Aku akui. Terlupa seketika dari dunia Palestin. Prihatin akan mangsa banjir. Maafkan aku, Rakyat Palestin. Tidak akan ku lupa kesengsaraan mu disana jua. Kami disini tetap mendoakan. Cuma doa kami ditambah kepada mangsa banjir kami disini. It's very unfortunate but I hope our victims to stay strong too! Ramai yang hilang tempat berteduh dalam sekelip mata. Yang tinggal hanya tapak sebuah rumah, atau sebuah tangga yang menghubungkan antara bahagian yang tinggi dan rendah dalam sebuah rumah, kini menghubungkan kepada ruang udara sahaja. Habis. Hanyut dibawa air. Ya Allah. Kami disini tumpang bersedih. Sedih sangat. Bayangkan kita ditempat mereka. Pasti menangis, terkilan dan pasrah. Tak kurang juga, ada yang kehilangan ahli keluarga tersayang. Takziah aku buat keluarga mereka.
Lebih menyayat hati, enam adik-beradik yang kehilangan kedua ibubapa mereka dalam sekelip mata dan yang paling kecil hanya berumur empat bulan saja. Allahuakhbar. Arwah ibu nya tersangat lah baik orangnya. Amanah. Sanggup pulang ke rumah untuk mengambil kertas peperiksaan SPM untuk ditanda. Subhanallah. Pasti dia terbayangkan student yang bersusah payah menjawab kertas periksa itu. Jadi dia tidak mahu mengorbankannya. Hanya ALLAH yang membalas jasa niat mulia guru tersebut. My mom is a teacher. Mak juga selalu menanda kertas periksa SPM, so it's a bit affected to me hear about this. Melihat kesungguhan seorang guru menanda kertas periksa pelajar. Semoga arwah pasangan suami isteri tenang disana.
So, move on to the topic I want to point out;
Aku rasa kelakar. Jari aku luka tapi kecil je sebab terkuis kuku tangan yang sebelah lagi ni. Tak tau la macam mana boleh cemerkap sampai melukakan diri sendiri herm. Parah. However, kulit tercabut sedikit so sampai sekarang a bit pedih kalau terkena air.
Jadi, kalau luka kecil ini sudah sakit. Apalagi, gambar baby Palestin yang kulit perut badan dia macam tercabut dan meninggalkan lapisan merah yang kelihatan sangat pedih itu. Alaaaa baby. Siannya awaaaaak. Nak nangis tengok gambar tu. Ya Allah..
Keep praying for them okay :(
Jangan lupakan mereka.
No comments:
Post a Comment