Aku tak tau nak rasa apa. Awalnya aku berlembut hati tapi bila terjadinya 'plot twist' disaat akhir. Aku kembali keliru. Aku tahu dia ingin bahagia tapi kebahagiaan itu milik bersama. Andai kata satu saat nikmat bahagia yang dikecapi bertukar bencana. Turut terkesan ke aku. Aku sayangkan dia. Aku tak mahu lihat dia berduka. Lagi.
Ya Allah.
Apapun keputusan dia, kau berkati lah.
Ingat, mahukan sesuatu ada caranya. Caranya biar lah baik dimata kita dan Tuhan. Bukan ikut kehendak sendiri mahupun alasan yang 'baik'. Jangan guna alasan. Penghujungnya, kebenarannya sentiasa jelas. Allah Maha Melihat. Allah beritahu pada mangsa penipuan. Disitulah pentingnya hubungan kita sesama Tuhan. Allah bantu kita. Allah pun tak sanggup melihat hamba-Nya ditipu hidup2.
Kita boleh bercakap apa saja demi mencapai apa yang kita mahu sampai mengaburi kelemahan yang ada. Dek mahukan sesuatu sampai hilang logik akal. Dek mahukan sesuatu. Kita lupa. Redha Allah itu penting. Allah pandang cara dan usaha. Bukannya semata pada hasil.
Redha dan keberkatan dari Allah itu lah kunci kebahagiaan hidup kita.
Aku juga faham. Ralat dan terkilan itu suatu perasaan yang begitu sakit dan ngilu dalam hati kita. Dalamnya ia boleh membuat jadi diri 'depressed'. Maafkan diri sendiri. Jalan terbaik. Semua manusia khilaf. Yang penting, maafkan diri dan mohon pengampunan dari Yang Maha Pengampun dosa hamba-Nya. Masa lalu itu yang lalu dulu. Dikenang memori pahit, sakit. Apapun, ambil pengajaran. Jangan biar ia berlalu dengan sia-sia. Ambil pengajaran dan perbaiki diri. Maka tidak sia-sia lah pahit tangisan yang ditanggung selama ini.
Nota penting untuk insan yang menggelar dirinya 'aku' juga.
No comments:
Post a Comment