Saturday, December 20, 2014

Perginya seorang sahabat


*Message from Shasha*  (Whatsapp)


"Na..  (18:04 pm)
(Gambar. Seolah-olah printscreen dari facebook)
Sedih ToT "

Gambar apa ni. Tak sempat nak download. Aku harus bergegas ke tempat lain. Quite busy on this friday.

Selesai semua rutin hari ini. Malamnya, aku siap2 untuk tidur. Seperti biasa, usai baca ayat kursi, doa tidur semua. Aku buka whatsapp. Check balik. Terkejut. Ya Allah.

Devastating news to me. Not only me. Shasha..Teah..Faiz..Kema..Nabil..Mirol..to all our matriculation classmates.

Innalillahiwainnailaihiraji'un
Pemergian seorang sahabat sekelas masa matrik bernama Ridwan Sabardan


 Oh, tak sangkanya :(

Astaghfirullah. Terkejut sangat. He's a good friend. Walaupun matriks hanya dua sem kita semua sekelas, tapi kenangan yang sangat indah. Banyak kenangan dengan diorang terutamanya BBQ tu. Allahuu... Jadi, pemergian dia sangat terkesan pada kami.

Wan, semoga kau tenang disana. Semoga kau ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin..

Al-fatihah.

p/s: Pagi tadi, kebetulan tafsir untuk muka surat al-quran yang aku baca kali ni,


Teringat sahabat yang baru saja meninggal semalam. Dah la hari jumaat. Janji Allah bahawa orang yang meninggal pada hari Jumaat adalah terselamat dari fitnah kubur. Subhanallah Wan. Sekurang-kurangnya pengakhiran kau begini. Pengakhiran kami? huhu.

Sahabat ku yang lain, we never know when will it be our last goodbye? Sentiasalah kita berdoa untuk pengakhiran yang baik. Husnul khotimah. Teguran dari Allah buat kita semua. Being young doesn't mean death is far. Death is always near.

Sambungan untuk ayat tadi:

Kemudian mereka (hamba-hamba Allah) dikembalikan kepada Allah, penguasa mereka yang sebenarnya. Ketahuilah bahawa segala hukum (pada hari itu) ada pada-Nya. Dan Dialah pembuat perhitungan yang paling cepat. (6:62)

Mari muhasabah diri yuk.

No comments: