Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Surah Al-Hajj (ayat 46 and 58)

Just want to share what I'm read for today :)

Surah Al-Hajj

Ayat 46:

Maka tidakkah pernah mereka berjalan di bumi, sehingga hati(akal) mereka dapat memahami, telinga untuk mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.

Ayat sebelumnya berkisar tentang kaum-kaum nabi yang terdahulu sebelum Rasulullah yang ingkar kepada Allah. Semoga kita mengambil iktibar dari ayat ini. Perbanyakkan instighfar supaya kita terhindar dari golongan itu. InsyaAllah :)

Seterusnya,

Ayat 58:

Dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah, kemudian mereka terbunuh atau mati, sungguh, Allah akan memberikan kepada mereka rezeki yang baik(syurga). Dan sesungguhnya Allah adalah pemberi rezeki yang terbaik.

I think this ayaah is beautiful and somehow i want to relate this ayaah our muslim sisters and brothers at Syria, Mecca, Palestine, and Rohingya..they often become the victims of cruelty and oppression. From this ayaah, we know the reward is jannah ^^

Mampu

2.00 AM

Iman.
Mudahnya kau berbolak-balik.
Aku tahu
Bukan mudah mengharungi perkara dunia
Mudah terbawa-bawa
Mudah mengikut kata hati
Mudah mengikut nafsu

Tapi
Itu bukan alasan
untuk kau terus begitu
Harus aku ber-istighfar
Mungkin dosa masa lalu

Manusia mana yang tidak berdosa

Istighfar saja
sudah mampu
mampu menenangkan hati
mampu menghapuskan dosa
mampu merendah diri
mampu mengingati mati
mampu untuk terus mengingati-Mu Ya Allah

Maka, dengan doa,
"Ya Allah, tetapkah lah hati ini untuk terus berada di jalan lurus Mu"
Kami memohon pada Mu

Cameron Highland Part 2 !

Cameron Highland Part 2!!




















Jom, kawan!

Ini salah satu post yang aku join dekat group di fesbuk. Deep word.
Aku tengah berusaha ke arah itu.
Friends..jom? ^_^
Sedikit Teguran daripada saudaramu.

Zaman remaja merupakan zaman kemuncak dalam kehidupan manusia, zaman di mana kekuatan fizikal & mental itu sedang giat terbina & terpasak.Juga zaman di mana seseorang manusia yang diciptakan Allah itu diberi kekuatan yg hampir lengkap untuk disumbangkan.

Tetapi pada saat ini jugalah saatnya jiwa & kekuatan kita diuji.Adakah layak jiwa tu terus tumbuh berkembang atau layaknya hanyalah untuk tumbang dek kesilapan diri.Zaman di mana manusia berperang antara CINTA Ilahi & CINTA Manusiawi.Inilah zaman yang sedang kita lalui.Samad kita sedar atau terlena, kita sedang berdiri di atas landasannya.

Secara peribadinya, ana melihat bagaimana bahayanya Cinta itu jika tidak dipimpin ke jalan yang sebenarnya.Jelasnya di dada2 FB kenalan, masing2 sibuk meluahkan rasa hati untuk tatapan umum, sibuk menukar status, sibuk bercerita tentang…

Cameron Highland Part 1

Biar gambar berbicara~ ^_^

Lokasi : Cameron Highland!
Model2 yang terlibat : Saya! dan pelajar kos hortikultur batch 2012/13









- okay, sekian.
nanti saya sambung lagi ye. nak pegi kelas haha
^_^

Air sungai

Terdapat satu ciptaan Allah ini yang

Tetap mengalir iaitu air di sungai

Walaupun penuh batu-batuan

tidak kira kecil atau pun besar

Ianya tetap mengalir

dari hulu ke hilir

dari permulaan hingga ke penamat

dari tempat yang tinggi ke bawah

tetap mengalir.


Marilah ambil iktibar dari penciptaan Allah disekeliling kita.
Menunjukkan yang usah berputus asa and keep moving on.
Minta pertolongan Allah ketika kesusahan.
Berdialog lah.
Allah always with us.

