Saturday, February 25, 2012

Cny event

Chinese new year event.


diorang berarak dr blok ke blok. gendang dia bapak mak eh kuat gilo. sampai dalam bilik pun dongar. kagum sebab diorang kreatif. diorang berarak, tandanya pameran petang tu dah dibuka.



dulu time kecik-kecik, aku suka main game ni kat playstation (hek eleh dalam kompite pun ada) haha. tapi rasa best bila main kat tv,besau sikit. nampak sikit mana yang sama. rasa cam best lak tengok live benda ni haha. kepala automatik terbayang cursor gerak2 cari corak sama hahaha.


memperkenalkan dua ekor binatang peliharaan saya yg tinggal bulu dan kepala je. i wish they play this thing tapi tak. just untuk pameran je. maybe susah kan nak main benda ni. kat nilai 3 rasanya..dulu ada diorang main ni. best. aku suka tengok mata naga ni terkelip-kelip sebab comel. then, berbulu lak tu. rasa nak peluk tapi takde maknanya la. kang peluk ngan orang2 kat dalam tu sekali pulak kang hahaha.


then petang tu adala gimik untuk majlis malam tu.


diabolo. yoyo's chinese ancient. dua-dua ni budak kuliah aku. tiba-tiba rasa bangga B-) go teh! go wong!







ni wushu. wah pergerakan yang tangkas. kira camera pun tak sempat nak capture wuuuu hehehe. ha..diorang ni budak kuliah aku punye kawan haha.

watch this closely....


he is about to hempuk batu atas kawan badan dia sambil kawan dia imbangkan badan guna kerusi di hujung kepala dan kaki. eh dah macam suara background citer ngeri kat tv axn je. hoi lama gila tak tgk axn nguuu

then...pakkk...eh ..kebabom...


tadaa..pecah batu tu menjadi dua. i wonder how they practice. sama ada diorang memang dah biasa buat ni time sekolah dulu or diorang budak2 biasa yang try to do some unusual things in here. apapun, 2 months practice tu worth it. majlis malam tu berjalan dengan lancar dan gempak gila. lagi time diorang main gendang 24 musim sambil usyar mamat chinese yg hensem gila muahahaha. :p


gong xi gong xi..fa cai!


the tree of wishes. lawok gila baca diorang punye wishes. ada yang "saya harap dapat kahwin awal" , " i hate you!!!" , "saya sayang...." dia sebut mak bapak adik beradik yang ramai..ngan sedara2 sekali. adeh. sabajelakan.


ang pau angry bird. cute. ^_^


kolam jodoh, perhaps. zaman dulu..a girl write her name or something bout herself on a orange. then, throw it into the river and let it flow..then, a guy pick the oranges from the river and it's consider as your life partner. lucu. zaman sekarang punye trend diorang tulis email je kat atas buah oren tu haha. aku buat muahaha. for fun je okeh. sayang tulis pakai pen je, memang hilang la. nape tak bagi marker sharpie?haha apa yang aku tulis? biarlah rahsia.......... kekeke

Later that night...the event..



before started...


we wif roommates, naseeha. sorang lagi tak dapat ikut,miewa. cian die, manyak keje katanya. it's okay..better dari tak siap keje kan..


got this clip? gyeoweo!!!! ^_^ i know memang la bole beli sendiri tapi aku ni bukannya jenis membeli benda cute gini hehe.


kan ada tradisi diorang sejenis kuih yang dalam dia ada kertas kecik tulis kata-kata semangat kan. tak ingat pulak namanya tapi kali ni diorang bagi sampul surat and this is what i get..' Happiness is always by your side :)' ceh. sesuka hati tambah smiley haha.

then that night start la majlis. drama pun kelakar gila. mamat chinese tu pun banyak berlakon ngeeeeee :D

hehe. ekceli ada satu gambar lagi. nak tunjuk kat korang ke? takpe lah. i keep it to myself hehehehe :p gambar aku dengan dot dot dot...lalalalalalalalalalalalalala~

kbyeannyeong! ^_^

Imam Muda Hassan

Phew. Demam imam muda hassan di KMPh.

13-2-2012

Tarikh imam muda hassan datang kmph. ofkos aku tak melepaskan peluang. Sempena festival estetika minggu tu, kolej jemput dia untuk bagi ceramah budaya couple dalam kalangan remaja. tak nak bagi remaja sambut valentine day keesokan harinya.

Beberapa hari sebelum dia datang, poster dia kat mana-mana. muka dia tersenyum manis dalam poster tu telah menarik hati orang ramai. everybody is looking forward to the event including me. just thinking that someone who has big name came into our college. memang tak senang duduk dibuatnya.

That night, the event started. aku, nas, mira, dan sha sampai 15 minit awal. itu pun seat dah hampir penuh. imagine la kalau kami datang lambat dari tu.alhamdulillah. agak dekat jugakla seat kami untuk tatap muka im hassan:p .suasana cari seat agak hiruk pikuk dengan ajk yang berlari ke sana ke sini carikan seat.

Saat im hassan masuk je dewan budak perempuan yang duduk di barisan depan-depan aku berdiri sebab nak tengok im hassan. punyalah semangat. dari jauh aku tengok dia berjalan masuk dengan jubah hitamnya, berkopiah putih dengan muka yang berseri-seri. aiyoh comel oh :]

ceramah dia kelakar dan banyak input. antaranya dia cakap, haram bagi seorang lelaki bercouple kalau tiada niat untuk bernikah dengannya. do you hear that boys? girls pun
samaaaa. pastu, dia cerita sahabat nabi yang tak famous nama julaibib. entah la aku suka cerita tu. ianya menggambarkan sifat Rasulullah yang sangat baik dengan semua sahabatnya tak kira siapa dan menunjukkan betapa caringnya Rasulullah ni. aku terharu dengan sifat Rasulullah. subhanallah. mesti nak tau pasal apa kan. haaaa...gini ceritanya. pe kata korang cari artikel dalam fesbuk im hassan hehe. kat situ lagi detail berbanding apa yang aky ingat. cara penulisannya pun lebih menarik.

sadly, dia akan kawen pada hari jumaat tu. dia cakap, "kenapa audien belah ni (which is side aku) muka sedih je ni?" hahaha mula dia perasan kejap lepas tu. oh ustaz awak sangat comel tau tak. mira pun angau je sejak beberapa hari ni hehehehe :p

selain dengar dia ceramah..dapat dengar suara dia merdu. orang yang pandai tarannum mesti sedap menyanyi kan. dia nyanyi lagu permaidani aris ariwatan. ramai jugak yang terbuai walaupun dia nyanyi live without minus one. sedap lemak berkrim suara dia. ok puji lelebih pulak aku ni haha.

overall..aku pun lega gak sambutan hangat gila. dewan pun hampir penuh. nampakla pada awalnya ustaz agak gugup..pastu dah sempoi ngan kami. sukanyaaaa hehe. ustaz, rumet saya cakap ustaz comel time minum air hahaha. tengok..sampai mcm tu skali rumet aku ni..sabor je la.. btw thanks to imam muda hassan sebab sudi menjejakkan kaki ke matrik pahang ;)

nak tengok muka imam muda hassan?

pi gugel! hee alo majuk lak. ni gambonye :D




the view from my seat. very clear actually. dalam kamera nampak macam jauh gila kan. well mesti ada kena mengena dengan convex and concave lens ni. takpe nanti aku tanya budak modul 2. diorang major fizik. haha.

okbyeannyeong! ^_^V

I'm from Sepang

Assalammualaikum

Dan aloha ~[^_^]~

Sedar tak sedar..aku hanya ada dua bulan je lagi. Aiyoh. Ayat macam dapat penyakit kronik je haha. Ekceli apa maksud aku tu..aku dah tak lama study kat sini, only left two months before our final exam.

Sometimes I feel happy when thinking bout it. But..the bottom of my heart said that "aniejo..ingeon aniya..( haaa..amek kaw. Konon reti cakap korea la tu) sedih sebenarnya. Lepas ni maybe dah tak jumpa lagi kengkawan kat sini. Diorang bukannya duk dekat-dekat. Even Pahang pun jauh. Almaklumlah aku sorang je pon tersesat Sepang kat sini. Eh over lak mention Sepang bukannya Selangor.

Kenapa Sepang? Ianya sebab bila aku cakap aku berasal dari Sepang. Muka mereka macam 'waaahh' hurm..is 'takjub' the perfect word to describe it? Whatever. The first thing across their mind is F1and KLIA. It made me proud to stay around those things. Walaupun bukannya ada apa sangat. Masuk tempat F1 tuk tengok race tu pun baru sekali dalam seumur hidup. Itu pun rombongan sekolah. Kalau dok, memang tak jejak la kaki aku kat situ. Klia memang boleh dikatakan kerap pergi sebab menghantar orang pergi dan pulang. Rumah je dekat dengan klia tapi belum lagi merasa naik kapal terbang hahaha. InsyaAllah aku harap ada rezeki tang situ naaa... Most of my friends will said, "oohh...kau la yang lumba dengan michael schumacer tuuuuu...." -.-' eh bebudak ni. Aku pun ye kan je la, "ha'ah aku la tu." haha sabor je la. Btw, betul ke eja 'shumaker' ke 'shoemaker'?haha sungguh ku tak amek taww.

Apart from that, i'll be missing my daily routines here. Every morning, wake up and we will see our roommate's face. Every morning. Rindu. Lepas ni takde dah bangun pagi je hadap muka deme. Kejut antara satu sama lain for Subuh and classes. Petang2 tu jalan-jalan amik angin kat tasik ataupun duk tengok mamat-mamat kmph main bola :p tengok dari jauh okay. alang-alang blok dengan padang. nak turun main segan sebab dimonopoli oleh kaum adam tuh. Turun cafe sesama. Kenangan di bulan Ramadhan, special Ramadhan with you guys ^^. Knowing sleep habits each one of us. Aigoo..embarassing lol. Let's not to talk about it in here haha. Eat tomyam maggi together(our favourite) sambil tu borak-borak. Basuh bekas tupperware sesama haaha. Teasing each other everyday and share our problems together. All that we go through is once in a lifetime experienced. Kita takkan dapat dah duk sebilik and go through Ramadhan together again. Right? Aku bersyukur sangat dapat rumet macam korang untuk aku yang takde pengalaman duduk asrama ni hahaha. U see. Can you see the importance of our roommates? They are the first thing that made me feel happy to stay here and those early days where others will cried missed their families. I was totally okay and rarely homesick. My advices here is that kalau korang dah dapat rumet yang sporting tahap gaban tu, join lah sekali. Tak paham kenapa kena jadi kera sumbang dalam bilik sendiri. Kalau takut masa belajar terganggu sebab seronok sangat berborak, leave them nicely and go study.

Ok geng? Bertegur sapa sikit. Unless la rumet tu memang perangai tak bole bela dan tarak-guna-punya-olang. Maybe dia tak hormat korang, ignore je. Just see how long they will survived with that attitude. Ehem ehem emo pulak sharina ni haha.

Phew. I want to continue. I want to tell you guys about KMPh. Later on k?

Kbye.annyeonghigaseyo~

B-)





p/s: gambor getting ready for malam festival estetika islam.

Monday, February 13, 2012

Blackout

help me pleaseeee

Blackout pulak sekarang ni. Bukan blok aku je. Blok budak laki pun. Tapi blok pompuan lagi satu tak pulak sebab diaorang jauh maaa. Sekarang ni termasuklah waktu aku tengah menaip ni dah 30 minit bergelap. essemen tak bersentuh lagi haih. takpe bole la bagi alasan, "cikgu semalam blackout. maka saya pun tidur." hahaha. sure kene taekwondo ngan cikgu hahaha. btw, maybe it will okay soon or later. u better be. den takmo kene taekwondo hehe.

Ya. Biasa la girls. Ada je yang galak-galak ni. Pelik kan. Gegelap ni pun bolek excited kan haha.

Ok. Masih bergelap and i out of words. Tenet mobile 2 hengget dah habis tadi. So while u reading this, hidup daku sudah pun bercahaya haha. Just experienced lah what i go through ni for fun.

Budak bilik watpe?
Nas tengah borak ngan mak dia on phone.
Miera main uno ngan budak bilik depan. Ok. Aku nak join mereka.

Adios!

Thursday, February 9, 2012

simple facts bout food.

hola!



sehat? jawab dulu. baru aku sambung. haaa...alhamdulillah sehat ye. yg krg sehat tu takpe..byk2 kan rehat dan minum air. maklumlah cuaca panas ni. asyik rasa mcm dehydrated je. asyik nak pekena ais batu campur je. mesti macik tu boring balik tgk muka aku. aik,budak comel? ni lagi...muahaha..perlu ke?

aku yakin ramai antara kita dah tau makanan yg digalakkan dalam islam kan. pelik kan aku tetiba je cakap pasal makanan haha. ekceli...baru2 ni budak kelas aku present pasal makanan yang berkhasiat dalam kelas pai.

jadi saya mahu share ngan awak2 semua fakta yang simple dan menarik ini. Kita mulakan dengan buah yang paling aku ingat. tapi aku rasa mesti ramai dah yang tau kan khasiat2 buah aku nak sebut ni. takpe. caring is sharing. eh?hehe

1. buah delima : utk penerang hati. makan secara keseluruhan akan terang hati selama 40 hari. itu berdasarkan ayat alquran.

kismis : sedia maklumkan makan berapa biji sehari as long as dalam angka yg ganjil. yg aku baru tau adalah cara makannya. caranya adalah dengan menghisap atau kemam kismis tersebut. setelah rasa mcm habis khasiat tu dihisap..kunyah dengan gigi depan supaya sempatla khasiatnya sampai ke otak awak tu. selama ni aku kunyah pakai gigi geraham je patutla takde peningkatan haha. ye ye je. kalau kurang usaha, sama la jugakkan haha. ni sebagai catalyst je ataupun membantu. selebihnya terletak pada diri masing2. O:-)

3. labu! : sangat baik untuk menguatkan daya pemikiran. lebih kurang camtula. apapun sangat elok untuk student mcm kita. adehh...sedapnyaaaaaaa.... nyum nyum.. Rasulullah pun menggalakkan kita. terbayang dh labu masak lemak tu >.<

4. honey for sure. better guna sudu plastik yang korang guna masa makan cendol tu. untuk preserve khasiat yang. elakkan simpan dalam peti sejuk. makan setiap pagi dalam dua sudu gitu. herm..aku ni cakap je. madu atas meja aku setengah pun tak luak lagi. no worry. aku akan try habiskan lepas ni hehe ;)

Habbatus sauda. sound familiar? indeed...bak kata ustazah, penawar segala penyakit kecuali sakit tua dan mati. abah aku amalkan dan dia punya kolestrol pun berkurang dan makin sihat. sekarang ni tak perasan la kalau dia masih amalkan dok..

Herm.bencinya. topik ni buat perut aku memunyik. nasib dah makan. pheww....

kbye! annyeong ^_^