Sunday, June 12, 2016

Pemasuan semula Orkid / Repotting Orchids




Harini praktikkan ilmu repotting orchid yang belajar kat tempat intern, Pusat Teknologi Florikultur (PTFH),Jabatan Pertanian Serdang.

This going to take months or maybe years, usually Orchid lovers are very patience. Sebab tu some of the orchids are so expensive tapi yang ni species murah² punya haha.

I'm not yet qualified to be called as an Orchid lovers but I do love their magnificent and beautiful flowers. Lebih-lebih lagi, baru terjumpa mini dendrobium (sejenis orkid). Even pokok dia kecil lagi dah boleh berbunga. Sangat comel. Haritu macam nak beli kat Floria tapi tah kenapa tak terbukak hati nak beli dengan penjual tu. Dah orang jual tu macam tak nak layan je hahaha. Eh, sesi luahan hati pulak kan haha. Takpe, I can buy somewhere else.

Rasa lucu sebab arang dan sabut kelapa memang dari dulu lagi dah beli sebab nak transfer orkid beli time MAHA. Time tu memang buta orkid lagi. Tau barang apa nak guna tapi cara-cara nak guna tu memang noob lagi lah hahaha. Sedap sesuka rasa ajinomoto ngan angah je lah taruk. So bila buat tadi and tengok balik apa yang aku buat ngan angah dulu rasa nak tergelak pun ada. So, bila dah ber-praktikal ni, ilmu pun dah dapat so betulkan balik apa yang patut hahah. Pentingnya praktikal berbanding teori. Repotting orkid tu memang pernah buat time kelas dulu tapi you know...when there is too many students in the class, it made me so hard to focus, ingat dan faham time tu je lah. Mana ingat sangat lepas² tu. Bila cakap pasal ni, now I remember that I've learned this in one of the class lol.

Bahan-bahan pemasuan semula orkid:
1. Arang
2. Batu Bata (the reddish orange one sebab diperbuat dari clay)
3. Orkid (semestinya lah haha)
4. Sabut kelapa ( if takda bata)


Cara-cara pemasuan semula orkid ada dua.

Cara yang pertama,
1. Make sure pasu yang berlubang di bawah, agak banyak pun okay. Orkid tak sesuai sangat terlalu lambat, eh silap lembap! dan takut air bertakung je. Not good for the roots.

2. Letak bata merah (brick) oh make sure pecahkan dulu bricks tu. Mana la muat segi empat tu dalam pasu haha. Ye dokk. Simple je. Kepitkan je anak pokok orkid tu dengan bata and make sure tak bergoyang dan teguh sepitan tersebut haha. Sebab akar orkid nak kena establish dulu bagi dia melekat dengan pasu tu. Jadi if goyang² takut akar dia berhenti dan terganggu proses establishment akar orkid. Tak perlu banyak pun bata kalau pandai teknik menyelit dah kepit itu.




3. Next, letak sedikit arang. Pun tak perlu banyak. Sekadar menutupi sedikit akar. Bukan lah sampai penuh pasu. Jimat2 lah barang haha.

Ok, faham? Simple je kan.


Cara yang kedua,
1. Letak arang dulu,tutup gitu² lubang pasu.

2. Letak anak pokok, pegang bagi tegak berdiri.

3. Letak sabut kelapa. Tak perlu banyak yang ni sebab kita nak buat layer of arang and sabut.

4. Letak sedikit arang.

5. Pastu, letak sabut kepala sekali lagi atas eh. Yang ni sampai penuh pasu pun tak pe sebab sabut kan dia gebu gitu kan haha. Asal pokok tu tegak la.



Pun simple kan? Hehe.


Ok, boleh cuba.




Thursday, May 5, 2016

Cat's nanny


So past few days, Along and family balik Kelantan memandangkan diorang pun dah lama tak balik Kelantan. I thought nak menumpang bilik Shasha lah kan..but then, Along pesan:

"Dik, kau kena tidur cyber tau. Jaga Andy and Peanut (kucing-kucing Along)"

Err...okayy haha.
*tukar career*
Jadi nanny kucing! hahaha


Okaylah tak kisah pun.
Sabtu tu Along gerak then for the whole day aku macam lost. Mood takde. I'm like, asal weh rumah ni senyap sangat....aku dah terbiasa dengan suara high-pitched keempat-empat askar kecik itu. Serious. Aku tidur...makan..solat...tidur....All day aku fikir, "kenapa ngan aku ni......" sampai terbangun 4 pagi terpikir, " Ya Allah!! Andy ngn Peanut tak makan lagi!"

You know what? Pukul 4 pagi tu lah aku bangun, prepare makanan diorang..(cian makhluk berbulu dua ekor ni) then, sambung tidur balik lol.

Esok pagi bangun, dah dapat semangat sikit. Baru ada mood nak buat housechores. Nak citer kat sini melayan perangai cerewet makan si Peanut sampai sikit2 aku wassap along tanya macam mana nak prepare makanan dia. Baru tau perasaaan along melayan si cerewet Peanut haha. Tapi seronok melayan perangai dia sebab rare jumpa kucing macam ni. Patut la kuruih. Sekarang usaha kami menggemukkan dia sekadar yang boleh. Kita boleh! ( Herm, dah lama tak dengar ayat tu kan?)

Then, boleh pulak pagi Isnin aku nak pergi kerja panggil Peanut makan. Dia tak datang. Biasanya lah dia paling jaguh gagah berlari dari arah mana pun. Memandangkan aku dah lambat dan kalut pagi tu, aku pergi je la kerja. Mungkin dia masih tidur. Herm, itu rare. Bila balik petang tu tengok makanan Peanut tak bersentuh, "Ah sudah". Memang cuak. Takkan jatuh bawah kot memandangkan rumah along tingkat satu and kucing suka bersadai ke tepi tingkap. Tak sangka ada jugak kucing cemerkap haha. Biasanya Andy gemuk yang selalu jatuh hahaha.

Then, malam tu aku tidur kejap sebab ngantuk sangat dek penat kerja. Tiba-tiba nampak Andy tinjau bawah kat balkoni. Sebenarnya aku takut Andy terjun jugak. Manalah tau Andy dah bosan gila takde geng jadi dia pun nak ikut jejak langkah Peanut ke. Aku pun panggil, "Andyyyy kang jatuh kang macam Peanut" Aku pun ikut la jenguk bawah. Rupanya Peanut ada kat bawah tengah duduk. I wonder if Peanut just sit like that aaaalll daaay looongg. Kesian dia. Bawak masuk rumah terus carik makanan. Mau taknya dari pagi kut jatuh. Andy nampak terus lari kat Peanut, hidu2 dia. Aulooo rindu Peanut leww tuwww. Andy kalau takde Peanut mula dia jadikan aku sebagai sasaran untuk dikejar dan digigit. Nasib baik Peanut kembali. Huwaaaa. hahaha.

Andy pulak manja semacam ngan aku. Tak boleh kena tinggal sorang! eh silap. Sekor! haha. Japgi dia mengiau kuat gila sama ada cari Peanut or aku. Pastu duduk tidur, jauh. Tak faham aku. Agaknya sekadar dalam radar pandangan dia haha. Pastu suka intai kita kat mana. Ikut je la ke mana aku nak pegi. Masuk toilet pun nak ikut jugak. Paling aku takleh bela hahahaha. Dah la tak tahan nak terkucil, nak halang dia masuk lagi la..awkward tau dok, Andy?! Soba yo lahh..(sabar je la). Selama aku duk sini aku jarang dapat belek dia..yelah, kids suka duk kerumun dia hahaha. Mau tak nya, gebu pastu gemuk pulak tu kan. Kalau kita hulur muka kat dia, mesti dia sambut cium dengan hidung pink dia tu. Aduhaiiii comel bangat.

Macam2 hal jaga kucing seminggu ni. Lucu jugak hewhew. Sis terhibur. 

