Thursday, May 31, 2012

Gurauan apakah?


Assalammualaikum~~~~

:) oit, nampaknya budak matrik busy kemaskini upu ye. Macam la aku bukan budak matrik. sabojelah.

Chop! Aku tak nak citer pasal upu lagi buat sementara ni. Mesti ramai tengah fening kan termasuk lah ana ya habibi...

Aku nak citer pasal malam tadi.

Semenjak dua menjak ni, aku ngan along suka marathon citer horror setiap malam. Harini thailand horror..esok korean horror..esok lagi japanese horror ke..tengok la. Based on mood. Hobby mengarut. Dah la akak aku nak due, aku sibuk ajak dia stay up. Sian dia hehehe. Mean little sistah muahaha (evil laugh)

Itu bukan ceritanya. Saja intro. Mesti hilang suspense kan. Haha.

Malam tadi lepas tengok citer dalam pukul 2.30 gitu, aku pun naik la bilik. Then, main game kejap. Dalam pukul 3.30 pagi, mata dah rasa cam takleh angkat dah. Aku pegi la Solat Isya'. Jujur la aku cakap. Kalau dah ngantuk gila, mesti ramai macam malas gila nak solat kan. Kononnya nak bangun pukul 4, nak solat isya'. Kalau otak korang macam alarm, takpe. Ni yang tido kalau bom meletup sebelah telinga pun boleh tidur tanpa rasa bersalah tu . Apa kes. haha. Ingat, Solatlah walau dalam keadaan terpaksa. Apapun, jangan tinggal solat. Lama-kelamaan, niat itu akan ikhlas. InsyaAllah kalau korang berniat untuk memperbaiki solat. Ni reminder untuk diri sendiri jugak. :)

Then, time tengah tahiyat akhir...aku ni jenis yang tutup mata kejap nak khusyu', takde la pejam lama sangat. Makruh kan? tapi kalau niat khusyu' takpe. Tengah2 baca tahiyat akhir, aku bukak mata, pemandangan jadi gelap gelita. Aku rasa nak menggelabah tapi bila pikir balik, "eh blackout ke?" aku rasa tak sebab aku boleh dengar bunyi kipas berpusing dengan lajunya. Lagi2 pagi yang sunyi macam ni sure kuat bunyi dia. Cuba bayangkan bergelap tapi kipas berpusing. Bila lampu terbukak, aku sambung bacaan dan bagi salam dengan jayanya.Terima kasih sebab buka lampu balik. Alhamdulillah. Cuba kalau aku panic, lari pegi bilik mak ke huahuahua. Sia-sia je. Mungkin itu tujuannya kot.

Arwak atuk aku cakap belakang rumah aku memang laluan benda tu. Benda? lu pikir la sendiri hehe. Arwah atuk boleh nampak dan dia memang arif benda2 gini. Bilik aku belum pasang langsir dan agak terdedah dengan pemandangan belakang rumah hehe. Kali ni agak kasar permainan dia. Main-main lampu pulak. Amboi dia ni... Fyi, lampu bilik memang sihat walafiat. Takde masalah berkelipan atau nyawa2 ikan. No. Herm, padah duk marathon citer2 gitu tiap2 malam. Yelah, nanti tengok citer cintan cintun. Mana tau prince pulak yang datang muahaha. Stop. Mengarut dah tu.

Hehe. Kbye~

Sigh . Nak. Kemaskini. Upu. T-T

p/s :


Post a Comment