Thursday, December 27, 2012

Rational mind.


Assalammualaikum..

I don't know. Sesetengah orang sangat susah untuk kita ajak berbincang. Tadi perkara yang sama terjadi lagi waktu aku matrik dulu. Situasi yang sama. Argh, aku penat. Sangat mengganggu mood aku untuk study. Dugaan begini selalu datang ketika nak final exam. Terima kasih qyla kerana bagi kata semangat kat aku.

Cuma aku berharap perkara begini akan selesai dengan cara baik. Mengakui kesalahan masing-masing. Nasihat aku untuk aku dan readers semua.. Betul, kita berbuat baik dengan orang mestilah ikhlas dan tak mengungkit tetapi pernah dengar tak yang 'kita kena fikir kebaikan orang buat kat kita dan bukannya kebaikan kita dah buat kat orang'. Cuba korang fikir...sanggup ke korang buat something yang buruk dibelakang orang yang dah banyak buat baik kat kita? sanggup? sekurang-kurangnya kenang budi kawan-kawan kita. Takkan nak bukak kitab adab berkawan baru nak tau?

Dari perkara yang aku alami ni, mungkin Allah nak ingatkan tentang 'adab berkawan'. Allah nak aku tengok betapa pentingnya adab berkawan ni. Kalau tak, macam ni lah jadinya. Macam ni lah gayanya -.-

Aku tak nak tuding jari kat sesapa dan buat kawan2 yang kenal aku diluar, usah la teka siapa orangnya. Ambil je isi penulisan tak seberapa ku ini. Cuma peringatan buat kita semua.

Dan lagi satu..... benda ni dah lama aku diam kan actually. Jangan salah gunakan teknologi yang ada sekarang ni. Jangan gunakannya untuk menyindir orang or whatsoeverr..it so annoying. Aware people surround you. Think before you post something. Check your level of rational mind first or else gonna happen.  Remember, apa yang kita update tu menggambarkan diri kita. Kurangkan double meaning status if could. Kalau nak tegur, boleh. Tapi kalau setakat nak kutuk or sindir, ouch! That's mean dude. Kalau awak jaga perasaan orang, baru orang boleh jaga perasaan awak. Insyaallah, Allah Itu Maha Mengetahui dan Maha Melihat apa yang terjadi. Percaya kan tu.

Okay geng? (gaya anwar hadi) I'm sorry okay for my words. All the goods came from Allah and the weakness came from me.....(gaya penceramah) lalalalala~

Nite. Salam~

p/s : belum ujian final lagi aku dah kena uji dulu haha. Preparation for battle of subject pulak lepas ni.

Quote #2


Herm,



Haha, okay. Just kidding.. Happy Study Uols! hehe


Itu la..i should be studying right now and i ended up here. okay, just a sec hehe.


Yap, fighting uols!!!

파이팅!
(fighting)

Wednesday, December 26, 2012

Quote #1


Quote For Today ^.^ :




Patience okay girls and boys..u don't need that 'relationship' yet.

Tuesday, December 4, 2012

World Of Phalaenopsis


Assalammualaikum~

Huuee...I'm happy to visit one of the established the phalaenopsis producer in Malaysia. Located at Ulu yam, almost 2 hours trip.

Tempatnya jauh ke dalam. Tidur bangun tidur bangun..tak sampai2 lagi, Ish ish ish haha. Btw, nama tempat tu adalah ' World of Phalaenopsis '. Company dia : waltex biotec - click to the website. website dia updated gak hehe.


And this is the chairman ;


To do something like he did..he said ..the most importantly you need 'passion, patience and interest'. Passion ni lah yang akan bagi kita minat untuk terus berusaha dalam apa yang kita minati. Akan bagi kita semangat sebab passion tu. Patience sebab yeah..orchid takes a longggg time to grow. The seedling itself takes about 2 to 3 months to grow then we can transfer it to 2 inches pot..The seedlings only need twice of watering in a month. I kind a heard but I'm not sure what the thing really is that...@#%6 just watering only once in twelve years o.0 yikes. i just missed the important point there. So, i don't know which size of orchid that only need that kind of watering system. So cool hahah.

Then, of course... to have rapid quantity of orchids..he use tissue culture method. We go there and the system also awesome. How they manipulate the temperature and rate of light in the lab. And how everything is in order.

Some of the tissue culture yang dia letak kat luar.
of course, they owned a lab for the tissue culturing.

And yeah...the most favorite part is that the cold room~ they got like 5 or 6 cold room ...i guess..hehe










yeah..it was cool inside because the phalaenopsis need very low temperature to spike (give out flower) . The flowers are in huge size. I loike!haha...yet colorful.. we're chilling inside of the cold room despite the hotness of the afternoon. 

tadaaa hikhik :p


So...there..there...my nursery trip for the whole class...having a blast~ ^_^

erm, sorry for the grammar usage ^^,''

p/s : makan tengahari dapat makan tempoyak, rasa dia perfect..dengan pedasnya...kedurianan nyee haha..marvellous.. cafe serumpun, why don't u guys make tempoyak? pehlisss...hehehe...

K, toodles~

Wednesday, November 28, 2012

XPDC Gunung Datuk #2




Assalammualaikum~ Herm, sekarang meh den nak cerito pasal ekspidisi den poie (pergi) ko Gunung Datuk ni haaa...tauu..lamo dah tanggu, yo dak..maapkan ambo..eh, tetiba slang kelate pulok dah haha.

As we know, Gunung Datuk terletak di Rembau, Nogori Sembilan. Nak cakap lebih-lebih pasal rembau pun aku tak tau sebab haluan ke rembau sangat berlainan pergi ke Kuala Pilah (kampung den). Mana ada lalu bukit putus semua tu walaupun bukit putus tu dah bersambung sekarang haha. Tapi suasana kampung dia kan sama je kampung aku, aku tak pasti suasana tempat lain macam mana..aku rasa setiap kampung ada feeling tersendiri, susah aku nak describe. Masa mula-mula sampai, suasana dia macam aku dekat je dengan kampung aku huhu. Haish, masuk tajuk kampung pulak haha.

Herm, baru sampai pun dah pancit sebab on the way nak pergi camping site pun dah kena naik bukit, jalan kaki pulak tu. Memang hongeh la..belum lagi naik gunung haha. I didn't expect that it will be that steep haha. Overall, aktiviti sebelum pendakian very relaxing and santai habis. Suka taw! Saya dah penat dengan camping sekolah yang rushing sokmo tu. Baru rasa student U, relaks je.poyo kan?.haha. Kami pergi pun dalam 2 hari je. Malam tu kami main game 'pembaca berita bersambung', lebih kurang camtulah nama dia, alaaa macam dalam citer super spontan. Best! haha.. Later on, kiteorang ber-barbeque pulookkk...heaven! haha.. sampai ke tengah malam, aku, jannah, aten, iznee, teah, nad..duk ber-BBQ hohoho~ thanks to the cookers hehe :p

That morning...dengan berseragamkan baju pinky-minky semua, inilah ghupenya...semangat tak kengkawan saya ni hahaha ;

pinky-minky gerup...

Ini waktu selepas exercise before mendaki. Lawak je exercise lari setempat tu..hahaha..

we're ready yo!

Hehhh..Gunung ni lah yang paling curam time nak mendaki tu setakat aktiviti pendakian aku tu lah. 30 minit pertama rasa macam nak give up je. seriously. -.-

Kalau turun pulak, ada la bahaya sikit..tapi boleh je handle dengan kasut getah kebanggaan saya niiii hehehe


Alhamdulillah. Pacat not interested in me. Phew~ haha

Behold~ Puncak Gunung Datuk!




u no see me

now u see me :D



Oh yeah...agak lama la kiteorang kat atas tu..refill tenaga punya pasal..coklat..gula2..semua habiskan time tu gak haha. Bila time turun tu, kiteorang bukan naik dan turun saje, ketua ekspidisi suruh kiteorang bersihkan kawasan mana yang patut..sorang satu beg plastik hitam tu. Jadi, sambil tu kebersihan puncak gunung ini terjaga dengan kehadiran pendaki seperti kami...ececeh haha..

Jagalah kebersihan di mana jua anda berada~

hehe ^_^









Tuesday, November 27, 2012

Thanks to Allah


Assalammualaikum... dah pegi MAHA? hehe tak habis-habis la kan aku nak promote MAHA yang dekat gila ngan Upm. Okay, nak berlagak la tu huahua. Ish, pegi je lahh korang haha. k, tanak paksa dah haha.

Aku cuma sekarang ni rasa lega teramat sangat sebab slide show untuk presentation nursery visit disambut baik oleh kengkawan. Dari segi lecturer tu aku tak tau la haha tapi Dr. tunjuk minat jugakla terhadap slide kami tadi. Berbaloi~  Herm, mungkin Allah nak tunjuk yang 'Hard work pays~' ..ekceli, banyak dah contohnya..macam-macam Allah yang nak tunjuk melalui pengalaman kita. Terima Kasih Ya Allah, segala puji-pujian bagi-Mu =)

Bukan setakat usaha aku je, usaha kengkawan satu group jugak yang bekerjasama dalam menjayakan misi ni. Eh jap? menjayakan? berjaya lah sangat~ sebab report masih perlu dihantar dan aku ada lebih kurang 10 report untuk disiapkan. Jom hentak kepala kat dinding -.- tapi aku sangat menghargai usaha korang..thanks guys ^^ Special thanks to Ecah yang begitu bersemangat dalam membentangkan slide tadi. Dah la, aku siap subuh pagi presentation tuuu haha. Ecah memang jadi bidan terjun je membentangkan apa-apa yang patut sebab itulah first time dia baca slide present kami. Itulah gunanya focus in while learning sebab masa nursery visit tu..aku tengok dia khusyuk dengar owner nursery tu bercakap. So, she used of what she heard that day without revising any slide haha. Aku pun tawakal je la...kami lah mangsa keadaan oleh masa.

Apapun, harini aku bersyukur sangat dengan Allah...Alhamdulillah~

^^,

p/s : jangan nak lega sangatlah. report tak siap lagi =.=" *baiikkkkkkk

Monday, November 26, 2012

MAHA 2012


Assalammualaikum!

Maka dengan ini saya mengambil sedikit masa sebelum untuk buat essaimen. Datang lah ke MAHA. Manyak syiokk~ Pokok bunga mcm2..buah-buahan mcm2..makanan mcm2..pameran pun mcm2 =B

Ngeeee~

Tempat?

Masuk dalam UPM, then straight je sampai bukit ekspo, (sampai nampak kebun durian), belok kiri..then straight lagiiii sampai MARDI!

memang luas gila..penat kot meronda-ronda. Tadi saya pegi sebab lecturer suruh buat report about MAHA. Jadi plan last minute pun terjadi. Haih..terliur tengok durian dan manggis..mereka memanggil namun aku buat tak layan je. Time tu kepala aku dah pening sebab kekurangan tidur. Aku menguatkan diri semata-mata demi projek aku huhu. Sabar je lah dengan dugaan yang hebat belaka ni.

Oh ...tips untuk student upm yang nak pegi... Korang berhenti dekat fakulti sains kompiter..then jalan kaki sampai ke padang kawad. Tunggula bawah khemah sampai bas tu datang..nanti korang straight pegi belakang bukit ekspo tu :)

Okay. Alang-alang musim cuti ni..pegi ar jenjalan kat sana jap..dah la MAHA ni dua kali setahun je kot..

MAHA - Malaysia Agriculture Horticulture Agrotourism :B