Thursday, August 15, 2013

Eid 2013


Assalammualaikum!

Hope it's not too late. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin! to uols ^0^

Amacam? Happy raya?

Duit raya share2 okay..nanti saya sertakan nombor bank akaun kat bawah post. Okay, gurau je haha.

Haaa..so kali ni raya pada umur 20 tahun. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk merasainya. Terima kasih Ya Allah. Raya tahun ni a bit different. Ofkos, saya happy dengan kelainan yang dirasai. Tahun ni juga along raya hari pertama disini. Minggu terakhir nak raya memang riuh-rendah dengan kehadiran anak2 buah. Huuu bertenaga sikit rumah ni. Kalau tak tu..bunyi cengkerik akan kedengaran walaupun takde cengkerik. Get what I meant? haha.

Yelah.Bila ada budak-budak, mereka kan lari ke sana sini. Kalau dah tinggal saya dengan mak ngan abah je, takkan tetiba saya nak berlari tak tentu arah. Gilo ko apoo hahaha. Kehadiran kanak2 memang meriah kan keadaan tanpa disedari. Okay, nampak kerinduan saya pada mereka disitu hehe.

Herm, lapar tetiba di tengah pagi ni. Tadi baru habis layan dua episod Running Man terus. Ep 2ne1 dengan IHYV parody skali. Topup time cuti raya lol. Aku memang excited nak tunggu tang 2ne1, favorite group. Respect betul dengan Minzy ngan CL. Bias list almost ruin hahah. Cl memang pandai pun sebab bapak dia professor kot. Ada kena-mengena kan disitu? Gene keturunan pandai haha. Tiba2 teringat cross gene belajar time biologi kat matrik dulu. Sangat masuk akal dan seronok haha. Memang la masuk akal. Ayat apa yang aku cuba guna sekarang ni??

Sebenarnya aku cuba untuk tulis dengan formal dan penuh perasaan pasal lebaran (woah haha) kali ni. Ah, agak mencabar. Untuk berbahasa-basi bagi yang kurang berbakat dalam menulis seperti aku ni, kena banyak belajar. Dan sering je cerita keluar topik. Sometimes aku lebih suka cerita random topik, tapi selalu memikirkan sensitiviti sekeliling. Banyak yang aku biarkan macam tu saja.

Nanti aku cuba keluarkan satu entri yang menyentuh hati dan perasaan sampai mengalir mata tanpa disedari. Okay, poyo je kan haha. Gurau je. I just like the laid-back style. Senang sebenarnya haha. Dah la. Cukup mengarut ku disini.

Uols! Maafkan salah silap ku.
I love u.
^_^

pizzz

Post a Comment