Tuesday, May 3, 2016

Thing's changed


Semalam mak singgah tolong hantarkan sinchan (kancil) ke cyber.

Phew~

Settle.

Aku tak tau abang aku drive macam mana sinchan. I feel alot differences masa aku pakai dulu. Clutch, gear, door lock..everything berubah. Ganas betul pakai. Dah la kete tu antik bebenor. K, kutuk abang aku kat sini hahahaha.

However, aku rimas orang asyik dim lampu kat aku. Aku tau lampu belakang tu tak berfungsi. Going to take some time nak repair sebab dengan keje lagi. Bila drive malam and driver belakang main lampu, I'm like, "yeah yeah..I knowww....." Thanks for caring hehe.

Aku terasa daif bila drive kereta yang banyak serba kurangnya. Rasa bersalah kat kengkawan yang menumpang. Tapi hey, kita kena bersyukur sekurang-kurangnya ada kenderaan untuk bergerak ke sana ke mari.

Apapun, sama2 berdoa urusan kita semua dipermudahkan.

Oh ye, haritu Janah ada request nak singgah kubur dia ayah kejap. Jadi aku bawak la dia ke sana. Turun je kereta. Aku rasa sebak. Kubur ayah orang dah dijejak. Kubur ayah sendiri masih belum sempat berjenguk. Biasa balik Sepang mesti dah nak malam. Namun, doa untuk abah tak pernah terputus. Alfatihah.





Saturday, April 30, 2016

Mereput


boring.

rasa macam nak contact sorang kawan2 tanya apa diorang buat.
rasa macam nak menyibuk diorang pegi mana harini.

that kind of curiosity.

kerja tu ada tapi tu lah.
moodnya tak ada.

rasa macam nak pergi keluar rumah go to somewhere else.
tapi..
abang ipar baru bagitau pagi tadi that kereta is very in serious condition.
So I'm stuck here.

No vehicles.
My friends..all busy.

Mereputla kau.
Pegi buat keje.


Tuesday, February 2, 2016

Tawar la...


Aku dah penat menangis. Lebih teruk dari hal ini. Lebih dalam sakitnya. Sampai satu saat aku jadi tawar hati untuk fikir lagi hal ini. Tawar hati adalah simbol kekuatan atau putus asa?


Sunday, January 31, 2016

Doshio...


What am I going to do?

Everyone is chasing their dream. Here I am. Sit in this room thinking what I should do next. At some point, I know what to do. But, then I'm lost again.

Dream.

I know I have it in me. It so blurry. I asked myself countless time. What am I going to do next? Again and again.

Yet, the answer is in me. God knows what inside me that I don't see. Each one of us made for a purpose and has their own strength to live upon to. Oh Allah, guide us! We're so weak that we need You in every our step T.T


Wednesday, January 27, 2016

Redha Tuhan


Aku tak tau nak rasa apa. Awalnya aku berlembut hati tapi bila terjadinya 'plot twist' disaat akhir. Aku kembali keliru. Aku tahu dia ingin bahagia tapi kebahagiaan itu milik bersama. Andai kata satu saat nikmat bahagia yang dikecapi bertukar bencana. Turut terkesan ke aku. Aku sayangkan dia. Aku tak mahu lihat dia berduka. Lagi.

Ya Allah.
Apapun keputusan dia, kau berkati lah.

Ingat, mahukan sesuatu ada caranya. Caranya biar lah baik dimata kita dan Tuhan. Bukan ikut kehendak sendiri mahupun alasan yang 'baik'. Jangan guna alasan. Penghujungnya, kebenarannya sentiasa jelas. Allah Maha Melihat. Allah beritahu pada mangsa penipuan. Disitulah pentingnya hubungan kita sesama Tuhan. Allah bantu kita. Allah pun tak sanggup melihat hamba-Nya ditipu hidup2.

Kita boleh bercakap apa saja demi mencapai apa yang kita mahu sampai mengaburi kelemahan yang ada. Dek mahukan sesuatu sampai hilang logik akal. Dek mahukan sesuatu. Kita lupa. Redha Allah itu penting. Allah pandang cara dan usaha. Bukannya semata pada hasil.

Redha dan keberkatan dari Allah itu lah kunci kebahagiaan hidup kita.

Aku juga faham. Ralat dan terkilan itu suatu perasaan yang begitu sakit dan ngilu dalam hati kita. Dalamnya ia boleh membuat jadi diri 'depressed'. Maafkan diri sendiri. Jalan terbaik. Semua manusia khilaf. Yang penting, maafkan diri dan mohon pengampunan dari Yang Maha Pengampun dosa hamba-Nya. Masa lalu itu yang lalu dulu. Dikenang memori pahit, sakit. Apapun, ambil pengajaran. Jangan biar ia berlalu dengan sia-sia. Ambil pengajaran dan perbaiki diri. Maka tidak sia-sia lah pahit tangisan yang ditanggung selama ini.

Nota penting untuk insan yang menggelar dirinya 'aku' juga.


Thursday, January 7, 2016

Welcome 2016, Bye 2015


Alhamdulillah. We reached another year in Allah's earth. Two thousand sixteen. I've survived 2015 lol. Macam la masuk hunger game.


Tu maksudnya aku dah masuk umur 23 lah kan secara un-officially. Itu bermakna jugak sebelah kaki sudah melangkah ke alam pekerjaan. Tapi dilemma sebagai pelajar berterusan sehingga ke detik-detik tahun terakhir. Ada la kawan ajak sambung belajar. Ada la jugak mengadu dekat along and angah, "malasnya nak sambung....." but then along cakap, "elok sangat la kalau sambung belajar. ekonomi sekarang lebih baik cari tajaan dan sambung belajar" herm. nak mengadu tapi respond lain lak dapat. sakitnya tuh disituhh hahaha. Betul. Memang betul pun. Ekonomi sekarang lain macam. Whatever my sisters adviced me mesti deep..rolling in the deep haha.

Sebenarnya bukannya malas. (cehh ayat nak cover) Seriously, bukan malas tapi word 'malas' tu sebenarnya desribe yang I want to do something else. Maybe I'mma bit excited untuk bekerja haha. I love my study field. I really grateful for taking this course and I want to apply the theory that I've been learned all this years. Itu je sebenarnya. Nanti kita tengok saja lah guaner praktikal. Dah la prac dekat, Jabatan pertanian je. This one is other thing, dulu punya la berkobar nak cari swasta. Cari punya cari but then kena reject. Ada tempat yang best pun diorang tak offer service dari student LI. So, disebabkan kesuntukan masa and ke-buzy-an membuat thesis, me and my friends decide kat JP tu. 

It all started when we have class field trip there. All along the way we go there we saw lot of nurseries with beautiful and colourful flowers. Terus terbuka hati nak LI kat situ even though takde elaun T_T Dengan itu, saya mengharapkan ilmu yang saya timba disitu berbaloi demi mengorbankan elaun yang diimpikan oleh setiap penuntut universiti leuls. Tanya senior pun dia kata best. Cuma sayang jugak tempoh prac tak sempat dengan event MAHA. Kalau tak mesti dapat terlibat sekali. InsyaAllah terlibat dengan FLORIA. K, nampak tak excited disitu? Belum pape lagi dah pikir sume tu. 

Berita penerimaan kami kat tempat JP ni pun baru terima few days ago. Itu pun kawan bagitau. Diorang rajin bukak fb. While me, once in a blue moon jeh haha. Sangat tak kuasa menunggu fb loading. Lagi-lagi with slow internet connection  herm. Jadi, rasa bersyukur sebab diterima. Puas tunggu. Dah la call tak berangkat. Kiteorang clueless dah nak buat apa. Last resort memang nak shoot ke HQ terus tapi last2 diterima. Alhamdulillah. 

So, this story is one of the 2016 upcoming stories. 6 month I'll be working there. Rabbi yassir walatuassir, Rabbi tammil bil khair. Let's get through this!