Alhamdulillah. We reached another year in Allah's earth. Two thousand sixteen. I've survived 2015 lol. Macam la masuk hunger game.
Tu maksudnya aku dah masuk umur 23 lah kan secara un-officially. Itu bermakna jugak sebelah kaki sudah melangkah ke alam pekerjaan. Tapi dilemma sebagai pelajar berterusan sehingga ke detik-detik tahun terakhir. Ada la kawan ajak sambung belajar. Ada la jugak mengadu dekat along and angah, "malasnya nak sambung....." but then along cakap, "elok sangat la kalau sambung belajar. ekonomi sekarang lebih baik cari tajaan dan sambung belajar" herm. nak mengadu tapi respond lain lak dapat. sakitnya tuh disituhh hahaha. Betul. Memang betul pun. Ekonomi sekarang lain macam. Whatever my sisters adviced me mesti deep..rolling in the deep haha.
Sebenarnya bukannya malas. (cehh ayat nak cover) Seriously, bukan malas tapi word 'malas' tu sebenarnya desribe yang I want to do something else. Maybe I'mma bit excited untuk bekerja haha. I love my study field. I really grateful for taking this course and I want to apply the theory that I've been learned all this years. Itu je sebenarnya. Nanti kita tengok saja lah guaner praktikal. Dah la prac dekat, Jabatan pertanian je. This one is other thing, dulu punya la berkobar nak cari swasta. Cari punya cari but then kena reject. Ada tempat yang best pun diorang tak offer service dari student LI. So, disebabkan kesuntukan masa and ke-buzy-an membuat thesis, me and my friends decide kat JP tu.
It all started when we have class field trip there. All along the way we go there we saw lot of nurseries with beautiful and colourful flowers. Terus terbuka hati nak LI kat situ even though takde elaun T_T Dengan itu, saya mengharapkan ilmu yang saya timba disitu berbaloi demi mengorbankan elaun yang diimpikan oleh setiap penuntut universiti leuls. Tanya senior pun dia kata best. Cuma sayang jugak tempoh prac tak sempat dengan event MAHA. Kalau tak mesti dapat terlibat sekali. InsyaAllah terlibat dengan FLORIA. K, nampak tak excited disitu? Belum pape lagi dah pikir sume tu.
Berita penerimaan kami kat tempat JP ni pun baru terima few days ago. Itu pun kawan bagitau. Diorang rajin bukak fb. While me, once in a blue moon jeh haha. Sangat tak kuasa menunggu fb loading. Lagi-lagi with slow internet connection herm. Jadi, rasa bersyukur sebab diterima. Puas tunggu. Dah la call tak berangkat. Kiteorang clueless dah nak buat apa. Last resort memang nak shoot ke HQ terus tapi last2 diterima. Alhamdulillah.
So, this story is one of the 2016 upcoming stories. 6 month I'll be working there. Rabbi yassir walatuassir, Rabbi tammil bil khair. Let's get through this!