Skip to main content

Sukarelawan Mangsa Banjir


Assalammualaikum!

Program sukarelawan mangsa banjir under IM4U
12-14 h/b Januari 2015
Bertempat di Pekan, Pahang
Menginap di Ump Gambang, Pahang.

Bertolak dari Upm dengan dua buah bas. Sebelum tu singgah Kompleks Akademik A, amik peralatan-peralatan yang telah digunakan oleh sukarelawan fasa 2 ke 3 (aku pun konfius). Segala berus, cangkul, penyodok, hos air, dan kasut2 boot. Menjadi semangat tengok barang2 tersebut. Tak sabar nak berkhidmat ceyy haha. 

Gerak dalam pukul 11 lebih malam. Pakcik bas tu bukak movie dengan sound system yang gila kuat. Nak tak nak aku tengok movie tu. Malam tu je 2 ke 3 movie pakcik tu pasang. Dah la cerita mengarut lagi hambar lawaknya tapi gigih aku tengok. Dapat la terlelap dalam sejam gitu je. Lepas tu terjaga balik T_T Nasib baik cerita last tu best sikit. Manisnya cinta di Cappadocia. Fazura dengan Sam shaheizy berlakon. Cerita tu pulak ada berlakon kat Turki. Bertambah segar mata aku. Even dah pukul 3 pagi haha. Almaklumlah aku ada menyimpan hasrat sikit nak pergi Turki memandangkan aku ada amik elektif bahasa Turki dan banyak dengar citer dari lecturer Turki aku. Pandai dia attract pelancong ke negara dia hahaha. Lagi-lagi Istanbul, hermm...cantiknyaaaa. Tapi kan..biasanya pakej nak ke sana RM5 ribu :) Jom kerja dan puasa setahun wakakaka

Sampai tempat penginapan di Ump Gambang, Pahang dalam pukul lima pagi. Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan.Salute dengak pakcik bas yang drive pepagi ni. Sape tak ngantok woi. Btw, bila dah sampai tu, tak turun lagi pun. Tak tau tunggu apa. Tang tu la aku baru pulun tidur kejap. Lena lah kejap haha. Dah subuh baru turun bas, naik ke bilik masing-masing. Satu bilik 6 orang. Aku, Lisa, Shasha, Nad, Tini dan Ecah. Wash up, Subuh dan turun balik.

Pukul 8 pegi Ump Pekan pulak untuk sarapan dan briefing. What a nice place there. Windy and so chill. Macam matrik pahang dulu.



Untuk Day 1, tak banyak sangat kerja yang dilakukan. Kami hanya pergi tempat pusat2 pemindahan banjir di sekolah yang tak terjejas. Rasa pilu tengok kereta tersadai tepi jalan. Herm. Air masih kelihatan bertakung didepan rumah mangsa.

Memandangkan dah ada tenaga askar dan bomba dan jugak sukarelawan yang dah bersihkan kawasan sekolah ni, Jadi kiteorang fokus pada susun kerusi, meja dan bersihkan kelas untuk murid-murid nanti. Macam korang bertugas bersihkan kelas, menyapu..lap tingkap..susun meja..heee.





Hai! haha
Kay, gambar dah buang tebiat sikit time ni. 
Ini time pengagihan baju ikut jenis.
People donating weird stuffs here. I mean do you need to donate worn out clothes? sigh. 
Stained clothes all that. This were some stuffs we found that is so oldies. 60's I guess haha

Seterusnya ada la pergi sekolah lain untuk gotong-royong kecil-kecilan. Penat jugak. Yelah, dengan tidur yang tidak teraturnya. However, day 1 ended. 


Lepaking underneath the stars. 

Day 2 -  Real work begins here


Affected school by the flood. 
Sekolah Kebangsaan Pulau Manis, Pekan, Pahang. 
Teruk. Sampai signboard sekolah dia pecah huhu. Ini kampung yang paling hujung rasanya kalau berdasarkan signboard yang aku nampak. Sekolah ni dalam jugak tenggelam. Berdasarkan benchmark lumpur kat pondok guard tu, aku tenggelam.....gulp. Aku rasa dia dalam sebab sekolah ni dibahagian bawah. Dia turun ke bawah sebab jalan tar tepi ni tinggi la. Padang depan tu pun tenggelam. Tugas kami kat sini bersihkan lumpur dalam longkang dan tadika. Sekolah ni mungkin amik masa 3,4 hari untuk bersih sepenuhnya. Harap dapat beroperasi secepat mungkin.





Affected kindergarten. Kesian tengok cikgu tu. Dia nampak sedih. Kalau tanya barang ni boleh pakai lagi ke tak, dia akan jawab herm takpe lah. Buang je. Cikgu, jangan putus asa. Kami disini.


Barang-barang tadika.



Seluuuut



Bersihkan kawasan longkang dulu. Baru air boleh mengalir. Kalau tak tersangkut saliran.




Bekalan air :)


Pembersihan kawasan padang. Tolak selut.


 Dibawah adalah:


Yang berkhidmat!hehe



What a great memories with you guys. Thanks guys! Seronok sangat dan semuanya rajin-rajin belaka.

 V for Volunteer!

Comments

ناضرة said…
bekerja dan puasa setahun~~ hahahaha

Aku saluutt~~ abang aku pun pergi jgk tlg, tp area kelantan, dia ckp sedih tengok family2 dkt sana, kau ikut IM4U,, wauww..hebat hebat..you did great~~ :DD
ShaRina NiNa said…
hahaha ye nad. kena puasa! xD
ohh abang ko pun pegi. bagus2. kat kelantan tu lagi la sedih huhu.
biasa2 aja nad.kebetulan habis pekse kan, saja pegi nak meninjau huhu

Popular posts from this blog

Klinik Sofea: Avoid Leg Amputation

Salam!

Kadang-kadang banyak benda yang aku dah lupa dalam blog ni
Aku lupa yang aku ada blog lain rupanya
hahahaha
dan
Aku lupa tujuan aku buat blog tu
Aku tau pun ni setelah menelaah dan menilai blog sendiri
Kenapa ye kenapa?
Bila nak masuk balik blog tu dan tengok balik apa yang aku taip
'dah tak valid'
=.=
Alaaaa curious pulak aku
Macam mana boleh lupa ni.
Rugi rugi hoho.
Tamak jugak sampai dua blog hahaha.
Yang satu ni pun tak terjaga hehe.

Minggu ni busy betul. Aku tak rasa macam bercuti macam kengkawan aku yang lain. Busy dengan treatment abah. Hari selasa aritu perjalanan kiteorang sepang - seremban - puchong - sepang. Phew..bayangkan berulang-alik dari negeri sembilan ke selangor. Tapi nasib baiklah seremban tu kat Ampangan je. Tapi..yelah..habis jugak minyak 50 hingget satu hari tu. Rindu jugak jalan seremban 2 tu sebab kalau balik kampung dulu selalu lalu situ. Sejak dah ada highway lekas, tak ikut dah jalan lama. Eventhough jalan lama makan masa sikit, tapi disitu …

Diabetic Mellitus

Assalammualaikum.

Lama tak menaip. Lama rasanya aku menghilang kejap. Sebulan ek? Lebih kurang la kan...Sory..Ada sedikit komitmen yang perlu saya komited kan haha. Amacam puasa? Okay? Aku? Struggling...hehe jk

Aku sekarang dah macam nurse. Aku rasa macam dah salah pilih kos je. Patut aku amik nursing lah hahaha. Tapi takpe ini semua ilmu tambahan dari Allah. Aku jadi nurse sambilan kat rumah. Okay lah. Aku berterus-terang je lah ye.

Abah ada sakit kencing manis dan akibat luka yang tersangat kecil..sekarang dah menjadi luka yang sangat besar..Jadi, sekarang aku 'dressing' sendiri. Dressing? Dressing tu wound care. Apabila kita ada luka yang sangat besar sampai dah hilang kulit, sampai nampak daging semua..boleh timbul satu lapisan kuning iaitu slough. Slough ni lah kita kena cuci setiap hari supaya dia tidak mengganggu pertumbuhan kulit dan isi daging yang baru. Slough ini sometimes agak degil. Jadi kenalah bersabar.

Erm, nak post gambar ke? Takyah la kan. Takut ada pulak ya…

Final Year Project

Final year project atau pun biasa dipanggil oleh kami ni, FYP. Dimana setiap student akan di-assign pada seorang lecturer. Untuk jabatan aku iaitu Jabatan Sains Tanaman. Pada awalnya kami pilih tajuk mana yang nak dari senarai yang pihak fakulti bagi. So, kami memang tak tahu la Dr mana yang handle tajuk yang diberi tersebut. Iya. Gamble. Kalau kau dapat lecturer yang sporting, kira bertuah sangat dah tu. Kalau dapat lecturer yang super busy, jom la nangis. Aku dapat lecturer yang boleh dikategorikan busy. Taklah super busy tapi most of the time busy. Lecturer yang kita dapat pulak dipanggil 'supervisor', SV nama singkatan. Soalan yang famous masa awal2 dapat tajuk tu, " sv kau sape? tajuk kau apa?" Haaaa, jawab la kau berulang-kali untuk 2-3 minggu tu hahaha.

Entah la. Nak cakap nasib pun tak boleh gak. Mungkin Allah nak uji aku dari situ. Aku adalah antara yang paling lambat dapat tajuk. Kira sebulan lagi nak present proposal baru dapat tajuk. Kawan2 yang lain 2,3…