Sunday, November 8, 2015

late night sketching


Assalammualaikum!

Hah akhirnya aku log in juga guna phone. Pergh. Almost give up and rasa nak buat blog baru guna email baru je hahaha. Over kan. Dulu aku pakai yahoo sebab time tu gmail still takde or tak femes lg. Sekarang bila dah leceh dan lambat pakai yahoo, aku beralih lah guna gmail. Itu je email yang sangat proaktif bagi aku. So, blog ni tak auto-login la bila aku still guna email yahoo. Herm. Tak sure boleh tukar atau tidak dan kalau boleh pun nantilah hehe. Tunggu mood rajin nak mencari dan menggodek.

Oh ya. Malam ni aku rasa semangat dan tak ngantuk langsung. Almost 3am in the morning. That's very rare for me to sleep late. Mungkin dah lepas waktu peak hour of ngantuk tu and berlanjutan sampai laa ni..so, actually aku semangat sketch benda ni



10 muwasafat tarbiah ini adalah sama dengan 10 ciri peribadi muslim. Aku akui mungkin dalam sesetengah banyak lagi perkara yang aku kena perbaiki dan belajar. Aku masih dalam proses membaiki diri dalam membentuk individu muslim. Urm, 10 muwasafat tarbiyah ini dari Imam Hassan Al-Banna. Eloklah kita jadikan sebgai guideline kita untuk mejadi individu muslim yang sejati. Aku ni pelupa. Jujur cakap. Jadi aku suka lukis atau tulis sesuatu dan tampal atau lekat di dinding. Biar pagi², kita nampak, baca dan cuba praktiskan. Taklah pagi je haha. Bila mana celiknya mata dan hati kita dalan kehidupan seharian.

Maaflah kartunnya tak comel mana untuk tatapan semua. This is my drawing. Tak reti lukis benda kiut-miut macam kengkawan aku lukis. Aku jadi kagum. Aku suka melukis tapi bakat tak seberapa. Mereka yang tak suka melukis tapi ada bakat yang wow. Serious. Ramai aku jumpa camtu. Kos horticulture banyak gila subjek yang kena melukis so aku perhati lukisan sorang² and yeah, some of them talented but jarang melukis. Jealous haha. Ke diorang tak perasan yang sebenarnya diorang terer melukis? Lol πŸ˜‚

Eh bebel pasal melukis pulok. Wae irae (kau dah kenapa) Haha. Jadi, feel free to share and spread the picture of 10 characteristics of individual Muslims. Not much but it can change someone's life. Wah. Itu dia haha.

Okay, good night or should i say late night?haha. Sleep well and dream big. πŸ’

Monday, October 26, 2015

Shout out!





A big shout out to one of my true blog readers,

ShaSha KhaLit 

For at the time like I felt no one is reading this blog and I'm thinking of shutting down this blog, she's the one that inspired me to keep going and write more. Thanks shaaa..memang aku buat blog ni untuk kau sorang je baca hahahaha. Gurau2. Seriously, thanks sha. I will keep writing...sampai ada entry pasal kau kahwin, beranak sume hahaha. 

And if ada jugak yang sudi baca blog yang 'krik krik krik' ini, terima kasih banyak-banyak. Sesungguhnya saya nak share apa yang saya dapat dalam kehidupan seharian tapi tak tertulis pulak. Thesis sendiri pun tak bergerak leuls. Jadi dari situ timbul rasa serba-salah hehe. I will try to write something more beneficial for us for us to ponder upon and reflect on ourselves. 

speech dah macam menang award. 

No. Ni kes malam tadi borak dengan Shasha. I was like, "she read my blog?" I mean she knew what my latest update is haha. So, this post is my way to appreciate my friend. This is nothing but it means a lot to me.

Sha, be strong. Don't afraid if u r alone. Allah always by our side. We're not alone. Let them be. Handle them to Allah and let He solve it. Buang masa dan sakit jiwa melayan orang macam tu. Ignore and sabar is the way. Message aku papehal k. 

Ok, itu aje pagi ini. Assalam~ ^^



Sunday, October 18, 2015

Video Islamik Talk yang Comel


As a muslims, kita mesti ada seorang role model yang kita rajin dengar talk dia tak kisah la online ke ataupun pergi ke program yang dianjurkan. Kalau dulu, tak lama zaman dulu kala sangat, Ustaz Don Daniyal menjadi pilihan ramai, lepas tu Ustaz Kazim Elias dan sekarang bertambah ramai dari program Daie and Pencetus Ummah. Okay, itu dalam linkungan Malaysia.

Kalau di peringkat antarabangsa, dan untuk aku sendiri aku suka Ustaz Nouman Ali Khan dan Mufti Menk. This both is sooo awesome. Setiap kali talk diorang mesti terkesan dalam hati. But, yeah only in youtube je la aku tengok haha. Banyak dah Ustaz Nouman buat event kat sini even kat Putrajaya pun ada. Cuma tak berkesempatan. Sayangnya la hai tak dapat join huhu.

Every morning, kita bagi sedikit pengisian untuk hati kita ni. Jadi, aku bukak la video Ustaz Nouman or Mufti Menk yang berdurasi dalam 10 - 20 minit macam tu. Pastu tengok video tajuk lain pulak. Jadi rasa terisi pagi tu dan rasa tenang. Jiwa kita ni perlukan ilmu baru dari sudut rohani jugak ye.

So, I want to share to you alls..satu account youtube yang menarik untuk kita dengar dan lihat. Grafik dia yang kreatif dan comel. Plus, color dia yang agak pastel. For me it's so interesting dan semuanya awesome belaka. Selalu buat aku macam, "Subhanallah...This is so amazing". Speaking gittew.

FreeQuranEducation



The cartoons is adorable and the way they move and synchronize with the speech. 

For Mufti menk videos, boleh tengok suggestion ke tepi tu. Mesti ada punya lah. Tak pun search nama dia je. Dia pun kelakar tapi ilmu penuh di dada. Kita Malaysian ni kan suka yang kelakar haha. So this both is perfect for us Malaysian hehehe. 

Selamat menonton dan beramal.

Tuesday, September 15, 2015

Jom henshin seperti dia

9:11 PM

Peace be upon you~


Henshin! Biasa dengar kan? Itu bahasa jepun yang bermaksud berubah.


Berubah! heee

Ada seorang budak perempuan ni erm ape ek nak panggil? nak kata kawan pun bukan tapi pernah lah sekali kelas dengan dia ni. Dia satu fakulti lah. Dia memang agak outstanding dalam kelas tu. Highly fashionable lah kot. Mengikut trend masa terkini lah boleh dikatakan. Aku ni pulak jenis suka tengok orang berfashion gitu gini. Just wonder how high their confidence is?hehe.

Namun, aku tengok semester demi semester dia mula ber-henshin. Ke arah kebaikan alhamdulillah. Semester depannya aku tengok dia mula mengenakan tudung bidang 50/55 dan sentiasa berkain. Sumpah sejuk mata memandang.

Dan, finally semester ni terserempak lagi dengan dia. Subhanallah. Sempurna bertudung labuh. Allahu. Kita pun jadi tumpang gembira tengok dia dapat upgrade cara menutup aurat. Semestinya lah saya ni berasa sakitnya tuh disini. Mau jugak ber-henshin seperti dia. Kagum dengan dia. Dia rela hati meninggalkan duniawi demi menjaga keredhaan Allah. Zuhud. Kita jaga level of duniawi dalam hati kita ni. Jangan sampai naik syeikh sangat. Akhirat kena sentiasa dalam hati. Join lah usrah! Usrah bantu kita jaga hati. Seriously. Mampu menarik kita jika kita macam tersasar sikit hehe. Biasalah iman ni ada naik turunnya. Iman kan bagai air mendidih yang senang berbolak-balik. Kita kena lah jaga.

Apapun, kepada saudari saya itu, saya doakan semoga terus beristiqamah dalam berubah. Tahniah kerana berjaya ada kemajuan dalam iman dan diri sepanjang kita belajar di menara gading ini. Sharina, wake up! *hantuk kepala kat dinding* eh, agresif sangat tuh haha.

