Wednesday, December 4, 2013

Jom, kawan!


Ini salah satu post yang aku join dekat group di fesbuk. Deep word.
Aku tengah berusaha ke arah itu.
Friends..jom? ^_^


Sedikit Teguran daripada saudaramu.

Zaman remaja merupakan zaman kemuncak dalam kehidupan manusia, zaman di mana kekuatan fizikal & mental itu sedang giat terbina & terpasak.Juga zaman di mana seseorang manusia yang diciptakan Allah itu diberi kekuatan yg hampir lengkap untuk disumbangkan.

Tetapi pada saat ini jugalah saatnya jiwa & kekuatan kita diuji.Adakah layak jiwa tu terus tumbuh berkembang atau layaknya hanyalah untuk tumbang dek kesilapan diri.Zaman di mana manusia berperang antara CINTA Ilahi & CINTA Manusiawi.Inilah zaman yang sedang kita lalui.Samad kita sedar atau terlena, kita sedang berdiri di atas landasannya.

Secara peribadinya, ana melihat bagaimana bahayanya Cinta itu jika tidak dipimpin ke jalan yang sebenarnya.Jelasnya di dada2 FB kenalan, masing2 sibuk meluahkan rasa hati untuk tatapan umum, sibuk menukar status, sibuk bercerita tentang 'rusuknya' yang hilang.ke mana ianya perlu dicari,bilakah hendak ditemui rusuknya.Jelasnya melalui semua ini..satu gambaran yg kasar dapat dirumuskan.

"Kurangnya pemahaman dalam perkara Keutamaan & Sampingan"

Sahabat2 remaja..bukan ana katakan bercinta itu salah,bukanlah mencari rusuk itu salah..Yang salahnya adalah kesilapan dalam meletakkan keutamaan.Perlu disedari, masyarakat pada hari ini jelas memerlukan satu perubahan & tarbiah yg tulu sdaripada ahlinya sendiri.Siapakah yg lebih layak melakukan kerja2 'Renovation' masyarakat kita jika bukan para Remaja yg diberikan kecerdasan & kecergasan.Amat malanglah jika masa remaja itu dihabiskan dengan angan2 kosong yg asasnya hanya di alam fantasi.Berdirilah di alam realiti.Janganlah kerana omongan cinta yg berlebihan, kita mengabaikan Cinta yg lebih besar..Cinta Ilahi.Janganlah kerana omongan 'rusuk' yang hilang,kita mengabaikan Tulang Belakang kpd perubahan masyarakat..Tarbiah & Dakwah

Masa remaja seharusnya digunakan untuk menimba ilmu sebanyak-banyaknya, membina iman setinggi-tingginya, memasak Taqwa sedalam-dalamnya..bukannya masa ini dihabiskan dengan angan2 cinta fantasi.Melangkah ke alam rumahtangga itu jalannya bukan dengan berangan2 kosong, jalannya adalah dengan menimba ilmu sebaiknya.Mengislahkan diri sebaiknya.Semuanya memerlukan MASA..jangan bazirkan masa itu dengan termenung & tersipu-sipu sendirian.

"Dalam setiap Pembaziran itu, ada suatu sudut yg diabaikan"

Fahamilah perkara keutamaan & sampingan.Yang mana perlu didahulukan & yang mana perlu dikemudiankan.Agar nanti masa & usaha kita tidak menjadi sia2..Mencari cinta manusia itu bukan keutamaan jika dibandingkan dengan mencari Cinta Ilahi.Apalah gunanya jika rusuk yg hilang ditemui, tetapi rusuk pengislahan masyarakat itu diabaikan.Bersikap adillah antara keduanya.

Wallahua'lam

No comments: