Friday, September 5, 2014

Yana's Wed and Custom Made Photo Booth


Sekarang ni memang dah jadi trend kan masa wedding mesti ada photo booth and candy table. Bagi yang tak pernah tengok, jap ye..ceq share gambar dari mr.google.


Haaa mesti dah tau kan. Background ni tak kisah pun nak hias macam mana. Biasa orang akan buat konsep putih macam garden theme, vintage theme or pink theme. Tapi ikut citarasa wedding tu la. Siap ada orang buat bisnes servis photo booth lagi tau in case tak sempat nak buat sendiri. Boleh upah terus. Senang. Piece of cake bak kata omputeh, cuma perlu ongkos nyee hehe.

 Siap ada props lagi. Props tu benda yang diorang pegang tu macam "OMG" pastu gambar spec, misai la..macam2 dan menarik semuanya. Masa kat fakulti pertanian pun ada kiteorang bergambar dengan props. Masa tu ada pertandingan selfie dan kebetulan tak ramai yang masuk so kiteorang menang hahaha. Yela, kami bukannya budak hot-setap-sangat hehe. Ayat sentap wakaka. Ni gambar kami.

muahahahaha

Kalau candy table pulak, gini...

om nom nom om nom nom


Sedap kaann...atas meja diletakkan makan yang manis macam marshmellow, macaroon, chocolate ke..and color dia mesti pink pastel je. Bila tengok mesti macam, "awww...sweetnya table ni."

So, why am I tetiba bukak this topik? Haaaa ni yang nak habaq.

My cousin, Nur Diyana (bride) melantik aku dan kak yong (the other cousin) untuk take in charge make photo booth. Hamek kau. Ternganga aku kejap. However, candy table tak buat sebab catering dah buat. I absolutely no experienced in making one and this is the first one to do. So, kami berdua start mencari idea dan kak yong menggunakan barang2 yang ada kat kampung dan dia cat kaler putih. Putih is the easiest one to blend in any colour we want to use. Masa tengah mengecat papan yang nak buat background tu, memang asyik terfikir outcome. Iyela, benda first time buat dah tentu kita tak berapa yakin lagi. Anyhow, kita kena teruskan juga!

Alhamdulillah, hasilnya menjadi juga walaupun tak extravaganza sangat. Nak buat penghargaan sikit memandangkan ini first time buat hahaha. Terima kasih kepada sepupu-sepapat yang membantu. K dah. Hahaha. Terima kasih kepada Syiema, Izzah, Kak nisa, Qiha, Kak Yati, Kak Yong, Kak Ain, Jaha, Bg Arul, Pokde dan sesape yang menolong secara tidak langsung. Oh, to our bride yang turut sekali menolong kami beli barang untuk prop ni. Dok cakap tapi bukannya nak tunjuk gambar kan haha. Sorry for waiting..ni haa gambarnya..




Haaa tengok. Siap posing depan tu lagi wakakaka. Semua barang kat situ kiteorang recycle je. Just ada sikit2 je beli. Nasib baik la ada kak yati yang tolong set up renda kain tu, berseni orangnya. Konsep kat situ just hanging clip of pictures. Serikan sikit dengan bunga plastik sebab bunga hidup mahal haha. Atas counter tu ada guest book if anyone want to left several words to the bride. Ada jugak handmade props. 


It would be more fun if we added some mustache or lip props. Tapi tak sempat. Banyak lagi benda lain nak kena buat. Nak merewang lagi kan. Pastu kan, flower crown tu pun buat sendiri hehe. Pengantin yang ajor kita. Google pun banyak je sebenarnya. Boleh la buat lagi. Sape nak?hahaha. 

so tahniah again Puan Yana dan pasangannya, Megat kerana selamat diijab kabulkan. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat bukannya ke anak cucu sahaja haha. Cliche sangat wishes aku ni agaga. 

Alright, who's next? Nantikan......





Wednesday, September 3, 2014

Bebelan di malam hari


Hah. Dah nak masuk Upm semula. Apa je yang aku post? Tarak haha. Blog ni macam bercuti ngan aku pulak. Oh tidak. Aku yang mencutikan blog ini. Tengok, asal depan laptop je aku macam blank nak taip blog. Sindrom penyakit apakah ini? Any doctor here? hehe.

Just want to membebel je kat sini. Takde isu pun hohoho. Jap, ada satu isu!

Isu : musim kahwin bulan September.

Last week, 30 h/b weeding cousinku, yana. Dia tua setahun je dari aku tau. Yep, she's married. Congrats again darling!Seronok dapat girl's day out dengan dia and other 2 cousins. Aku sorang je muda setahun keke. Enjoy betul haritu, pergi tengok wayang, bowling and shopping sikit 😍. Memang aktiviti girls sangat kan haha. 31h/b pulak wedding ex-akak usrah aku. Huwaaa ni lagi laa 😱. Tetiba je aku dapat invitation dari facebook. Disebabkan takde transport and memasing still penat dari took part in Yana's Wedding aku tak dapat pegi. I is sad. Aku pun masih terasa sikit lesu harini. Mungkin aku dah lama tak mengeluarkan peluh. Yela, asyik mengeram je dalam gua rumah aku ni hahaha. Minggu ni pulak 6/9 pegi side belah laki yana (nak pakai baju apa eh..hemmm) and at the same time we got other's two invitation. phew~

Me? Jangan ditanya. Still single lagi ye kawan-kawan 😬. Availalability is unknown. I let Allah handle it. When the time come, be prepared hahah. I can't even imagine it. Btw, my second sister is soon. InsyaAllah, doakan! Memandangkan dah nak masuk alam belajar ni aku masih memikirkan macam mana nak tolong preparation untuk dia. Harap2 la ada kesempatan untuk aku turun padang sekali despite my schedule here. Mungkin aku boleh angkut kengkawan upm sebagai tenaga kerja haha. Nak ke diorang? suka hati je aku ni hehe. Yang penting, aku nak tolong sikit2 as adik yang mithali kuikuikui.

Nak share sikit 📣
Current songs in my playlist:
1. lah ahmad - salam, teragung, Ya Allah (semua best2. Adore suara Lah ni dari dulu lagi)
2. all about the bass - megan trainor
3. Yuna - Lautan, Bicara (OST Lagenda Budak Setan 3)

Kalau lagu Korea...aku macam ketinggalan sikit. Masa preparation wedding Yana memang tak sempat nak check out apa-apa dan mood pun takde lagi. Lagu Bicara by Yuna tu kan seriously macam lagu dia masa album mula2 dulu. Lagu yang ada gloomy, sorrow feeling haha. Aku memang suka lagu jenis gitu yang hanya play with piano's note. Alright, it's late lah. Dah ngantuk pun ye. Cukuplah bebelan ku disitu Assalammualaikum! 😊


Thursday, July 24, 2014

My Pineapple Speaks



Dear pineapple speaks,

I'm glad u found friends that take a good care of you.
I'm really happy for you.
Soon you will be graduating.
Congratulations!
Love u NNS!
ihiks

Gambar outing pi midvalley and ni masa tunggu train :)



Sunday, June 15, 2014

Final Exam


Salam
Aku tengah final exam sekarang.
My brain working really hard.
I guess haha.
Time study ada la jugok memain.
But this time, aku harap dapat skor beberapa paper.
Pray for me.
I want to improve my result!
Moga lebih baik dari sebelum ni.
Harap korang semua sihat belaka dan segala apa pun urusan korang dipermudahkaaann...aminn..

U know.
It's hard.
They think Im okay.
But Im not.
They think Im ignoring,
But Im not.
They think i don't care.
Well, they wrong.
Im just a type who doesn't show much of how I felt.
But...isn't this great..
I have Allah to hear my stories and He knows everything. At least, He knows. When nobody else do.

Sigh. I miss you bah. This time Ramadhan, it will be without you. Seems no more walking at bazaar with you. Tukang pergi pasar biasanya aku ngan abah. Lagi2 time sekolah dolu2. Thank you Ya Allah for every moment I spent with Abah.

Well, hey..Ramadhan is coming. Jom cek balik niat kita and prepare dari segi mental. InsyaAllah..

Assalammualaikum~~~

Saturday, May 31, 2014

First sharing


This will be the first time I shared something to the blog of what I had got in my Usrah.

Usrah harini kami buat di pagi hari disebabkan kekangan masa dan aktiviti ahli2 usrah yang lain. Waktu usrah kami flexible. Tak kira hari apa as long as tetap berjalan dan seminggu sekali. i like this style. Nampak kepentingan untuk semua ahli usrah menghadiri setiap kali usrah dijalankan.

Not much but hope it benefits us all :)

Firstly,

  • Digalakkan pegi majlis ilmu seminggu sekali bagi mengelakkan hati kita menjadi lebih gelap.
  • Ilmu itu ada satu jenis saja dalam dunia ni. Biasanya ilmu duniawi itu sentiasa boleh dikaitkan dengan ilmu akhirat. Dua jenis ilmu yang ada itu adalah ilmu yang bermanfaat dengan ilmu yang tak bermanfaat tu je.
Berkenaan dengan majlis ilmu tu kan. Boleh je kalau kita nak dengar ceramah dari youtube macam mufti ismail menk, nouman ali khan or Dr. Zakir naik ke. Cuma jangan terlalu depend on youtube. Ceramah maghrib di surau2 pun dikira majlis ilmu jugak. Majlis ilmu ni majlis yang mendekatkan diri kita dengan Allah. Usrah pun boleh dikira sebagai keramaian yang berilmu so jom join usrah hehe. 

Disebabkan cara pemahaman kita ni berbeza-beza setiap orang jadi digalakkan lah kita untuk ada komunikasi dua hala tu. Kalau tak tanya soalan kat penceramah tu pun, kita boleh tanya orang yang duk sebelah kita tu kan. tengok pendapat dia macam mana. Kita kena buka minda to heard others opinion too. Nak belajar sesuatu pun digalakkan berguru. Even mengaji pun kita kena sentiasa berguru kan kalau tak, mesti ada je tajwid yang kita terlepas pandang dan tak perasan salah baca. 

Even dalam usrah aku pun, kami tanya jika ada persoalan yang telah lama bersarang dalam hati. InsyaAllah akak naqibah ada penerangan yang memuaskan hati. So far akak naqibah aku banyak membantu. Fyi, naqibah ni panggilan untuk mereka yang mengetuai sesuatu kumpulan usrah tu. Dengan ada nya akak naqibah ni, kita banyak membantu diri sendiri sebenarnya. Membantu diri sendiri untuk lebih mengenal agama islam. Help urself to help others. If kita tolong orang tu, one day Allah akan tolong kita. Okay, terasa tersasar tajuk haha.

Tu laa...maksud aku kat sini. Penting untuk ada komunikasi dua hala. Lagi2 bab agama. Mana boleh buat andaian sendiri lebih2 lagi kita ni still lacking far far away. Okay geng? Kene chow dulu. Nak dating dengan Shasha haha. Still remember her? teman kena denda time matriks dulu haha.

Assalammualaikum!

Thursday, May 29, 2014

Allah loves us :)


Wake up in the morning

Received a message

Dear nina...
to love someone is nothing,
to be loved by someone is something,
to be loved by someone you loved is exciting,
but
to be loved by Allah is everything
Allah loves u!

made my day ^_^

p/s: That message from seorang akak. Thank you so much for take care about us :')