Tuesday, February 25, 2014

Nocturnal blogger


1.30 AM

Currently listening to stop and stare by onerepublic. ^_^

Love them. <3 p="">
Entah kenapa. Aku suka benor menaip waktu pepagi camni. Boleh dikatakan nocturnal blogger hahaha. That feeling came when you just want to update sesuka hati by not knowing arah tujuan. That feeling is called 'rindu nak update blog'. Pelik kan. It's really nothing because in real life you get nothing like money or fame or whatsoever. But I just want to continuously update.

Random topic jap:
Aku nak mengadu pasal kafe lah haha. Mungkin masih awal tapi masakan panas tak banyak. Satu kedai je yang bukak. Takkan la tiap-tiap hari nak makan nasi kukus -.- then, rasa tak best la. mungkin masih awal semester, just wait and see. Maybe there is improvement.


Korang probably akan kata 'redha je la..dah sampai ajal dia' when i tell you guys this. Honestly, i keep imagining..if abah still alive and i want to chat with him. Currently I'm taking a lot of subjects that majorly his studies back then. I keep imagining if i talk about this with him. How happy we were sharing the same interest..maybe can enlighten him masa dia sakit tu. Dia boleh cerita lebih banyak pengalaman dia. Tapi sayang...tak sempat. Ya, saya redha dengan semua ketentuan Illahi. Cuma bila terkenang dan teringat tu. It can't be helped. I really miss him thou. Rahsia Allah susah untuk diteka. Menunggu hikmah yang mendatang. Perit tu memang perit tapi itu la yang aku kena telan for the rest of my life. Takdir Illahi itu memang diluar jangkaan. Don't worry bah. I always pray for your kesejahteraan there. Also my grandpas and grandmas.

Sekarang kalau teringat abah, aku dah belajar untuk lebih mendoakan dia dari mengalir air mata. Rasa lebih tenang jika kita mendoakan kesejateraan ibubapa kita sama ada mereka masih hidup atau pun meninggal dunia. Pernah dengar "jangan ditangisi orang yang sudah tiada"? Mula-mula dengar ayat tu, i was like "why? what's wrong with that?" tak salah pun nangis. Itu sebagai salah satu cara kita meluahkan kesedihan. Cuma bila ia berlebihan, bukankah lebih baik kalau kita mendoakan dia yang baik-baik? Ingat, rasanya salah satu amalan yang dibawa ke kubur adalah doa dari anak-anak untuk ibubapanya. Sebab tu penting juga untuk ada zuriat sendiri supaya mereka boleh mendoakan kita kelak. Lagi ramai lagi bagus haha.

okaylah. have to wake up early tomorrow. ada aktiviti berladang as usual. Kalau boleh cuaca panas sekarang ni pakai la sunblock. Protect our face from radiation. Bukan nak kata jaga kecantikan sangat tapi jaga muka selagi boleh. At least kurang jerawat and more happy face keke. Orait...daaaa~


Wednesday, February 19, 2014

Those words


Today.

When Mira came to me, said takziah and all..

I felt..

Those words comforting me.

I mean, thank you.

I don't know why but thank you..



Friday, February 14, 2014

Baiklah kakak TT_____TT


It's been 3 weeks..alfatihah..

Aii..rasa sedih lak nak start menaip sambil dengar lagu 'say something' by a great big world. Panjang betul nama dia =.=

Erm. Kejap je cuti. Tak kejap mana sebulan lebih la jugak kan haha. Tapi tu la, pejam celik pejam celik.tadaaa! Upm kata mari! Rumah kata berambus dikau! hahaha. ceit.

Dalam sebulan ni, ada kejadian yang tak terduga. Who knows right...it will be the month i lost my beloved father :'(

Eh, sebak pulak. Huuu.. Lagu la ni..

Sedih tengok video clip say something ni. Part yang pakcik tu peluk isteri dia yang meninggal tu. Wuuuu... i feel u pakcik. Tengok dia nangis sume. I know. Very deep hurt. Ada je yang buat aku teringat abah. Bukak tv hbo, mesti aku tertengok cerita pasal ayah laa..dalam hati aku menangis. Nothing i can do except pray for him.

I believe in you Ya Allah..make me stronger thru this..

Okay, tamo sedih2. Biar saya sedih sensorang hehe.

And, ya! Result final dah keluar. Hoo hoo hoo...tukar topik lah. haha
takde lah. Okay tak result korang?
Result aku menurun sikit hehe..tapi tak la mendadak pun. Sikit je.
Sebab subjek statistik aku takleh selamat haha. Hampeh betul. XD
Alhamdulillah untuk overall subjek. Saya redha kekeke.

Oh ye, nak cerita sikit.

Masa abah meninggal, along dan anak-anaknya balik sepang dari kelantan. Diorang stay sini for 2 weeks. Ada satu kisah aku dengan anak buah aku yang sulung, aqish buat aku rasa lucu sangat.

*Aku tengah menghadap laptop

Aqish :  Busu...ni (sambil tunjuk mouse pad) yang macam ibu (panggilan anak buah ke angah) punye tu          eh..tapi ibu punye gambar rumah kan..
Busu : iye...sama je
Aqish : Busu suka lelaki ehhhh? (sambil buat muka nakal)
Busu : (terkejut) kenapa pulak?
Aqish : yelaaa... ni gambar lelaki.. (mouse pad tu gambar group kpop, big bang yang angah belikan aku)
Busu : tapi..tu penyanyi la kak..(aqish dipanggil kakak dalam family kiteorang)
Aqish : yelaaa..tapi lelaki..
Busu : hermm =.=" tapi ibu yang belikan..
Aqish : Ohh...lenkali suruh ibu belikan yang perempuan punya tau..
Busu : Baiklah kakak TT______TT

Innocence betul budak ni. Entah kenapa aku rasa bersalah. Am i giving bad influence on her or something?haha.

To angah, lenkali cari mouse pad yang perempuan punya eh. Nanti kena tegur dengan kakak lagi agaga.

ni lah dia penyanyi lelaki tu..siap ber-edit lagi bahaha

Tuesday, February 4, 2014

I will be strong



googled


It hurt.

I'm missing your voice, smile, and your laugh.

Maybe I'm not strong enough..
to hold tears

Never failed.

.

We always pray for you, Abah!

Alfatihah . . .






Friday, January 17, 2014

Klinik Sofea: Avoid Leg Amputation


Salam!

Kadang-kadang banyak benda yang aku dah lupa dalam blog ni
Aku lupa yang aku ada blog lain rupanya
hahahaha
dan
Aku lupa tujuan aku buat blog tu
Aku tau pun ni setelah menelaah dan menilai blog sendiri
Kenapa ye kenapa?
Bila nak masuk balik blog tu dan tengok balik apa yang aku taip
'dah tak valid'
=.=
Alaaaa curious pulak aku
Macam mana boleh lupa ni.
Rugi rugi hoho.
Tamak jugak sampai dua blog hahaha.
Yang satu ni pun tak terjaga hehe.

Minggu ni busy betul. Aku tak rasa macam bercuti macam kengkawan aku yang lain. Busy dengan treatment abah. Hari selasa aritu perjalanan kiteorang sepang - seremban - puchong - sepang. Phew..bayangkan berulang-alik dari negeri sembilan ke selangor. Tapi nasib baiklah seremban tu kat Ampangan je. Tapi..yelah..habis jugak minyak 50 hingget satu hari tu. Rindu jugak jalan seremban 2 tu sebab kalau balik kampung dulu selalu lalu situ. Sejak dah ada highway lekas, tak ikut dah jalan lama. Eventhough jalan lama makan masa sikit, tapi disitu ada pembandaran yang menarik. Dari situ kita boleh lihat perubahan pembangunan dari semasa ke semasa. Kalau highway tu, memang takde apa sangat nak tengok. Just trees and road..advantages dari segi pemandangan yang menghijau dan menenangkan je la :)

Oh ye, firstly aku nak cerita pasal treatment yang abah terima dekat klinik puchong. Minta maaf sebab mengambil masa yang lama untuk share kat korang hehe. Paham-paham je la aku ni huuu. Abah aku dah terima rawatan dari klinik tu sejak akhir tahun 2012 kalau tak silap..sampai sekarang masih menerima rawatan disitu. Sepatutnya memang dah selesai tapi unexpected things happen, so we continue the treatment. Normal patients will normally be treats for 6 months but that depends on the case. Alhamdulillah sebab Allah mempertemukan kami dengan klinik ini and avoided my father's leg being amputated. Yep, that's correct. My father's leg almost need to be amputated because of 'kencing manis' illness. Name of this clinic is Klinik Sofea. You can find it area at Puchong Perdana, near the aeon big mall.

Dah banyak kes leg amputation yang berjaya diselamatkan. Doctor yang bekerja kat situ ialah Dr Muhammad and Dr. Noor, both of them is husband and wife. Diorang sangat ramah, baik dan sabar dalam melayan kerenah pesakit kat situ. Kaki kiri abah dah okay tetiba haritu boleh pulak kaki kanan abah luka. Then, merebak pulak. So, jadilah case baru kaki sebelah kanan tu. Don't worry, terbukti berkesan hehe. Banyak dah old patient yang dah selesai, it's just us masih lagi tersentil kat klinik tu haha. Senior patient lah katakan. Masa kiteorang datang tu pun, patient pun tak ramai sangat lagi. Then, tak lama lepas kiteorang menjalani treatment kat situ, diorang dah bukak klinik yang memang khas untuk merawat penyakit kencing manis. Klinik tu sebelah klinik sofea je. Diorang sediakan bilik untuk pesakit yang hendak bermalam and need frequent checkup ke. Setengah patient yang tak boleh bangun ke..boleh tempah bilik disitu. Nurse pun ada. Nurse dia pun baik dan ramah. So, kalau ada sesiapa pakcik makcik korang ke yang need help in this case, boleh rujuk klinik sofea! Cepat! Your legs still can be saved! InsyaAllah! Jangan putus asa! Allah always help us! tapi apapun yang penting kita kena keep berdoa pada Allah untuk permudahkan segala rawatan dan tawakal selepas usaha. Dah berusaha baru kita boleh bertawakal ^_^

https://www.facebook.com/klinik.sofea


Tuesday, January 14, 2014

Baru



Salam ;)

Wajah baru sempena tahun baru hehe.
Terlebih semangat horticulture nampaknya.
Ingat nak taip panjang2 tapi..
aku dah ngantuk haha.

Esok kena bangun awal.
My dad got an appoinment.
Herm, condition dia lately ni okay je.
Tak tau nak describe macam mana.
Alhamdulillah, bagi aku okay.
Tak sangka keadaan akan berlarutan sampai begini.
Kalau nak cerita, memang panjang..haha.
Tak janji.
Aku mengaku.
Aku suka menaip ikut mood.
Aku suka dunia blog ni..tapi aku bukanlah blogger yang tegar nampaknya.
Maaf.
Mungkin twitter user yang tegar haha.
Lebih senang diupdate.

Blog ni.
Besar makna dia pada aku.
Aku update.
Cuma tidak lah sekerap tweet.
Kalau sekerap tweet, mungkin korang tak jejak dah kat sini haha.
So many things i want to share..
Just keep update with me.
Yep, entri yang santai2 je kat sini.
gua tak havoc mana pun der..haha

sekian, au revoir~
doux rêve

gitu...that was sweet dream in french. yeah, cikgu google yang ajar.

Sebelum terlupa,

SALAM MAULIDUR RASUL ^_^


Ya Rasulullah, kami merindui mu..

Sunday, December 29, 2013

Surah Al-Hajj (ayat 46 and 58)


Just want to share what I'm read for today :)

Surah Al-Hajj

Ayat 46:

Maka tidakkah pernah mereka berjalan di bumi, sehingga hati(akal) mereka dapat memahami, telinga untuk mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.

Ayat sebelumnya berkisar tentang kaum-kaum nabi yang terdahulu sebelum Rasulullah yang ingkar kepada Allah. Semoga kita mengambil iktibar dari ayat ini. Perbanyakkan instighfar supaya kita terhindar dari golongan itu. InsyaAllah :)

Seterusnya,

Ayat 58:

Dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah, kemudian mereka terbunuh atau mati, sungguh, Allah akan memberikan kepada mereka rezeki yang baik(syurga). Dan sesungguhnya Allah adalah pemberi rezeki yang terbaik.

I think this ayaah is beautiful and somehow i want to relate this ayaah our muslim sisters and brothers at Syria, Mecca, Palestine, and Rohingya..they often become the victims of cruelty and oppression. From this ayaah, we know the reward is jannah ^^