Thursday, December 27, 2012

Rational mind.


Assalammualaikum..

I don't know. Sesetengah orang sangat susah untuk kita ajak berbincang. Tadi perkara yang sama terjadi lagi waktu aku matrik dulu. Situasi yang sama. Argh, aku penat. Sangat mengganggu mood aku untuk study. Dugaan begini selalu datang ketika nak final exam. Terima kasih qyla kerana bagi kata semangat kat aku.

Cuma aku berharap perkara begini akan selesai dengan cara baik. Mengakui kesalahan masing-masing. Nasihat aku untuk aku dan readers semua.. Betul, kita berbuat baik dengan orang mestilah ikhlas dan tak mengungkit tetapi pernah dengar tak yang 'kita kena fikir kebaikan orang buat kat kita dan bukannya kebaikan kita dah buat kat orang'. Cuba korang fikir...sanggup ke korang buat something yang buruk dibelakang orang yang dah banyak buat baik kat kita? sanggup? sekurang-kurangnya kenang budi kawan-kawan kita. Takkan nak bukak kitab adab berkawan baru nak tau?

Dari perkara yang aku alami ni, mungkin Allah nak ingatkan tentang 'adab berkawan'. Allah nak aku tengok betapa pentingnya adab berkawan ni. Kalau tak, macam ni lah jadinya. Macam ni lah gayanya -.-

Aku tak nak tuding jari kat sesapa dan buat kawan2 yang kenal aku diluar, usah la teka siapa orangnya. Ambil je isi penulisan tak seberapa ku ini. Cuma peringatan buat kita semua.

Dan lagi satu..... benda ni dah lama aku diam kan actually. Jangan salah gunakan teknologi yang ada sekarang ni. Jangan gunakannya untuk menyindir orang or whatsoeverr..it so annoying. Aware people surround you. Think before you post something. Check your level of rational mind first or else gonna happen.  Remember, apa yang kita update tu menggambarkan diri kita. Kurangkan double meaning status if could. Kalau nak tegur, boleh. Tapi kalau setakat nak kutuk or sindir, ouch! That's mean dude. Kalau awak jaga perasaan orang, baru orang boleh jaga perasaan awak. Insyaallah, Allah Itu Maha Mengetahui dan Maha Melihat apa yang terjadi. Percaya kan tu.

Okay geng? (gaya anwar hadi) I'm sorry okay for my words. All the goods came from Allah and the weakness came from me.....(gaya penceramah) lalalalala~

Nite. Salam~

p/s : belum ujian final lagi aku dah kena uji dulu haha. Preparation for battle of subject pulak lepas ni.

Quote #2


Herm,



Haha, okay. Just kidding.. Happy Study Uols! hehe


Itu la..i should be studying right now and i ended up here. okay, just a sec hehe.


Yap, fighting uols!!!

파이팅!
(fighting)

Wednesday, December 26, 2012

Quote #1


Quote For Today ^.^ :




Patience okay girls and boys..u don't need that 'relationship' yet.

Tuesday, December 4, 2012

World Of Phalaenopsis


Assalammualaikum~

Huuee...I'm happy to visit one of the established the phalaenopsis producer in Malaysia. Located at Ulu yam, almost 2 hours trip.

Tempatnya jauh ke dalam. Tidur bangun tidur bangun..tak sampai2 lagi, Ish ish ish haha. Btw, nama tempat tu adalah ' World of Phalaenopsis '. Company dia : waltex biotec - click to the website. website dia updated gak hehe.


And this is the chairman ;


To do something like he did..he said ..the most importantly you need 'passion, patience and interest'. Passion ni lah yang akan bagi kita minat untuk terus berusaha dalam apa yang kita minati. Akan bagi kita semangat sebab passion tu. Patience sebab yeah..orchid takes a longggg time to grow. The seedling itself takes about 2 to 3 months to grow then we can transfer it to 2 inches pot..The seedlings only need twice of watering in a month. I kind a heard but I'm not sure what the thing really is that...@#%6 just watering only once in twelve years o.0 yikes. i just missed the important point there. So, i don't know which size of orchid that only need that kind of watering system. So cool hahah.

Then, of course... to have rapid quantity of orchids..he use tissue culture method. We go there and the system also awesome. How they manipulate the temperature and rate of light in the lab. And how everything is in order.

Some of the tissue culture yang dia letak kat luar.
of course, they owned a lab for the tissue culturing.

And yeah...the most favorite part is that the cold room~ they got like 5 or 6 cold room ...i guess..hehe










yeah..it was cool inside because the phalaenopsis need very low temperature to spike (give out flower) . The flowers are in huge size. I loike!haha...yet colorful.. we're chilling inside of the cold room despite the hotness of the afternoon. 

tadaaa hikhik :p


So...there..there...my nursery trip for the whole class...having a blast~ ^_^

erm, sorry for the grammar usage ^^,''

p/s : makan tengahari dapat makan tempoyak, rasa dia perfect..dengan pedasnya...kedurianan nyee haha..marvellous.. cafe serumpun, why don't u guys make tempoyak? pehlisss...hehehe...

K, toodles~

Wednesday, November 28, 2012

XPDC Gunung Datuk #2




Assalammualaikum~ Herm, sekarang meh den nak cerito pasal ekspidisi den poie (pergi) ko Gunung Datuk ni haaa...tauu..lamo dah tanggu, yo dak..maapkan ambo..eh, tetiba slang kelate pulok dah haha.

As we know, Gunung Datuk terletak di Rembau, Nogori Sembilan. Nak cakap lebih-lebih pasal rembau pun aku tak tau sebab haluan ke rembau sangat berlainan pergi ke Kuala Pilah (kampung den). Mana ada lalu bukit putus semua tu walaupun bukit putus tu dah bersambung sekarang haha. Tapi suasana kampung dia kan sama je kampung aku, aku tak pasti suasana tempat lain macam mana..aku rasa setiap kampung ada feeling tersendiri, susah aku nak describe. Masa mula-mula sampai, suasana dia macam aku dekat je dengan kampung aku huhu. Haish, masuk tajuk kampung pulak haha.

Herm, baru sampai pun dah pancit sebab on the way nak pergi camping site pun dah kena naik bukit, jalan kaki pulak tu. Memang hongeh la..belum lagi naik gunung haha. I didn't expect that it will be that steep haha. Overall, aktiviti sebelum pendakian very relaxing and santai habis. Suka taw! Saya dah penat dengan camping sekolah yang rushing sokmo tu. Baru rasa student U, relaks je.poyo kan?.haha. Kami pergi pun dalam 2 hari je. Malam tu kami main game 'pembaca berita bersambung', lebih kurang camtulah nama dia, alaaa macam dalam citer super spontan. Best! haha.. Later on, kiteorang ber-barbeque pulookkk...heaven! haha.. sampai ke tengah malam, aku, jannah, aten, iznee, teah, nad..duk ber-BBQ hohoho~ thanks to the cookers hehe :p

That morning...dengan berseragamkan baju pinky-minky semua, inilah ghupenya...semangat tak kengkawan saya ni hahaha ;

pinky-minky gerup...

Ini waktu selepas exercise before mendaki. Lawak je exercise lari setempat tu..hahaha..

we're ready yo!

Hehhh..Gunung ni lah yang paling curam time nak mendaki tu setakat aktiviti pendakian aku tu lah. 30 minit pertama rasa macam nak give up je. seriously. -.-

Kalau turun pulak, ada la bahaya sikit..tapi boleh je handle dengan kasut getah kebanggaan saya niiii hehehe


Alhamdulillah. Pacat not interested in me. Phew~ haha

Behold~ Puncak Gunung Datuk!




u no see me

now u see me :D



Oh yeah...agak lama la kiteorang kat atas tu..refill tenaga punya pasal..coklat..gula2..semua habiskan time tu gak haha. Bila time turun tu, kiteorang bukan naik dan turun saje, ketua ekspidisi suruh kiteorang bersihkan kawasan mana yang patut..sorang satu beg plastik hitam tu. Jadi, sambil tu kebersihan puncak gunung ini terjaga dengan kehadiran pendaki seperti kami...ececeh haha..

Jagalah kebersihan di mana jua anda berada~

hehe ^_^









Tuesday, November 27, 2012

Thanks to Allah


Assalammualaikum... dah pegi MAHA? hehe tak habis-habis la kan aku nak promote MAHA yang dekat gila ngan Upm. Okay, nak berlagak la tu huahua. Ish, pegi je lahh korang haha. k, tanak paksa dah haha.

Aku cuma sekarang ni rasa lega teramat sangat sebab slide show untuk presentation nursery visit disambut baik oleh kengkawan. Dari segi lecturer tu aku tak tau la haha tapi Dr. tunjuk minat jugakla terhadap slide kami tadi. Berbaloi~  Herm, mungkin Allah nak tunjuk yang 'Hard work pays~' ..ekceli, banyak dah contohnya..macam-macam Allah yang nak tunjuk melalui pengalaman kita. Terima Kasih Ya Allah, segala puji-pujian bagi-Mu =)

Bukan setakat usaha aku je, usaha kengkawan satu group jugak yang bekerjasama dalam menjayakan misi ni. Eh jap? menjayakan? berjaya lah sangat~ sebab report masih perlu dihantar dan aku ada lebih kurang 10 report untuk disiapkan. Jom hentak kepala kat dinding -.- tapi aku sangat menghargai usaha korang..thanks guys ^^ Special thanks to Ecah yang begitu bersemangat dalam membentangkan slide tadi. Dah la, aku siap subuh pagi presentation tuuu haha. Ecah memang jadi bidan terjun je membentangkan apa-apa yang patut sebab itulah first time dia baca slide present kami. Itulah gunanya focus in while learning sebab masa nursery visit tu..aku tengok dia khusyuk dengar owner nursery tu bercakap. So, she used of what she heard that day without revising any slide haha. Aku pun tawakal je la...kami lah mangsa keadaan oleh masa.

Apapun, harini aku bersyukur sangat dengan Allah...Alhamdulillah~

^^,

p/s : jangan nak lega sangatlah. report tak siap lagi =.=" *baiikkkkkkk

Monday, November 26, 2012

MAHA 2012


Assalammualaikum!

Maka dengan ini saya mengambil sedikit masa sebelum untuk buat essaimen. Datang lah ke MAHA. Manyak syiokk~ Pokok bunga mcm2..buah-buahan mcm2..makanan mcm2..pameran pun mcm2 =B

Ngeeee~

Tempat?

Masuk dalam UPM, then straight je sampai bukit ekspo, (sampai nampak kebun durian), belok kiri..then straight lagiiii sampai MARDI!

memang luas gila..penat kot meronda-ronda. Tadi saya pegi sebab lecturer suruh buat report about MAHA. Jadi plan last minute pun terjadi. Haih..terliur tengok durian dan manggis..mereka memanggil namun aku buat tak layan je. Time tu kepala aku dah pening sebab kekurangan tidur. Aku menguatkan diri semata-mata demi projek aku huhu. Sabar je lah dengan dugaan yang hebat belaka ni.

Oh ...tips untuk student upm yang nak pegi... Korang berhenti dekat fakulti sains kompiter..then jalan kaki sampai ke padang kawad. Tunggula bawah khemah sampai bas tu datang..nanti korang straight pegi belakang bukit ekspo tu :)

Okay. Alang-alang musim cuti ni..pegi ar jenjalan kat sana jap..dah la MAHA ni dua kali setahun je kot..

MAHA - Malaysia Agriculture Horticulture Agrotourism :B

Tuesday, November 13, 2012

Ulaq Besaq


Assalammualaikum!

Hoh. Terkejut babun aku tadi bila ada akak senior ni update status pasal Ladang 10. Tak tau la aku ada bagitau ke tak yang aku buat marcotting tu kat ladang 10. Then, kak anis (senior) update status kat facebook ada ular sawa batik yang besar gileww okay..

Dah la I baru jumpa ular haritu. erk.

Buat aku tertanya-tanya situ memang banyak ular ke?

Ini dia..




Hamek kau. Dah la ladang 10 dekat kolej serumpun kot. >.<

Nasib sudah dibawa pergi..phew~~~

Sunday, November 11, 2012

XPDC Gunung Datuk!





^___________^ V

Puncak Gunung Datuk berjaya ditawan oleh kami, Sekretariat Rekreasi & Sukarelawan K15!

More upcoming posts and pics later hehe..

Pics credit to presiden k15, Ahmad Nash.

boom shakalaka boom shakalaka aaahh..~ hahaha 

u can see all of us proud smiling there..haha

:D

Friday, November 9, 2012

Hectic Week


Assalammualaikum dan Hai!

So, next week aku dah cuti mid-sem. Kengkawan, tak nak ajak aku jalan-jalan ke? hehe. Tapi aku tak balik awal sebab ada projek grouping yang buat aku delay untuk balik. Btw, aku tak kisah. Rumah sejengkal ni. Tepon je driver, kejap lagi mesti mereka jemput hahaha. Driver konon, berangan haha. Takde lah. Yang bese jemput aku dari yu pi em ni angah je...teringin pulak rasanya nak rasa abah yang jemput haha. Rindu pulak nak tengok abah kembali berjalan dan memandu :'( tak lama lagi kot..huhu


Projek grouping yang dimaksudkan adalah 'nursery visit'. Memandangkan aku ni budak tumbuh-tumbuhan, jadi kena lah arrange satu lawatan ke nursery2 yang ada di Malaysia. Kejap! bukan nursery yang jaga budak -budak tu. Yang ni nursery yang jaga pokok-pokok. Hermm..buat beberapa minggu ni memang sangat mencabar untuk aku weh. Aku kena uruskan dua perkara penting(ajk baju xpdc dan nursery) dalam masa yang sama. Seriously, hectic week!

Letih, nak nangis..semua ada. Tapi semua yang aku lalui ni kan adalah doa doa yang aku mohon kat Allah. Sekarang dah rasa, dush! Nak sangat kan...hahaha. Tapi semua ni pengalaman ekceli, aku senang hati menguruskan semua ni. stress tu memang la stress..tapi entah, deep in my heart..I'm totally fine with it :)


Dah la harini aku pergi ekspidisi di Gunung Datuk, Rembau, N9. Dua hari je. Jumaat dan Sabtu. Lama dah tak hiking ni..eksaited. Eh, sempat la pulakkan aku hapdet belog. Aku tengah tunggu mesin basuh menjalankan kerjanya selama hampir 30 minit tu. lagipun, aku rindu nak hapdet belog ini.. :')


Korang doa-doa kan la perjalanan kami pergi dan pulang ke Gunung Datuk dan nursery itu dengan selamat. :)

Moga-moga berbaloi la perngorbanan nita dengan mengorbankan cutinya untuk pergi ke nursery. Kesian jugak kat dia terpaksa balik hari selasa... don't worry, tiada yang sia-sia kalau namanya pengorbanan. =D


Okay, geng.. tata~

Thursday, November 1, 2012

Marcotting



Assalammualaikum~


Selasa arituh aku ada amali ladang. Kiteorg belajar buat 'tut' kat pokok..tut tu ape?


Tut nie..yang kalau korang tengok kat certain pokok..mcm ada benda coklat berbalut plastik kat dahan-dahan pokok tu..yang tu lah. Benda coklat tu rupa-rupanya campuran tanah 2:1 (sila revise balik buku kemahiran hidup sekolah rendah haha) yang dicampurkan air sedikit. Kita campur air supaya dia boleh bentuk bulat dan beri kelembapan pada dahan tu. Dalam tanah tu, kulit kayu dahan tu kita buang, tinggalkan batang kayu dia..pastu selungkup dengan tanah yang lembap tu. Then, balut dengan plastik tu. Tinggalkan dalam 3 bulan, nanti dia berakar.

Rupa-rupanya markah ada diambil berdasarkan berapa banyak akar yang tumbuh kat tut tu nanti T-T

My tut trees, please grow your radicle well okay..for me..pehlis..huhu.


Mula2 tu pening cari pokok yang nak di-tut-kan sebab kelas tu ramai then pokok berapa kerat je. Jadi kongsilah dengan grup lain. Jadi time nak mencari mata tunas kat dahan tu, tetiba miss catherine (students master or Ph.d yang jadi mentor setiap group ladang) cakap,

"stop! semua orang jauh dari pokok"

Aku pun dengan cuaknya undur la ke belakang....

"Tu...ada ular.."

0.o

Memang. Tak jauh dari tempat aku berdiri  tadi. Dekat sangat. Kepala ular tu menghadap tempat aku berdiri pulak tu. Ular tu kecik dan halus tapi panjang la jugak. Tapi still bahaya...miss kata ular tu patuk mata. Miss halau guna batang paip tapi ular tu lari2. Laju betul ular tu lari. Last2, dapat jugak la halau. First time tengok kepantasan ular bergerak selaju tu. Selama ni kalau jumpa ular kat kampung, ular tu macam cool sangat.  Bergerak pun seloooww je..Yang ini..tak tau la...masa nak sambung balik tu..agak lemah lutut gak la. Lama2 tu semangat dah recharge. Sambung buat tut!hehe

Eh, lupa nak cakap. Besenya tut ni buat kat pokok limau kasturi. Haaa mak..abah..pasni bole la nina buat tut hehe. Dah tau dah cara2 nak buat teehee. :)


setelah dibuang cambium..itulah batang kayu yang dimaksudkan...




dah siap!

credit to tuan empunya belog. Saya menggugel je tadi hehe. Tak sempat nak amik bergambar dengan tangan berselumak tanahnya..setiap orang kena buat 5 tut ni. Nama lain untuk tut adalah marcotting.











Wednesday, October 31, 2012

Nasyid saya


Assalammualaikum!

Good Night awak..

Nasyid?

Herm..korang suka dengar nasyid?

In my opinion, nasyid can go far. Certain lagu nasyid yang tak jemu-jemu dengar, evergreen lah kiranya. Lagipun, suara diorang sedap-sedap. Bila hati berkecamuk semacam, hati rasa tenang bila dengar lagu nasyid. Nasyid takde la ngantuk mana pun kalau korang pandai memilih rentak nasyid yang kena dengan jiwa korang. Kalau nasyid yang flat je melodinya, saya tak salahkan awak2 semua la kalau rasa mamai je hehe tapi certain nasyid very da boom.

So..these are one of my favorite nasyid in my playlist ;


  • Hijjaz - permaisuri hatiku
  • Hafiz hamidun - cerita hati
  • In Team - kasih kekasih
  • In Team - nur kasih
  • In Team - tanpaMu
  • UNIC - jalinan
  • Fareast - Menanti barzah
  • Dehearty - permata yang dicari
  • Sami yusuf - healing
  • In Team - Setanggi syurga
  • Shukran Allah
  • UNIC - insan bernama kekasih
  • Brothers - untukmu teman
  • Yasin - bak sutera di helai mawar
  • Nur one - dengan kuasaMu (currently obses with this song lol)
  • Brothers - satu perjuangan

Certain lagu nasyid ada kisah tersendiri macam mana aku boleh suka. Contohnya, lagu Hijjaz permaisuri hatiku ni..along suruh dengar, time tu along belom kawen rasanya. Abang ipar aku dedicated lagu ni untuk dia. Omg, so sweet ~ First time dengar pun rasa macam dah jatuh cinta dengan lagu ni. To me, the lyrics so romantic hehe.

Fareast - Menanti barzah ni rasanya sejak kecik kita membesar dengan lagu ni. Jadi mustahil untuk kita tak tau kan..Aku start cari dan dengar balik lagu ni masa kat kmph. Time kat matrik, ada la festival islamik. Jadi, pertandingan nasyid semestinya ada. Ada la persembahan nasyid lagu ni kan. At that time, why not kita dengar balik kan? so..save lah in my playlist hehe.

Kebanyakan lagu nasyid yang aku dengar adalah rekomen dari kengkawan  lah..kalau diorang cakap best..memang best lah lagu diorang bagi..haha. So, takyah susah2 cari hehe.


Tuesday, October 30, 2012

Err, hai


Assalammualaikum!

Er,

Hai !

hehe

k..

Daa...

:p

*post yang mengecewakan, bukan?hahaha


Tuesday, October 16, 2012

Sunset (pics)


Pada suatu petang....










Balik lambat dari ladang. Berhempas-pulas duk amik data ladang dengan jannah (coursemate)..



The scenery is so breathtaking while sunset...subhanallah :)

Actually..it's a bit dangerous for the girls like us to walk in that kind of time..but yo..we had to do what we got to do!

peace yo -.-V


p/s : font's colour pun dah macam tanah haha

Tuesday, October 9, 2012

Zo0 NeGaRa VoLunTeeR



Assalammualaikum dan Hai ! ^^


Yap, aku pergi ju menggara. Oh, marah pak ude (pak ude keje dewan bahasa & pustaka). Meh betulkan balik, - aku pergi zoo negara hehe. Okay, kali ni aku pergi zoo negara bukan untuk jalan-jalan makan angin saje and bersalam-salaman dengan haiwan disitu. Rasanya aku dah bersiar-siar before masuk matriks dulu. Still new experienced to me. But, zoo negara dah nampak lain sikit kali ni. Before aku pegi kali ni, ada la lalu tepi highway sebelah zoo negara, nampakla diorang tengah upgrade pintu depan tu. Looks good with the animals. Nampak la zoo nya disitu. Soooo....back to my story..

I go there to be....

^___^

hikhik... see... I go there bukan nak jenjalan tau..walaupun ade la kami melencong sana sini sikit hehe, tapi time rehat je la..


This is really really new and interesting and fun experienced for me. I'm sure not only me but..to all my colleagues too, KOLEJ 15! Terima kasih banyak-banyak kepada sekretariat kebajikan kerana berjaya menjayakan program yang unik ini. Tahniah to Amin, our pengarah for this programme. U did it! yeay! also to the crew and akak abang MTM :)


Soooo... aku seronok sebab (meh..aku nak list kan lah hehe) ;

- first, aku dapat kenal zoo keeper yang sporting belaka lebih2 lagi (encik che hassan ^^)
-second, dapat tau macam mana zoo ni beroperasi
-bila timing nak bagi haiwan-haiwan zoo ni makan
-dapat tolong sikit bersihkan kawasan zoo
-knowing more deeper the habit of animals
-dapat mengusap haiwan dengan lebih kerap
-pelawat ingat aku ngan kengkawan keje kat zoo HAHAHA
-proud to be the 'Volunteers' weh haha

Itu main pointnye lah hehe..


First sekali, (berapa banyak 'first' daa)  aku nak kenalkan korang one of the senior of zoo keeper trainer.

Tadaaa! 

Nama dia Encik Che Hassan. Kami..aku, qyla,jannah n nita adalah girls yang tolong En.Hassan untuk pape yang patut di Children's World.


 Korang yang selalu pegi mesti familiar kan dengan children's world neh. Ha..sini lah kami in charge. Takde lah in charge mana, bekerja untuk satu hari je. Jadi aku nak citer pasal En.hassan hehe :p

Meeting En.hassan really great..because he taught us many things. Mula-mula sampai tu aku ingat en.hassan ni garang, biasa lah kan..first meeting kita tak kenal lagi dia macam mana padahal dia biasa je. Diberi penyapu pada awal pagi, kami sapu daun-maun berdekatan kawasan disitu. Then, we meet two miniature horse called 'hobbit' and 'wizard' :)

Tu dia..memalu pulak dua ekoq ni..hehe
Kenalkan korang kat kuda lah kejap hehe. Ok, yang putih tu nama dia 'Hobbit' dan aku rasa aku tau kenapa nama si itam tu 'wizard' haha. Sekarang teka pulak..mana jantan mana betina? tik tok tik tok..teeeet! masa dah tamat! Jangan terkejut, si hobbit jantan dan si wizard betina. (tak terkejut? pura2 terkejut la hehe)  itu la yang dikata en.hassan. Umur dua ekoq ni dah 18 tahun, kira adik2 la ni haha. Antara dua ni, hobbit ni ramah sangat, dia akan datang kalau kita panggil dia dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Bersungguh-sungguh ye haha. Note that please haha. But, eventually he will come. Cute! Si wizard malu-malu..ye la girls kan hehe. Dah petang sikit, baru dia mesra dengan kami. Si hobbit ni dari awal pagi kami duk belek dia haha. Lalu tepi pagar dia je,, "hobbittttt....hobbit.....hobbitttttt"...pastu keluar pegi tempat lain..masuk balik, "hobbittt....hobbitttt...hobbbitttt" hahahaha sumpah kelakar.

Dua ekoq ni got their own shows tau..tapi kami tak pegi tengok pun sebab tengah sibuk2 buat keje, salah sekor mesti tiba2 hilang dibawak pergi shooting haha. Haa..sebut pasal shooting kan, mesti aku dengar pelawat cakap kat kandang hobbit wizard ni, "haaa kat sini lah kan yang lisa surihani berlakon haritu..kat sinilah...(sambil tunjuk kat kadang hobbit)" aku pun mesti, oh..they must be talking about 'zoo' movie, aite? sebab aku tak tengok citer tu. Yang cakap tu pulak, budak2 lagi tau. Handal diorang kenal tempat dalam movie tu haha. Soo...show yang dibuat oleh si hobbit and wizard ni adalah kupas kelapa, macam mana tu, aku tak tau sebab tak pegi tengok. Bila pagi turn wizard buat show, petang pulak hobbit. Petang tu kami sanggup tunggu hobbit balik, takut la tak sempat jumpa hobbit before balik. Walaupun baru sehari berkenalan, kami dah rasa macam sayang kat haiwan2 sekitar children's world tuh. Contohnya si Jannah ni..

Dalam tu anak rusa..tapi kami slalu terpanggil "kancil..kancil..." haha
rasanya dia dah letak signboard, "anak rusa/fawn"

Khusyuk Jannah melayan anak rusa tu.. selain anak rusa, ada anak kambing yang sentiasa mengembek (siyes comel diorang mengembek ), rabbit yang gomok-gomok, turtle yang maintain cool, ferret yang adorable..sweet sangat menatang neh walaupun keje dia tido jeh..bak kata sorang grup aku budak laki, tak tau nama dia apa, dia kata "ferret ni aktif 3 jam je..kawan aku bela.." jadi aku pun macam blur gak, 3 hours out of 24 hours? yaaaa!haha..nasib comel ferret neh,

kami datang je terus posing ayu. tadi tido terbungkang haha

Comel kan? rasa nak bela pulak. Dah la senang bela, tido je haha.

Mok-mok kan diorang ni. NomNomNomNom!
Haaa...ni pulak nak cita (jap ye en.hassan hehe) bab makanan. Dalam kepala aku memang dah set kepala yang haiwan disini dibagi je pape sayur pun. Takde nak pilih menu,  macam harini kobis..esok bayam pulak haha. Tak macam asrama sangat la kan. Pagi tu, lepas dah sapu2 semua daun-maun tu, en.hassan panggil kami ke ruang dapor berdekatan untuk bagi makan..well, lets start with..sayur kangkung dulu, then taruk keledek (chop chop chop), carrot (chop chop chop), kobis, kacang panjang, and etc.. dibagi sama rata dalam setiap bekas. Khasiat yang sama untuk haiwan-haiwan yang berkerja keras menarik perhatian pengunjung. Aku baru tau mereka dibagi makanan yang pelbagai nutrien dari pelbagai sayur. Menarik. Oh ye, best tengok grup fatin ngan sarah naik lori kat belakang..jalan2 sekitar zoo bagi makan haha.. :D



Go Nita..Go Nita hihi :p


Part yang paling aku suka bila bagi tupai makan. Bukan tupai biasa, tupai ni aktif, bulu kat bahagian bawah badan warna oren coklat, atas putih dan mukanya ada wana hitam sikit.Tupai ni aktif dan laju. Sangkar dia besar. Aku pun tak pernah tengok lagi tupai ni. Budak pmr,khalit (zoo keeper) panggi budak pmr sebab en.hassan beriya-iya meyakinkan kami yang khalit tu tengah pening kepala nak amik pmr besok. Kami pun percaya bulat-bulat, "oh..sempat lagi keje dia","oh..bagusnya kecik2 lagi dah keje","haa...ade rupa mcm muda sikit" hahahaha saba je lah kene tipu baik punye dengan en.hassan hahaha. Khalit ni la yang ajar macam mana nak bagi makan setiap haiwan kat sini termasuklah bagi makan tupai. Dia ada bagi amaran before masuk sangkar tu, "kalau masuk jangan menjerit tau sebab dia akan naik atas bahu tu..amik anggur ni..just bagi makan pakai tangan..nanti dia amik..dia lari la.." memula dengar aku dah cuak tapi aku teringin nak masuk sebab kejinakan tupai ni. Jadi aku masuk je. So fascinating u know..bila tupai2 ni berlumba ke arah aku ngan nita (bole masuk 2 orang je), aku suka tengok haiwan eksaited nak makan..comel sangat >.< aku dengan berdebar-debar hulur anggur tu, slow2 tupai datang dan amik anggur bawak lariiii...aku takut kalau kuku tupai terkena jari tapi hati2 la kan, insyaallah tak terkena. Haaa.....teringin nak bagi makan lagi :))))

