Friday, November 9, 2012

Hectic Week


Assalammualaikum dan Hai!

So, next week aku dah cuti mid-sem. Kengkawan, tak nak ajak aku jalan-jalan ke? hehe. Tapi aku tak balik awal sebab ada projek grouping yang buat aku delay untuk balik. Btw, aku tak kisah. Rumah sejengkal ni. Tepon je driver, kejap lagi mesti mereka jemput hahaha. Driver konon, berangan haha. Takde lah. Yang bese jemput aku dari yu pi em ni angah je...teringin pulak rasanya nak rasa abah yang jemput haha. Rindu pulak nak tengok abah kembali berjalan dan memandu :'( tak lama lagi kot..huhu


Projek grouping yang dimaksudkan adalah 'nursery visit'. Memandangkan aku ni budak tumbuh-tumbuhan, jadi kena lah arrange satu lawatan ke nursery2 yang ada di Malaysia. Kejap! bukan nursery yang jaga budak -budak tu. Yang ni nursery yang jaga pokok-pokok. Hermm..buat beberapa minggu ni memang sangat mencabar untuk aku weh. Aku kena uruskan dua perkara penting(ajk baju xpdc dan nursery) dalam masa yang sama. Seriously, hectic week!

Letih, nak nangis..semua ada. Tapi semua yang aku lalui ni kan adalah doa doa yang aku mohon kat Allah. Sekarang dah rasa, dush! Nak sangat kan...hahaha. Tapi semua ni pengalaman ekceli, aku senang hati menguruskan semua ni. stress tu memang la stress..tapi entah, deep in my heart..I'm totally fine with it :)


Dah la harini aku pergi ekspidisi di Gunung Datuk, Rembau, N9. Dua hari je. Jumaat dan Sabtu. Lama dah tak hiking ni..eksaited. Eh, sempat la pulakkan aku hapdet belog. Aku tengah tunggu mesin basuh menjalankan kerjanya selama hampir 30 minit tu. lagipun, aku rindu nak hapdet belog ini.. :')


Korang doa-doa kan la perjalanan kami pergi dan pulang ke Gunung Datuk dan nursery itu dengan selamat. :)

Moga-moga berbaloi la perngorbanan nita dengan mengorbankan cutinya untuk pergi ke nursery. Kesian jugak kat dia terpaksa balik hari selasa... don't worry, tiada yang sia-sia kalau namanya pengorbanan. =D


Okay, geng.. tata~

No comments: