Tuesday, September 24, 2013

Antara mata lebah dan lalat



Herm. Hai! hehe. Eh, Assalammualaikum! 

Macam habit. Aku suka menaip dan post entri di kala tengah malam. Sambil menaip pula aku suka mendengar lagu. Kalau tiada alunan lagu, nanti fokus hilang entah ke mana. Itu style aku. Sambil buat nota kena dengar lagu. Kalau membaca novel pun kena dengar lagu, kalau tak apa yang dibaca tak masuk kepala. Tapi kalau baca dan hafal nota tu, of course lagu is not allowed hehe.  Kan?

Redha.

Mempunyai banyak cabang maksud dan kategori kan. Kita redha dengan keadaan sekeliling. Kita redha dengan ketentuan Illahi. Kita redha dengan dugaan yang diberi oleh-Nya. Kita redha dengan siapa keluarga ataupun kengkawan walaupun adakalanya perangai mereka agak annoying hahaha. Yelah, nothing's perfect. Kebiasaannya redha ni disertakan dengan perasaan ikhlas. Bila kita ikhlas menerima, hati pun redha dan makin bertambah tenang. InsyaAllah dipermudahkan untuk menjalani hari-hari yang seterusnya. Pemikiran pun lebih positif. Dari situ, mata hati kita akan tertumpu pada benda-benda yang baik. Dalam dunia ini, perkara kebaikan itu sentiasa melebihi keburukannya. Bak kata Ustaz Kazim Elias - Janganlah jadi seperti lalat yang hanya nampak benda-benda busuk dan kotor sahaja, tapi jadilah seperti lebah yang selalu nampak benda-benda cantik dan wangi. Sentiasalah mencari kebaikan dalam hidup kita. Mungkin kita tak sebertuah orang lain tapi kita juga tidak seteruk mereka yang dalam serba serbi kekurangan. Ini kerana setiap kejadian yang baik mahu pun yang buruk ada sebabnya yang tersendiri.

Okay? Note To Myself too~

Segala yang baik tu datang dari Allah, dan yang kekurangan tu datangnya dari diri kita sendiri. Ingat tuww~

Jangan lupa.. pilih antara mata lebah ke..mata lalat? :)

Bye Bye ^_^

gugel



No comments: