Thursday, May 5, 2016

Cat's nanny


So past few days, Along and family balik Kelantan memandangkan diorang pun dah lama tak balik Kelantan. I thought nak menumpang bilik Shasha lah kan..but then, Along pesan:

"Dik, kau kena tidur cyber tau. Jaga Andy and Peanut (kucing-kucing Along)"

Err...okayy haha.
*tukar career*
Jadi nanny kucing! hahaha


Okaylah tak kisah pun.
Sabtu tu Along gerak then for the whole day aku macam lost. Mood takde. I'm like, asal weh rumah ni senyap sangat....aku dah terbiasa dengan suara high-pitched keempat-empat askar kecik itu. Serious. Aku tidur...makan..solat...tidur....All day aku fikir, "kenapa ngan aku ni......" sampai terbangun 4 pagi terpikir, " Ya Allah!! Andy ngn Peanut tak makan lagi!"

You know what? Pukul 4 pagi tu lah aku bangun, prepare makanan diorang..(cian makhluk berbulu dua ekor ni) then, sambung tidur balik lol.

Esok pagi bangun, dah dapat semangat sikit. Baru ada mood nak buat housechores. Nak citer kat sini melayan perangai cerewet makan si Peanut sampai sikit2 aku wassap along tanya macam mana nak prepare makanan dia. Baru tau perasaaan along melayan si cerewet Peanut haha. Tapi seronok melayan perangai dia sebab rare jumpa kucing macam ni. Patut la kuruih. Sekarang usaha kami menggemukkan dia sekadar yang boleh. Kita boleh! ( Herm, dah lama tak dengar ayat tu kan?)

Then, boleh pulak pagi Isnin aku nak pergi kerja panggil Peanut makan. Dia tak datang. Biasanya lah dia paling jaguh gagah berlari dari arah mana pun. Memandangkan aku dah lambat dan kalut pagi tu, aku pergi je la kerja. Mungkin dia masih tidur. Herm, itu rare. Bila balik petang tu tengok makanan Peanut tak bersentuh, "Ah sudah". Memang cuak. Takkan jatuh bawah kot memandangkan rumah along tingkat satu and kucing suka bersadai ke tepi tingkap. Tak sangka ada jugak kucing cemerkap haha. Biasanya Andy gemuk yang selalu jatuh hahaha.

Then, malam tu aku tidur kejap sebab ngantuk sangat dek penat kerja. Tiba-tiba nampak Andy tinjau bawah kat balkoni. Sebenarnya aku takut Andy terjun jugak. Manalah tau Andy dah bosan gila takde geng jadi dia pun nak ikut jejak langkah Peanut ke. Aku pun panggil, "Andyyyy kang jatuh kang macam Peanut" Aku pun ikut la jenguk bawah. Rupanya Peanut ada kat bawah tengah duduk. I wonder if Peanut just sit like that aaaalll daaay looongg. Kesian dia. Bawak masuk rumah terus carik makanan. Mau taknya dari pagi kut jatuh. Andy nampak terus lari kat Peanut, hidu2 dia. Aulooo rindu Peanut leww tuwww. Andy kalau takde Peanut mula dia jadikan aku sebagai sasaran untuk dikejar dan digigit. Nasib baik Peanut kembali. Huwaaaa. hahaha.

Andy pulak manja semacam ngan aku. Tak boleh kena tinggal sorang! eh silap. Sekor! haha. Japgi dia mengiau kuat gila sama ada cari Peanut or aku. Pastu duduk tidur, jauh. Tak faham aku. Agaknya sekadar dalam radar pandangan dia haha. Pastu suka intai kita kat mana. Ikut je la ke mana aku nak pegi. Masuk toilet pun nak ikut jugak. Paling aku takleh bela hahahaha. Dah la tak tahan nak terkucil, nak halang dia masuk lagi la..awkward tau dok, Andy?! Soba yo lahh..(sabar je la). Selama aku duk sini aku jarang dapat belek dia..yelah, kids suka duk kerumun dia hahaha. Mau tak nya, gebu pastu gemuk pulak tu kan. Kalau kita hulur muka kat dia, mesti dia sambut cium dengan hidung pink dia tu. Aduhaiiii comel bangat.

Macam2 hal jaga kucing seminggu ni. Lucu jugak hewhew. Sis terhibur. 

No comments: