Tuesday, September 15, 2015

Jom henshin seperti dia

9:11 PM

Peace be upon you~


Henshin! Biasa dengar kan? Itu bahasa jepun yang bermaksud berubah.


Berubah! heee

Ada seorang budak perempuan ni erm ape ek nak panggil? nak kata kawan pun bukan tapi pernah lah sekali kelas dengan dia ni. Dia satu fakulti lah. Dia memang agak outstanding dalam kelas tu. Highly fashionable lah kot. Mengikut trend masa terkini lah boleh dikatakan. Aku ni pulak jenis suka tengok orang berfashion gitu gini. Just wonder how high their confidence is?hehe.

Namun, aku tengok semester demi semester dia mula ber-henshin. Ke arah kebaikan alhamdulillah. Semester depannya aku tengok dia mula mengenakan tudung bidang 50/55 dan sentiasa berkain. Sumpah sejuk mata memandang.

Dan, finally semester ni terserempak lagi dengan dia. Subhanallah. Sempurna bertudung labuh. Allahu. Kita pun jadi tumpang gembira tengok dia dapat upgrade cara menutup aurat. Semestinya lah saya ni berasa sakitnya tuh disini. Mau jugak ber-henshin seperti dia. Kagum dengan dia. Dia rela hati meninggalkan duniawi demi menjaga keredhaan Allah. Zuhud. Kita jaga level of duniawi dalam hati kita ni. Jangan sampai naik syeikh sangat. Akhirat kena sentiasa dalam hati. Join lah usrah! Usrah bantu kita jaga hati. Seriously. Mampu menarik kita jika kita macam tersasar sikit hehe. Biasalah iman ni ada naik turunnya. Iman kan bagai air mendidih yang senang berbolak-balik. Kita kena lah jaga.

Apapun, kepada saudari saya itu, saya doakan semoga terus beristiqamah dalam berubah. Tahniah kerana berjaya ada kemajuan dalam iman dan diri sepanjang kita belajar di menara gading ini. Sharina, wake up! *hantuk kepala kat dinding* eh, agresif sangat tuh haha.

Saudari-saudari ku yang lain, mari kita menutup aurat yang lebih sempurna. Tanya diri sebelum keluar dari rumah/bilik hostel, "Longgar/jarang tak baju/kain/seluar/tudung aku ni?" "Boleh bawak solat tak kalau takde telekung nanti?" "Mana stokin ye?" Tanya diri kita ye. Together we change for the good and blessed by Allah The Merciful. Ini bukan soal diri tu baik atau tidak. Alim atau tidak. Itukan wajib. Wajib kan wajib dibuat.

:)



No comments: