Tuesday, October 9, 2012

Zo0 NeGaRa VoLunTeeR



Assalammualaikum dan Hai ! ^^


Yap, aku pergi ju menggara. Oh, marah pak ude (pak ude keje dewan bahasa & pustaka). Meh betulkan balik, - aku pergi zoo negara hehe. Okay, kali ni aku pergi zoo negara bukan untuk jalan-jalan makan angin saje and bersalam-salaman dengan haiwan disitu. Rasanya aku dah bersiar-siar before masuk matriks dulu. Still new experienced to me. But, zoo negara dah nampak lain sikit kali ni. Before aku pegi kali ni, ada la lalu tepi highway sebelah zoo negara, nampakla diorang tengah upgrade pintu depan tu. Looks good with the animals. Nampak la zoo nya disitu. Soooo....back to my story..

I go there to be....

^___^

hikhik... see... I go there bukan nak jenjalan tau..walaupun ade la kami melencong sana sini sikit hehe, tapi time rehat je la..


This is really really new and interesting and fun experienced for me. I'm sure not only me but..to all my colleagues too, KOLEJ 15! Terima kasih banyak-banyak kepada sekretariat kebajikan kerana berjaya menjayakan program yang unik ini. Tahniah to Amin, our pengarah for this programme. U did it! yeay! also to the crew and akak abang MTM :)


Soooo... aku seronok sebab (meh..aku nak list kan lah hehe) ;

- first, aku dapat kenal zoo keeper yang sporting belaka lebih2 lagi (encik che hassan ^^)
-second, dapat tau macam mana zoo ni beroperasi
-bila timing nak bagi haiwan-haiwan zoo ni makan
-dapat tolong sikit bersihkan kawasan zoo
-knowing more deeper the habit of animals
-dapat mengusap haiwan dengan lebih kerap
-pelawat ingat aku ngan kengkawan keje kat zoo HAHAHA
-proud to be the 'Volunteers' weh haha

Itu main pointnye lah hehe..


First sekali, (berapa banyak 'first' daa)  aku nak kenalkan korang one of the senior of zoo keeper trainer.

Tadaaa! 

Nama dia Encik Che Hassan. Kami..aku, qyla,jannah n nita adalah girls yang tolong En.Hassan untuk pape yang patut di Children's World.


 Korang yang selalu pegi mesti familiar kan dengan children's world neh. Ha..sini lah kami in charge. Takde lah in charge mana, bekerja untuk satu hari je. Jadi aku nak citer pasal En.hassan hehe :p

Meeting En.hassan really great..because he taught us many things. Mula-mula sampai tu aku ingat en.hassan ni garang, biasa lah kan..first meeting kita tak kenal lagi dia macam mana padahal dia biasa je. Diberi penyapu pada awal pagi, kami sapu daun-maun berdekatan kawasan disitu. Then, we meet two miniature horse called 'hobbit' and 'wizard' :)

Tu dia..memalu pulak dua ekoq ni..hehe
Kenalkan korang kat kuda lah kejap hehe. Ok, yang putih tu nama dia 'Hobbit' dan aku rasa aku tau kenapa nama si itam tu 'wizard' haha. Sekarang teka pulak..mana jantan mana betina? tik tok tik tok..teeeet! masa dah tamat! Jangan terkejut, si hobbit jantan dan si wizard betina. (tak terkejut? pura2 terkejut la hehe)  itu la yang dikata en.hassan. Umur dua ekoq ni dah 18 tahun, kira adik2 la ni haha. Antara dua ni, hobbit ni ramah sangat, dia akan datang kalau kita panggil dia dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Bersungguh-sungguh ye haha. Note that please haha. But, eventually he will come. Cute! Si wizard malu-malu..ye la girls kan hehe. Dah petang sikit, baru dia mesra dengan kami. Si hobbit ni dari awal pagi kami duk belek dia haha. Lalu tepi pagar dia je,, "hobbittttt....hobbit.....hobbitttttt"...pastu keluar pegi tempat lain..masuk balik, "hobbittt....hobbitttt...hobbbitttt" hahahaha sumpah kelakar.

Dua ekoq ni got their own shows tau..tapi kami tak pegi tengok pun sebab tengah sibuk2 buat keje, salah sekor mesti tiba2 hilang dibawak pergi shooting haha. Haa..sebut pasal shooting kan, mesti aku dengar pelawat cakap kat kandang hobbit wizard ni, "haaa kat sini lah kan yang lisa surihani berlakon haritu..kat sinilah...(sambil tunjuk kat kadang hobbit)" aku pun mesti, oh..they must be talking about 'zoo' movie, aite? sebab aku tak tengok citer tu. Yang cakap tu pulak, budak2 lagi tau. Handal diorang kenal tempat dalam movie tu haha. Soo...show yang dibuat oleh si hobbit and wizard ni adalah kupas kelapa, macam mana tu, aku tak tau sebab tak pegi tengok. Bila pagi turn wizard buat show, petang pulak hobbit. Petang tu kami sanggup tunggu hobbit balik, takut la tak sempat jumpa hobbit before balik. Walaupun baru sehari berkenalan, kami dah rasa macam sayang kat haiwan2 sekitar children's world tuh. Contohnya si Jannah ni..

Dalam tu anak rusa..tapi kami slalu terpanggil "kancil..kancil..." haha
rasanya dia dah letak signboard, "anak rusa/fawn"

Khusyuk Jannah melayan anak rusa tu.. selain anak rusa, ada anak kambing yang sentiasa mengembek (siyes comel diorang mengembek ), rabbit yang gomok-gomok, turtle yang maintain cool, ferret yang adorable..sweet sangat menatang neh walaupun keje dia tido jeh..bak kata sorang grup aku budak laki, tak tau nama dia apa, dia kata "ferret ni aktif 3 jam je..kawan aku bela.." jadi aku pun macam blur gak, 3 hours out of 24 hours? yaaaa!haha..nasib comel ferret neh,

kami datang je terus posing ayu. tadi tido terbungkang haha

Comel kan? rasa nak bela pulak. Dah la senang bela, tido je haha.

Mok-mok kan diorang ni. NomNomNomNom!
Haaa...ni pulak nak cita (jap ye en.hassan hehe) bab makanan. Dalam kepala aku memang dah set kepala yang haiwan disini dibagi je pape sayur pun. Takde nak pilih menu,  macam harini kobis..esok bayam pulak haha. Tak macam asrama sangat la kan. Pagi tu, lepas dah sapu2 semua daun-maun tu, en.hassan panggil kami ke ruang dapor berdekatan untuk bagi makan..well, lets start with..sayur kangkung dulu, then taruk keledek (chop chop chop), carrot (chop chop chop), kobis, kacang panjang, and etc.. dibagi sama rata dalam setiap bekas. Khasiat yang sama untuk haiwan-haiwan yang berkerja keras menarik perhatian pengunjung. Aku baru tau mereka dibagi makanan yang pelbagai nutrien dari pelbagai sayur. Menarik. Oh ye, best tengok grup fatin ngan sarah naik lori kat belakang..jalan2 sekitar zoo bagi makan haha.. :D



Go Nita..Go Nita hihi :p


Part yang paling aku suka bila bagi tupai makan. Bukan tupai biasa, tupai ni aktif, bulu kat bahagian bawah badan warna oren coklat, atas putih dan mukanya ada wana hitam sikit.Tupai ni aktif dan laju. Sangkar dia besar. Aku pun tak pernah tengok lagi tupai ni. Budak pmr,khalit (zoo keeper) panggi budak pmr sebab en.hassan beriya-iya meyakinkan kami yang khalit tu tengah pening kepala nak amik pmr besok. Kami pun percaya bulat-bulat, "oh..sempat lagi keje dia","oh..bagusnya kecik2 lagi dah keje","haa...ade rupa mcm muda sikit" hahahaha saba je lah kene tipu baik punye dengan en.hassan hahaha. Khalit ni la yang ajar macam mana nak bagi makan setiap haiwan kat sini termasuklah bagi makan tupai. Dia ada bagi amaran before masuk sangkar tu, "kalau masuk jangan menjerit tau sebab dia akan naik atas bahu tu..amik anggur ni..just bagi makan pakai tangan..nanti dia amik..dia lari la.." memula dengar aku dah cuak tapi aku teringin nak masuk sebab kejinakan tupai ni. Jadi aku masuk je. So fascinating u know..bila tupai2 ni berlumba ke arah aku ngan nita (bole masuk 2 orang je), aku suka tengok haiwan eksaited nak makan..comel sangat >.< aku dengan berdebar-debar hulur anggur tu, slow2 tupai datang dan amik anggur bawak lariiii...aku takut kalau kuku tupai terkena jari tapi hati2 la kan, insyaallah tak terkena. Haaa.....teringin nak bagi makan lagi :))))

Jadi apa lagi nak citer? haha. eksaited kan aku haha..

Okay, nak cerita pasal en.hassan lah. Terima kasih to en.hassan sebab bagi layanan yang baik kepada kami yang sentiasa teruja nak buat keja. Kelakar bila en.hassan, "sabar...nanti dulu...!","tunggu...kejap lagi.."haha. Jangan ditanya, "en.hassan dah berapa lama keja sini?" dia akan geleng kepala sambil senyum dan aku tak tau sampai ke sudah. Tengok carta organisasi dia 'senior trainer' gambar atas sekali. Agak-agak berapa lama lah ye. Sementara kami nak bergambar dengan dia, gaya en.hassan mcm mengutip daun2 disekeliling tempat duduk kami tu, 

kami : apa tu en.hassan?
en.hassan : ubat..
kami : oh.. (?)

en.hassan hulur daun panjang cokelat tu kat aku,

kami : haa..caner nak makan?

aku pun kopek daun tu sampai jumpa biji dia warna putih. Weh, tengok kaler putih berserbuk tu pun aku dah tau pahit gila weh.

en.hassan : cuba jilat..
kami : jilat????

aku kopek bahagian yang tersangat lah kecik untuk dijilat..dalam kepala aku, "biar betol en.hassan neh...". Aku pun jilat sikit..mula2 tak rasa pape..lama2 tu rasa pahit mula merebak. T-T en.hasaannnnn.....

Diorang gelak-gelak tengok aku kepahitan haha. Rasa dia macam hisap panadol yang kalau korang cuba telan tak menjadi tu. Bila panadol dah mencair tapi still stuck kat lidah. Haa...yang itulah rasanya ye. The best feeling haha. Tapi aku tak ingat lah nama pokok tu, unik sangat. Katanya elok la tuk demam panas. Memang elok sangat kalau pahitnya dah gitu. 

Before nak balik tu, kami duduk la relaks2 amik feeling, sementara tunggu hobbit balik, kami borak2 sikit. Tiba2 en.hassan buat bunyi macam panggil binatang, yang datangnya burung merpati. En.hassan suruhla nita amik makanan dia. Aku dah lama teringin nak bagi merpati makan macam dalam drama omputeh tu. Kelakarla.. burung ni mudah takut so kami kena membatu, bernafas perlahan-lahan tuk tunggu si merpati neh datang makan. Dia makan kacang tanah je haha. Best. Dapat gak bagi burung merpati makan. Perlukan kesabaran..No pain No gain lah katakan..takla 'pain' mana pun hehe. U get what u want for what u have worked for..get it? no?...takpe lah haha.

Soooo....itulah en.hassan..lawak sokmo ngan kami. Dah macam ayah-ayah tuk kami. Siap buat temujanji tuk practical lagi tau. Sape tah cakap, "en.hassan..tunggu lagi 4 tahun kami datang tau..kami bawak gambar sbgi bukti haha" insyaallah..

Sementara waktu rehat tu, kami jalan-jalan la sekitar zoo sebab diorang nak tengok2 lagi. Ada la 2 orang pakcik tanya soalan yang tak terjawab oleh kami.

First pakcik : Adik..tumpang tanya..tempat buaya kat mana ye?
Jawapan kami : errr... (tengok sesama sendiri) pakcik terus.. tengok jumpa signboard..ha ikutlah signboard tu.(haa ok tipu...jawab je la tak tau kan..T-T)

Second pakcik : Adik2 ni keje kat sini eh, macam mana ye burung2 (merujuk pada bangau dan spesies2 tu kat tasik zoo negara) ni tau nak balik kat sini ek?
Jawapan kami : Dia memang tau..diorang akan tau sebab ni habitat diorang dan diorang ikut naluri.. (hee camtula jawapan student yang tak amik kos zoologi haha)

tapi aku pernah tengok national geographic, burung kan ada instinct. Every animal got that.. :)
*tetiba
Facts : Dalam kaki gajah ada span untuk diorang menyerap hentakan jadi sebab pergerakan tu lah pergerakan diorang senyap je.

About volunteering ni kan, every week bak kata en.hassan akan ada student untuk volunteer. Macam sabtu semalam tu, student UIA...a week before student MIAT. Aku tau tu tengok buku log volunteer. Kalau nak volunteer saje2 pun boleh, kalau cukup 5 hari, korang ada dapat certificate for volunteer. Kalau2 stress keje, takyah bercuti jauh-jauh, datang volunteer pun dah cukup hilang stress tau :) wa cakap sama lu..interacting with natures really give this warm feeling to our heart. Nature kan sentiasa berzikir..Berzikir saje pun menenangkan hati :)

Okeh, ini bahagian lampiran saya dari report kali ni wakaka ;

Kije ye bang..
fighting mengecat




Incik ghimau yang enshem haha


Baiklah sekian. Thanks for tuning in to Nursharina's corner national geographic channel.

Annyeong~~~ ^___^

4 comments:

Stephanie said...

How fun Nina! I am sure those animals love you a lot. Those fresh vege look yummy :-D

Noted your question on nursery to visit in my blog. There are so many actually. Take a look at those in Sg Buloh in the My Green Finder blog to preview and shortlist suitable ones...

http://mygreenfinder.blogspot.com/search/label/Sungai%20Buloh%20Bukit%20Rahman%20Putra

http://mygreenfinder.blogspot.com/search/label/Sungai%20Buloh%20Jalan%20Kuala%20Selangor

http://mygreenfinder.blogspot.com/search/label/Sungai%20Buloh%20Kampung%20Melayu

http://mygreenfinder.blogspot.com/search/label/Sungai%20Buloh%20Leprosy%20Centre

Besides that, these two are good also...
http://mygreenfinder.blogspot.com/2010/02/kalis-nursery-landscaping.html

http://mygreenfinder.blogspot.com/2009/07/ukay-nursery.html

Happy visiting nursery!

Stephanie

ShaRina NiNa said...

Hahaha sure the vege look so yummy..even we want to eat it hahaha.

thanks for replying my questions..it help a lot by giving this link!

Thank you so much! ^_____^

cikbunge said...

Nina :) tenkiu follow blog akak :)
ni akak follow balik. hee.

Oww, ni lahh bidak-budak yang jalan-jalan bawak makanan atas lori tu ek? Jeles T_T

ShaRina NiNa said...


Hehe same2 kak raha hanym kan..tgk name kt fesbuk hehe.

Mekaseh follow balik blog saya yg bese2 eh haha..

jeles kan..huhuhu...saya pun..