Assalammualaikum.
continue dr last post.
Okay, gurau je haha. Yang lepas tu lepas. Malas nak dikenang. Buat serabut kepala je. Meh kita serabutkan otak dengan ilmu untuk exam ni. Okay, geng? =)
Phew, Alhamdulillah kerana kita berjaya survive ke 2013. Terima kasih Ya Allah. Masih ada ruang untuk kita bertaubat nampaknya sebab tu Dia panjangkan umur kita kan. Masih ada ruang untuk kita memeluk orang2 yang kita sayang, mak bapak kita , adik beradik kita, kengkawan kita(Girls for girl. Boys for boy lah kan haha). Kan? =)
Masih ada peluang untuk kita berbuat kebaikan dan menyebarkan dakwah even through twitter and facebook. Tu semua boleh dijadikan saham kita di akhirat. Internet boleh jadi penyumbang besar pahala ataupun dosa. Depend macam kita gunakan teknologi zaman sekarang. (ayat macam dah hint post lepas je kekeke)
Herm, ape lagi ek?
Oh ye, sekarang aku tengah ber-study week. Pulun jangan tak pulun! hehe GooD LucK utk semua budak Degree okay! chaiyok!!!
Sebenarnya kita dah pun bertahun baru kalau mengikut kalendar hijrah. See, maju ape islam ni..tak tau la ramai yang sedar ke tak. Asyik terikut kalendar masihi je kan. Yelah, kalendar masihi selaras satu dunia kan. Worldwide trend macam kat twitter haha. Tapi kalendar hijrah selaras untuk semua umat islam =)
I think 2012 means a lot to me. Dalam sekelip mata, Allah boleh mengubah keadaan. Benda yang tak sangka terjadi, ianya terjadi. Kun fayakun lah katakan. Terima Kasih Ya Allah. Hamba juga akan cuba memperbaiki amalan diri hamba-Mu ini. Always guide us to the right path which is yours. Insyaallah.
Ingat, selagi kita masih bernafas, masih ada ruang untuk kita memperbaiki diri. Perubahan dalam diri memang jarang berlaku secara tiba-tiba tapi kita boleh mencuba perlahan-lahan. Bergerak selangkah itu lebih bagus dari tidak bergerak langsung. Semoga kita istiqamah dalam melakukan peubahan ke arah kebaikan. Kan? hehe. #notetoself too.
Buat kengkawan, andai aku terleka, tegur lah aku ye. Sesungguhnya kau lah kawan yang ter-daebak! haha
Baik. I have to go study~~~
Kbai!
xoxo,
Nina (acewah mcm citer istanbul aku datang pulak XD)
No comments:
Post a Comment