Jadi apa lagi nak citer? haha. eksaited kan aku haha..

Okay, nak cerita pasal en.hassan lah. Terima kasih to en.hassan sebab bagi layanan yang baik kepada kami yang sentiasa teruja nak buat keja. Kelakar bila en.hassan, "sabar...nanti dulu...!","tunggu...kejap lagi.."haha. Jangan ditanya, "en.hassan dah berapa lama keja sini?" dia akan geleng kepala sambil senyum dan aku tak tau sampai ke sudah. Tengok carta organisasi dia 'senior trainer' gambar atas sekali. Agak-agak berapa lama lah ye. Sementara kami nak bergambar dengan dia, gaya en.hassan mcm mengutip daun2 disekeliling tempat duduk kami tu, 

kami : apa tu en.hassan?
en.hassan : ubat..
kami : oh.. (?)

en.hassan hulur daun panjang cokelat tu kat aku,

kami : haa..caner nak makan?

aku pun kopek daun tu sampai jumpa biji dia warna putih. Weh, tengok kaler putih berserbuk tu pun aku dah tau pahit gila weh.

en.hassan : cuba jilat..
kami : jilat????

aku kopek bahagian yang tersangat lah kecik untuk dijilat..dalam kepala aku, "biar betol en.hassan neh...". Aku pun jilat sikit..mula2 tak rasa pape..lama2 tu rasa pahit mula merebak. T-T en.hasaannnnn.....

Diorang gelak-gelak tengok aku kepahitan haha. Rasa dia macam hisap panadol yang kalau korang cuba telan tak menjadi tu. Bila panadol dah mencair tapi still stuck kat lidah. Haa...yang itulah rasanya ye. The best feeling haha. Tapi aku tak ingat lah nama pokok tu, unik sangat. Katanya elok la tuk demam panas. Memang elok sangat kalau pahitnya dah gitu. 

Before nak balik tu, kami duduk la relaks2 amik feeling, sementara tunggu hobbit balik, kami borak2 sikit. Tiba2 en.hassan buat bunyi macam panggil binatang, yang datangnya burung merpati. En.hassan suruhla nita amik makanan dia. Aku dah lama teringin nak bagi merpati makan macam dalam drama omputeh tu. Kelakarla.. burung ni mudah takut so kami kena membatu, bernafas perlahan-lahan tuk tunggu si merpati neh datang makan. Dia makan kacang tanah je haha. Best. Dapat gak bagi burung merpati makan. Perlukan kesabaran..No pain No gain lah katakan..takla 'pain' mana pun hehe. U get what u want for what u have worked for..get it? no?...takpe lah haha.

Soooo....itulah en.hassan..lawak sokmo ngan kami. Dah macam ayah-ayah tuk kami. Siap buat temujanji tuk practical lagi tau. Sape tah cakap, "en.hassan..tunggu lagi 4 tahun kami datang tau..kami bawak gambar sbgi bukti haha" insyaallah..

Sementara waktu rehat tu, kami jalan-jalan la sekitar zoo sebab diorang nak tengok2 lagi. Ada la 2 orang pakcik tanya soalan yang tak terjawab oleh kami.

First pakcik : Adik..tumpang tanya..tempat buaya kat mana ye?
Jawapan kami : errr... (tengok sesama sendiri) pakcik terus.. tengok jumpa signboard..ha ikutlah signboard tu.(haa ok tipu...jawab je la tak tau kan..T-T)

Second pakcik : Adik2 ni keje kat sini eh, macam mana ye burung2 (merujuk pada bangau dan spesies2 tu kat tasik zoo negara) ni tau nak balik kat sini ek?
Jawapan kami : Dia memang tau..diorang akan tau sebab ni habitat diorang dan diorang ikut naluri.. (hee camtula jawapan student yang tak amik kos zoologi haha)

tapi aku pernah tengok national geographic, burung kan ada instinct. Every animal got that.. :)
*tetiba
Facts : Dalam kaki gajah ada span untuk diorang menyerap hentakan jadi sebab pergerakan tu lah pergerakan diorang senyap je.

