Sunday, September 30, 2012

We got Allah


Assalammualaikum!


Right now..aku tak ngantuk tapi esok pagi ye sebabnya dah la kene bangun awal. Nak pegi ladang. Nak transplant pokok. Pokok roselle ngan marigold yang aku tanam haritu (eh bukan aku tanam sorang..grup tanam sekali) dah kena pindahkan dalam poly beg (alaa..beg itam kecik isi tanah tu). Memang menggagau susun masa nak pegi transplant di celah-celah jadual yang agak pack ni sebab mesti buat minggu ni jugak. Eh, apsal ada yang menguap? yela...asyik2 citer ladang kan haha. Okaylah, kita citer lain.

Pernah tak korang nampak antara yang korang kenal-kenal, harini korang nampak dia pegi surau (korang mula cair..wah muka-muka jodoh haha). Pastu, keesokannya, sedang azan maghrib berkumandang korang ternampak dia duk lepak minum kat cafe (dalam hati mesti cakap, "eh haritu dia pegi surau, harini tak pulak).

Point yang aku cuba nak cakap kat sini adalah bukti adanya masa iman kita ni naik dan turun. Bukan pulak aku nak cakap kalau tak pegi surau iman tu berkurangan, aku pun tak berani cakap pasal iman bertambah/berkurang ni. Allah lebih mengetahui. Tapi dari segi logik akal la kan, kalau kita pegi surau, ofkos kita akan rasa macam baik je ( T-T tak tau nak terang camaner -.-) Rasa macam level of iman to increase sikit lah kan (haa..ayat budak sains tu)

Jadi, mula la korang tidak lah menaruh harapan sangat kat dia tuh. Yela, aku dan dia sama je. Masing-masing berjuang di muka bumi ni. Menepis godaan syaitan yang makin licik menyusun strategi melekakan kita. Masing-masing mencuba sedaya upaya untuk menjadi lebih baik dari hari semalam. Masing-masing masih mengharapkan tuhan untuk terus bertahan di bumi ini. InsyaAllah~

Jadinya...marilah sama-sama mengingati Allah dengan lebih kerap. Oh ye, aku nak kongsi satu doa ni. Just a short Du'a that really works. If u believe in Allah's greatness, InshaAllah ur dua will become so true. So, the Du'a is ( I bet u guys have heard this)

"Bismillahirrahmanirrahim, Hasbunallah Wa ni'kmal wakil"

and another one I'm not sure..so far I know the same kind of meaning but has a bit differ verses. Later i find out more.. This du'a I always read when on difficulties, alhamdulillah...so far Allah help me getting through difficulties.Usually I read while waiting for the bus, when bus takes a long time to come..so I read it..and like 2 or 3 minutes later..the bus came.. :) how is it?

Remember, " Doa itu senjata orang muslim"

We got ALLAH fellas..When u have Allah, u have everything..

InsyaAllah :)

Daaa~ ^^,

Sunday, September 23, 2012

Majlis Tunas Putra UPM


Assalammualaikum :)


Holla warga UPM!

Best lah korang! Idea kreatif and gempak-gempak semua. Seriously! tak tipu.

Tahniah to Kolej 15 & 12 For Winning Keceriaan! hehehe.. korang memang ceria2 belaka :)

Walaupun sedikit simple dari yang saya expect but overall not bad! You guys work hard kan ;)

Love K-15 <3>
Also congrats to Kolej Muhammad Rashid &  13 for the first place! Banyak gila korang menang k..and also to Kolej Pendeta Zaaba & 5 ..daebak~

Tapi..

In my opinion, aku suka part drama Tanggang..even a bit serious but..drama dia memang menusuk kalbu lah..because involving mother, right..and paling aku rasa macam ...pergh..part hantu tu..sumpah pelakon dia berbakat gila okay! seram sejuk aku dengar dia mengilai and tengok lenggok dia berjalan..sumpah menakutkan! hahahahaha..Aku rasa kalau ada pelakon terbaik..just give it to her... I mean jalan cerita dia pun okay lah...memang betul..shaytan tu kerja dia menyesatkan kita seperti cerita Tanggang tu. Aku ingat gabungan kolej ni yang menang sebab watak yang scary tu hehehe...takpe lah..I still like it because I love horror movie wakakaka...sad part is I don't remember which college handle this drama haha..

Oh...lupa nak habaq..

MTP stand for Majlis Tunas Putra.

Pertandingan antara kolej student intake 2012/2013.. Tema untuk malam ini adalah Cerita Rakyat. Kolej aku dapat Batu Belah Bertangkup..Tariannya adalah boria.. good to see baju boria sekarang dah improvised..lawo-lawo belaka..siyes..gemerlipan bagai..

ANUGERAH MALAM TUNAS PUTRA UPM 2012/2013 (repost)

1. Anugerah Keceriaan - K12 & K15
2. Anugerah Publisiti - KC & K6
3. Anugerah Muzik - KMR & K13
4. Anugerah Tarian - K17
5. Anugerah Lakonan - K5 & KPZ
6. Anugerah Vokal - K2 & KTP
7. Anugerah Teknikal - KMR & K13
8. Anugerah Kreativiti - KMR & K13
9. Anugerah Pengarah - K5 & KPZ
10. Tempat Ke-3 - K5 & KPZ
11. Naib Johan - K17
12. Johan - KMR & K13

Tahniah kepada kolej-kolej yang mendapat anugerah. Kolej yang tidak berjaya jangan putus asa. Jangan bersedih. Apa pun bak kata admin "kerana kita satu keluarga" :)

credit to Suhazli Muhamad from group Intake 2012/2013 Uni.Putra.Malaysia =)

So..itulah anugerahnya..

Antara tema yang dipertandingkan :

-Bawang putih bawang merah
-Luncai dan labu-labunya
-Batu belah bertangkup
-Pak pandir
-Tanggang
-Mat jenin (aku suka lakonan dan skrip dia gak)
-Puteri Hang Li Po (comel betul puterinya)
-Sang kelembai (kelembai ni..aku tak ingat citer asal dia mcm mana..huhu)

Tu je kot...anything else?..sory if i miss out any k.. Papepun korang memang daeeebaaakk~~~ hehehe

Kepada yang tak menang...jangan sidey2 k..just pertandingan tuk merapatkan hubungan sesama UPMians..sometimes teringat pulak time orientasi bila berkumpul ramai-ramai tadi.. :')

And...tadi penuh gila..macam biasa..tempat kolej 15 ada yang take over..so aku pun terpaksa lah naik atas. Panas? takyah citer..tapi view dia memang puas lah sebab nampak semua kan..tapi penat la gak berdiri 2 jam..worth it la dengan persembahan mantap korang semua...paling tak tahan..spotlight banyak kali menyuluh tempat aku ngan kengkawan berdiri. Sabo jelah. Lepas ni kena check power mata hahahaha..over lak kekeke

Okay. Got to go now.. Esok ada program 'Starting school'..One whole day..from 8am to 5pm.. gosh..Weekend is over already. Btw, tonight vey enjoy lah wei hehe

GOOD NIGHT! SELAMAT MALAM! ^____^)/

toodles~


Saturday, September 22, 2012

Ladang 2 again


Assalammualaikum~


As u guys know, aku kan budak pertanian kos Horticulture.. I will keep mentioning this to spread this course so some of us familiar with Horticulture.

What is Horticulture?

Anon : Haa? ape ape? cane nk sebut? hot hot ape?
Me : Horti-culture =D

Anon : herm..apa tu? buat ape?
Me : Erm, lebih kurang tanaman bunga hiasan, macam nursery pokok bunga kat tepi jalan tu tapi bole jugak ke bidang landskap ..

Horti comes from the Latin hortus "garden"[2] and cultūra "cultivation", from cultus, - copy from Wikipedia hehe.

Memandangkan aku masih first sem ..so tak tau nak kongsi apa lagi..hehe

Btw, ni gambar aku pergi Ladang 2 kat Upm. Kan aku ada citer kan yang sesat tu XD 

Hoi hoi ya hoi..Jauh lagi ka mau sampai


Okey, setelah hampir 15 minit hilang arah haha. Jumpa jua!



Geng Horts sempat bergambar hehe


Sempat bergambar di pokok jagung yang tinggi gila neh

Sempak melantak nasi lemak kat belakang tu haha.

Thanks to Ecah haha. Masa kami dah nak sampai ke ladang tu...masa tengah jalan kaki..aku pusing la belakang..aku tengok ecah takde..Ecah yang pakai baju biru belakang aku tu dalam gambar tu. Aku pun, "eh ecah mane??" sebab dah nak sampai boleh pulak dia menghilang..last last rupa-rupanya dia pegi pinjam basikal makcik tukang kebun tuu pegi cafe nak beli nasi lemak. Ya Allah sumpah tak expect langsung dia akan buat sampai tahap tu! Seriously...hilarious..tapi thanks to her...we all fulled that morning after tiring looking for this 'ladang 2'. She really nice...Nice to be friend with u ecah! seronok lah jadi gila-gila ngan ko hikhik.

Projek Marigold dan Roselle from Group 3 :D

Okay....Balik!!hehe

Oh ye...An umbrella is very very important to bring anywhere you go in the campus. Seperti di atas...hujan tetiba. It can be rain or very unlogical hot haha. ayat baru kihkih.  Even guys at the back there bawak payung oh. Suprised me hehe. Kalau malu sangat pon kan kaum adam oi..bawak topi. Cover your head at least. Ladies had hijab so our head is protected automatically hehe. Aku ada beli satu payung warna coklat , RM 10..murah? yes..but very low quality haha..baru pakai sekali dua kali camtu dah terangkat besi dia! u know what i mean right..the besi thingy at the umbrella. I thought rm10 is the regular price of an umbrella but i gues..is not. Need to buy another umbrella..aigoo..

Haha..so there my 'Ladang' stories.. As usual, click the picture for more satisfying size and quality. Almost all pictures were  taken by Galaxy Note if u guys wondering..Not mine..My friend punya lah. I tumpang je hikhik.

Annyeong~ ^^

Friday, September 21, 2012

Random Pikces


Assalammualaikum..















Sekian~ ^-^

p/s : sorry for the amateur picture editting hehe *click picture for larger view..if u want to lah haha

Tuesday, September 18, 2012

AdaMu


Assalammualaikum!


Nak tau tak? Dah tiga kali..aku taip panjang-panjang..pastu Ctrl A+Backspace =.= punye lah aku fikir sensitiviti orang sekeliling sebelum mengeposnya. Kalau aku terlalu memikirkannya..tah bila masa pulok nak mengepos..kepala dah makin senget..mata dah kuyu..

Takpe lah..anggap la merapunya aku malam ni sebagai melepaskan kerinduan untuk berceloteh dengan korang...tak tau lah kalau sekarang ni musim sakit atau pun environment first year budak-budak U..mula-mula tu aku batuk..sebab minum water cooler..aku baru tau tekak tak tahan..manja jugak tekak i ni..nak wat camano kan..pastu suara hilang entah kemana...nak telan air liur pun sakit tau..then, ade lah satu ketika tuu memang demam dibuatnya..sekarang alhamdulilaah terkawal la akitiviti batuk-membatuk ni.

Caner pulak U korang? Best?hehe

Huhu...can't type more. my headphone dah mencecah kat bahu belah kanan while typing..ngantuk dan berat kepala. Herm.. I just want to say,

GOOD NIGHT ! ^^

Jangan lupa basuh kaki sebelum tidur..solat isyak dulu..pastu kibas-kibas katil..baca ayat kusi.surah 3 kul, doa tidur..tak hafal? my niece pun dah hafal k..rajin2 lah nak hafal doa yang cukup simple tu keke..

Nah , aku rekomen lagu Najwa latif-AdaMu. Nice lyric there..untuk yang rasa terbuai-buai bila denganr nasyid tu..dengar la lagu ni..


Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu


Dah la lirik dan lagu tu semua buat sendiri. She's really talented. Go Adek Najwa! amboi. saje nak tunjuk diri lagi tua la kononnya. Apapun Im 19 teen. Lagi few months, I will enter 20 o.0. Can u believe that? coz i don't haha..Okay...zzz...aku...zzz...tidur...zzz...dulu....-.- Zzzz

Saturday, September 15, 2012

Ladang 2


Assalammualaikum~

Okay, ni second post saya buat along hehe. Along, nakmo angesh2! Sinyum-sinyum ya.. ^-^

Untuk harini...banyak benda menarik dan baru..Yela baru hari ketiga berkuliah. So everything was fascinating and new to me. Pertama...ofkos la..terserempak dengan abang fasi keke ;p mesti korang menyampahkan.."eiii dia ni..tak habis-habis dengan abg fasi.." wait, abang? tua setahun je pun hahah. Gurau je tu. Fasi tu semua sampingan sekejap hihi.

Harini kan..aku mulakan hari dengan subjek 'Pembiakan tanaman dan pengurusan semaian' amali bertempat di ladang 2. Mula-mula aku tengok macam...haaa kat mana pulak ladang ni..hadoii...Yang aku tau ladang 10, betul-betul depan cafe dekat ngan kolej aku tuh. Menggagau gak la kami duk mencari. Kelas pukul 9 tapi pukul 7.30 lagi kami dah keluar naik bas kekeke. Semangat freshie namanya tu weh hahaha. Berbekalkan arahan dari akak-akak fasi yang sudi bagi direction tu..kami turun la kat main faculty, lalu dekat library. Pastu jalan straight...bila kami jalan straight je..something is not right..Herm..aku tengok eh , "ehh ada kuda!!" tengok tu...eksaited tak aku nampak kuda haha. Kuda padi sebab dia rendah semacam. Pastu aku pandang depan macam takde penghujung dan takde petunjuk yang depan tu ada ladang pun...

So..iznee pun call la balik akak fasi..alih-alih patutnya straight ke depan sikit pastu belok kiri centu. Haa..luruih bebenor la kami ni kan pi straight yaaa..Bila belok kanan nampak la rupa ladang-ladang tu..ada reban ayam...ada ladang jagung...takkan terlepas bergambar dengan pokok jagung yang tinggi-minggi itu hehe. Sampai je..memang lawa la tempat dia, Rasa terasing dari kawasan bandar , it's like u enter a different world for a moment. I was mesmerised by the scenery. Subhanallah..I'm wondering...why some of us change their courses? They would miss this..

Sesampai tu..kami amikla masa beramah mesra sesama classmates. Oh ye, aku sampai kat ladang dalam pukul 8.00 lebih..almost most of the time digunakan untuk mencari ladang haha. Agak teruja untuk masuk ke tempat bernama ladang ni. Maklumlah tak pernah hehehe..Then, datangla Prof/ Dr..eh entahla..konfius aku nak panggil apa..kadang-kadang tu tersasul nak panggil cikgu haha. Memang mintak tangan la kan cakap cikgu tu. Aku bahasa kan prof la senang k..Prof pun bagi lah instruction dan group. Tujuan utama amali harini adalah menghasil medium soil..lebih kurang baja la katakan. Jadi aku pun imbas kembali belajar Kemahiran Hidup time tingkatan 3 ke 2 dulu..time tu aku belajar pakai teori je. So, memang tak terbayang la macam mana progress. Sape sangka yang one day aku merasa jugak la buat campuran baja nisbah 2:1:1 tu.

