Harini praktikkan ilmu repotting orchid yang belajar kat tempat intern, Pusat Teknologi Florikultur (PTFH),Jabatan Pertanian Serdang.
This going to take months or maybe years, usually Orchid lovers are very patience. Sebab tu some of the orchids are so expensive tapi yang ni species murah² punya haha.
I'm not yet qualified to be called as an Orchid lovers but I do love their magnificent and beautiful flowers. Lebih-lebih lagi, baru terjumpa mini dendrobium (sejenis orkid). Even pokok dia kecil lagi dah boleh berbunga. Sangat comel. Haritu macam nak beli kat Floria tapi tah kenapa tak terbukak hati nak beli dengan penjual tu. Dah orang jual tu macam tak nak layan je hahaha. Eh, sesi luahan hati pulak kan haha. Takpe, I can buy somewhere else.
Rasa lucu sebab arang dan sabut kelapa memang dari dulu lagi dah beli sebab nak transfer orkid beli time MAHA. Time tu memang buta orkid lagi. Tau barang apa nak guna tapi cara-cara nak guna tu memang noob lagi lah hahaha. Sedap sesuka rasa ajinomoto ngan angah je lah taruk. So bila buat tadi and tengok balik apa yang aku buat ngan angah dulu rasa nak tergelak pun ada. So, bila dah ber-praktikal ni, ilmu pun dah dapat so betulkan balik apa yang patut hahah. Pentingnya praktikal berbanding teori. Repotting orkid tu memang pernah buat time kelas dulu tapi you know...when there is too many students in the class, it made me so hard to focus, ingat dan faham time tu je lah. Mana ingat sangat lepas² tu. Bila cakap pasal ni, now I remember that I've learned this in one of the class lol.
Bahan-bahan pemasuan semula orkid:
1. Arang
2. Batu Bata (the reddish orange one sebab diperbuat dari clay)
3. Orkid (semestinya lah haha)
4. Sabut kelapa ( if takda bata)
Cara-cara pemasuan semula orkid ada dua.
Cara yang pertama,
1. Make sure pasu yang berlubang di bawah, agak banyak pun okay. Orkid tak sesuai sangat terlalu lambat, eh silap lembap! dan takut air bertakung je. Not good for the roots.
2. Letak bata merah (brick) oh make sure pecahkan dulu bricks tu. Mana la muat segi empat tu dalam pasu haha. Ye dokk. Simple je. Kepitkan je anak pokok orkid tu dengan bata and make sure tak bergoyang dan teguh sepitan tersebut haha. Sebab akar orkid nak kena establish dulu bagi dia melekat dengan pasu tu. Jadi if goyang² takut akar dia berhenti dan terganggu proses establishment akar orkid. Tak perlu banyak pun bata kalau pandai teknik menyelit dah kepit itu.
3. Next, letak sedikit arang. Pun tak perlu banyak. Sekadar menutupi sedikit akar. Bukan lah sampai penuh pasu. Jimat2 lah barang haha.
Ok, faham? Simple je kan.
Cara yang kedua,
1. Letak arang dulu,tutup gitu² lubang pasu.
2. Letak anak pokok, pegang bagi tegak berdiri.
3. Letak sabut kelapa. Tak perlu banyak yang ni sebab kita nak buat layer of arang and sabut.
4. Letak sedikit arang.
5. Pastu, letak sabut kepala sekali lagi atas eh. Yang ni sampai penuh pasu pun tak pe sebab sabut kan dia gebu gitu kan haha. Asal pokok tu tegak la.
Pun simple kan? Hehe.
Ok, boleh cuba.
No comments:
Post a Comment