Followers

Popular Posts

Monday, February 16, 2015

Next: semester ke-6


Huargh. Cuti tinggal seminggu je and I'm enjoying it right now hahah. Jangan ditanya la apa aku buat time cuti ni. Berkemas dan berkebun sikit2. Mengemas adalah satu benda yang tak kan pernah habis. Continous bak kata omputeh. Baru-baru ni terdetik satu perasaan, "Rumah ni Allah bagi, kena la jaga elok-elok". Alangkah kalau perasaan itu terdetik lebih awal kan. Mesti aku jadi anak yang rajin huahua. Sekarang masih rajin (ayat cover) haha.

Pastu, aku ni suka tengok food network channel. Macam Restaurant Impossible, food network challenge, farmhouse rules, chopped dan banyak lagi lah. However, aku tertarik dengan satu iklan ni, Farmhouse rules. Nancy Fuller berkata, "we're farmers, we fed people". I smile. Suci murni niat dia. How thoughtful. Aku teringat baca dalam buku solusi kalau tak silap;

Daripada Abdullah bin Amr bin Al-As' r.anhuma bahawasanya seseorang telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w, (amalan) islam manakah yang terbaik? Jawab Rasulullah s.a.w,

تطعم الطعام ، وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرف
“Kamu memberi makan, dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tak kenal” Muttafaqun Alaih


Dan satu lagi..

Budaya mengucap salam pada yang tak kenal tu. Kalau kat upm, budaya tu lebih biasa antara kita dan foreigners. Rasa lebih selesa ucapkan pada mereka. Kenapa most of us rasa pelik ye except orang yang kita kenal la? Ia takkan rasa pelik unless kita berada diluar negara dan bumped into each other. That moment tak terasa pelik. Yela, rasa satu rahmat kalau dapat jumpa orang kampung sendiri di luar negara kan. Cey, macam dah mengalami je. Just an oberservation fellas.

Seremeh-remeh salam pun, Nabi memberi salam kepada kanak-kanak. Suatu hari ni, Saidina Anas melewati sekumpulan kanak-kanak. Lantas beliau pun beri salam kepada mereka. Kemudian berkata, "Dulu, Rasulullah s.a.w juga melakukan perkara seperti ini." (Bukhari dan Muslim)
Tinggi mana la darjat kita nak dibandingkan Nabi yang memulakan salam? :)

Nabi bersabda lagi, " Sesungguhnya seutama-utama manusia pada Allah ialah orang yang terlebih dahulu memberikan salam dalam kalangan mereka." (Riwayat Abu Daud) Seremeh-remeh salam pun, orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang mendahukan salam.

Tapi, kalau dari ukuran manusia...orang tu dilihat lebih mulia kalau ramai orang yang berlumba-lumba menyapanya. Pulak. Terbalik sudah haha.

Fikirkan...