About volunteering ni kan, every week bak kata en.hassan akan ada student untuk volunteer. Macam sabtu semalam tu, student UIA...a week before student MIAT. Aku tau tu tengok buku log volunteer. Kalau nak volunteer saje2 pun boleh, kalau cukup 5 hari, korang ada dapat certificate for volunteer. Kalau2 stress keje, takyah bercuti jauh-jauh, datang volunteer pun dah cukup hilang stress tau :) wa cakap sama lu..interacting with natures really give this warm feeling to our heart. Nature kan sentiasa berzikir..Berzikir saje pun menenangkan hati :)

Okeh, ini bahagian lampiran saya dari report kali ni wakaka ;

Kije ye bang..
fighting mengecat




Incik ghimau yang enshem haha


Baiklah sekian. Thanks for tuning in to Nursharina's corner national geographic channel.

Annyeong~~~ ^___^

Monday, October 8, 2012

Fantastic Weekend~



Assalammualaikum!

Sihat semua? Tetiba aku terpikir tadi, "agak2 aku ada silent reader tak? muahaha" *perasan. sila lempang muka sendiri haha

Weekend sempena besday aku (ok, promote besday yang dah lepas haha) korang ada pegi makan angin mana2? Weekend ni aku tak rehat mana la..depite the packed schedule..aku gigih menjalani kehidupan aktif even in the weekend. Tambah-tambah lagi dengan hari jadi aku dan aktiviti zoo negara.

Dua event tu aku akan cerita pada post yang berlainan. Don't worry. Saved in draft already. On their schedule to be publish.. Ini post lebih kurang macam kata-kata pembuka la. kalau korea, sebelum diorang release full music video, diorang akan post teaser, so ini lebih kurang macam teaser la hehe..aku buat macam ni sebab i think 'my weekend is fantastic baby' haha.

Okeh, sekian uols~




Friday, October 5, 2012

Life unfair? Think again


Assalammualaikum...


Kenapa ye? Orang kaya ramai dalam dunia ni...tabung kebajikan banyak...yet..fakta masih mengatakan berjuta kanak-kanak meninggal sebelum umur 5 tahun disebabkan kelaparan. :-?

Beli keta ferrari sampai 3,4 biji...hanya untuk kegunaan diri dan angkut awek-awek hot jeww. Padahal, harga sebuah biji ferrari boleh menyelamatkan ratusan nyawa kanak-kanak di serata dunia ni.


Aku sedih tengok gambar ni :(


Sorang abang yang tak berapa besar sangat nak digelar abang memeluk adik dia yang kecil yang sedang tidur. Aku nangis kot...sedih..Betapa bertuahnya kan kita. itu pun nak merungut lagi cakap life is unfair lah ape lah. Bila-bila aku rasa down and think negative, aku tengok gambar ni..pikir balik..ya allah..cuba bandingkan kaler baju adik2 ni dengan baju yang korang pakai sekarang..apa korang rasa? bersyukur kan..hope ada orang bantu adik berdua ni..

Kadang-kadang tu aku terbayang si abang ni pimpin tangan si adik ni..melintas jalan..or pegi mana2 ke..risau pulak aku tengok..Yela, kecik-kecik lagi dah kena jaga adik dia. Parentnya tak tau kat mana pulak. Gambar tu dari twitter. Aku download dan aku simpan buat peringatan diri supaya sentiasa buka mata hati ini. Beringat-ingat. Sayu

Aku ada terbaca.. saintis ada lakukan ujikaji makanan yang boleh tahan cuaca ekstrem seperti panas di gurun pasir dan mungkin negara ketiga boleh buat sebagai sumber makanan mereka tapi negara ketiga tak terima..sebab status keselamatan yang belum pasti. First, bagi aku kan...tak kesian kat rakyat ke? kalau dah allternatif tu..nape tak terima je..maybe status tu diragui..aku wonder la diorang dah test ke belum..boleh dipakai ke tak sebab aku harap makanan boleh la jadi sumber makan diorang supaya diorang tak kelaparan lagi kan..

Diorang? Dalam fikiran aku, 'diorang' ni kebanyakannya dari dunia ketiga tu macam afrika atau pun mana2 negara yang sedang berperang tu..kan banyak gambar kat fesbuk tunjuk gambar budak2nya yang sangat kurus. Diorang sangat memerlukan makanan. Jadi makanan tu maybe boleh jadi 1 sumber. Aku tertanya-tanya ada tak saintis diluar sana sedang mengusahakan sesuatu untuk membantu kanak-kanak tersebut. Tolonglah ada kan..bukan setakat mereka je..mana2 je kanak-kanak yang menjadi mangsa kelaparan di setiap pelusuk di muka bumi ni dibantu..hope so..

sekian. :(

Apapun...aku sentiasa support mana-mana badan kebajikan yang tak jemu dalam membantu budak2 nasib sebegini..