telinga untuk mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.

Ayat sebelumnya berkisar tentang kaum-kaum nabi yang terdahulu sebelum Rasulullah yang ingkar kepada Allah. Semoga kita mengambil iktibar dari ayat ini. Perbanyakkan instighfar supaya kita terhindar dari golongan itu. InsyaAllah :)

Seterusnya,

Ayat 58:

Dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah, kemudian mereka terbunuh atau mati, sungguh, Allah akan memberikan kepada mereka rezeki yang baik(syurga). Dan sesungguhnya Allah adalah pemberi rezeki yang terbaik.

I think this ayaah is beautiful and somehow i want to relate this ayaah our muslim sisters and brothers at Syria, Mecca, Palestine, and Rohingya..they often become the victims of cruelty and oppression. From this ayaah, we know the reward is jannah ^^

Thursday, December 12, 2013

Mampu


2.00 AM

Iman.
Mudahnya kau berbolak-balik.
Aku tahu
Bukan mudah mengharungi perkara dunia
Mudah terbawa-bawa
Mudah mengikut kata hati
Mudah mengikut nafsu

Tapi
Itu bukan alasan
untuk kau terus begitu
Harus aku ber-istighfar
Mungkin dosa masa lalu

Manusia mana yang tidak berdosa

Istighfar saja
sudah mampu
mampu menenangkan hati
mampu menghapuskan dosa
mampu merendah diri
mampu mengingati mati
mampu untuk terus mengingati-Mu Ya Allah

Maka, dengan doa,
"Ya Allah, tetapkah lah hati ini untuk terus berada di jalan lurus Mu"
Kami memohon pada Mu

Wednesday, December 11, 2013

Cameron Highland Part 2 !


Batch Hort 2012/13..

Cameron Highland Part 2!!




kimas-kimas..mahu balit sudahh

Taman Lavender!

cause we're cool like dat yo (apaakucakapni)




La la la la lavender~

pretty flowers~~~


Gambar rumet!haha wajib ado.

makan kang bunga ni!haha

ala-ala commercial giteww



Aucakk!




Wednesday, December 4, 2013

Jom, kawan!


Ini salah satu post yang aku join dekat group di fesbuk. Deep word.
Aku tengah berusaha ke arah itu.
Friends..jom? ^_^


Sedikit Teguran daripada saudaramu.

Zaman remaja merupakan zaman kemuncak dalam kehidupan manusia, zaman di mana kekuatan fizikal & mental itu sedang giat terbina & terpasak.Juga zaman di mana seseorang manusia yang diciptakan Allah itu diberi kekuatan yg hampir lengkap untuk disumbangkan.

Tetapi pada saat ini jugalah saatnya jiwa & kekuatan kita diuji.Adakah layak jiwa tu terus tumbuh berkembang atau layaknya hanyalah untuk tumbang dek kesilapan diri.Zaman di mana manusia berperang antara CINTA Ilahi & CINTA Manusiawi.Inilah zaman yang sedang kita lalui.Samad kita sedar atau terlena, kita sedang berdiri di atas landasannya.

Secara peribadinya, ana melihat bagaimana bahayanya Cinta itu jika tidak dipimpin ke jalan yang sebenarnya.Jelasnya di dada2 FB kenalan, masing2 sibuk meluahkan rasa hati untuk tatapan umum, sibuk menukar status, sibuk bercerita tentang 'rusuknya' yang hilang.ke mana ianya perlu dicari,bilakah hendak ditemui rusuknya.Jelasnya melalui semua ini..satu gambaran yg kasar dapat dirumuskan.

"Kurangnya pemahaman dalam perkara Keutamaan & Sampingan"

Sahabat2 remaja..bukan ana katakan bercinta itu salah,bukanlah mencari rusuk itu salah..Yang salahnya adalah kesilapan dalam meletakkan keutamaan.Perlu disedari, masyarakat pada hari ini jelas memerlukan satu perubahan & tarbiah yg tulu sdaripada ahlinya sendiri.Siapakah yg lebih layak melakukan kerja2 'Renovation' masyarakat kita jika bukan para Remaja yg diberikan kecerdasan & kecergasan.Amat malanglah jika masa remaja itu dihabiskan dengan angan2 kosong yg asasnya hanya di alam fantasi.Berdirilah di alam realiti.Janganlah kerana omongan cinta yg berlebihan, kita mengabaikan Cinta yg lebih besar..Cinta Ilahi.Janganlah kerana omongan 'rusuk' yang hilang,kita mengabaikan Tulang Belakang kpd perubahan masyarakat..Tarbiah & Dakwah

Masa remaja seharusnya digunakan untuk menimba ilmu sebanyak-banyaknya, membina iman setinggi-tingginya, memasak Taqwa sedalam-dalamnya..bukannya masa ini dihabiskan dengan angan2 cinta fantasi.Melangkah ke alam rumahtangga itu jalannya bukan dengan berangan2 kosong, jalannya adalah dengan menimba ilmu sebaiknya.Mengislahkan diri sebaiknya.Semuanya memerlukan MASA..jangan bazirkan masa itu dengan termenung & tersipu-sipu sendirian.

"Dalam setiap Pembaziran itu, ada suatu sudut yg diabaikan"

Fahamilah perkara keutamaan & sampingan.Yang mana perlu didahulukan & yang mana perlu dikemudiankan.Agar nanti masa & usaha kita tidak menjadi sia2..Mencari cinta manusia itu bukan keutamaan jika dibandingkan dengan mencari Cinta Ilahi.Apalah gunanya jika rusuk yg hilang ditemui, tetapi rusuk pengislahan masyarakat itu diabaikan.Bersikap adillah antara keduanya.

Wallahua'lam

Tuesday, December 3, 2013

Cameron Highland Part 1


Biar gambar berbicara~ ^_^

Lokasi : Cameron Highland!


Model2 yang terlibat : Saya! dan pelajar kos hortikultur batch 2012/13


Dengan bantal 'wangi' memasing. Yang sorang tu bantal besday :p

Taklimat di Mardi

Mardi!! 

mesti very familiar with this tower kan? :)

concept english garden

uuu..bunga bulat2

highland herb

posing jgn tak posing yob!

Sape tah kata nak bersanding kat atas buaian ni..hahaha

Us :')
- okay, sekian.

nanti saya sambung lagi ye.
nak pegi kelas haha

^_^

Friday, November 15, 2013

Air sungai


Terdapat satu ciptaan Allah ini yang

Tetap mengalir iaitu air di sungai

Walaupun penuh batu-batuan

tidak kira kecil atau pun besar

Ianya tetap mengalir

dari hulu ke hilir

dari permulaan hingga ke penamat

dari tempat yang tinggi ke bawah

tetap mengalir.


Marilah ambil iktibar dari penciptaan Allah disekeliling kita.
Menunjukkan yang usah berputus asa and keep moving on.
Minta pertolongan Allah ketika kesusahan.
Berdialog lah.
Allah always with us.

'Rabbi yassir wala tu 'assir ,rabbi tamim bil khair'  Hafal dan InsyaAllah
urusan dan kebimbangan dipermudahkan oleh Allah.


Wednesday, November 13, 2013

There's something...



You know..

There's something hidden but it's beautiful

and

There's something visible but it's ugly

but

in the end

only Allah see and know the truth

Let Him decide.


What's important is we reflect ourselves everyday and take the lessons.

Sometimes it's a reminder for us. 

Thursday, October 31, 2013

Meet my boys



Assalammualaikum dan Halluuu~

    Firstly, congrats to my cousin,kak nisah for the convocation. ^-^
I hope I can graduate with flying colours. InsyaAllah.

   Secondly, meet my boys hahah




Yep. Both male. If female, it have shorter tail. Kalau beli seekor betina pun, bukannya aku nak mate kan dia pun. So beli je lah two boys ni kekeke. Still at young stage kot. Aku mana ada ilmu sangat pasal ikan ni. Mula2 coursemate duk beli seekor. Lepas tu pegi la tengok. "Eh, macam canteeeek jee" Mula-mula ingat nak beli ikan puyu je untuk kat rumah tu. Lepas tu call la mak.

me: mak, nak ikan puyu tak?
mak: takyah la..ada banyak. baru tangkap kat kg aritu.
me: laa yeke. baru ingat nak belikan..kalau ikan laga? nak tak?
mak: haaa bole jugak. beli dua ekor..pilih la yang cantik2.

Tak sangka anticipation mak sampai nak 2 ekor terus. Panjat I haha. Mula-mula macam "betul ke nak beli ni...?" Lepas tu beli je la. Bila bawak balik bilik, aku ngan jannah asyik belek ikan ni. Main2 ngan diorang. Tetiba rasa macam nak biar kat bilik je :3

Rasa tenang sangat tengok diorang berenang ke sana ke mari dengan lenggok siripnya yang sangat lemah gemalai beralun tu >_< Subhanallah...lagi-lagi warna biru tu..bila kena pantulan cahaya, sangat berkilau..pastu aku ngan jannah akan macam :0

Kalau warna merah tu kan ekor dia macam dress kain chiffon tu, chantek sangat..aku suka warna dia yang sangat elegan. Merah ni sangat cool, dia tak rasa tercabar bila tengok yang biru tu. Sangat cool lah hehe.

Ikan laga ni senang je jaga dia (I think) tak perlu banyak sangat hiasan. Kalau air, better guna air tapis or air mineral. Kalau air paip, make sure ada anti-klorin. Takut ada yang arwah pulak nanti hehe. Aku tengah mencari daun ketapang sekitar upm ni sebab daun ni ada fungsi natural untuk heal ikan laga yang sakit. Daun ni ada asid tannin and hunnin yang bole menurunkan nilai pH air. Yang eloknya daun ketapang yang dah warna kekuningan/keperangan. Mengurangkan stress jugak. Ikan pun reti stress tau haha. Selain tu, ikan ni boleh main2, nyorok or tidur bawah daun tu. InsyaAllah kalau jumpa. Kat fakulti agribio aku ada jumpa daun yang serupa tapi tak sure. Ada senior cakap dekat seri serdang nun...kalau abah datang jemput nanti, kalau boleh nak pi jenguk sat. Tengok la cemaner kan heee

Oh ye, ikan ni aku beli dekat pesta konvo kat bukit ekspo. Kalau bab harga maybe mahal dari tempat yang lain, tapi bila pikir balik..bila lagi nak pegi beli. Dah jumpa tu, alang-alang je la. Harga tolak ke tepi. To me, it's worth it :)

Alright. Sekian!

Gelagat macik2 horti~







Thursday, October 24, 2013

Kelainan sunyi.



Malam ini sunyi.

Bunyi cengkerik bersahutan.

Aku teruskan membaca.

Di bawah terangnya lampu meja ku.

Esok malam ada test.

Manfaatkan sepenuhnya malam ini.

Keesokan hari sibuk dengan amalan ladang.

Rakan-rakan ku juga pasti sedang khusyuk baca.

Fikir aku tanpa memandang mereka.

Namun,

Aku rasa sunyi sangat.

Ku pusing belakang.

Seorang rakan ku sudah berlayar ke alam mimpi rupanya.

Patut lah.

Sekian.

Haha.

^_____^V

Saturday, September 28, 2013

Ikhlas Menolong.


Menolong.

Keikhlasan perlu diselitkan.

Tanpa mengharapkan balasan.

Manusia adakalnya terlupa.

Namun yang tidak pernah tidur adalah Allah yang Maha Melihat.

Mungkin kita tak mampu nak membalas.

Allah akan utuskan orang lain untuk tolong semula jasa kamu.

Jangan marah.

Kalau manusia yang ditolong itu, tidak membalas jasa mu.

Mungkin kerana lupa atau belum mampu.

Itu kerana..

Kerana adakalanya Allah sedang uji keikhlasan mu.

Ikhlas ke?

:)

Tuesday, September 24, 2013

Antara mata lebah dan lalat



Herm. Hai! hehe. Eh, Assalammualaikum! 

Macam habit. Aku suka menaip dan post entri di kala tengah malam. Sambil menaip pula aku suka mendengar lagu. Kalau tiada alunan lagu, nanti fokus hilang entah ke mana. Itu style aku. Sambil buat nota kena dengar lagu. Kalau membaca novel pun kena dengar lagu, kalau tak apa yang dibaca tak masuk kepala. Tapi kalau baca dan hafal nota tu, of course lagu is not allowed hehe.  Kan?

Redha.

Mempunyai banyak cabang maksud dan kategori kan. Kita redha dengan keadaan sekeliling. Kita redha dengan ketentuan Illahi. Kita redha dengan dugaan yang diberi oleh-Nya. Kita redha dengan siapa keluarga ataupun kengkawan walaupun adakalanya perangai mereka agak annoying hahaha. Yelah, nothing's perfect. Kebiasaannya redha ni disertakan dengan perasaan ikhlas. Bila kita ikhlas menerima, hati pun redha dan makin bertambah tenang. InsyaAllah dipermudahkan untuk menjalani hari-hari yang seterusnya. Pemikiran pun lebih positif. Dari situ, mata hati kita akan tertumpu pada benda-benda yang baik. Dalam dunia ini, perkara kebaikan itu sentiasa melebihi keburukannya. Bak kata Ustaz Kazim Elias - Janganlah jadi seperti lalat yang hanya nampak benda-benda busuk dan kotor sahaja, tapi jadilah seperti lebah yang selalu nampak benda-benda cantik dan wangi. Sentiasalah mencari kebaikan dalam hidup kita. Mungkin kita tak sebertuah orang lain tapi kita juga tidak seteruk mereka yang dalam serba serbi kekurangan. Ini kerana setiap kejadian yang baik mahu pun yang buruk ada sebabnya yang tersendiri.

Okay? Note To Myself too~

Segala yang baik tu datang dari Allah, dan yang kekurangan tu datangnya dari diri kita sendiri. Ingat tuww~

Jangan lupa.. pilih antara mata lebah ke..mata lalat? :)

Bye Bye ^_^

gugel



Sunday, September 22, 2013

Bukan saja-saja



From Heliza Helmi (facebook post) :

BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..
MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..
Masihkah lagi tidak bersyukur?


Moga menjadi penguat diri. Her words really deep. I really like this one. Sebab itulah kita kena selalu husnudzon dengan Allah. Semua yang terjadi bersebab. Bukan saja-saja. Bukan semua yang kita nak akan dapat. Boleh jadi kita sangat menyukai sesuatu itu tapi bukanlah yang terbaik kita untuk kita. Boleh jadi kita tak menyukai sesuatu itu tapi itulah yang terbaik untuk kita.

Mari bersyukur kepada Allah... Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah :)

Thursday, September 19, 2013

Random thoughts



Salam semua.

Now what should i say here? No big issues running through my head actually. Just random thinking. Lisa just asked me," nina..tak post blog ke?" So...here I am...just randomly writing haha. I do miss writing here even nothing is important.

So, patut ke aku share keadaan aku kat sini untuk semester 3? patut je la kan. bukannya apa pun haha. So far so good...masalah pendaftaran subjek tu macam biasalah. Masih ada even minggu daftar subjek almost end. Ahhh peniing kepala dengan esmp ni. Kalau masalah tu berkaitan dengan sistem, kita as a student ni memang takleh nak wat paa walaupun dah call orang pejabat semua. Harap semuanya selesai before minggu daftar subjek tutup. Ada kelas yang kena fight dengan student tahun pertama even though kelas tu memang khas untuk program kitaorang. Sabar je lah. Tapi semua tu dah selesai. Just problem dengan sistem je.

Then, lecturer pun okay2 semua..Kelas entomologi (serangga) kena full english sebab ada sorang pelajar foreigner from Somalia. Overall, okay je. I still enjoy in the class. Cuma kalau hari khamis serik sikit la sebab pagi dan petang kiteorang ada amalan ladang. Oh myyy... last week memang melepek okay bila balik bilik. Esoknya jumaat tu pun ada ladang jugak iaitu ladang buah-buahan. Sem ni seronok macam sem 1 sebab kiteorang dah start tanam2 pokok. Yeay! InsyaAllah bila ada hasil boleh bawak balik. Macam last week, kiteorang tanam bendi, cili, kacang panjang, petola dan group aku tanam sayur berdaun macam bayam hijau, bayam merah. Lepas tu ..esok mungkin Dr nak ajar cara nak buat batas. Group aku dapat batas yang vertical kat dinding. Excited pulak nak belajar. Mungkin boleh praktik kat bilik or kat rumah kan hahaha.

Lepas tu kan.. Upm ni sometimes memang heaven dengan shopping. Rajin betul buat jual2 barang kompiter ngan tudung and baju. Duit tu memang mengalir macam air terjun hahaha. Pandai2 la sekat sendiri ye..kalau tak puasa je kang haha. Lately, ni aku jumpa pulak tudung yang agak besar bidang dia dan tak jarang. Harga pulak sepuluh hengget. Sebat satu pun jadi lah haha. Aku memang suka menyinggah tempat2 macam tu. Memang mengundang. Tapi aku consider jugak if barang yang aku nak beli tu memang betul2 guna atau tidak. So far beg yang aku beli kat tempat jual2 macam ni aku still pakai lagi. Ingat, pentingkan keperluan dari kemahuan! hehe

Okaylah. Tu je kot. Nak kena bangun awal esok. Nak berjalan ke ladang lagi..dah la pukul 8 -.-" haha

Anyway, annyeong yeorobunn...sweet dream dan senyum2 selalu..

Be positive! Think postive! hehe

daaaaaa~ ^^

Wednesday, September 4, 2013

Dude, where my keys?


Sat. Nak citer sat.

Ada satu petang ni, family aku nak keluar. Seperti biasa aku orang terakhir keluar dari rumah. So aku kunci lah pintu menggunakan mangga yang ada. Kunci rumah ada di tangan aku. Tiba-tiba, aku tengok tepi ada anak kucing duduk atas rak kasuut. Comel betul. Aku pun usap lah dan main2 dengan dia. Lepas tu, aku jalan ke kereta dan sebelum masuk abah yang dekat tempat duduk depan hulur payung untuk suruh simpan kat belakang kereta. Aku pun amik payung dan simpan lah kat belakang. Aku pun masuk dalam kereta dan tutup pintu. Dum. Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Eh? Mana kunci rumah tadi? Aku pun selak-selak bawak bantal kat tempat duduk belakang. Aik, takde? Aku cakap kat mak, "jap mak..nak cari kunci jap.." Aku pun lari ke rumah dan cek di lantai kalau ada kunci terjatuh. Aku tengok jugak dekat atas rak kasut tadi. Kucing aku dah takde kat situ. Tak tau lah kemana dia pergi. Aik? Takkan kucing aku gonggong kunci aku bawak lari pulak. Kucing bukan macam anjing hoho. Kepelikan melanda. Puas aku tengok sekitar tempat aku mengunci pintu tadi tapi bersih. Nampaknya aku mengambil masa yang agak lama pulak mencari kunci. Dah la nak kejar masa. Takpelah, balik nanti aku cari balik.

Pelik kan? Tapi apa yang lagi pelik adalah 3 second memory yang aku alami. Sampai saat aku menaip disini, aku tengah cuba mengingati setiap langkah yang aku lakukan semasa keluar kunci pintu haritu. Namun, aku percaya kunci tu ada kat tempat yang selamat cuma aku tak tau kat mana. Ya allah. Where is it? Takkan nak salahkan kucing yang menjadi terlalu comel pulak? XD 

Monday, September 2, 2013

Floral Photography



Salam. 


Gambar-gambar ni ihsan kebajikan dari Encik Google.

But edited by me.

The pictures are originally freaking beautiful captured by awesome photographers. Subhanallah! ^_^ 

Tuesday, August 27, 2013

Show your support to them, R4BIA



Jangan terkejut sebab blog saya asyik bertukar rupa. Walaupun tak banyak, sikit pun jadilah hehe.

Tak lama lagi lebih kurang dalam 2 minggu saya akan menjejakkan kaki semula ke alam universiti. acewahh haha. Cuti bakal berakhir. Cukup rasanya berehat hahaha. Alhamdulillah ada input duduk rumah dari segi memasak. Rasa tak sabar jumpa kengkawan yang dah lama tak dengar khabar sejak cuti ni. Dah nak naik balik ni baru lah dengan khabar masing2. Kalau tak tu, memang macam duduk dalam gua memasing hahaha.
Eksaited jugak nak jumpa junior-junior under program saya. Macam tak percaya saya jadi fasi. Bukan reti sangat pun benda2 gini and this is my first time, so kite redah sajalahhh. I'm not sure how it's gonna be but InshaAllah it will be fun.

Alhamdulillah jugak lesen kereta haritu pass. Agagaga. Walaupun kelam-kabut bawak, tapi nasib baik jpj tak syak pape. Anything can happen though. Sempat pandang encik yang ajar saya bawak kereta, dia buat isyarat tangan mcm "jalan saja laaa " hahaha. Glad, I make it! Now, I'm waiting for my license to be done and saya akan start bawak kereta sekitar sini.

Have you heard about R4bia? I'm sure you would. Sangat sedih apa yang menimpa negara palestin, syria dan mesir kan. All those chemical weapons are horribly cruelty to human beings especially kids. Such a painful to our heart to watch all those pictures and videos. More painful that we can do nothing about it besides prayer and support to our brothers and sisters there. Mesti hebat iman diorang diuji sebegitu rupa kan. Nak dibanding dengan kita ni apa lahh sangat. Peluang mereka untuk syahid sangat luas. Namun, senario segelintir remaja disini agak menyedihkan. Sanggup bunuh diri semata-mata nak follower? (You know who right. Sorry to say) Cuba hantar dia kesana sikit. Buka mata luas-luas. Sometimes life is just not about you only. We're in unity. Lets pray for them

http://www.pakistaniyan.com/2013/08/what-is-meaning-of-raabiaraabar4bia.html - detail info about R4bia.

Secara ringkasnya, rabia bermaksud 4 dalam bahasa arab. Ini simbol dalam menentang keganasan dalam pemerintahan tentera ke atas negara diorang. Setakat yang saya baca di surat khabar kelmarin sudah seribu lebih meninggal dunia.  :(

http://ilusi-fantasidunia.blogspot.com/2013/08/r4bia-sokongan-dan-doa-buat-mesir.html - i love this one..

Thursday, August 15, 2013

La Tahzan hehe



Fatih Seferagic dah kahwin.

Tahniah.

*cry at the corner

lol

Haha takde lah. Tahniah, congrats dan barakallah to him!

Pasti rama yang frust menonggeng kan dengan berita yang sangat tiba2 ni.

Sedang aku scroll instagram, tiba2 ada gambar fatih dengan seorang perempuan dalam 2 or 3min gitu dengan caption "the wife"

Lalu aku cepat2 tweet, " Woah Fatih seferagic dah kahwin :0 "

Okay, sekian! hihi


Eid 2013


Assalammualaikum!

Hope it's not too late. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin! to uols ^0^

Amacam? Happy raya?

Duit raya share2 okay..nanti saya sertakan nombor bank akaun kat bawah post. Okay, gurau je haha.

Haaa..so kali ni raya pada umur 20 tahun. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk merasainya. Terima kasih Ya Allah. Raya tahun ni a bit different. Ofkos, saya happy dengan kelainan yang dirasai. Tahun ni juga along raya hari pertama disini. Minggu terakhir nak raya memang riuh-rendah dengan kehadiran anak2 buah. Huuu bertenaga sikit rumah ni. Kalau tak tu..bunyi cengkerik akan kedengaran walaupun takde cengkerik. Get what I meant? haha.

Yelah.Bila ada budak-budak, mereka kan lari ke sana sini. Kalau dah tinggal saya dengan mak ngan abah je, takkan tetiba saya nak berlari tak tentu arah. Gilo ko apoo hahaha. Kehadiran kanak2 memang meriah kan keadaan tanpa disedari. Okay, nampak kerinduan saya pada mereka disitu hehe.

Herm, lapar tetiba di tengah pagi ni. Tadi baru habis layan dua episod Running Man terus. Ep 2ne1 dengan IHYV parody skali. Topup time cuti raya lol. Aku memang excited nak tunggu tang 2ne1, favorite group. Respect betul dengan Minzy ngan CL. Bias list almost ruin hahah. Cl memang pandai pun sebab bapak dia professor kot. Ada kena-mengena kan disitu? Gene keturunan pandai haha. Tiba2 teringat cross gene belajar time biologi kat matrik dulu. Sangat masuk akal dan seronok haha. Memang la masuk akal. Ayat apa yang aku cuba guna sekarang ni??

Sebenarnya aku cuba untuk tulis dengan formal dan penuh perasaan pasal lebaran (woah haha) kali ni. Ah, agak mencabar. Untuk berbahasa-basi bagi yang kurang berbakat dalam menulis seperti aku ni, kena banyak belajar. Dan sering je cerita keluar topik. Sometimes aku lebih suka cerita random topik, tapi selalu memikirkan sensitiviti sekeliling. Banyak yang aku biarkan macam tu saja.

Nanti aku cuba keluarkan satu entri yang menyentuh hati dan perasaan sampai mengalir mata tanpa disedari. Okay, poyo je kan haha. Gurau je. I just like the laid-back style. Senang sebenarnya haha. Dah la. Cukup mengarut ku disini.

Uols! Maafkan salah silap ku.
I love u.
^_^

pizzz

Friday, July 26, 2013

Pros & Cons of Thursday


Semalam boleh dikatakan hari yang seimbang oleh aku.

Kenapa? Haaa..nak cito lah ni.

Seperti semua orang sedia maklum, semalam aku ada test jpj. (Bunyi macam aku umum kan satu malaysia je kan hahaha) Aku fail. Hehe.
Straight forward je aku cakap. Semalam agak frust jugak la sebab aku kena tunggu lagi 3 minggu nak repeat. Haihhh....takdaq rezeki. Nak wat cano.. Dah la aku fail kat bukit. Biasanya time praktis, aku okay je. Tapi semalam aku neves je lebih haha. Bila terlebih nervous, fokus hilang entah ke mana. Segala step aku lupa nak buat. Adess. Bila jpj suruh undur keta turun bukit, berkecai hati aku huhu. Rasa macam nak nangis. Seriously. Rasa macam nak pergi berlutut, tapi! Takpe! Control myself. It's my fault. Dari situ aku dah terbayang encik yang mengajar aku tu hahaha. Malunya..maaf pakcik! Alhamdulillah test jalan raya aku okay je. Kalau dua2 fail, memang aku rasa nak bakar je keta kat situ haha. Eh, bunyi dah macam psiko agaga. Nampaknya aku masih tak dapat nak tinggalkan ikmas tu haha. Guess, I'll meet u again ikmas. Wait for me eh haha. Adoyaii..I hope I can do better next time InsyaAllah :)

Kawan aku sorang ni nama dia Aimee. Kesian kat dia sebab salah orang lain dia fail. Tu lagi lah, heartbroken nye. Masa simpang 3, dia tengok motor tu jauh lagi tapi tetiba motor tu dah sebelah dia. Agaknya almost nak berlanggar dan jpj tu pun terkejut. Terus dia tak jadi teruskan. Motor tu pun tetiba pecut dah kenapa. Mentang2 orang tengah test, saja lah tu buat dajjal. Seriously. Banyak kes. Sabar je lah. Aimee, nampaknya kita jumpa lagi hikhik. Kita praktis lagi ye nanti. Next time we can do it! InsyaAllah. Encik yang mengajar kiteorang tu siap cakap, "nanti nak sewa kereta satu je..kat jalan raya biar Sharina bawak. Kalau nak parking biar Aimee yang buat" LoL XD

Okay, the good one is my result.
Bila aku cakap macam ni, tak bermaksud aku salah seorang dari DL. One day, InshaAllah! Alhamdulillah. Tengah malam check. Aku dapat result lebih dari yang aku expect sebab aku boleh rasa result aku menurun.
Nasib baik turun tak banyak and still above 3 pointer. Sebenarnya...aku dah redha kalau bawah 3 pointer pun sebab aku rasa begitu tough subjek sem ni. Tapi tipu la kalau aku tak jealous mereka yang mendapat lebih dari aku kan haha. But, I'm happy for you guys. Tahniah untuk mereka yang DL!!! Daebak! Rasanya aku dah cuba yang terbaik untuk sem lepas. Seboleh-bolehnya aku usaha untuk maintain result aku. Bermula lah sesi soal siasat antara coursemate lepas ni ngee. Share je la ye kengkawan. Feel free to ask me, guys! But, only in message. Jangan tanya kat public sudah haha. Memang awak jadi anonymous je nanti keke.

The pros and cons of today hehe.



p/s : the gif not mine :)

Monday, July 22, 2013

I'm Back! \(^0^)/


Assalammualaikum...

Semak pulak tengok entri 'botak ni' tu. Pandang je macam ehh..exam dah habis lah! So, ini membuatkan aku nak hapdet belog. Huuu Haluuuu *waving ^^

Alhamdulillah, tiba juga kita di bulan Ramadan *ayat tipikal haha. Malah dah pun pertengahan bulan ramadan. Maaf baru sekarang hendak mengarang disini. Entahla. Mood nak mengarang just flew out from myself. It takes a long time to regain it. Anyhow, I always check out my blog. To see if there any comments even there aren't lol. It's okay.. :)

Alhamdulillah lagi sekali sebab kali ni aku dapat lalui Ramadan yang tenang berbanding tahun lepas. Aku takkan lupa kenangan berpuasa hampir sebulan di hospital. Tiada apa yang aku kesalkan. Aku hargai segala kenangan itu. Sangat. Dari situ, pelbagai detik di hati ini muncul. Detik keinsafan yang membuatkan aku berjaga-jaga dalam meniti hari hingga ke hari ini.

Dugaan yang sangat kuat tahun lepas. Tapi aku redha. Sebab Allah uji tandanya sayang. Itu yang membuatkan aku rindu saat2 berpuasa tahun lepas. Tahun ni aku diberi lebih peluang untuk beribadat lebih dari segi bertadarus.

Alhamdulillah lagi..sebab aku dapat berbakti sikit dengan mengajar mak mengaji dengan lebih mendalam dari segi tajwid dan pantau bacaannya. Walaupun tak sehebat mana, masih mampu untuk memantau bacaan orang lain. Jadi kan, disini saya nak mengajak kengkawan yang mana dah lancar baca al-quran ajar mereka disekeliling kita. Walaupun tak besar mana, tapi Allah with us. He see our effort :)

- Become blessed by being grateful -



Tuesday, June 18, 2013

Botak Ni.


Esok exam botany

and we are nervous.






All this stuff are involved haha

These was part of physiology such as photosynthesis..stuff like that.. 

We've been learn photosynthesis since darjah enam kan haha

Alrite.

Ingat eh fotosintesis always need light to react. They not only produced oxygen but sugar also. *Tetiba. Aku yang nak amek exam. 

Nampakkan pencampuuran bahasa disitu. Abaikan~ heee



p/s : all pics googled :p

Saturday, June 15, 2013

Tulip's drawing



Iznee said that whenever she feels sorrow..she'll do some sketches

Well, I tried it in different way.

I draw




Hahah. First trial. 

So simple.

Yet it expressed my feeling in this unique way.

This flower is called tulip.

Another beauty from Allah.

^_^

However, my advice for myself and to you guys is that 

'Ask help from Allah. He has the best answer.'

:)

Tuesday, June 11, 2013

Celebrating birthday at Dataran Putra


Salam!

Malam sabtu haritu, sempat la aku melarikan diri sekejap dari dunia kampus ku. Bersuka ria seolah-olah bukan budak yang sedang berstudy week muahaha. Berlari menuju ke Dataran putra di Putrajaya. Alaa yang masjid pink besar tu. Pergi sana sebab nak celebrate secara kecil-kecilan besday kakak dan si baby qarnayn. Si kakak yang ke-5 tahun dan si baby yang ke-setahun haha. Comel kek nya siap ada gambar muka hello kitty kat tengah. Nanti busu pun nak camtu lah hahaha. Taraf tadika dah anak busu sorang ni hikhik. Dia sangat rajin siapkan homework dia. Baguih! macam busu tadika dulu2..tapi bila masuk sekolah rendah...slow down sikit progress homework tuh HAHA Si baby, bila nak berjalan? mesti comel gilos!hohoho bulat tebula bulatnyeeeeee :3

Lepas tu, kiteorang hang out kat tengah2 dataran tu. Fascinate tengok belon buih yang besar2 (Giant bubbles) tu. Last-last kiteorang pun try jugak. Seronok2. We let kakak and fateh main and explore ways to make buih tu membentuk. Ofkos lah, makcik pakcik pun try dengan galak sekali. Ummi abbi pun tak tinggal okay! Eh, atuk pun. Uwan je maintain cool hakhak.

Perasaan paling tenang adalah ketika berada di masjid. How to describe that feeling eh? Sangat tenang. :)

 Dan first time sebenarnya aku masjid pink tu. Setelah 10 tahun adakalnya aku berulang-alik pergi Putrajaya, ini la first time masuk masjid pink tu haha. Kind fascinate by their structures. Aku pernah baca yang masjid ini hanyalah untuk dilawati je. Tak pun. Ada je orang azan, solat jemaah kat situ. Herm.. Waktu maghrib kat situ sangat2 cantik. Subhanallah. Langit oren tu..aaah...ruginya tak amik gambar. Phone ku dimonopoli si anak buahku yang no 2, Fateh haha. He's very into game. Sangatlah kelakian boy sorang ni. Dengan ben 10, spiderman nya..hahaha lucu bila teringat balik aksi2 malam tu.

Dulu kalau pergi dataran tu, completely kosong. Just tempat melepak family and dulu ada zaman kete control. Ya, abang aku ada. Dia tu apa je takde kalau trend zaman dia. Skateboard? ada..playstation?ada.. U name it haha. Adik dia? krik krik krik. Tumpang playstation dia. Itu pun bagi aku dah ok. Aku main basikal je ke sana ke mari haha. Zaman abang aku untuk peringkat umur aku time tu mana ada trend sangat.
Barbie? huahuahua. itu aku ada. Now dah diperturunkan ke si kakak. Tak tahan siap ada Ken lagi tau. XD

Tu lahh kalau sekarang..meriah gila dataran tu wa cakap sama lu.. siap ada uptown ke downtown..which is aku tak tau beza dua mende tu. Macam2 aktiviti ada..roller blade pun ada. Sayang aku belum reti main haha. (Aku nak reti main suatu hari nanti HAHA) Sangat appropriate untuk family and friend activites. Sambil main2 giant bubbles tu boleh la korang tangkap2 gambar...jadi dp untuk fb :p

Alrite. Aku berenti disini dulu. Sekian~ ^_^

Maafkan salah silap kataku~

Friday, June 7, 2013

Kerja amal di hospital



Salam uols~

Semasa aku sedang study etnik untuk exam final tadi , aku terbaca sesuatu yang buat aku terfikir sejenak. Rangkapnya berbunyi begini hahaha

" Guru ka langgar, iaitu makanan berupa sayuran dimasak oleh orang sikh digurdwara yang disediakan kepada pengunjung tanpa mengira agama. Penganut sikh amat mementingkan seva (kerja amal) kepada umat manusia tanpa mengira agama"

Dari ayat yang aku besarkan tu, sebenarnya masa aku jaga abah kat Hospital Kuala Lumpur kalau tak silap laa..ke kat Hospital Putrajaya. Haa konfius, banyak gak abah pindah-randah. Aku pun ikut jee haha.

Time tu waktu melawat and tiba-tiba aku dan abah didatangi oleh seorang lelaki bangsa sikh (boleh dilihat dengan serbannya) memegang dua dulang. Satu dulang tu dia hulur kat abah dan satu lagi dia hulur kat pakcik sebelah katil abah. Abah pun tanya, berapa ringgit ye?. Dia pun cakap, eh takpe..kami buat ni atas nama kebajikan (dia sebut nama persatuan agama dia. tak ingat hehe) setiap hujung minggu sambil tersenyum. Kami pun mengucapkan terima kasih banyak2.

Namun, yang dalam dulang tu bukan lah sayuran tersebut. It's a capati berserta dengan kuahnya. Diorang akan hantar room by room  :)

Btw, now to think again about it. Baru faham. Even agama diorang sangat menggalakkan kebajikan ni kan. How nice to get the chances to see their religion side..

Aku pulak ada terpikir sesuatu. InsyaAllah lah kan...bila dah grad nanti (InsyaAllah huhu pray for me!) and dah ada kerja yang stabil, I want to do kerja amal jugak. But, bukan distribute capati huahua. More to my bidang lah kan. Something yang related to horticulture. Tak nak lah bagitau dulu. Benda tak pasti and jauh lagi kan. Takut tak suprised pulak nanti. Ni semua impian je. InsyaAllah, akan dilaksanakan.. hikhik

p/s : chow. sambung baca etnik haha. ^^

=.=


Ye

Semua salah aku.

Kau tak pernah salah.


Thursday, June 6, 2013

Study week sem 2


Once again

We meet again

This time, tougher than before

Hello...

STUDY WEEK

and here several gambar untuk kita relax2 kejap.. reduce stress ke..hehe

^_^







:)