Aku ada seorang kawan ni...dia non-muslim tapi perawakan dan cara percakapan dia sangat mirip dengan cara kita orang melayu..cuma muka dia macam orang sabah sarawak..tapi tak pun la..
So, tadi dalam kelas titas (oh ye, yang pasal hantu kpop tu kan, tu sebenarnya dalam kelas titas, ada pembetulan sikit disitu haha) again..something happen..
So, (so lagi ..-.-) ....tadi ada pembetangan tamadun cina..entah macam mana terkeluar topik mazhab. Pastu, kawan aku sorang ni pun tanya lah..
"mazhab tu apa?"
mulanya aku kaget sebab takut tersalah terang. Aku pun suruh lisa yang duduk sebelah kiri untuk terangkan kat dia yang duduk sebelah kanan aku. Kira aku orang tengah la ni haha. Lisa rasanya lebih arif untuk terangkan macam mana.
Tapi ...kalau korang la kan..korang nak jawab apa?
Dari sini lah teruji pemahaman sebenar kita terhadap agama kita. Yang aku paham lah kan (don't judge me huhu >.<) hukum yang berubah-ubah mengikut keadaan. Yelah, kalau sesetengah mazhab kan cara solat diorang lain. Macam kita letak tangan kita kat atas perut, atas pusat dan bawah dada kan..ada mazhab yang pernah aku terjumpa (siap solat sebelah aku lagi) letakkan kedua tapak tangan dia atas dada (gaya seolah-olah macam terharu gitu dan bersyukur).
Ada lagi yang pernah aku tengok dalam dokumentari kan, para wanita solat tak pakai stokin..kot..dan ada yang nampak jambul..haaa, mungkin sebab negara begitu dan begini kan. Tak tau lah kenapa tapi itu lah yang dipanggil mazhab kan. Hukum itu mengikut sesuatu keadaan hamba-Nya. Ada lagi yang kalau wudhu', antara perkara yang boleh membatalkan wudhu mereka adalah sendawa. Wallahua'lam. Kalau aku ikut mazhab tu, alamatnya lepas makan kena hold dulu haha. Okay, gurau je..
Maaf ye kalau ada kecelaruan maklumat di atas. Semua ini atas pengamatan dari rancangan tv dan pembacaan yang tak seberapa huhu.
Okay, ini petikan dari maksud mazhab dari trustable website
Mazhab merupakan madrasah dan aliran - aliran fiqh bagi mentafsirkan nas-nas syariat dan pengambilan hukum-hukum daripadanya
Kita tidak harus berasa sempit dada dengan adanya perbezaan pandangan dan ijtihad mazhab-mazhab kerana perbezaan kefahaman itu adalah sesuatu perkara tabii kepada manusia. Akal, pengetahuan dan kefahaman seseorang adalah berbeza-beza., maka sudah pasti berbeza tentang istinbat hukum dan kefahaman.
http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/45159
Disini pulak penerangan ringkas pasal jenis2 mazhab:
http://garfieldcnakal.blogspot.com/2011/03/apa-itu-mazhab-islam.html
Haaa tu la..aiseh, tadi macam ada benda nak cakap tu la. Buat keje berselang-seli dengan twitter hohoho.
Tu laa..just percaya yang agama Allah ni mudah dan diberi keringanan. Ternyata Allah itu sangat Memahami akan makhluk-nya. Takde la strict sangat kan dari segi fiqah (contoh rukhsah solat dan tayammum)..buat apa yang Dia suruh dan tinggalkan apa yang Dia larang :) InsyaAllah, moh sesama.. ^^
2 comments:
Ni mesti tidur masa kelas Pendidikan Islam tingkatan 4. (uhuk).
Haha..ade ek tajuk maszhab? tak perasan pulak :p
Post a Comment