Sunday, July 22, 2012

The Meaning Behind It


Assalammualaikum !

Yeah. Lama tak menaip disini. Sorry kind a busy lately.

Seminggu sebelum berpuasa, abah got admit at hospital putrajaya. Kind of serious. Well, biasalah bila parents dah berumur ni kan. Dah sampai la masanya untuk kita menjaga dia pulak. Abah admit bout a week and 3 days, sort of. Aku pun berkampung la di hospital. Hampir semua nama nurse ngan doc aku tau heee. Doctornya muda, hensem dan cantik belaka. Ada doktor hazwan, doktor najwa, doktor achdiat (in charge of abah) , doktor tan, doktor sharina..eh tu takde. angan semata-mata kekeke.

Actually ni kali ketiga abah dah admit. Redha je lah. Bayangkan seminggu aku duk tidur meringkuk atas kerusi. Bukan nak merungut...cuma semua ni aku rasa macam luar biasa. So special holidays. For four months, i have unique holidays. Susah nak terangkan macam mana. Kesian gak kat kawan-kawan yang nak ajak jumpa tu sampai diorang dah balik U, tak dapat jumpa. Takpe lah takde rezeki. Kita pun takleh memaksa sangat diri kan. Insyaallah nanti ada peluang lebih baik untuk kita berjumpa kan.

Selama seminggu berkampung kat sepital, aku pandang hikmah disebaliknya. Waktu tu takde full internet kan, so focus on abah and books that i bought. Life feel meaningful.  Muhasabah diri. Disitu juga aku menyelami kehidupan para pesakit yang hidupnya lebih mencabar dari aku. Sungguh aku bersyukur sesangat berbanding apa yang aku alami. Aku harap aku setabah pesakit2 tersebut. Ada aku citer kat twitter haritu pasal pesakit yang dah lumpuh 30 tahun dan isteri yang setia menjaga. Tapi nak diceritakan semula, insyaalah di lain post eh. Okay, why this post so serious in sudden? lol

Namun kan.... aku rasa bersalah ngan angah sebab aku dah tinggalkan telekung dia kat surau T-T masa discharged aritu. Maapkan ambo... Mintak-mintak lah ada lagi Ya Allah. so bila-bila boleh pegi amik. Jadi ceritanya aku di sepital sana, rutin bermula pada pukul 5 pagi. Pukul 5 je lampu dah terbukak. Masa mula-mula jaga abah rasa nak menangis jugaklah. Pukul 6 boleh terima lagi...ini idok..pukul 5 woo.. Lepas tu dia edarkan air suam, suruh lap2 badan abah. Dengan muka baru bangun tu, aku lap la badan abah. Uruskan everything. Then, aku kat sana jadi anak dara melayu terakhir, sebab mandi pukul 5.50 gitu. Nasib air panas..berbalas dengan kesejukan air-cond yang sampai ke tulang.

Aku mandi awal gila sebab nanti makcik-makcik yang jaga para suami nak mandi pulak. Pukul 8 dah bukak tirai langsir. So malu lah diorang tengok kita pegi mandi =.= . Doktor pun ke hulu ke hilir..jatuh saham nanti wakakaka. Oh ayah aku dapat bilik yang 4 orang. Mujurlah aku dapat tepi tingkap. Kadang-kadang tu aku bukak dan biarkan angin panas dari luar masuk. Abah sampai menggigil sejuk, selimut pun 2-3 lapis. Dapat la aku perasan overseas sikit dengan memakai sweater tetiap hari hadewwww haahhaha.

Setiap petang, mak akan datang bawak makanan untuk abah dan aku. Tak tau la faktor ekon ke buat aku makan banyak haha. Hampir setiap hari akan ada pelawat terdiri dari anak-anak dan orang luar. Jadi waktu petang tu terisi. Jadi itu je lah cerita dari sepital. Moga-moga tak admit lagi. Jaga kesihatan wahai awak-awak semua. Bila nikmat itu ditarik, bersabarlah kerana mungkin itu salah satu cara tuhan nak kita ingat semula pada-Nya dan juga menggugurkan dosa yang mungkin susah untuk dimaafkan. Ingat Allah dan mintak supaya diringan kan kesakitan yang dialami. Doa hamba pasti Allah tunaikan cuma bezanya cepat dan lambat je. #notetoself amboi, hashtag. ingat twitter ke???

Bila aku imbas kembali, ada hikmahnya. Bila terjadinya macam ni, barulah sedara mara 'jauh' datang melawat. Aku bersyukur kerana silaturrahim itu diperketatkan kembali. Aku bersyukur kerana masih ada yang prihatin rupanya dari yang jauh tu. Terima Kasih saya ucapkan kerana sudi melawat abah. Harap berkekalan. Aku terharu atas sesuatu peristiwa itu. Terharu sangat. Hope abah cepat sihat. Doakan ye :)

Well, agak lambat... Selamat Menyambut Bulan Ramadhan ! Selama ni aku hanya berpuasa tapi kali ni dengan bantuan twitter, mereka tweet apa yang perlu direbut ketika bulan ramadhan iaitu 'Pahala yang berganda-ganda'. Insyaallah, sama-samalah kita beramal ibadat yang lebih2 sikit dari bulan-bulan biasa. Aku pun nak buat tapi kena slow lah. Memandangkan baru permulaan berpuasa ni masih nak adapt lagi situation dari yang lepas solat terus nak online ke lepas solat baca quran. Insyaallah, kita usaha sama-sama. Harap amalan ini berterusan kan. Aku rindu jugak life di matrik dulu. Kita menguruskan diri sendiri sahaja jadi masa untuk recite quran tu sentiasa ada lepas solat. Bila di rumah, memang home sweet home la ek. TErrr-honeymoon. Jadi, Bulan Ramadhan nak mengajak kita ke rutin tu semula :) Bismillahirrahmanirrahim....

p/s ; panjang? tahniah kerana berjaya menghabiskannya.

Trivia kalau korang baca habis : Siapa nama sedara mara jauh tu?
Kalau dapat jawapan, maknyanya korang baca sampai habis hehe. :p


2 comments:

Unknown said...

haha..oit nina..jgn lupe follow aq pnye blog taw...wink3~~

ShaRina NiNa said...

aku dah follow wahai teah..

wink 13 kali hehe ;)