Kita kena bersabar kalau terkena sesuatu yang orang katakan ‘bernasib
malang’, iaitu perkara terjadi tidak seperti yang kita harapkan. Lebih tepat
lagi, ‘bad day’. However, aku bukan lah nak cakap yang aku mengalami hari yang
malang. Nope. Everything just fine and wonderful sebab aku pergi jalan-jalan
dengan family di IOI Mall Putrajaya (Wuuu…teringinnya nak ice skating hehe)
I’m just experiencing a moment of
when-thing-suddenly-goes-not-normal. Usual day, kita akan pergi ke vending
machine, masukkan duit *kaching kaching pastu gedegang! Tin air krisantemum
atau pun hundred plus atau pun apple (mana-mana la kesukaan anda) jatuh. Lalu,
kami gelar ‘Air Gedegang’ sahaja. Kita bukak dengan air tin tersebut dengan
sound effect yang marvellous itu dan membaca bismillah lalu meneguknya. Gulp..gulp..gulp…
Aaahhh…Terasa air sejuk lalu di sepanjang oesophagus kita haha
Anyway… at that time, dengan kehausan di tahap merah, aku
tengok lampu kuning vending machine tersebut berkelip-kelip. Oh, masih
berfungsi. Yeay. Aku masukkan sekeping duit seringgit yang jenis lutsinar kat
tepi tu dengan harapan ia akan menerima. Kali pertama, vending machine ini jual
mahal. Second, dia menjulurkan balik seolah-olah macam “bueeeeekkk…” macam
mengejek aku yang sedang kehausan. Kali ketiga atau keempat, Alhamdulillah! Dia
terima akhirnya!
Tapi…
Tiba-tiba, lampu kuning itu terpadam. Aku cuba masukkan
sekeping lagi duit seringgit. No respond. “Whyyyyyyyyy……”aku menjerit. Dalam
hati je lah. Kalau kuat-kuat kang, orang cakap aku kuat berdrama pulak. Setelah
menekan semua butang yang ada disitu seperti orang lain yang akan lakukan
jugak, no respond.
Dengan hati yang redha dan pasrah, aku melangkah pergi
meninggalkan seringgit aku didalam ‘no respond vending machine’. Bye-bye
seringgit. It’s been a pleasure to meet you. (Bukti kuat berdrama haha) Sampai
je dibilik, melihat jam sudah pukul 8 lebih. “Oh ya, aku belum maghrib.” Lalu,
aku keluar bilik pergi amik wudhu’.
Baru aku teringat, setelah berwindow shopping di ioi tadi,
abang aku hantar ke Upm terus. Sampai di bilik aku terus letak beg, ambil duit
dan pergi ke vending machine. Akibat haus dan kempunan air sejuk.
Mungkin kalau Allah tak takdirkan si VM ni tetiba blackout,
mungkin aku akan leka duk minum air sejuk dan berlengah. Tanpa disedari, azan Isya’
pun berkumandang walaupun kedengaran sayup-sayup je dari bilik. Dah la sampai
bilik tadi pun aku tak tengok jam langsung.
Itulah. Bila ada benda yang terjadi tak seperti yang
diharapkan. Awak dan saya kena bersabar dan cari hikmah disebaliknya. Mungkin
Allah sedang membantu awak dan saya dengan cara yang kita tak sedar. Bersangka
baik selalu, terutamanya terhadap Allah. Apapun, semoga urusan kita sentiasa
dipermudahkan oleh Allah. InsyaAllah, have faith you guys ^_^
Macam bunga hybrid/kacuk. Result hasil kacukan susah nak rancang dari awal tapi apabila ia terjadi dan mungkin bukan apa yang kita mahu tapi.... masih cantik bukan? Say Subhanallah guys :) |
No comments:
Post a Comment