Thursday, November 1, 2012

Marcotting



Assalammualaikum~


Selasa arituh aku ada amali ladang. Kiteorg belajar buat 'tut' kat pokok..tut tu ape?


Tut nie..yang kalau korang tengok kat certain pokok..mcm ada benda coklat berbalut plastik kat dahan-dahan pokok tu..yang tu lah. Benda coklat tu rupa-rupanya campuran tanah 2:1 (sila revise balik buku kemahiran hidup sekolah rendah haha) yang dicampurkan air sedikit. Kita campur air supaya dia boleh bentuk bulat dan beri kelembapan pada dahan tu. Dalam tanah tu, kulit kayu dahan tu kita buang, tinggalkan batang kayu dia..pastu selungkup dengan tanah yang lembap tu. Then, balut dengan plastik tu. Tinggalkan dalam 3 bulan, nanti dia berakar.

Rupa-rupanya markah ada diambil berdasarkan berapa banyak akar yang tumbuh kat tut tu nanti T-T

My tut trees, please grow your radicle well okay..for me..pehlis..huhu.


Mula2 tu pening cari pokok yang nak di-tut-kan sebab kelas tu ramai then pokok berapa kerat je. Jadi kongsilah dengan grup lain. Jadi time nak mencari mata tunas kat dahan tu, tetiba miss catherine (students master or Ph.d yang jadi mentor setiap group ladang) cakap,

"stop! semua orang jauh dari pokok"

Aku pun dengan cuaknya undur la ke belakang....

"Tu...ada ular.."

0.o

Memang. Tak jauh dari tempat aku berdiri  tadi. Dekat sangat. Kepala ular tu menghadap tempat aku berdiri pulak tu. Ular tu kecik dan halus tapi panjang la jugak. Tapi still bahaya...miss kata ular tu patuk mata. Miss halau guna batang paip tapi ular tu lari2. Laju betul ular tu lari. Last2, dapat jugak la halau. First time tengok kepantasan ular bergerak selaju tu. Selama ni kalau jumpa ular kat kampung, ular tu macam cool sangat.  Bergerak pun seloooww je..Yang ini..tak tau la...masa nak sambung balik tu..agak lemah lutut gak la. Lama2 tu semangat dah recharge. Sambung buat tut!hehe

Eh, lupa nak cakap. Besenya tut ni buat kat pokok limau kasturi. Haaa mak..abah..pasni bole la nina buat tut hehe. Dah tau dah cara2 nak buat teehee. :)


setelah dibuang cambium..itulah batang kayu yang dimaksudkan...




dah siap!

credit to tuan empunya belog. Saya menggugel je tadi hehe. Tak sempat nak amik bergambar dengan tangan berselumak tanahnya..setiap orang kena buat 5 tut ni. Nama lain untuk tut adalah marcotting.











2 comments:

Nur Shaidatul said...

comey la..bile transform ney??

ShaRina NiNa said...


hehehe...transform tang mane tu kema?