Wednesday, November 28, 2012

XPDC Gunung Datuk #2




Assalammualaikum~ Herm, sekarang meh den nak cerito pasal ekspidisi den poie (pergi) ko Gunung Datuk ni haaa...tauu..lamo dah tanggu, yo dak..maapkan ambo..eh, tetiba slang kelate pulok dah haha.

As we know, Gunung Datuk terletak di Rembau, Nogori Sembilan. Nak cakap lebih-lebih pasal rembau pun aku tak tau sebab haluan ke rembau sangat berlainan pergi ke Kuala Pilah (kampung den). Mana ada lalu bukit putus semua tu walaupun bukit putus tu dah bersambung sekarang haha. Tapi suasana kampung dia kan sama je kampung aku, aku tak pasti suasana tempat lain macam mana..aku rasa setiap kampung ada feeling tersendiri, susah aku nak describe. Masa mula-mula sampai, suasana dia macam aku dekat je dengan kampung aku huhu. Haish, masuk tajuk kampung pulak haha.

Herm, baru sampai pun dah pancit sebab on the way nak pergi camping site pun dah kena naik bukit, jalan kaki pulak tu. Memang hongeh la..belum lagi naik gunung haha. I didn't expect that it will be that steep haha. Overall, aktiviti sebelum pendakian very relaxing and santai habis. Suka taw! Saya dah penat dengan camping sekolah yang rushing sokmo tu. Baru rasa student U, relaks je.poyo kan?.haha. Kami pergi pun dalam 2 hari je. Malam tu kami main game 'pembaca berita bersambung', lebih kurang camtulah nama dia, alaaa macam dalam citer super spontan. Best! haha.. Later on, kiteorang ber-barbeque pulookkk...heaven! haha.. sampai ke tengah malam, aku, jannah, aten, iznee, teah, nad..duk ber-BBQ hohoho~ thanks to the cookers hehe :p

That morning...dengan berseragamkan baju pinky-minky semua, inilah ghupenya...semangat tak kengkawan saya ni hahaha ;

pinky-minky gerup...

Ini waktu selepas exercise before mendaki. Lawak je exercise lari setempat tu..hahaha..

we're ready yo!

Hehhh..Gunung ni lah yang paling curam time nak mendaki tu setakat aktiviti pendakian aku tu lah. 30 minit pertama rasa macam nak give up je. seriously. -.-

Kalau turun pulak, ada la bahaya sikit..tapi boleh je handle dengan kasut getah kebanggaan saya niiii hehehe


Alhamdulillah. Pacat not interested in me. Phew~ haha

Behold~ Puncak Gunung Datuk!




u no see me

now u see me :D



Oh yeah...agak lama la kiteorang kat atas tu..refill tenaga punya pasal..coklat..gula2..semua habiskan time tu gak haha. Bila time turun tu, kiteorang bukan naik dan turun saje, ketua ekspidisi suruh kiteorang bersihkan kawasan mana yang patut..sorang satu beg plastik hitam tu. Jadi, sambil tu kebersihan puncak gunung ini terjaga dengan kehadiran pendaki seperti kami...ececeh haha..

Jagalah kebersihan di mana jua anda berada~

hehe ^_^









No comments: