Saturday, August 11, 2012

Diabetic Mellitus


Assalammualaikum.

Lama tak menaip. Lama rasanya aku menghilang kejap. Sebulan ek? Lebih kurang la kan...Sory..Ada sedikit komitmen yang perlu saya komited kan haha. Amacam puasa? Okay? Aku? Struggling...hehe jk

Aku sekarang dah macam nurse. Aku rasa macam dah salah pilih kos je. Patut aku amik nursing lah hahaha. Tapi takpe ini semua ilmu tambahan dari Allah. Aku jadi nurse sambilan kat rumah. Okay lah. Aku berterus-terang je lah ye.

Abah ada sakit kencing manis dan akibat luka yang tersangat kecil..sekarang dah menjadi luka yang sangat besar..Jadi, sekarang aku 'dressing' sendiri. Dressing? Dressing tu wound care. Apabila kita ada luka yang sangat besar sampai dah hilang kulit, sampai nampak daging semua..boleh timbul satu lapisan kuning iaitu slough. Slough ni lah kita kena cuci setiap hari supaya dia tidak mengganggu pertumbuhan kulit dan isi daging yang baru. Slough ini sometimes agak degil. Jadi kenalah bersabar.

Erm, nak post gambar ke? Takyah la kan. Takut ada pulak yang loya nanti hehe. Nak tengok sangat, gugel lah hehe. Orang sakit kencing manis ni sangat bahaya kalau terluka. Kalau luka , sangat susah nak baik and dia makan kulit. Jadi nasihat saya kalau ayah awak tu ada kencing manis. Jaga tau. Suruh dia take care kaki dia. Pakai stokin dalam kasut. Melecet pun tak boleh. Senang kata, dia kena jaga kaki dia bagai seorang puteri yang sangat menjaga diri dia. Tetiba puteri? hahaha.

Jadi, kengkawan semua...sebab itu lah abah saya masuk sepital. Sebab luka2 tu semua lah. Dan kawan-kawan...make sure anda ada alat cek level kencing manis tu. Jaga juga pemakanan dia. Saya sarankan minuman mysulin. Air ni tersangat mujarab dalam menurunkan level blood glucose dalam darah sebab ianya berasaskan Habbatus Sauda :)

Dan jika ayah awak tiada selera makan, cuba lah produk 'Melilea'. Ianya meningkatkan rasa selera dan pengganti nutrien makanan. Ia akan bagi ayah anda kenyang. Oh wait. Kenapa ayah je? Mestilah kaum ibu juga atau pun siapa pun yang menghidap penyakit ini. Cuma saya selalu jumpa kes kaum ayah je...Maapkan saya..hehe

Jika sudah terluka, cepat2 lah bawa jumpa doktor untuk rawatan seterusnya dan kalau luka masih di peringkat minor dan kecil. Saya sarankan pergi buat rawatan ulat dahulu kerana ulat ni telah disterilkan dan makanan dia adalah slough itu. Bila slough tiada, cepat baiklah luka tersebut. Cuma pastikan tiada nanah sebab nanti ulat tersedak sedut nanah pastu lemah. Haaa cian dia, dah la takde pelampung. Terapi ulat boleh didapati di 'Dr.Maggot'. Boleh la tengok testimoni di youtube. Tv3 pun pernah buat dokumentari pasal ni. Ulat apa? Ianya sejenis ulat sampah dan memang berasal dari lalat tu. Memang ulat sampah pun tapi telah disterilkan dan selamat digunakan. Jangan pegi amik ulat sampah kat sampah tu pulak. Jangan jangan..bahye wooo. Kuman. I shouldn't tell you guy this. Ada juga yang tak sanggup pegi nanti haha. Well, hari pertama dia just masukkan ulat tu..tapi ulat tu sangat kecil macam yang baru menetas gitu. Untuk hari pertama, takkan terasa sangat. Hari kedua, ulat dah start membesar dan boleh rasa dia bergerak-gerak. Jangan risau dia takkan masuk merayau jauh-jauh sebab tuan dia akan letakkan border disekeliling luka dan kerja dia hanya makan slough. Bukannya jalan-jalan cari makan eh hahaha. Bila hari ketiga, or keempat gitu..tuan yang incharge ulat ni akan keluar kan ulat tu. Tak boleh lama-lama nanti dia lemas haha. Bila buka je balutan tu, ulat akan serta-merta mati bila menghidu udara. Kenapa? Aku tak khatam lagi bab tu. Aku tau semua ni pun sebab pesakit sebelah katil abah buat rawatan ulat ni :) Again, i tak patut bagitau ni hahaha.

Menurut kawan rapat saya, Jasmin. Ayah dia pun sakit kencing manis dan tambah pula dengan sakit jantung. Dia sarankan minum air misai kucing. sangat mujarab dalam merawati penyakit jantung. Bukannya apa..kurang-kurangkan lah makan ubat hospital. Boleh tapi kurang-kurangkan lah..sebab pakcik sebelah katil abah masa di hospital dulu pernah dibedah akibat usus bocor. Dia telan pain killer terlalu banyak sampai usus dia nipis dan bocor. Ubat pain killer bahaya tau. Jangan telan banyak sangat kecuali dalam keadaan yang sangat terpaksa dan sakit. Takpelah. Sakit itu sangat menyakitkan. Apakah?heeee Sory jas harap ko tak kisah aku cerita ni. Papehal msg aku eh, nanti aku edit balik :)

Phew...itu je lah sedikit nasihat yang boleh saya kongsi..Oh ye, aku suka dressing..Nurse life is amazing.. :)

Lagi satu! Aku pernah terbaca satu poster pasal penjagaan kaki pesakit diabetes ni sebelum luka. Dia kata jangan rendam kaki lama-lama dalam air. Kenapa pun aku tak tau? Dan dia kata...selalu sapu losyen atau minyak so kaki stay lembap dan tidak kering. Kuranglah risiko untuk kematu. Tapi dia kata jangan guna Vaseline. Aku ngan angah macam tak setuju sebab aku dah try sapu vaseline kat kaki abah sebelum baca poster tu hehehe...hasilnya kaki abah tak mengelupas teruk dan cantik je kulit abah. Sebab apa pun tak dinyatakan? Poster tu saja meninggalkan orang berteka-teki. Don't expect people baca dan terus terima je. People will ask, "hurmm..why?". For now, aku tak cari lagi jawapannya kenapa. Kenapa? Biar saya biarkan anda pula berteka-teki ;p hahaha

Okaylah. Sekian!

Ingat! Jaga-jaga kesihatan anda selalu! ^-^ dan jagalah mereka yang membutuhkan pertolongan kita.. :)

*another long entry. -.- addicted to it haha


English - Diabetic Malay - Diabetes. Oh konfius gue ~

Selamat Bersahur~ Jam 2.32 a.m






10 comments:

AMIRA azlinda said...

chan. nice sharing! hope abah ko cepat sembuh :)

ShaRina NiNa said...

maceh mon :)
thanks babe ! ^^

Shahiddan Mazlan said...

asslmkm cik nur,

saya kesian bila bc ttg ayah awak. saya cadangkan awak cuba rawatan yang boleh tutup luka akibat kencing manis, permenantly. Sebab rawatan hospital setakat ini hanya untuk rawatan sementara waktu sahaja. Sy dah jumpa beberapa pesakit mcm ayah awak sebelum nih. Cuba guna produk SNE. Ada di blog sy, http://senangnakelok.blogspot.com
Insyaallah, berkesan dan dah ramai sembuh. Cubalah, mana tau jodoh SNE dgn ayah awak. Sy doakan ayah awak cepat sembuh, ameen.

ShaRina NiNa said...


waalaikummussalam,

terima kasih atas keprihatinan awak :) oh, tentang produk SNE tu ek..ayah saya ada makan. Pakcik saya pun makan jugak, dia pun kencing manis. Kaki dia memang semakin baik sekarang..Terima kasih atas doanya :) appreciated it so much...

Unknown said...

So sharina, ayah mcmana sekarang? Dah ok ke. Berkesan ke buat sne tu? Abg saya dah 2 bulan kat hospital luka tak sembuh2. Boleh share experience?

ShaRina NiNa said...

Alhamdulillah, ayah dah semakin sihat sekarang.. sne tu tak berapa berkesan kat ayah saya sebab ada beberapa faktor. Tetapi sne sgt berkesan pd pakcik sy yg juga menghidap penyakit kencing manis. Tengok orang jugak kot. InsyaAllah. Apapun, awak boleh cuba juga. Sebarang kemungkinan boleh terjadi. InsyaAllah berkesan.

Ataupun, boleh cuba di klinik sofea di puchong perdana. Klinik tu sangat-sangat berkesan. Buat makluman encik, kaki ayah saya banyak kali hampir kena amputation paras bawah lutut, ttp disebabkan klinik ni,kaki ayah saya berjaya diselamatkan dan sekarang ni..alhamdulillah semakin sembuh dan ayah sudah boleh berjalan sikit2.

Sekadar pengalaman saya..harap membantu..hehe

Unknown said...

salam :)

hai sis, jom cuba Jus Delima Bio Emas. Diperkaya dengan bahan utama iaitu ekstrak buah delima yang diyakini mampu mengurangkan gejala penyakit kencing manis. untuk luka, boleh sapu jus delima di bahagian luka kerana kelebih buah delima membantu membaiki sel tisu rosak dan membantu sel baru bertumbuh. Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi website kami http://bioemas.com

semoga ayah saudari semakin sihat :)

Unknown said...

salam,,, boleh mintak lokasi klinik sofie ni? ada no fon klinik sofie tak? sy sedang cari klinik ni,, ramai sy dengar tentang klinik ni,, tp tak tahu kat belah mana,, mnx tlg sgt2 lebih senang whatsapp sy 0127947857 daus

ShaRina NiNa said...


w'salam, En. daus

Ini alamatnya NO 36, JALAN PU 7/3, PUCHONG UTAMA, 47100 PUCHONG, SELANGOR.
No fon: 03-8061 9628

Harap membantu.

CepatSihat said...

Syukur dapat jumpa yempat yang betul dan boleh handle masalah tu.. alhamdulillah!