Followers

Popular Posts

Friday, July 26, 2013

Pros & Cons of Thursday


Semalam boleh dikatakan hari yang seimbang oleh aku.

Kenapa? Haaa..nak cito lah ni.

Seperti semua orang sedia maklum, semalam aku ada test jpj. (Bunyi macam aku umum kan satu malaysia je kan hahaha) Aku fail. Hehe.
Straight forward je aku cakap. Semalam agak frust jugak la sebab aku kena tunggu lagi 3 minggu nak repeat. Haihhh....takdaq rezeki. Nak wat cano.. Dah la aku fail kat bukit. Biasanya time praktis, aku okay je. Tapi semalam aku neves je lebih haha. Bila terlebih nervous, fokus hilang entah ke mana. Segala step aku lupa nak buat. Adess. Bila jpj suruh undur keta turun bukit, berkecai hati aku huhu. Rasa macam nak nangis. Seriously. Rasa macam nak pergi berlutut, tapi! Takpe! Control myself. It's my fault. Dari situ aku dah terbayang encik yang mengajar aku tu hahaha. Malunya..maaf pakcik! Alhamdulillah test jalan raya aku okay je. Kalau dua2 fail, memang aku rasa nak bakar je keta kat situ haha. Eh, bunyi dah macam psiko agaga. Nampaknya aku masih tak dapat nak tinggalkan ikmas tu haha. Guess, I'll meet u again ikmas. Wait for me eh haha. Adoyaii..I hope I can do better next time InsyaAllah :)

Kawan aku sorang ni nama dia Aimee. Kesian kat dia sebab salah orang lain dia fail. Tu lagi lah, heartbroken nye. Masa simpang 3, dia tengok motor tu jauh lagi tapi tetiba motor tu dah sebelah dia. Agaknya almost nak berlanggar dan jpj tu pun terkejut. Terus dia tak jadi teruskan. Motor tu pun tetiba pecut dah kenapa. Mentang2 orang tengah test, saja lah tu buat dajjal. Seriously. Banyak kes. Sabar je lah. Aimee, nampaknya kita jumpa lagi hikhik. Kita praktis lagi ye nanti. Next time we can do it! InsyaAllah. Encik yang mengajar kiteorang tu siap cakap, "nanti nak sewa kereta satu je..kat jalan raya biar Sharina bawak. Kalau nak parking biar Aimee yang buat" LoL XD

Okay, the good one is my result.
Bila aku cakap macam ni, tak bermaksud aku salah seorang dari DL. One day, InshaAllah! Alhamdulillah. Tengah malam check. Aku dapat result lebih dari yang aku expect sebab aku boleh rasa result aku menurun.
Nasib baik turun tak banyak and still above 3 pointer. Sebenarnya...aku dah redha kalau bawah 3 pointer pun sebab aku rasa begitu tough subjek sem ni. Tapi tipu la kalau aku tak jealous mereka yang mendapat lebih dari aku kan haha. But, I'm happy for you guys. Tahniah untuk mereka yang DL!!! Daebak! Rasanya aku dah cuba yang terbaik untuk sem lepas. Seboleh-bolehnya aku usaha untuk maintain result aku. Bermula lah sesi soal siasat antara coursemate lepas ni ngee. Share je la ye kengkawan. Feel free to ask me, guys! But, only in message. Jangan tanya kat public sudah haha. Memang awak jadi anonymous je nanti keke.

The pros and cons of today hehe.



p/s : the gif not mine :)

Monday, July 22, 2013

I'm Back! \(^0^)/


Assalammualaikum...

Semak pulak tengok entri 'botak ni' tu. Pandang je macam ehh..exam dah habis lah! So, ini membuatkan aku nak hapdet belog. Huuu Haluuuu *waving ^^

Alhamdulillah, tiba juga kita di bulan Ramadan *ayat tipikal haha. Malah dah pun pertengahan bulan ramadan. Maaf baru sekarang hendak mengarang disini. Entahla. Mood nak mengarang just flew out from myself. It takes a long time to regain it. Anyhow, I always check out my blog. To see if there any comments even there aren't lol. It's okay.. :)

Alhamdulillah lagi sekali sebab kali ni aku dapat lalui Ramadan yang tenang berbanding tahun lepas. Aku takkan lupa kenangan berpuasa hampir sebulan di hospital. Tiada apa yang aku kesalkan. Aku hargai segala kenangan itu. Sangat. Dari situ, pelbagai detik di hati ini muncul. Detik keinsafan yang membuatkan aku berjaga-jaga dalam meniti hari hingga ke hari ini.

Dugaan yang sangat kuat tahun lepas. Tapi aku redha. Sebab Allah uji tandanya sayang. Itu yang membuatkan aku rindu saat2 berpuasa tahun lepas. Tahun ni aku diberi lebih peluang untuk beribadat lebih dari segi bertadarus.

Alhamdulillah lagi..sebab aku dapat berbakti sikit dengan mengajar mak mengaji dengan lebih mendalam dari segi tajwid dan pantau bacaannya. Walaupun tak sehebat mana, masih mampu untuk memantau bacaan orang lain. Jadi kan, disini saya nak mengajak kengkawan yang mana dah lancar baca al-quran ajar mereka disekeliling kita. Walaupun tak besar mana, tapi Allah with us. He see our effort :)

- Become blessed by being grateful -