Followers

Popular Posts

Monday, April 21, 2014

Minat abah


Assalammualaikum.

Rasa macam nak bercerita pasal abah lagi. Semalam tengok fesbuk sedara. Lepas tu nampak gambar abah kat 'friends' sedara tu. Rasa rindu mula menebal kembali. Aku pun click la.

Pada awal status page tu, ada orang tag nama abah. Aku pun baca la. Sebak. I said to myself..why do you guys tag nama abah..he's gone. I'm sure that friend just wanna share happiness with abah sebab dia share gambar pokok berbunga setelah dua tahun tak berbunga. Mustahil dia tak tahu abah dah pergi.

Aku bertambah sedih setelah scroll down wall abah. Sedih dan sayu sebab masa abah sakit dia sempat usahakan bisnes kayu gaharu. Dia ada post video yang buat sendiri tu. Ada gambar pokok gaharu pastu ada gambar dia sekali. Dari situ boleh nampak betapa dia mengimpikan. Abah pun ada la cerita sikit2 pasal kayu gaharu ni. Gaharu ni kalau jual memang mahal dan laku.  Tapi sometimes tu ada jugak kiteorang membebel suruh dia berhenti dan rehat dari bisnes2 ni semua. Memang dia gigih. Sambil baring atas katil selalu tengok dia email2 kat orang tu orang ni. Takpelah.

Nowadays, i realise something...

That was his passion. He very interested in agriculture business. Im so sad that he couldn't make it come true. He was so excited about it. Aku tau dia mesti teringin nak ada ladang sendiri semua. I was so so so sad.

Jadi, pada hari dia meninggal. Kami terima satu surat. Kami buka dan lihat isinya...

ada sample minyak kayu gaharu.

....

Kalau abah tengok sample tu, mesti abah happy kan. Sayangnya...nak je cakap "abah..minyak gaharu abah dah sampai.." huhu

I miss u so much abah.

Semoga Allah tempatkan abah dikalangan orang yang beriman.

TT_TT

Wednesday, April 16, 2014

Teruskan Tersenyum




Wahai diri,
Tabah lah menghadapi
walau bagai berjalan atas kaca
Cekalkan perasaan
andai air mata deras mengalir
Ketahui tujuan mu 
Untuk menggapai keredhaan-Nya.

Wahai diri,
tidak semua kemahuanmu dituruti
tidak semua yang kau dapati kemahuanmu
hikmah yang terselindung
mungkin tidak kelihatan sekarang
kelak munculnya ia
kau akan mengerti.

Wahai diri,
meniti hari ke hari
tidak semudah memetik jari
senyuman yang kau tawarkan
dikala duka adalah bukti 
kekuatan terdapat dalam diri.

Hasil nukilan: Sharn


p/s: gambar tu memang takde kena-mengena. saja menghias ruang ini hehe.

Sunday, April 13, 2014

Moh Le Kite ^^


Assalammualaikum~

Korang ada perasan dalam satu hari tu..if ada terbuat salah laku ke..mesti terbaca something yang sentap sama ada dalam social networking or magazine. Macam time tu baru lepas azan asar dan kita pun baca doa lepas azan. Pastu terdetik "oh kena solat" then dalam kepala berlaku satu detikan yang lain juga dimana kita dah tau yang tak boleh lewatkan solat. Azabnya nanti macam ni macam tu. All the facts running thru your head. But your body still haven't move a muscle. (Procrastination) 

 and we keep scrolling TL fb or twitter....

scroll...

until...

bottom..

of nowhere...

Pastu ternampak satu status -

"dah solat?"


Tau-tau je kan. Ape idoknye Allah itu Maha Mengetahui. So apalagi jom solat hehe! Tak kisah la solat apapun waktu korang tengah baca ini entry. Solat sunat wudhu pun okay. Allahu. If u do it, MashaAllah... :)

Remember don't give up! Keep praying! Even ada yang berlubang antara 5 dalam satu hari tu. Qadha if you can and try again for the next day! We grew up in many situations. I understand. Tak semua dapat family macam Ahmad Ammar but we can try change withing (english pun aku terengganu kan haha) ourself. Start from us, ourself. Just don't give up on Allah. So that Allah don't give up on you.

Okay geng? Let's work hard untuk dapatkan keredhaan Allah!

Wednesday, April 9, 2014

Anime drawing


Instead of doing my assignment

I drew this haha.

This one I was following the tutorial on youtube. Takde keje kan.

Mula-mula layan perasaan dengar lagu kat youtube, pastu terdetik nak tengok tutorial hape tah..sampai la ke tutorial yang ni.

Benda biasa terjadi bila ber-youtube haha.

A bit kaku right.

I'll try harder next time.

Mana lau tau bole lukis kartun muslimah pulak hehehe.

Cita-cita tinggi noo..haha.

Tuesday, April 1, 2014

Ami Schaheera


Assalammualaikum.

I've met her once. But, I didn't know her that much. She's a cancer fighter as my angah told me. At that time, we were at the hospital for my late father's treatment. We were at the pharmacy section and as we were standing waiting for our turn. Then, there's a woman and and her husband passing us by. At first, I just ignored her but angah recognized her instantly. "Eh, ami schaheera!", she said.

She's a woman high sense of fashion. Nicely dressed at that time. Then, angah told stories about her. She also a blogger and she have been fighting cancer for four years. However, recently Allah loves her more. Allah invited her to where we came from. Hope her husband stay strong for this test.

"Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman" aminn...

I don't know her blog address. However, you can dig a little bit more about her in here.

credit to kak maria elena. Kak ami is the left one.