Sat. Nak citer sat.
Ada satu petang ni, family aku nak keluar. Seperti biasa aku orang terakhir keluar dari rumah. So aku kunci lah pintu menggunakan mangga yang ada. Kunci rumah ada di tangan aku. Tiba-tiba, aku tengok tepi ada anak kucing duduk atas rak kasuut. Comel betul. Aku pun usap lah dan main2 dengan dia. Lepas tu, aku jalan ke kereta dan sebelum masuk abah yang dekat tempat duduk depan hulur payung untuk suruh simpan kat belakang kereta. Aku pun amik payung dan simpan lah kat belakang. Aku pun masuk dalam kereta dan tutup pintu. Dum. Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Eh? Mana kunci rumah tadi? Aku pun selak-selak bawak bantal kat tempat duduk belakang. Aik, takde? Aku cakap kat mak, "jap mak..nak cari kunci jap.." Aku pun lari ke rumah dan cek di lantai kalau ada kunci terjatuh. Aku tengok jugak dekat atas rak kasut tadi. Kucing aku dah takde kat situ. Tak tau lah kemana dia pergi. Aik? Takkan kucing aku gonggong kunci aku bawak lari pulak. Kucing bukan macam anjing hoho. Kepelikan melanda. Puas aku tengok sekitar tempat aku mengunci pintu tadi tapi bersih. Nampaknya aku mengambil masa yang agak lama pulak mencari kunci. Dah la nak kejar masa. Takpelah, balik nanti aku cari balik.
Pelik kan? Tapi apa yang lagi pelik adalah 3 second memory yang aku alami. Sampai saat aku menaip disini, aku tengah cuba mengingati setiap langkah yang aku lakukan semasa keluar kunci pintu haritu. Namun, aku percaya kunci tu ada kat tempat yang selamat cuma aku tak tau kat mana. Ya allah. Where is it? Takkan nak salahkan kucing yang menjadi terlalu comel pulak? XD
No comments:
Post a Comment