Saudari-saudari ku yang lain, mari kita menutup aurat yang lebih sempurna. Tanya diri sebelum keluar dari rumah/bilik hostel, "Longgar/jarang tak baju/kain/seluar/tudung aku ni?" "Boleh bawak solat tak kalau takde telekung nanti?" "Mana stokin ye?" Tanya diri kita ye. Together we change for the good and blessed by Allah The Merciful. Ini bukan soal diri tu baik atau tidak. Alim atau tidak. Itukan wajib. Wajib kan wajib dibuat.

:)



Friday, September 11, 2015

Plant cell and Women.


Subhanallah. Just amazing what I've learned lately. So for this semester I took seed technology subject. It is an interesting subject, one of my friends said. I'm a bit stunned when Dr. Uma said this course is a little bit tough. Gulp. But I already took plant growth regulator (interesting and tougher) and pass the paper. I have confidence on this one leuls. So far I will continue. Pray for me haha. I love the way she's teaching btw. An indian lecturer so fluent speaking in malay. Her malay vocab is amazing haha.

Last Tuesday, we had a lab session for this subject. So we have to dissect the hibiscus flower and draw its reproduction organ. There are something that I've noticed. We have been told to draw an ovary of the hibiscus flower through what we've seen using microscope.

Here it is,

Gambar ihsan dari Lisa Su Sy Ei :3


It looks like half of the top part similar to our (girlsss) ovary, right? Subhanallah. ^_^

p/s: Ampunkan ambo atas grammar mistakes. still learning :)

Thursday, September 3, 2015

Midnight Mumbles


1:33AM

Peace be upon you!

Sedar tak sedar (tapi aku sedar je) dah hampir habis cuti semester 2 bulan setengah which is yang aku tak enjoy langsung cutinya (fyp....*berbisik*) Ulang-alik dari Upm dan Sepang 30-45 minit perjalanan. Aku bersyukur juga aku pilih kancil (nama dia Sinchan leulz) sebagai teman karib ku hihi. Jimat minyak cuma contranya tak boleh la nak bawak jauh nun. Whatever it is, kita tetap kena bersyukur apa yang ada.

Sedar tak sedar jugak dah semester yang terakhir. Huuuu. Rasa sayu pulak. Macam-macam kenangan disini. Mula lah terobek sana-sini. Tengok video and gambar lama2. Ada yang lain rupa masa awal dulu, ada yang maintain je. Rasa macam nak buat before and after punya gambar hahahaha *evil laugh*. Kenangan. Kalau tengok mereka yang tunggu bas waktu malam2 berejam lamanya or berteduh bawah bus stand time hujan, aku dah rasa semua tu. Balik bilik dengan basah kuyup pastu sorong motor sebab tayar motor pancit. Peh peh peh. Apa je yang tak merasa aku dengan Jannah ni hahahaha. Problem betul kiteorang ni. Ada je benda nak jadi. Most of the things are fun lah. We just enjoy and laugh about it. Bad things happen just to make memories between friends ^_^

On the way ke faculty naik motor dengan lisa, lihat pemandangan ladang upm yang luas, lapang, cantik dan tenang tu, I'm just thinking...mana lagi lah nak merasa macam ni lepas ni unless aku sambung study. Wallahua'lam. Seronok mereka yang kerja sini. Disajikan dengan pemandangan yang indah dan damai. Kebanyakan pekerja kat sini semuanya umur dah senior. I'm just thinking what type of occupation that I will do for the rest of my life? Orang kata jangan memilih kerja. Tapi kalau dah tak minat, macam mana nak enjoy buat kerja? Minat itu lah yang menjadi motivasi kita. Tapi dengan situasi negara kita sekarang, tak boleh nak komen sangat. Hidup harus diteruskan. Rezeki perlu dicari as long as in the right way. But, jangan lupa, kuasa doa. Kalau betul mahukan sesuatu pekerjaan yang kena dengan jiwa kita, kita doa. InsyaAllah, Allah bagi. Orait geng? :)



Friday, August 28, 2015

Fynn Jamal - Terbang Tunduk


 I love her lyrics

Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi

Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana

Payah payah semalam
Moga mudah selama

Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu

Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2014/06/lirik-lagu-terbang-tunduk-fynn-jamal.html#ixzz3k8JvPwV7

Music video pun smart gak. I loike. Keep it up, kak!