Friday, September 5, 2014

Yana's Wed and Custom Made Photo Booth


Sekarang ni memang dah jadi trend kan masa wedding mesti ada photo booth and candy table. Bagi yang tak pernah tengok, jap ye..ceq share gambar dari mr.google.


Haaa mesti dah tau kan. Background ni tak kisah pun nak hias macam mana. Biasa orang akan buat konsep putih macam garden theme, vintage theme or pink theme. Tapi ikut citarasa wedding tu la. Siap ada orang buat bisnes servis photo booth lagi tau in case tak sempat nak buat sendiri. Boleh upah terus. Senang. Piece of cake bak kata omputeh, cuma perlu ongkos nyee hehe.

 Siap ada props lagi. Props tu benda yang diorang pegang tu macam "OMG" pastu gambar spec, misai la..macam2 dan menarik semuanya. Masa kat fakulti pertanian pun ada kiteorang bergambar dengan props. Masa tu ada pertandingan selfie dan kebetulan tak ramai yang masuk so kiteorang menang hahaha. Yela, kami bukannya budak hot-setap-sangat hehe. Ayat sentap wakaka. Ni gambar kami.

muahahahaha

Kalau candy table pulak, gini...

om nom nom om nom nom


Sedap kaann...atas meja diletakkan makan yang manis macam marshmellow, macaroon, chocolate ke..and color dia mesti pink pastel je. Bila tengok mesti macam, "awww...sweetnya table ni."

So, why am I tetiba bukak this topik? Haaaa ni yang nak habaq.

My cousin, Nur Diyana (bride) melantik aku dan kak yong (the other cousin) untuk take in charge make photo booth. Hamek kau. Ternganga aku kejap. However, candy table tak buat sebab catering dah buat. I absolutely no experienced in making one and this is the first one to do. So, kami berdua start mencari idea dan kak yong menggunakan barang2 yang ada kat kampung dan dia cat kaler putih. Putih is the easiest one to blend in any colour we want to use. Masa tengah mengecat papan yang nak buat background tu, memang asyik terfikir outcome. Iyela, benda first time buat dah tentu kita tak berapa yakin lagi. Anyhow, kita kena teruskan juga!

Alhamdulillah, hasilnya menjadi juga walaupun tak extravaganza sangat. Nak buat penghargaan sikit memandangkan ini first time buat hahaha. Terima kasih kepada sepupu-sepapat yang membantu. K dah. Hahaha. Terima kasih kepada Syiema, Izzah, Kak nisa, Qiha, Kak Yati, Kak Yong, Kak Ain, Jaha, Bg Arul, Pokde dan sesape yang menolong secara tidak langsung. Oh, to our bride yang turut sekali menolong kami beli barang untuk prop ni. Dok cakap tapi bukannya nak tunjuk gambar kan haha. Sorry for waiting..ni haa gambarnya..




Haaa tengok. Siap posing depan tu lagi wakakaka. Semua barang kat situ kiteorang recycle je. Just ada sikit2 je beli. Nasib baik la ada kak yati yang tolong set up renda kain tu, berseni orangnya. Konsep kat situ just hanging clip of pictures. Serikan sikit dengan bunga plastik sebab bunga hidup mahal haha. Atas counter tu ada guest book if anyone want to left several words to the bride. Ada jugak handmade props. 


It would be more fun if we added some mustache or lip props. Tapi tak sempat. Banyak lagi benda lain nak kena buat. Nak merewang lagi kan. Pastu kan, flower crown tu pun buat sendiri hehe. Pengantin yang ajor kita. Google pun banyak je sebenarnya. Boleh la buat lagi. Sape nak?hahaha. 

so tahniah again Puan Yana dan pasangannya, Megat kerana selamat diijab kabulkan. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat bukannya ke anak cucu sahaja haha. Cliche sangat wishes aku ni agaga. 

Alright, who's next? Nantikan......





Wednesday, September 3, 2014

Bebelan di malam hari


Hah. Dah nak masuk Upm semula. Apa je yang aku post? Tarak haha. Blog ni macam bercuti ngan aku pulak. Oh tidak. Aku yang mencutikan blog ini. Tengok, asal depan laptop je aku macam blank nak taip blog. Sindrom penyakit apakah ini? Any doctor here? hehe.

Just want to membebel je kat sini. Takde isu pun hohoho. Jap, ada satu isu!

Isu : musim kahwin bulan September.

Last week, 30 h/b weeding cousinku, yana. Dia tua setahun je dari aku tau. Yep, she's married. Congrats again darling!Seronok dapat girl's day out dengan dia and other 2 cousins. Aku sorang je muda setahun keke. Enjoy betul haritu, pergi tengok wayang, bowling and shopping sikit 😍. Memang aktiviti girls sangat kan haha. 31h/b pulak wedding ex-akak usrah aku. Huwaaa ni lagi laa 😱. Tetiba je aku dapat invitation dari facebook. Disebabkan takde transport and memasing still penat dari took part in Yana's Wedding aku tak dapat pegi. I is sad. Aku pun masih terasa sikit lesu harini. Mungkin aku dah lama tak mengeluarkan peluh. Yela, asyik mengeram je dalam gua rumah aku ni hahaha. Minggu ni pulak 6/9 pegi side belah laki yana (nak pakai baju apa eh..hemmm) and at the same time we got other's two invitation. phew~

Me? Jangan ditanya. Still single lagi ye kawan-kawan 😬. Availalability is unknown. I let Allah handle it. When the time come, be prepared hahah. I can't even imagine it. Btw, my second sister is soon. InsyaAllah, doakan! Memandangkan dah nak masuk alam belajar ni aku masih memikirkan macam mana nak tolong preparation untuk dia. Harap2 la ada kesempatan untuk aku turun padang sekali despite my schedule here. Mungkin aku boleh angkut kengkawan upm sebagai tenaga kerja haha. Nak ke diorang? suka hati je aku ni hehe. Yang penting, aku nak tolong sikit2 as adik yang mithali kuikuikui.

Nak share sikit 📣
Current songs in my playlist:
1. lah ahmad - salam, teragung, Ya Allah (semua best2. Adore suara Lah ni dari dulu lagi)
2. all about the bass - megan trainor
3. Yuna - Lautan, Bicara (OST Lagenda Budak Setan 3)

Kalau lagu Korea...aku macam ketinggalan sikit. Masa preparation wedding Yana memang tak sempat nak check out apa-apa dan mood pun takde lagi. Lagu Bicara by Yuna tu kan seriously macam lagu dia masa album mula2 dulu. Lagu yang ada gloomy, sorrow feeling haha. Aku memang suka lagu jenis gitu yang hanya play with piano's note. Alright, it's late lah. Dah ngantuk pun ye. Cukuplah bebelan ku disitu Assalammualaikum! 😊