Salam
Seems everyone welcoming 2015. Nak jugak heee. Setiap tahun rasanya menyambut tahun baru dengan berkurung dalam bilik, study sebab tengah final exam. Aku rasa ini lah musim exam paling lama dan tak habis-habis. Memang heaven sebab banyak gap before satu subjek ni tapi nak menunggu semuanya habis tu..macam.. Haish. Tak baik merungut, sharina. Astaghfirullah. Jangan dinanti-nanti masa depan sebab ia akan datang jua. Fokus yang sekarang. Kawal hati dan banyakkan bersabar. Sekarang aku suka kalau kawan aku cakap, "sabar..." Tahukah? Allah suka hambanya yang berpesan-pesan dengan kesabaran :)
Namun, yang menerima itu lebih sukar daripada yang menasihati. Betul lah tu. Senang je kalau nak nasihat orang tu. Yang dinasihatkan tu? Rela atau kerana terpaksa aku relakan? Eceh. Perasan tak? Tajuk drama kan haha. Bersyukurlah ada kawan yang menasihatkan. Tanda mereka prihatin, caring ngan kita. Bayangkan kalau mereka tak pedulikan...Mintak jauh! Tegur saya! huhu
Wahai Tahun 2015, apa agaknya yang terkandung dalam mu kali ini? Sejauh mana kepahitan yang kau akan tunjukkan berbanding peristiwa yang kami terkesan ketika 2014? Sejauh mana kemanisan yang akan kau simbahkan kepada kami? Apa rahsia didalam mu yang akan kami bakal ketahui tak lama lagi? Yang akan kami alami.. InshaAllah. Jika umur panjang. InshaAllah.
Tahun 2014. Tak ku duga. Seribu satu memori terkandung, terlakar dan tersemat dalam hati. Pelbagai peristiwa membuka mata. Merapatkan aku dengan Pencipta. Moga tahun 2015 membawa aku lebih jauh ke dalam cinta-Nya. Moga aku tidak berhenti berusaha dan berdoa untuk mereka yang disekelilingku. Mungkin hanya selangkah demi selangkah yang tersangat perlahan tetapi aku tidak mahu berhenti. Aku mahu teruskan disamping limpahan cinta dari-Nya. Begitu juga untuk kamu semua. Amiiin :)
No comments:
Post a Comment