Seronok sangat! sebab dapat main dengan tanah haha. Kami pakai 8 tray..setiap tray ada 40 biji benih dan kami pakai dua jenis biji benih iaitu roselle dan marigold. Marigold? Curious? Sounds pretty right? Like a brand or something..tapi ketahuilah sesungguhnya..Marigold tu adalah nama saintifik bunga tahi ayam!hehehehe. Lucu kan but that's the truth, fellas! :D

As usual..gambar tu memang ada untuk buat lab report sume..tapi line wifi so jealous at me kan...what to do..okaylah...nak basuh baju..plus saya udah ngantuk banget. Baju menimbun woii..tolong bagi saya semangat nak basuh baju.. =.= haha kidding..k Love U Guys! ^-^

For Leen Unnie #2

p/s : ekceli post ni dah lama..second day aritu..tapi takleh nak publish sebab line mcm hape je 2,3 harini =.=

Monday, September 10, 2012

Aku Budak HOrT hehe


Assalammualaikum! ^^


Hype ^-^/

Jadi 10-09-2012 adalah tarikh pertama aku menghadiri kuliah di UPM. About today? Not so rilek sebab otak serabut dengan pendaftaran khusus. Imagine lah...kita ni dah la tak tau pape...takkan nak main tarik subjek sem 2 ke atas. Tak berani. Ramai akak-akak cakap'wat lek wat kul' je tapi saya tak boleh T-T cuaklaa...macam mana kalau nama saya tak masuk dalam sistem daftar subjek nanti.

Subjek yang paling aku tengah cuak sekarang adalah 'Biokimia' dan 'Pembiakan tanaman dan pengurusan semaian'. Haa...nampak tak subjek macam budak HOT..hahaha takdelah budak HORTiculture je :p I think i made the right choice by picking horticulture even not so popular..but i saw my path already hehe.. After i go through all this day, nampak macam dah ada jalan penyelesaian untuk harini. Insyaallah..mohon dipermudahkan lah :)

Fakulti sains pertanian agak terasing kerana fakulti tu terletak luar upm. Jadi, Upm sediakan bas khas untuk budak sains pertanian. Syukur jugak tak perlu bersesak dengan fakulti lain dalam bas sebabnya aku dah rasa tadi. Tadi aku cuma nak jenjalan tengok PC Fest dengan Lisa dan Iznee (coursemate). Dah habis meronda-ronda melihat sekitar kawasan semua...kami jalan la ke bus stand. Nampak pulak abang-abang fasi yang hensem tu kan :p haha. Bas kolej aku penuh. 4 kali dia singgah kat bus stand setakat nak berenti kejap sebab bukannya boleh naik lagi pun. Memang tahap sendat ikan sardin aaa...Jadi setelah fed up..kami pun berjalan la ke stesen bas di fakulti lain. Yang tu lagi laaa...dah la terik gilaa...tambah stesen bas menghadap cahaya matahari >.< dah rasa macam kena panggang. Sunburn do muka ni. Yang tu dekat half an hour jugakla. Senario yang sama, bas kolej aku penuh. Dari jauh kami tau bas tu penuh..kalau jalan macam senget sebelah tu..konfem penuh.  Last2 lagi..kami jalan lagi ke fakulti sains komputer..berhenti di stesen bas dan alhamdulillah..dapat pun. Even bas tu ber-air cond..tapi aku berpeluh dalam bas dengan haba manusia di sekeliling aku.

Nak tengok aksi kami?

Alaaa...wifi lembab. -.-"

Btw, post ni saya dedicated untuk leen unnie..if u wondering how am i at U..here i am..insyaallah ...i will try my best to update everyday for you hehehe. LoVe U <3 p="p">