Sunday, May 24, 2015

Final Year Project




Final year project atau pun biasa dipanggil oleh kami ni, FYP. Dimana setiap student akan di-assign pada seorang lecturer. Untuk jabatan aku iaitu Jabatan Sains Tanaman. Pada awalnya kami pilih tajuk mana yang nak dari senarai yang pihak fakulti bagi. So, kami memang tak tahu la Dr mana yang handle tajuk yang diberi tersebut. Iya. Gamble. Kalau kau dapat lecturer yang sporting, kira bertuah sangat dah tu. Kalau dapat lecturer yang super busy, jom la nangis. Aku dapat lecturer yang boleh dikategorikan busy. Taklah super busy tapi most of the time busy. Lecturer yang kita dapat pulak dipanggil 'supervisor', SV nama singkatan. Soalan yang famous masa awal2 dapat tajuk tu, " sv kau sape? tajuk kau apa?" Haaaa, jawab la kau berulang-kali untuk 2-3 minggu tu hahaha.

Entah la. Nak cakap nasib pun tak boleh gak. Mungkin Allah nak uji aku dari situ. Aku adalah antara yang paling lambat dapat tajuk. Kira sebulan lagi nak present proposal baru dapat tajuk. Kawan2 yang lain 2,3 bulan awal dah dapat tajuk. Memang aku tak tenang jiwa aku. Sanggup la berkorban cuti midsem, cuti ape tah lagi satu. Lega jugak present awal. Dah lepas satu perkara. Cuma aku terkilan la ada soalan yang aku tak dapat jawab masa presentation. Tapi barang lepas jangan dikenang. Aku dah berusaha sedaya upaya yang boleh. I give myself a credit. Tak tau la credit panel juri macam mana pulak hahaha. Aku rasa lega jugak sebab panel2 aku semua haritu baik dan okay je semua. Rezeki aku mungkin. I took from the positive side. Sebaik habis je presentation, I really really want to cry but, I'm holding back. I don't like crying in front of the people. My eyes will become so red. I don't know how some people can cry like in drama..no red eyes..mata tak bengkak..how do they do that? teach me HAHAH.

To be truthful, I envy of my friends. They close to their sv. They can have nice conversation and their sv always give advises. Not to compare anything. I just wish I had that kind of relationship with my sv. My friend said, "Kalau nak kenal dengan sv kita tu, kita kena duduk lama2 dalam bilik dia..borak2.." "penting. kita kenal sv kita. baru senang nak buat kerja". I agree. It just..it don't happen that way with my sv. Mungkin belum lagi tapi setakat ni...it's not that easy. My sv kind a busy to have chit chatting hahah. Bukannya aku tak cuba. I've tried okay. Banyak cara dah. Korang tak tau perasaan aku bila dia respond sebegitu rupa. Heartbroken nye rasa. Tapi jangan lah kita cepat mengalah. Mungkin ini mujahadah kita. I've tweeted it, "This is our fight (pastu ada emoticon muscle tangan tu)

Mungkin aku masih baru dengan semua ini. Mungkin aku masih diperingkat menyesuaikan diri. Mungkin. Aku cuma berharap keadaan akan menjadi lebih relax dan tak la pressure sangat walaupun masih banyak lagi yang aku tak faham pasal projek aku ni. Perjalanan masih panjang. Sebenarnya aku faham cuma there are certain things aku tak puas hati sebab aku rasa projek aku terlalu lalu lalu simple dan tak banyak nak dibincangkan dalam thesis writing nanti. Bukannya aku tak bersyukur. Korang kan pantang nampak orang yang dapat kerja senang hahaha. Aku pun nak markah jugak untuk fyp ni. Boleh untuk mudah tapi bila terlalu mudah juga, ianya berisiko. Lagipun, tajuk baru ni sv yang bagi. Dia tak suruh cari pulak tajuk sendiri. Tajuk yang pihak fakulti bagi dulu seolah-olah macam buat syarat je haha. Korang boleh tukar. Ikut yang tajuk korang nak sendiri atau pun tajuk yang dia cadangkan untuk korang.. Aku dah cuba sampaikan hasrat aku untuk tambah sedikit kelainan dalam projek aku ni ke sv tapi sepertinya ditolak. Huu. Ikut je la arahan sv.

Aku cuma berharap sekali lagi dan berdoa...benda ini tak berlarutan. Persoalan dalam kepala aku terjawab dan walaupun perjalanan projek mungkin ada rintangannya, Allah permudahkan aku dan kawan2 aku nanti tangani masalah tersebut. Cuma sekarang...aku tak tau bila start projek ni. Mungkin dalam 2,3 minggu lagi. Mungkin jugak dalam bulan puasa nanti. Mungkin jugak lepas raya. Aaaaa molla molla. Eceh, cakap korea pulak kan.

Well, semua ni dikira 'nothing-at'all' jika nak compare dengan mereka yang dah amik master. Mereka kata fyp ni macam latihan dan prosedur korang nak amik master. Kalau rasaa boleh handle, boleh teruskan sambung belajar. Disini baru aku kenal apa itu bidang sains sebenar. Baru rasa teruji dengan kesusahan bidang sains ni even though 'agriculture je' haha. Boleh belajar sendiri bak kata orang diluar sana. Meh sini duduk dengan saya 4 tahun. Tengok apa yang saya belajar dalam bidang 'agriculture je pun'. For me, aku masih dalam 10% atau pun 0.5% dalam progress fyp ni. Aku akan tunggu semua siap dulu baru aku menilai diri aku. Ini barulah namanya penilaian kendiri hahaha. Tak bole jugak nak judge apa-apa selagi belum habis lagi. Sometimes things will change. The beginning always the tough one. Macam kita nak start buat assignment, mula-mula kan rasa clueless. Bila dah dapat rentak, then smooth je kita buat kan. Maybe not so smooth haha tapi better la kan dari sebelumnya. If we don't see any way out, keep sabr and sabr. Allah will show the way. Have faith in Him! Mungkin ini bahagian yang Allah nak uji aku. Apa bahagian korang? Ada orang masuk meminang? tak tau nak terima pinangan yang mana? hahaha. Jangan lupa jemput aku kayyy kekeke.

Daaaaa~


  

Friday, May 22, 2015

Give me more time to remember


Bila aku idea nak update blog tak kena tempat,

Contohnya... aku teringat peristiwa yang rasa boleh di-share. Masa tengah nak start solat, tetiba ada idea datang menjengah. Dalam kelas, tengah mengelamun tu..time tengah makan ke..tengah berjalan kaki..tapi

Bila aku duduk depan laptop

......

apa ek tadi?

=.=