Wednesday, January 14, 2015

Masih di kolej


Assalammulaikum


Percaya atau tidak. Aku masih di kolej even sedang sem break. Disaat semua orang sedang bersenang hati di rumah tersayang. Aku masih disini. Sejurus exam, aku join sukarelawan bawah im4u. Pergi bersihkan kawasan sekolah di Pekan, Pahang. 12 - 14 h/b. InshaAllah, nanti aku cerita. Buat masa sekarang aku baru lepas menukar wajah blog ini. Girly kan? hahaha. Jadi nak menaip panjang lebar pasal sukarelawan itu agak lah berat. Kepala dan mata dah berat. Lepas sampai dari Pahang tadi bukannya tidur pun. Memang aku kumpul kepenatan untuk tidur malam terus. Takde la tidur lambat sangat.

Minggu ni spend most of the time with Lisa. Dia terbeli tiket lambat dari hari yang sepatutnya. Jadi aku teman lah dia duduk kolej. Macam-macam rancang untuk mengisi masa dua tiga harini. Nak pergi skytrex lah, ice skating lah. Apapun, mohon la berjalan dengan lancar plan kami ni. Permudahkan Ya Allah. hehe

Sebenarnya aku dah tahap teruk jugak homesick. Tapi bila pergi sukarelawan, dia macam ubat hati. Rasa insaf kejap tengok keadaan di tempat orang yang banjir. Banyak kereta tersadai tepi jalan. Memang total loss. Kesiannya. Masa on the way balik nampak atuk nenek ni meredah air jalan keluar dari rumah mereka. Parat peha mereka lah jugak. Allahu. Sedihnya. Nasib baik ada yang perasan rumah mereka didalam sana sebab memang tak nampak rumah mereka. Terpisah dek air takungan banjir. Dengar kata banjir naik semula di Pahang. Herm, tak sure tau. Mak aku melaporkan kat dari berita tv3. Aku ni memang tak tau pape la kalau pasal tv. Twitter je lah sumber isu semasa aku. Kinda depend on twitter for that besides watching tv and facebook. Fb pun kira lambat jugak kan :p

okay, tu je la. Luahan hati sebelum tidur haha
Motif?
Taa derrr..
wakaka

bye

No comments: