Skip to main content

Next: semester ke-6


Huargh. Cuti tinggal seminggu je and I'm enjoying it right now hahah. Jangan ditanya la apa aku buat time cuti ni. Berkemas dan berkebun sikit2. Mengemas adalah satu benda yang tak kan pernah habis. Continous bak kata omputeh. Baru-baru ni terdetik satu perasaan, "Rumah ni Allah bagi, kena la jaga elok-elok". Alangkah kalau perasaan itu terdetik lebih awal kan. Mesti aku jadi anak yang rajin huahua. Sekarang masih rajin (ayat cover) haha.

Pastu, aku ni suka tengok food network channel. Macam Restaurant Impossible, food network challenge, farmhouse rules, chopped dan banyak lagi lah. However, aku tertarik dengan satu iklan ni, Farmhouse rules. Nancy Fuller berkata, "we're farmers, we fed people". I smile. Suci murni niat dia. How thoughtful. Aku teringat baca dalam buku solusi kalau tak silap;

Daripada Abdullah bin Amr bin Al-As' r.anhuma bahawasanya seseorang telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w, (amalan) islam manakah yang terbaik? Jawab Rasulullah s.a.w,

تطعم الطعام ، وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرف
“Kamu memberi makan, dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tak kenal” Muttafaqun Alaih


Dan satu lagi..

Budaya mengucap salam pada yang tak kenal tu. Kalau kat upm, budaya tu lebih biasa antara kita dan foreigners. Rasa lebih selesa ucapkan pada mereka. Kenapa most of us rasa pelik ye except orang yang kita kenal la? Ia takkan rasa pelik unless kita berada diluar negara dan bumped into each other. That moment tak terasa pelik. Yela, rasa satu rahmat kalau dapat jumpa orang kampung sendiri di luar negara kan. Cey, macam dah mengalami je. Just an oberservation fellas.

Seremeh-remeh salam pun, Nabi memberi salam kepada kanak-kanak. Suatu hari ni, Saidina Anas melewati sekumpulan kanak-kanak. Lantas beliau pun beri salam kepada mereka. Kemudian berkata, "Dulu, Rasulullah s.a.w juga melakukan perkara seperti ini." (Bukhari dan Muslim)
Tinggi mana la darjat kita nak dibandingkan Nabi yang memulakan salam? :)

Nabi bersabda lagi, " Sesungguhnya seutama-utama manusia pada Allah ialah orang yang terlebih dahulu memberikan salam dalam kalangan mereka." (Riwayat Abu Daud) Seremeh-remeh salam pun, orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang mendahukan salam.

Tapi, kalau dari ukuran manusia...orang tu dilihat lebih mulia kalau ramai orang yang berlumba-lumba menyapanya. Pulak. Terbalik sudah haha.

Fikirkan...




Comments

Popular posts from this blog

Klinik Sofea: Avoid Leg Amputation

Salam!

Kadang-kadang banyak benda yang aku dah lupa dalam blog ni
Aku lupa yang aku ada blog lain rupanya
hahahaha
dan
Aku lupa tujuan aku buat blog tu
Aku tau pun ni setelah menelaah dan menilai blog sendiri
Kenapa ye kenapa?
Bila nak masuk balik blog tu dan tengok balik apa yang aku taip
'dah tak valid'
=.=
Alaaaa curious pulak aku
Macam mana boleh lupa ni.
Rugi rugi hoho.
Tamak jugak sampai dua blog hahaha.
Yang satu ni pun tak terjaga hehe.

Minggu ni busy betul. Aku tak rasa macam bercuti macam kengkawan aku yang lain. Busy dengan treatment abah. Hari selasa aritu perjalanan kiteorang sepang - seremban - puchong - sepang. Phew..bayangkan berulang-alik dari negeri sembilan ke selangor. Tapi nasib baiklah seremban tu kat Ampangan je. Tapi..yelah..habis jugak minyak 50 hingget satu hari tu. Rindu jugak jalan seremban 2 tu sebab kalau balik kampung dulu selalu lalu situ. Sejak dah ada highway lekas, tak ikut dah jalan lama. Eventhough jalan lama makan masa sikit, tapi disitu …

Diabetic Mellitus

Assalammualaikum.

Lama tak menaip. Lama rasanya aku menghilang kejap. Sebulan ek? Lebih kurang la kan...Sory..Ada sedikit komitmen yang perlu saya komited kan haha. Amacam puasa? Okay? Aku? Struggling...hehe jk

Aku sekarang dah macam nurse. Aku rasa macam dah salah pilih kos je. Patut aku amik nursing lah hahaha. Tapi takpe ini semua ilmu tambahan dari Allah. Aku jadi nurse sambilan kat rumah. Okay lah. Aku berterus-terang je lah ye.

Abah ada sakit kencing manis dan akibat luka yang tersangat kecil..sekarang dah menjadi luka yang sangat besar..Jadi, sekarang aku 'dressing' sendiri. Dressing? Dressing tu wound care. Apabila kita ada luka yang sangat besar sampai dah hilang kulit, sampai nampak daging semua..boleh timbul satu lapisan kuning iaitu slough. Slough ni lah kita kena cuci setiap hari supaya dia tidak mengganggu pertumbuhan kulit dan isi daging yang baru. Slough ini sometimes agak degil. Jadi kenalah bersabar.

Erm, nak post gambar ke? Takyah la kan. Takut ada pulak ya…

Final Year Project

Final year project atau pun biasa dipanggil oleh kami ni, FYP. Dimana setiap student akan di-assign pada seorang lecturer. Untuk jabatan aku iaitu Jabatan Sains Tanaman. Pada awalnya kami pilih tajuk mana yang nak dari senarai yang pihak fakulti bagi. So, kami memang tak tahu la Dr mana yang handle tajuk yang diberi tersebut. Iya. Gamble. Kalau kau dapat lecturer yang sporting, kira bertuah sangat dah tu. Kalau dapat lecturer yang super busy, jom la nangis. Aku dapat lecturer yang boleh dikategorikan busy. Taklah super busy tapi most of the time busy. Lecturer yang kita dapat pulak dipanggil 'supervisor', SV nama singkatan. Soalan yang famous masa awal2 dapat tajuk tu, " sv kau sape? tajuk kau apa?" Haaaa, jawab la kau berulang-kali untuk 2-3 minggu tu hahaha.

Entah la. Nak cakap nasib pun tak boleh gak. Mungkin Allah nak uji aku dari situ. Aku adalah antara yang paling lambat dapat tajuk. Kira sebulan lagi nak present proposal baru dapat tajuk. Kawan2 yang lain 2,3…