Followers

Popular Posts

Saturday, September 28, 2013

Ikhlas Menolong.


Menolong.

Keikhlasan perlu diselitkan.

Tanpa mengharapkan balasan.

Manusia adakalnya terlupa.

Namun yang tidak pernah tidur adalah Allah yang Maha Melihat.

Mungkin kita tak mampu nak membalas.

Allah akan utuskan orang lain untuk tolong semula jasa kamu.

Jangan marah.

Kalau manusia yang ditolong itu, tidak membalas jasa mu.

Mungkin kerana lupa atau belum mampu.

Itu kerana..

Kerana adakalanya Allah sedang uji keikhlasan mu.

Ikhlas ke?

:)

Tuesday, September 24, 2013

Antara mata lebah dan lalat



Herm. Hai! hehe. Eh, Assalammualaikum! 

Macam habit. Aku suka menaip dan post entri di kala tengah malam. Sambil menaip pula aku suka mendengar lagu. Kalau tiada alunan lagu, nanti fokus hilang entah ke mana. Itu style aku. Sambil buat nota kena dengar lagu. Kalau membaca novel pun kena dengar lagu, kalau tak apa yang dibaca tak masuk kepala. Tapi kalau baca dan hafal nota tu, of course lagu is not allowed hehe.  Kan?

Redha.

Mempunyai banyak cabang maksud dan kategori kan. Kita redha dengan keadaan sekeliling. Kita redha dengan ketentuan Illahi. Kita redha dengan dugaan yang diberi oleh-Nya. Kita redha dengan siapa keluarga ataupun kengkawan walaupun adakalanya perangai mereka agak annoying hahaha. Yelah, nothing's perfect. Kebiasaannya redha ni disertakan dengan perasaan ikhlas. Bila kita ikhlas menerima, hati pun redha dan makin bertambah tenang. InsyaAllah dipermudahkan untuk menjalani hari-hari yang seterusnya. Pemikiran pun lebih positif. Dari situ, mata hati kita akan tertumpu pada benda-benda yang baik. Dalam dunia ini, perkara kebaikan itu sentiasa melebihi keburukannya. Bak kata Ustaz Kazim Elias - Janganlah jadi seperti lalat yang hanya nampak benda-benda busuk dan kotor sahaja, tapi jadilah seperti lebah yang selalu nampak benda-benda cantik dan wangi. Sentiasalah mencari kebaikan dalam hidup kita. Mungkin kita tak sebertuah orang lain tapi kita juga tidak seteruk mereka yang dalam serba serbi kekurangan. Ini kerana setiap kejadian yang baik mahu pun yang buruk ada sebabnya yang tersendiri.

Okay? Note To Myself too~

Segala yang baik tu datang dari Allah, dan yang kekurangan tu datangnya dari diri kita sendiri. Ingat tuww~

Jangan lupa.. pilih antara mata lebah ke..mata lalat? :)

Bye Bye ^_^

gugel



Sunday, September 22, 2013

Bukan saja-saja



From Heliza Helmi (facebook post) :

BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..
MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..
Masihkah lagi tidak bersyukur?


Moga menjadi penguat diri. Her words really deep. I really like this one. Sebab itulah kita kena selalu husnudzon dengan Allah. Semua yang terjadi bersebab. Bukan saja-saja. Bukan semua yang kita nak akan dapat. Boleh jadi kita sangat menyukai sesuatu itu tapi bukanlah yang terbaik kita untuk kita. Boleh jadi kita tak menyukai sesuatu itu tapi itulah yang terbaik untuk kita.

Mari bersyukur kepada Allah... Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah :)

Thursday, September 19, 2013

Random thoughts



Salam semua.

Now what should i say here? No big issues running through my head actually. Just random thinking. Lisa just asked me," nina..tak post blog ke?" So...here I am...just randomly writing haha. I do miss writing here even nothing is important.

So, patut ke aku share keadaan aku kat sini untuk semester 3? patut je la kan. bukannya apa pun haha. So far so good...masalah pendaftaran subjek tu macam biasalah. Masih ada even minggu daftar subjek almost end. Ahhh peniing kepala dengan esmp ni. Kalau masalah tu berkaitan dengan sistem, kita as a student ni memang takleh nak wat paa walaupun dah call orang pejabat semua. Harap semuanya selesai before minggu daftar subjek tutup. Ada kelas yang kena fight dengan student tahun pertama even though kelas tu memang khas untuk program kitaorang. Sabar je lah. Tapi semua tu dah selesai. Just problem dengan sistem je.

Then, lecturer pun okay2 semua..Kelas entomologi (serangga) kena full english sebab ada sorang pelajar foreigner from Somalia. Overall, okay je. I still enjoy in the class. Cuma kalau hari khamis serik sikit la sebab pagi dan petang kiteorang ada amalan ladang. Oh myyy... last week memang melepek okay bila balik bilik. Esoknya jumaat tu pun ada ladang jugak iaitu ladang buah-buahan. Sem ni seronok macam sem 1 sebab kiteorang dah start tanam2 pokok. Yeay! InsyaAllah bila ada hasil boleh bawak balik. Macam last week, kiteorang tanam bendi, cili, kacang panjang, petola dan group aku tanam sayur berdaun macam bayam hijau, bayam merah. Lepas tu ..esok mungkin Dr nak ajar cara nak buat batas. Group aku dapat batas yang vertical kat dinding. Excited pulak nak belajar. Mungkin boleh praktik kat bilik or kat rumah kan hahaha.

Lepas tu kan.. Upm ni sometimes memang heaven dengan shopping. Rajin betul buat jual2 barang kompiter ngan tudung and baju. Duit tu memang mengalir macam air terjun hahaha. Pandai2 la sekat sendiri ye..kalau tak puasa je kang haha. Lately, ni aku jumpa pulak tudung yang agak besar bidang dia dan tak jarang. Harga pulak sepuluh hengget. Sebat satu pun jadi lah haha. Aku memang suka menyinggah tempat2 macam tu. Memang mengundang. Tapi aku consider jugak if barang yang aku nak beli tu memang betul2 guna atau tidak. So far beg yang aku beli kat tempat jual2 macam ni aku still pakai lagi. Ingat, pentingkan keperluan dari kemahuan! hehe

Okaylah. Tu je kot. Nak kena bangun awal esok. Nak berjalan ke ladang lagi..dah la pukul 8 -.-" haha

Anyway, annyeong yeorobunn...sweet dream dan senyum2 selalu..

Be positive! Think postive! hehe

daaaaaa~ ^^

Wednesday, September 4, 2013

Dude, where my keys?


Sat. Nak citer sat.

Ada satu petang ni, family aku nak keluar. Seperti biasa aku orang terakhir keluar dari rumah. So aku kunci lah pintu menggunakan mangga yang ada. Kunci rumah ada di tangan aku. Tiba-tiba, aku tengok tepi ada anak kucing duduk atas rak kasuut. Comel betul. Aku pun usap lah dan main2 dengan dia. Lepas tu, aku jalan ke kereta dan sebelum masuk abah yang dekat tempat duduk depan hulur payung untuk suruh simpan kat belakang kereta. Aku pun amik payung dan simpan lah kat belakang. Aku pun masuk dalam kereta dan tutup pintu. Dum. Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Eh? Mana kunci rumah tadi? Aku pun selak-selak bawak bantal kat tempat duduk belakang. Aik, takde? Aku cakap kat mak, "jap mak..nak cari kunci jap.." Aku pun lari ke rumah dan cek di lantai kalau ada kunci terjatuh. Aku tengok jugak dekat atas rak kasut tadi. Kucing aku dah takde kat situ. Tak tau lah kemana dia pergi. Aik? Takkan kucing aku gonggong kunci aku bawak lari pulak. Kucing bukan macam anjing hoho. Kepelikan melanda. Puas aku tengok sekitar tempat aku mengunci pintu tadi tapi bersih. Nampaknya aku mengambil masa yang agak lama pulak mencari kunci. Dah la nak kejar masa. Takpelah, balik nanti aku cari balik.

Pelik kan? Tapi apa yang lagi pelik adalah 3 second memory yang aku alami. Sampai saat aku menaip disini, aku tengah cuba mengingati setiap langkah yang aku lakukan semasa keluar kunci pintu haritu. Namun, aku percaya kunci tu ada kat tempat yang selamat cuma aku tak tau kat mana. Ya allah. Where is it? Takkan nak salahkan kucing yang menjadi terlalu comel pulak? XD 

Monday, September 2, 2013