'Rabbi yassir wala tu 'assir ,rabbi tamim bil khair'  Hafal dan InsyaAllah
urusan dan kebimbangan dipermudahkan oleh Allah.


There's something...

You know..

There's something hidden but it's beautiful

and

There's something visible but it's ugly

but

in the end

only Allah see and know the truth

Let Him decide.


What's important is we reflect ourselves everyday and take the lessons.

Sometimes it's a reminder for us.

Meet my boys

Assalammualaikum dan Halluuu~
    Firstly, congrats to my cousin,kak nisah for the convocation. ^-^
I hope I can graduate with flying colours. InsyaAllah.

   Secondly, meet my boys hahah




Yep. Both male. If female, it have shorter tail. Kalau beli seekor betina pun, bukannya aku nak mate kan dia pun. So beli je lah two boys ni kekeke. Still at young stage kot. Aku mana ada ilmu sangat pasal ikan ni. Mula2 coursemate duk beli seekor. Lepas tu pegi la tengok. "Eh, macam canteeeek jee" Mula-mula ingat nak beli ikan puyu je untuk kat rumah tu. Lepas tu call la mak.

me: mak, nak ikan puyu tak?
mak: takyah la..ada banyak. baru tangkap kat kg aritu.
me: laa yeke. baru ingat nak belikan..kalau ikan laga? nak tak?
mak: haaa bole jugak. beli dua ekor..pilih la yang cantik2.

Tak sangka anticipation mak sampai nak 2 ekor terus. Panjat I haha. Mula-mula macam "betul ke nak beli ni...?" Lepas tu beli je la. Bila bawak balik bilik, aku ngan jannah asyik belek ikan ni. Main2 ngan …

Kelainan sunyi.

Malam ini sunyi.

Bunyi cengkerik bersahutan.

Aku teruskan membaca.

Di bawah terangnya lampu meja ku.

Esok malam ada test.

Manfaatkan sepenuhnya malam ini.

Keesokan hari sibuk dengan amalan ladang.

Rakan-rakan ku juga pasti sedang khusyuk baca.

Fikir aku tanpa memandang mereka.

Namun,

Aku rasa sunyi sangat.

Ku pusing belakang.

Seorang rakan ku sudah berlayar ke alam mimpi rupanya.

Patut lah.

Sekian.

Haha.

^_____^V

Ikhlas Menolong.

Menolong.

Keikhlasan perlu diselitkan.

Tanpa mengharapkan balasan.

Manusia adakalnya terlupa.

Namun yang tidak pernah tidur adalah Allah yang Maha Melihat.

Mungkin kita tak mampu nak membalas.

Allah akan utuskan orang lain untuk tolong semula jasa kamu.

Jangan marah.

Kalau manusia yang ditolong itu, tidak membalas jasa mu.

Mungkin kerana lupa atau belum mampu.

Itu kerana..

Kerana adakalanya Allah sedang uji keikhlasan mu.

Ikhlas ke?

:)

Antara mata lebah dan lalat

Herm. Hai! hehe. Eh, Assalammualaikum! 
Macam habit. Aku suka menaip dan post entri di kala tengah malam. Sambil menaip pula aku suka mendengar lagu. Kalau tiada alunan lagu, nanti fokus hilang entah ke mana. Itu style aku. Sambil buat nota kena dengar lagu. Kalau membaca novel pun kena dengar lagu, kalau tak apa yang dibaca tak masuk kepala. Tapi kalau baca dan hafal nota tu, of course lagu is not allowed hehe.  Kan?

Redha.
Mempunyai banyak cabang maksud dan kategori kan. Kita redha dengan keadaan sekeliling. Kita redha dengan ketentuan Illahi. Kita redha dengan dugaan yang diberi oleh-Nya. Kita redha dengan siapa keluarga ataupun kengkawan walaupun adakalanya perangai mereka agak annoying hahaha. Yelah, nothing's perfect. Kebiasaannya redha ni disertakan dengan perasaan ikhlas. Bila kita ikhlas menerima, hati pun redha dan makin bertambah tenang. InsyaAllah dipermudahkan untuk menjalani hari-hari yang seterusnya. Pemikiran pun lebih positif. Dari situ, mata hati kita akan tertum…

Bukan saja-saja

From Heliza Helmi (facebook post) :

BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..
MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..
Masihkah lagi tidak bersyukur?

Moga menjadi penguat diri. Her words really deep. I really like this one. Sebab itulah kita kena selalu husnudzon dengan Allah. Semua yang terjadi bersebab. Bukan saja-saja. Bukan semua yang kita nak akan dapat. Boleh jadi kita sangat menyukai sesuatu itu tapi bukanlah yang terbaik kita untuk kita. Boleh jadi kita tak menyukai sesuatu itu tapi it…

Random thoughts

Salam semua.

Now what should i say here? No big issues running through my head actually. Just random thinking. Lisa just asked me," nina..tak post blog ke?" So...here I am...just randomly writing haha. I do miss writing here even nothing is important.

So, patut ke aku share keadaan aku kat sini untuk semester 3? patut je la kan. bukannya apa pun haha. So far so good...masalah pendaftaran subjek tu macam biasalah. Masih ada even minggu daftar subjek almost end. Ahhh peniing kepala dengan esmp ni. Kalau masalah tu berkaitan dengan sistem, kita as a student ni memang takleh nak wat paa walaupun dah call orang pejabat semua. Harap semuanya selesai before minggu daftar subjek tutup. Ada kelas yang kena fight dengan student tahun pertama even though kelas tu memang khas untuk program kitaorang. Sabar je lah. Tapi semua tu dah selesai. Just problem dengan sistem je.

Then, lecturer pun okay2 semua..Kelas entomologi (serangga) kena full english sebab ada sorang pelajar foreigner fro…

Dude, where my keys?

Sat. Nak citer sat.

Ada satu petang ni, family aku nak keluar. Seperti biasa aku orang terakhir keluar dari rumah. So aku kunci lah pintu menggunakan mangga yang ada. Kunci rumah ada di tangan aku. Tiba-tiba, aku tengok tepi ada anak kucing duduk atas rak kasuut. Comel betul. Aku pun usap lah dan main2 dengan dia. Lepas tu, aku jalan ke kereta dan sebelum masuk abah yang dekat tempat duduk depan hulur payung untuk suruh simpan kat belakang kereta. Aku pun amik payung dan simpan lah kat belakang. Aku pun masuk dalam kereta dan tutup pintu. Dum. Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Eh? Mana kunci rumah tadi? Aku pun selak-selak bawak bantal kat tempat duduk belakang. Aik, takde? Aku cakap kat mak, "jap mak..nak cari kunci jap.." Aku pun lari ke rumah dan cek di lantai kalau ada kunci terjatuh. Aku tengok jugak dekat atas rak kasut tadi. Kucing aku dah takde kat situ. Tak tau lah kemana dia pergi. Aik? Takkan kucing aku gonggong kunci aku bawak lari pulak. Kucing bukan macam anjing…

Floral Photography

Salam. 

Gambar-gambar ni ihsan kebajikan dari Encik Google.
But edited by me.
The pictures are originally freaking beautiful captured by awesome photographers. Subhanallah! ^_^

Show your support to them, R4BIA

Jangan terkejut sebab blog saya asyik bertukar rupa. Walaupun tak banyak, sikit pun jadilah hehe.

Tak lama lagi lebih kurang dalam 2 minggu saya akan menjejakkan kaki semula ke alam universiti. acewahh haha. Cuti bakal berakhir. Cukup rasanya berehat hahaha. Alhamdulillah ada input duduk rumah dari segi memasak. Rasa tak sabar jumpa kengkawan yang dah lama tak dengar khabar sejak cuti ni. Dah nak naik balik ni baru lah dengan khabar masing2. Kalau tak tu, memang macam duduk dalam gua memasing hahaha.
Eksaited jugak nak jumpa junior-junior under program saya. Macam tak percaya saya jadi fasi. Bukan reti sangat pun benda2 gini and this is my first time, so kite redah sajalahhh. I'm not sure how it's gonna be but InshaAllah it will be fun.

Alhamdulillah jugak lesen kereta haritu pass. Agagaga. Walaupun kelam-kabut bawak, tapi nasib baik jpj tak syak pape. Anything can happen though. Sempat pandang encik yang ajar saya bawak kereta, dia buat isyarat tangan mcm "jalan saja la…

La Tahzan hehe

Fatih Seferagic dah kahwin.

Tahniah.

*cry at the corner

lol

Haha takde lah. Tahniah, congrats dan barakallah to him!

Pasti rama yang frust menonggeng kan dengan berita yang sangat tiba2 ni.

Sedang aku scroll instagram, tiba2 ada gambar fatih dengan seorang perempuan dalam 2 or 3min gitu dengan caption "the wife"

Lalu aku cepat2 tweet, " Woah Fatih seferagic dah kahwin :0 "

Okay, sekian! hihi


Eid 2013

Assalammualaikum!

Hope it's not too late. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin! to uols ^0^

Amacam? Happy raya?

Duit raya share2 okay..nanti saya sertakan nombor bank akaun kat bawah post. Okay, gurau je haha.

Haaa..so kali ni raya pada umur 20 tahun. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk merasainya. Terima kasih Ya Allah. Raya tahun ni a bit different. Ofkos, saya happy dengan kelainan yang dirasai. Tahun ni juga along raya hari pertama disini. Minggu terakhir nak raya memang riuh-rendah dengan kehadiran anak2 buah. Huuu bertenaga sikit rumah ni. Kalau tak tu..bunyi cengkerik akan kedengaran walaupun takde cengkerik. Get what I meant? haha.

Yelah.Bila ada budak-budak, mereka kan lari ke sana sini. Kalau dah tinggal saya dengan mak ngan abah je, takkan tetiba saya nak berlari tak tentu arah. Gilo ko apoo hahaha. Kehadiran kanak2 memang meriah kan keadaan tanpa disedari. Okay, nampak kerinduan saya pada mereka disitu hehe.

Herm, lapar tetiba di tengah pagi ni. Tadi baru habis…

Pros & Cons of Thursday

Semalam boleh dikatakan hari yang seimbang oleh aku.

Kenapa? Haaa..nak cito lah ni.

Seperti semua orang sedia maklum, semalam aku ada test jpj. (Bunyi macam aku umum kan satu malaysia je kan hahaha) Aku fail. Hehe.
Straight forward je aku cakap. Semalam agak frust jugak la sebab aku kena tunggu lagi 3 minggu nak repeat. Haihhh....takdaq rezeki. Nak wat cano.. Dah la aku fail kat bukit. Biasanya time praktis, aku okay je. Tapi semalam aku neves je lebih haha. Bila terlebih nervous, fokus hilang entah ke mana. Segala step aku lupa nak buat. Adess. Bila jpj suruh undur keta turun bukit, berkecai hati aku huhu. Rasa macam nak nangis. Seriously. Rasa macam nak pergi berlutut, tapi! Takpe! Control myself. It's my fault. Dari situ aku dah terbayang encik yang mengajar aku tu hahaha. Malunya..maaf pakcik! Alhamdulillah test jalan raya aku okay je. Kalau dua2 fail, memang aku rasa nak bakar je keta kat situ haha. Eh, bunyi dah macam psiko agaga. Nampaknya aku masih tak dapat nak tinggalk…

I'm Back! \(^0^)/

Assalammualaikum...

Semak pulak tengok entri 'botak ni' tu. Pandang je macam ehh..exam dah habis lah! So, ini membuatkan aku nak hapdet belog. Huuu Haluuuu *waving ^^

Alhamdulillah, tiba juga kita di bulan Ramadan *ayat tipikal haha. Malah dah pun pertengahan bulan ramadan. Maaf baru sekarang hendak mengarang disini. Entahla. Mood nak mengarang just flew out from myself. It takes a long time to regain it. Anyhow, I always check out my blog. To see if there any comments even there aren't lol. It's okay.. :)

Alhamdulillah lagi sekali sebab kali ni aku dapat lalui Ramadan yang tenang berbanding tahun lepas. Aku takkan lupa kenangan berpuasa hampir sebulan di hospital. Tiada apa yang aku kesalkan. Aku hargai segala kenangan itu. Sangat. Dari situ, pelbagai detik di hati ini muncul. Detik keinsafan yang membuatkan aku berjaga-jaga dalam meniti hari hingga ke hari ini.

Dugaan yang sangat kuat tahun lepas. Tapi aku redha. Sebab Allah uji tandanya sayang. Itu yang membuatkan …

Botak Ni.

Esok exam botany
and we are nervous.





All this stuff are involved haha
These was part of physiology such as photosynthesis..stuff like that.. 
We've been learn photosynthesis since darjah enam kan haha
Alrite.
Ingat eh fotosintesis always need light to react. They not only produced oxygen but sugar also. *Tetiba. Aku yang nak amek exam. 
Nampakkan pencampuuran bahasa disitu. Abaikan~ heee


p/s : all pics googled :p

Tulip's drawing

Iznee said that whenever she feels sorrow..she'll do some sketches
Well, I tried it in different way.
I draw



Hahah. First trial. 
So simple.
Yet it expressed my feeling in this unique way.
This flower is called tulip.
Another beauty from Allah.
^_^
However, my advice for myself and to you guys is that 
'Ask help from Allah. He has the best answer.'
:)

Celebrating birthday at Dataran Putra

Salam!

Malam sabtu haritu, sempat la aku melarikan diri sekejap dari dunia kampus ku. Bersuka ria seolah-olah bukan budak yang sedang berstudy week muahaha. Berlari menuju ke Dataran putra di Putrajaya. Alaa yang masjid pink besar tu. Pergi sana sebab nak celebrate secara kecil-kecilan besday kakak dan si baby qarnayn. Si kakak yang ke-5 tahun dan si baby yang ke-setahun haha. Comel kek nya siap ada gambar muka hello kitty kat tengah. Nanti busu pun nak camtu lah hahaha. Taraf tadika dah anak busu sorang ni hikhik. Dia sangat rajin siapkan homework dia. Baguih! macam busu tadika dulu2..tapi bila masuk sekolah rendah...slow down sikit progress homework tuh HAHA Si baby, bila nak berjalan? mesti comel gilos!hohoho bulat tebula bulatnyeeeeee :3

Lepas tu, kiteorang hang out kat tengah2 dataran tu. Fascinate tengok belon buih yang besar2 (Giant bubbles) tu. Last-last kiteorang pun try jugak. Seronok2. We let kakak and fateh main and explore ways to make buih tu membentuk. Ofkos lah, makci…

Kerja amal di hospital

Salam uols~

Semasa aku sedang study etnik untuk exam final tadi , aku terbaca sesuatu yang buat aku terfikir sejenak. Rangkapnya berbunyi begini hahaha

" Guru ka langgar, iaitu makanan berupa sayuran dimasak oleh orang sikh digurdwara yang disediakan kepada pengunjung tanpa mengira agama. Penganut sikh amat mementingkan seva (kerja amal) kepada umat manusia tanpa mengira agama"

Dari ayat yang aku besarkan tu, sebenarnya masa aku jaga abah kat Hospital Kuala Lumpur kalau tak silap laa..ke kat Hospital Putrajaya. Haa konfius, banyak gak abah pindah-randah. Aku pun ikut jee haha.

Time tu waktu melawat and tiba-tiba aku dan abah didatangi oleh seorang lelaki bangsa sikh (boleh dilihat dengan serbannya) memegang dua dulang. Satu dulang tu dia hulur kat abah dan satu lagi dia hulur kat pakcik sebelah katil abah. Abah pun tanya, berapa ringgit ye?. Dia pun cakap, eh takpe..kami buat ni atas nama kebajikan (dia sebut nama persatuan agama dia. tak ingat hehe) setiap hujung minggu sa…

Study week sem 2

Once again
We meet again
This time, tougher than before
Hello...
STUDY WEEK
and here several gambar untuk kita relax2 kejap.. reduce stress ke..hehe
^_^






:)