Tuesday, September 15, 2015

Jom henshin seperti dia

9:11 PM

Peace be upon you~


Henshin! Biasa dengar kan? Itu bahasa jepun yang bermaksud berubah.


Berubah! heee

Ada seorang budak perempuan ni erm ape ek nak panggil? nak kata kawan pun bukan tapi pernah lah sekali kelas dengan dia ni. Dia satu fakulti lah. Dia memang agak outstanding dalam kelas tu. Highly fashionable lah kot. Mengikut trend masa terkini lah boleh dikatakan. Aku ni pulak jenis suka tengok orang berfashion gitu gini. Just wonder how high their confidence is?hehe.

Namun, aku tengok semester demi semester dia mula ber-henshin. Ke arah kebaikan alhamdulillah. Semester depannya aku tengok dia mula mengenakan tudung bidang 50/55 dan sentiasa berkain. Sumpah sejuk mata memandang.

Dan, finally semester ni terserempak lagi dengan dia. Subhanallah. Sempurna bertudung labuh. Allahu. Kita pun jadi tumpang gembira tengok dia dapat upgrade cara menutup aurat. Semestinya lah saya ni berasa sakitnya tuh disini. Mau jugak ber-henshin seperti dia. Kagum dengan dia. Dia rela hati meninggalkan duniawi demi menjaga keredhaan Allah. Zuhud. Kita jaga level of duniawi dalam hati kita ni. Jangan sampai naik syeikh sangat. Akhirat kena sentiasa dalam hati. Join lah usrah! Usrah bantu kita jaga hati. Seriously. Mampu menarik kita jika kita macam tersasar sikit hehe. Biasalah iman ni ada naik turunnya. Iman kan bagai air mendidih yang senang berbolak-balik. Kita kena lah jaga.

Apapun, kepada saudari saya itu, saya doakan semoga terus beristiqamah dalam berubah. Tahniah kerana berjaya ada kemajuan dalam iman dan diri sepanjang kita belajar di menara gading ini. Sharina, wake up! *hantuk kepala kat dinding* eh, agresif sangat tuh haha.

Saudari-saudari ku yang lain, mari kita menutup aurat yang lebih sempurna. Tanya diri sebelum keluar dari rumah/bilik hostel, "Longgar/jarang tak baju/kain/seluar/tudung aku ni?" "Boleh bawak solat tak kalau takde telekung nanti?" "Mana stokin ye?" Tanya diri kita ye. Together we change for the good and blessed by Allah The Merciful. Ini bukan soal diri tu baik atau tidak. Alim atau tidak. Itukan wajib. Wajib kan wajib dibuat.

:)



Friday, September 11, 2015

Plant cell and Women.


Subhanallah. Just amazing what I've learned lately. So for this semester I took seed technology subject. It is an interesting subject, one of my friends said. I'm a bit stunned when Dr. Uma said this course is a little bit tough. Gulp. But I already took plant growth regulator (interesting and tougher) and pass the paper. I have confidence on this one leuls. So far I will continue. Pray for me haha. I love the way she's teaching btw. An indian lecturer so fluent speaking in malay. Her malay vocab is amazing haha.

Last Tuesday, we had a lab session for this subject. So we have to dissect the hibiscus flower and draw its reproduction organ. There are something that I've noticed. We have been told to draw an ovary of the hibiscus flower through what we've seen using microscope.

Here it is,

Gambar ihsan dari Lisa Su Sy Ei :3


It looks like half of the top part similar to our (girlsss) ovary, right? Subhanallah. ^_^

p/s: Ampunkan ambo atas grammar mistakes. still learning :)

Thursday, September 3, 2015

Midnight Mumbles


1:33AM

Peace be upon you!

Sedar tak sedar (tapi aku sedar je) dah hampir habis cuti semester 2 bulan setengah which is yang aku tak enjoy langsung cutinya (fyp....*berbisik*) Ulang-alik dari Upm dan Sepang 30-45 minit perjalanan. Aku bersyukur juga aku pilih kancil (nama dia Sinchan leulz) sebagai teman karib ku hihi. Jimat minyak cuma contranya tak boleh la nak bawak jauh nun. Whatever it is, kita tetap kena bersyukur apa yang ada.

Sedar tak sedar jugak dah semester yang terakhir. Huuuu. Rasa sayu pulak. Macam-macam kenangan disini. Mula lah terobek sana-sini. Tengok video and gambar lama2. Ada yang lain rupa masa awal dulu, ada yang maintain je. Rasa macam nak buat before and after punya gambar hahahaha *evil laugh*. Kenangan. Kalau tengok mereka yang tunggu bas waktu malam2 berejam lamanya or berteduh bawah bus stand time hujan, aku dah rasa semua tu. