Skip to main content

Cuti Sem Is Over.



Haaaaa....berakhir sudah cuti semester pertama ku kali ni. Tup tup je dah sebulan lebih. No more goyang kaki. At least, dalam sebulan ni ada jugak beberapa peristiwa yang membuat ku rasa berbaloi juga cuti ni. First aku belajar buat felt. Harap maaf bukan untuk dijual tapi sekadar mencuba buat sendiri memandangkan sumber dia pun terhad. Yang jual felt hanyalah cousin ku, yana.

http://www.facebook.com/pages/Muzanna-Hand-made-Souvenirs-Gift/339228406149383

Boleh la like, suscribe dan order kat dia. Dia rajin. Aku? krik krik krik hehe (Naa...nnti bank in upah sebab tolong promote kekeke jk :p)

Ceritanya begini, haritu mak nak beli bunga plastik untuk kelas dia (mak cikgu). Pegi la kat satu kedai bunga ni. Tengah mak nak bayar, aku pun meronda-ronda lah kejap sekeliling kedai tu, tiba2 aku tengok ada tangga kecik yang menghubungkan kedai tu dengan kedai sebelah.

Kedai sebelah tu pulak aku tengok jual alatan menjahit. Tengah ralit tengok, aku nampak satu rak yang penuh button comel, kecik, colourful dan menarik. "ohh yang inilah kot orang guna jahit kat beg-beg tu.."

Biasalah, benda dah comel. Aku teringin nak beli tapi nak jahit kat mana pulak. Pastu, aku nampak kapas dalam satu plastik paket kecik dan kain yang dilipat dan aku tengok fabrik dia macam lain je. Pastu, ada contoh key-chain yang orang bese jual tu. "oohhh...yang ni la yang yana buat tuuuu" aku pun beli la sikit2. Sekadar nak buat untuk diri sendiri je hehe.

Ini lah hasilnya :


Buruk kan? hahahaha. Amatur..macam ni lah. 
Amaran : bentuk sebenarnya adalah bunga xD
Sebenarnya nak jahit simple macam gambar bawah ni je.
Then, testing pulak jahit macam ni. 
(aah...aku lemah sikit nama2 jahitan ni. Almaklumlah
dulu amik perdagangan. Tak amik ERT hehe. *Alasan je ni)
Jahitan insang pari rasanya..........
Haaa...macam ni lah rupanya -.-


Yang second ni, aku puas hati sikit..
Comel kan? Puji diri sendiri jap hikhik
Tak payah bunga bagai. Aku potong bulat je haha
senang keroje. B) 


Itu lah. Aku just beli tiga kaler kain je. Biru, krim and coklat. Bila dah tau nak buat macam mana kan, terus tak buat dah haha. Ada banyak lagi baki haha. Tengoklah macam mana =D

Haaa...jangan pulak pi order kat aku. Saya tak berniaga ye hehe. Makcik yana berniaga haha. Selamber je aku me-makcik kan orang :p

Second, aku dapat buat guiness record untuk diri aku sendiri :)

Haritu pak ude aku belanja tengok wayang cerita jin toncit, husin tu. Not bad la. Cuma tak paham kenapa perlu selitkan part nyanyi yang boring tu. Other part, kelakar la. Cuma jalan cerita dia agak kurang difahami. Just my opinion, okay hehe.

Lepas tu, pak ude belanja main bowling. Kamsahamnida pokde! ^0^ Aku memang dah teringin nak main bowling. Dapat la lepas gian hahaha. Guiness record tu adalah aku dapat buat strike! huhe~ setelah sekian lama aku menginginkan perasaan strike tu. Mak aku pun boleh tahan gak markah dia. Mak kelihatan berkarisma ketika main bowling hihihi.

So, itu je lah. Sebenarnya banyak lagi tapi kalau nak cerita satu-satu kang panjang lebar pulak. Anyway, selamat kembali ke U dari bercuti budak degree. Back to reality. No more dreaming miming.

And..congrats to those who get flying colour results and to those yang dapat results yang tak mencapai kehendak diri, cheer up. New sem and there will be new grades. Let us fighting for this one!

Sem depan lagi banyak subjek menghafal. I'm doom. Oh wait, jangan menyerah sebelum berperang! Halsuissseo! (I can do it!)

Comments

cik Bunge said…
gudluck new sem adek (:
ShaRina NiNa said…
akak pun gudluck ^-^

Popular posts from this blog

Klinik Sofea: Avoid Leg Amputation

Salam!

Kadang-kadang banyak benda yang aku dah lupa dalam blog ni
Aku lupa yang aku ada blog lain rupanya
hahahaha
dan
Aku lupa tujuan aku buat blog tu
Aku tau pun ni setelah menelaah dan menilai blog sendiri
Kenapa ye kenapa?
Bila nak masuk balik blog tu dan tengok balik apa yang aku taip
'dah tak valid'
=.=
Alaaaa curious pulak aku
Macam mana boleh lupa ni.
Rugi rugi hoho.
Tamak jugak sampai dua blog hahaha.
Yang satu ni pun tak terjaga hehe.

Minggu ni busy betul. Aku tak rasa macam bercuti macam kengkawan aku yang lain. Busy dengan treatment abah. Hari selasa aritu perjalanan kiteorang sepang - seremban - puchong - sepang. Phew..bayangkan berulang-alik dari negeri sembilan ke selangor. Tapi nasib baiklah seremban tu kat Ampangan je. Tapi..yelah..habis jugak minyak 50 hingget satu hari tu. Rindu jugak jalan seremban 2 tu sebab kalau balik kampung dulu selalu lalu situ. Sejak dah ada highway lekas, tak ikut dah jalan lama. Eventhough jalan lama makan masa sikit, tapi disitu …

Diabetic Mellitus

Assalammualaikum.

Lama tak menaip. Lama rasanya aku menghilang kejap. Sebulan ek? Lebih kurang la kan...Sory..Ada sedikit komitmen yang perlu saya komited kan haha. Amacam puasa? Okay? Aku? Struggling...hehe jk

Aku sekarang dah macam nurse. Aku rasa macam dah salah pilih kos je. Patut aku amik nursing lah hahaha. Tapi takpe ini semua ilmu tambahan dari Allah. Aku jadi nurse sambilan kat rumah. Okay lah. Aku berterus-terang je lah ye.

Abah ada sakit kencing manis dan akibat luka yang tersangat kecil..sekarang dah menjadi luka yang sangat besar..Jadi, sekarang aku 'dressing' sendiri. Dressing? Dressing tu wound care. Apabila kita ada luka yang sangat besar sampai dah hilang kulit, sampai nampak daging semua..boleh timbul satu lapisan kuning iaitu slough. Slough ni lah kita kena cuci setiap hari supaya dia tidak mengganggu pertumbuhan kulit dan isi daging yang baru. Slough ini sometimes agak degil. Jadi kenalah bersabar.

Erm, nak post gambar ke? Takyah la kan. Takut ada pulak ya…

Final Year Project

Final year project atau pun biasa dipanggil oleh kami ni, FYP. Dimana setiap student akan di-assign pada seorang lecturer. Untuk jabatan aku iaitu Jabatan Sains Tanaman. Pada awalnya kami pilih tajuk mana yang nak dari senarai yang pihak fakulti bagi. So, kami memang tak tahu la Dr mana yang handle tajuk yang diberi tersebut. Iya. Gamble. Kalau kau dapat lecturer yang sporting, kira bertuah sangat dah tu. Kalau dapat lecturer yang super busy, jom la nangis. Aku dapat lecturer yang boleh dikategorikan busy. Taklah super busy tapi most of the time busy. Lecturer yang kita dapat pulak dipanggil 'supervisor', SV nama singkatan. Soalan yang famous masa awal2 dapat tajuk tu, " sv kau sape? tajuk kau apa?" Haaaa, jawab la kau berulang-kali untuk 2-3 minggu tu hahaha.

Entah la. Nak cakap nasib pun tak boleh gak. Mungkin Allah nak uji aku dari situ. Aku adalah antara yang paling lambat dapat tajuk. Kira sebulan lagi nak present proposal baru dapat tajuk. Kawan2 yang lain 2,3…