Monday, July 9, 2012

Monologue #1


Assalammualaikum...dan aloha~~~ *buat tarian hawaii sikit haha

Aku nak bermonolog kejap :

Mulanya,
Aku mintak maaf
aku tak kuat
masih banyak berfikir
aku cuba
tak mau terleka
ampun
aku cuba
apa yang aku kata pada kau orang
aku cuba
namun sampai disini
hati berbolak-balik
marah pada diri
cuba untuk mengotakan janji diri
namun lemah
aku mengharap
tuhan beri aku kekuatan
aku tak nak sia-sia kan nya
namun sekarang
hatiku lemah
tuhan, utuskan seseorang yang boleh
menolak ku
untuk berani
melakukan perubahan
yang ku impikan
mengapa?
aku fikirkan kau orang
tanggapan kau orang
tak perlu sepatutnya
kerna
yang disoal nanti
aku

aku berasa belum layak
masih goyah
tak seutuh dia
tak sekuat dia
adakah aku layak?
ah
bingung
apa yang aku tunggu lagi
niat.
sudah ada.
lakukan?
mengapa masih teragak
pasti mereka tertanya-tanya
masih ingatkah lagi kata-kata dia
kata mereka
aku ingat wahai kawan
tersemat rapi di jiwa
namun
ragu-ragu dijiwa hadir
hasutan si penghasut itu barangkali
melakukan kebaikan pasti dihalangi
Ya Allah
aku mohon
Kuatkan hambaMu ini
Jauhi ku dari hasutan si penghasut
Maafkan aku kerana raguku

Marah pada diri
tiada guna
sayangi diri
itu wajib
betulkan kesilapan
istiqamah dalam kebaikan
itu hajat ku
tak usah kau teka apa maksud ku
kerna ini kias
untuk kau tau
dari luarannya
dalamannya
antara aku dan Allah

sekian~

p/s : acewah ;p hahaha.saja taip panjang-panjang. mesti korang skip-skip kan hehe. Dulu aku suka tulis benda-benda camni dalam notebook. luahan hati yang tak straight forward sebab aku tak nak amik risiko in case ada orang terbaca notebook aku tuh. naya. kalau berkias, macam ni, certain people je tau cerita sebenar. kalau terkantoi pun takpe, some of them mesti clueless. u can guess anything, because it have thousand possibilities meaning. woot2! feel like winner lol *poyo XD

No comments: