Followers

Popular Posts

Thursday, January 31, 2013

Hati terluka ke?


There is one conversation between me and tasha (my roommate).

Aku selalu tersenyum sorang-sorang (the moment where your mind suddenly flashback funny moments.)

Aku rasa lucu je bila teringat balik.

Haritu, jari aku macam terhiris something benda yang tajam. Aku tak sedar pun. Tau-tau je dah berdarah. Darah sikit je la..tapi aku pelikla kan. Puas aku cuba ingat balik apa yang aku buat sampai boleh terluka. Saje je la cakap kat tasha,

me : tasha..kadang2 kita tak sedar pun bila kita terluka kan?

( Im expecting if she experienced it too)

tasha : hahahahaha...kenapa ni? soal hati ke? sape, budak tu ke?

me : bahahahaha..bukan lahhhh...ni haa..tangann ni haaa ( tunjuk jari yang terluka sikit)

bahahahahaha...apa yang tasha ingat aku bercakap soal hati ni kan...agaknya aku tetiba je cakap camtu..takde intro, tetiba je cakap pasal 'terluka' ni kan

XD hadui..lawak je..


Monday, January 28, 2013

Take Care!




Mungkin aku tak biasa. Mungkin family orang lain dah biasa tapi aku tak. Ini kali pertama salah sebuah anggota keluarga kami akan duduk jauh. Jauhnya perjalanan memakan 9 jam. Yap, family along pindah Kelantan. Jadi orang Kota Bharu dia. Risau tu memang la risau.(I even cry when Along tell me the news haha. She made me cry even I tried to hold back ma tears) Kami belum pernah berjarak sejauh ni untuk masa yang lama. Insyaallah. Mudah-mudahan baik2 aja (Allah kan ada :] ) Nina doakan yang terbaik okay (Always in my prayer)..Perkara yang melegakan aku adalah rumah mentua along dekat dengan rumah dia walaupun 1 jam perjalanan. Bagi aku, itu dah cukup dekat. Ok lah kan. It's their time pulak nak dekat dengan cucu-cucu mereka. Rancangan Allah kan, siapa tahu. Bukti Allah itu adil. InsyaAllah, ibu and bushu akan travel ke sana.Eh?, atuk dan uwan sekali haha. Maap mak abah hehe. Teringin gak nak jenjalan ke Kota Bharu. Belum lagi jejak ke tempat itu. Kuala Terengganu sudah. Kota Bharu, ibu negeri Kelantan, kan?hehe

Semalam kakak pun dah menjejakkan kaki ke alam persekolahan walaupun masih bertadika. I'm so proud of you. Get up early at 5am. Full of enthusiasm. I wonder...how am I when me in your age? Maybe we educate you about school much enough, always asking you to go to school hehe. At least, our effort motivate you. 5 tahun dah kakak saya ni. Dialah 'kakak' saya :p :

My kakak

In my family, panggil si kicik ni kakak, manakala..me? si besar yang dipanggil adek wakakaka *malunyeh :">

Anyway, good luck, kakak! Your days have started. Times to socialize with kids around your age. Not kids like your aunties lol. Balik sepang nanti boleh la kecek kelate dokk..hehe. I know you can do it. Have fun! Kindergarten memories are fun! I wonder where are my childhood friend at Selayang...are they still remember me? I have their pictures. But, of course..when you grew older, your face will become different, right? herm..  

Buat abam Pateh, sabar ye.. one day awak pegi sekolah jugak :)

Take care you guys :]

LoVe Mmmuaahhh..*flying kiss from Sepang lol

^_^

Friday, January 25, 2013

We Are Muslims of The World~



Just want to share this awesome singers from middle east.


Please listen listen listen :p

When i share, u must listen 

hehehe

Anyway, sneak peek to the lyrics ;

And we are the Muslims of the worldOur voices must be heard our voices speak the truthPeople of the world let's stop all abuse

TiTLe : 

We are the Muslims of the World, Yahya Bassal and the Harmony Band


You will hear different languages such as english, arabic, german, and turkey (perhaps, i'm not so sure)

Yeah, I know. The girls.

Nak komen pun macam tak berani.

Kalau tujuan untuk macam ni dan nyanyian yang tak menggoda, boleh ke?

Pakcik2 kat belakang dalam video tu pun looks not so happy je. Must be something, right?

Wallahua'lam.

Btw, I like this song. :)

I hope you do too.

Dengar sampai habis tau.

Peace yo!

^^V 

Wednesday, January 9, 2013

sorrow


Samekom. =.=

Saya cuma nak meluahkan ke-stress-an saya disini sebab exam tadi macam hape.

Nak do all out, tapi in my head was like


kosong..kosong..kosong...segala kata cacian..yg engkau berikan.. ~ hermm...

Nasib ada 2 soalan yang aku boleh jawab dengan jayanya. Lagi 2 soalan tu macam...hape..je...tau...

T-T dah la. bai~

p/s : post ini ditaja oleh najewa latip dengan lagunya yang bertajuk sifar hehe

Tuesday, January 8, 2013

Stesen Nilai


Assalammualaikum!

Haihh...tak sabar nak balik. Kalau aku cakap macam tu, mesti coursemate buat muka menyampah kat aku. Yelah, rumah dekat, bole la citer haha. Ya..rumah dekat tapi aku rasa malas nak balik, . Ceh, gila tak bersyukur kan aku hahaha. Takdelah, rasa kesian pulak kat angah, dia dah la sometimes penat balik keje and sometimes ada banyak benda nak diuruskan bila weekend before musim exam ni lah.

Baru-baru ni aku baru try balik rumah naik komuter. Ngeee. Baru feel balik rumah haha. After this boleh la tetiba terpacak kat komuter nilai nun...mak pun dah berani pegi Nilai. So funny when my friends here didn't understand, "rumah ko kan kat sepang, nape nak turun nilai? " haha, a bit hard to explain. Ekceli sepang tu sempadan n9, sangaaatt dekat..Kiteorang more familiar with jalan kat nilai tu. Even Ajin pun ada rumah kat nilai dah. Wah, dekatnya. Boleh hang out kan? ;) *jap, kat nilai kan?haha

Giant and Tesco kat Nilai tu lah tempat kiteorang shopping barang grocery and kat situ gaklah kami pi beli baju raya kalau malas nak sesak2 kat kolumpo tu. hehe. Aku rasa lucu sebab dua mall terletak menghadap masing2 but both was fine to me, agak dah bosan pi sana, agak dah bosan yang sini p sanun pulak hehe.

While dalam komuter, I thought of something, "oh ye,kenapa aku tak turun kat stesen batang benar? padahal lagi dekat." Now when to think back, memang la tempat tu lagi dekat tapi sunyi dan creepy semacam je haha. Dan banyak foreigner asing tuu..hoho...takot lah den. Lagipun, family aku memang familiar with komuter nilai. Memandangkan aku dah jarang jalan naik komuter kat nilai, haritu sampai aku tak recognize komuter nilai. Aku macam, "eh...dah sampai? yang ni ke?" :')

Kenapa aku sentimental sangat pasal stesen nilai tu? Yela..dulu..aku ngan mak rajin balik kampung berdua naik komuter masa arwah atuk and uwan ada. Kiteorang naik komuter dari nilai sampai seremban. Kat komuter seremban tu aku selalu mintak ais-krim mekdi. Dulu tak banned lagi haha. After komuter, kiteorang akan cross jalan raya dan pergi terminal one. Then, dari situ aku ngan mak akan naik bas No. 36 (if I not mistaken). Bas tu akan lalu depan kampung aku, kampung aku betul2 terletak depan jalan besar,takyah susah masuk ceruk dalam nun hehe..bas tu jalan dari seremban sampai bahau, aku ingat lagi route bas tu. Biasalah bas kan, dia ada route tersendiri and pit stop untuk drop and pick up passengers. So, route naik kereta tak sama dengan naik bas. Aku rindu bas tu sebab zaman dulu bas berair-cond tak femes sangat lagi. Bas tu pakai tingkap yang tolak tarik sendiri je, memang best lah..dapat rasa angin lagi2 kat bukit putus. Bukit putus kan banyak pokok so angin kat situ segar je. Aku suka duduk tepi tingkap dan menikmati pandangan, acewah haha. Bukit putus tu dah la pusing2 dan tinggi, aku suka tengok bawah..rasa macam nak tergolek dalam tu je bila bas membelok, oh ye, jalan bukit putus bengkok2. Kalau naik keta, aku akan diam je sebab pening. Tapi sekarang tak pening, diorang dah buat jalan baru yang straight tepi bukit putus tu. Sekarang ni rasanya bukit putus diorang gunakan untuk sports. Aku pun tak tau sports apa. Bole je kalau nak jalan lagi tapi akan rasa sangat2 creepy la...dengan gelapnya waktu malam..banyak dah kisah pakcik aku yang terkena. Kereta tiba-tiba berat la..huhu..soram den..Eh, tetiba masuk citer seram pulak.

Btw, zaman aku rajin balik kg naik komuter dengan mak tu adalah zaman sekolah rendah. Time tu akak-akak ngan abang aku dah masuk belajar..asrama..abang aku rajin keluar ngan kengkawan die..tinggal aku je #foreveralone kat rumah, tu yang mak rajin bawak balik kampung. Kampung aku kat negeri sembilan, parent aku negeri sembilan hehe. Tapi aku bole la cakap sikit even sometimes buruk gak bunyik hahaha. Sekarang ni where my lifes get more stable, even mak pun dah boleh drive sampai kampung sendiri dengan jayanya tapi masih perlukan co-pilot, abah di sebelah haha. I missed the moments tho..pretty calm and chill trip..

So, bila sampai komuter nilai haritu, mak yang jemput. Dengan spontannya aku cakap kat mak, "teringat kita balik kampung dulu2, naik komuter..hehe." Mak hanya tersenyum . Love You Mak! hehe

I don't know, I just like to reminisce the old times. hehe. Kbye! ^^,

Tuesday, January 1, 2013

Welcome 2013 ^_^


Assalammualaikum.

continue dr last post.

Okay, gurau je haha. Yang lepas tu lepas. Malas nak dikenang. Buat serabut kepala je. Meh kita serabutkan otak dengan ilmu untuk exam ni. Okay, geng? =)

Phew, Alhamdulillah kerana kita berjaya survive ke 2013. Terima kasih Ya Allah. Masih ada ruang untuk kita bertaubat nampaknya sebab tu Dia panjangkan umur kita kan. Masih ada ruang untuk kita memeluk orang2 yang kita sayang, mak bapak kita , adik beradik kita, kengkawan kita(Girls for girl. Boys for boy lah kan haha). Kan? =)

Masih ada peluang untuk kita berbuat kebaikan dan menyebarkan dakwah even through twitter and facebook. Tu semua boleh dijadikan saham kita di akhirat. Internet boleh jadi penyumbang besar pahala ataupun dosa. Depend macam kita gunakan teknologi zaman sekarang. (ayat macam dah hint post lepas je kekeke)

Herm, ape lagi ek?

Oh ye, sekarang aku tengah ber-study week. Pulun jangan tak pulun! hehe GooD LucK utk semua budak Degree okay! chaiyok!!!

Sebenarnya kita dah pun bertahun baru kalau mengikut kalendar hijrah. See, maju ape islam ni..tak tau la ramai yang sedar ke tak. Asyik terikut kalendar masihi je kan. Yelah, kalendar masihi selaras satu dunia kan. Worldwide trend macam kat twitter haha. Tapi kalendar hijrah selaras untuk semua umat islam =)

I think 2012 means a lot to me. Dalam sekelip mata, Allah boleh mengubah keadaan. Benda yang tak sangka terjadi, ianya terjadi. Kun fayakun lah katakan. Terima Kasih Ya Allah. Hamba juga akan cuba memperbaiki amalan diri hamba-Mu ini. Always guide us to the right path which is yours. Insyaallah.

Ingat, selagi kita masih bernafas, masih ada ruang untuk kita memperbaiki diri. Perubahan dalam diri memang jarang berlaku secara tiba-tiba tapi kita boleh mencuba perlahan-lahan. Bergerak selangkah itu lebih bagus dari tidak bergerak langsung. Semoga kita istiqamah dalam melakukan peubahan ke arah kebaikan. Kan? hehe. #notetoself too.

Buat kengkawan, andai aku terleka, tegur lah aku ye. Sesungguhnya kau lah kawan yang ter-daebak! haha

Baik. I have to go study~~~

Kbai!

xoxo,
Nina   (acewah mcm citer istanbul aku datang pulak XD)