Thursday, April 16, 2015

Cats Kucing Neko


Kucing. Satu haiwan belaan yang sangat comel tapi adakalanya annoying haha. Bagi aku laaa ye...

My Bae
Comel bila kita panggil dia datang. Bila kita lari2 dia kejar. Bila dia tidur dengan gaya pelik atau pun tempat yang pelik, contoh dalam pasu. Bila kita bercakap dengan dia, dia seolah-olah paham atau pun mengiau balik. Bila dia buat muka kesian kat kita nak mintak makan. Bila kita bangun dari tidur, sedar je dia tidur sebelah or celah2 kita. Bila dia tau kita dah bangun tidur, dia pun bangun. Tapi bila aku pura2 tidur balik, herm...tak jadi. Dia tau aku pura-pura hahaha. Bila dia main kejar-kejar dengan adik-beradik dia. Kan comel semua ni.

Tapi dia jadi annoying bila..dia mengiau tak berhenti. Takpun kencing/berak kat perabot. Duk cakar-cakar atau pun menajamkan kuku dia kat sofa sampai jadi menggurutu sofa tu. Bila dia duk menggeser kaki time kat dapur masa tengah masak2. Anak kucing aku pernah mati sekor lepas kena pijak ngan makcik aku. Takla mati terus cuma dia sakit2. Jalan pun terhenjut-henjut. Aku kecik lagi time tu. Aku rawat je la dia macam biasa. Time tu aku tak tau pun wujudnya klinik haiwan haha. Ingat manusia je ada klinik. Dua tiga hari lepas dia kena pijak tu..aku tengok dia terbaring je. Nazak. Aku asyik bagi dia air pakai straw sebab ingat dia haus. Lidah dia terjelir je. Naif nye lah aku time tu. Rupanya dah sampai masa dia. Dia asyik muntahkan air yang aku bagi. Aku pelik sangat. Tak lama lepas tu, aku balik sekolah tengok dia dah takde. Memang bercucuran air mata aku. Sedih teramat. Itu la anak kucing yang paling aku sayang. Nama dia bulat. Memang bulat. Aku terlepas pandang masa kat kampung. Dia terlepas ke dapur. Orang pulak tengah busy nak masak semua. Sekali makcik aku tak sengaja terpijak. Aku redha je la. Dah la anak kucing. Mana la dia tahan kan. Sampai sekarang asyik teringat dia. Kesannya memang mendalam.

Banyak jugak kucing aku yang mati aku nangis. Ada kucing ni nama dia boboi. Dia ni kucing siam. Memang hensem. Mata sebelah warna biru, sebelah lagi kuning. Hensem. Memang kesayangan family except arwah abah. Abah memang tak suka kucing hahaha. Semua kucing yang kiteorang pernah bela takut ngan abah. Senang jugak sebenarnya. Takde la buat hal sangat dalam rumah. Masa tu kiteorang semua kat kampung. Raya kot. Abah ngan angah balik rumah dulu, kiteorang menyusul kemudian naik dengan sedara. Tetiba dapat call dari rumah, angah yang call. Angah cakap yang  boboi dah takde. Tinggal kepala dia dan...kaki kot.Kalau tak silap. Kena makan dengan anjing liar. Time tu kawasan rumah aku ni masih tak ramai orang duduk. Masa taman perumahan ni baru2 siap. Memang banyak anjing liar. Lepas letak phone, aku terus lari nangis ke katil. Macam citer hindustan haha. Ni pun berlaku time aku sekolah rendah. Sedih teramat jugak. Sakitnya tuh disiini. Haha

Tapi...bila usia dah menginjak ke alam yang dewasa ini. Aku rasa sedikit jauh dari kucing. Kalau dulu memang sehati sejiwa tapi sekarang...I grow up without them. Kalau dulu, diorang rutin setiap hari aku. Teman aku dulu. Sejak sekolah menengah, mak meletakkan satu syarat, "No cat inside the house". Sejak dari tu, takde lah sangat aku main dengan kucing. Kucing pun lari. Kebanyakannya hilang entah ke mana. Boring jugak. Sekadar beri makan pastu bela gitu je. Ada yang dari jinak terus liar. Orang dah tak boleh sentuh dia. Terkilan juga aku. Tapi kena la akur. Mak aku pun dah penat dengan kucing yang buat perangai duk pancut kat sofa. Hidung mak aku sangat sangat sensitif dalam soal bau. Kiteorang tak bau apa-apa tapi dia boleh bau. Tersangat la tajam hidung mak. Amazing. Sebab itu la datangnya rules itu. Akur saja lah. Pening pulak kepala mak nanti.

Bila tengok kucing yang berkeliaran kat aras ni. Aku jadi rindu kucing-kucing aku yang dulu. Sekarang ni pun bila kucing besar duk main ngan aku pun, aku jadi takut. Kalau dulu tak kisah pun tangan ni bercalar-balar. Sekarang macam dah timbul satu ketakutan. Aku pernah terbaca kalau kuku kucing terkena tulang kita, bole bawak maut. Not sure where it come from. Tak ingat. Sejak dari tu aku hati-hati kalau nak main dengan kucing besar ni. Diorang macam tak boleh nak control ketajaman kuku tu even main dengan tuan dia..Tu yang aku takut sikit. Kalau setakat usap2 bulu diorang, tu memang aku tak kisah dan suka. Ada satu ketenangan disitu bila kita memanjakan kucing. Kucing ni kan haiwan terapi. Boleh release stress. Memang pun. Ramai aku tengok budak blok aku suka main dengan kucing kalau on the way nak pergi tandas or buang sampah. Bagi makan makanan kucing. Besar pahala diorang. Semoga Allah sahaja yang membalas jasa korang. It's a sunnah. Hidupkan lah sunnah dengan berbuat baik pada haiwan. Aku pernah terbaca yang Rasulullah sanggup menggunting baju baginda supaya tak mengejutkan kucing yang tidur pada baju baginda. Ini tidak, setiap kali lalu pegi tandas, aku mesti sakat Jack (kucing jantan yang besar dan bermata satu) yang tengah tidur atas rak kasut haha. Muka dia bengkek je tengok aku hahaha. Aku pun tak tau apa yang jadi dengan mata Jack. Tap he's still the cutest thing. Tapi aku annoyed jugak sebab almost every morning kiteorang nak pergi kelas. Jack mesti baring melintang kat lorong aras aku yang sempit ni. Satu kerja nak melangkah dia pulak. Nasib baikk tak terpijak pakcik sorang ni tau. Nasib baik hensem ahahaha,

Wo. Panjang aku berceloteh pasal kucing. I guess their memories still inside me. One day If I have my own house, I want an inside home cat hehe. Munchkin or scottish fold or british scottish haie. Lama lagi kot. Semua harga almost 3k to 4k. Sigh...harga kucing ni mengalahkan harga kereta second hand yang model lama2 dulu. Tapi kalau nak buat hantaran pun saya tak kisah. Muahaha. Okay, kirim salam kat kucing korang!hahaha

No comments: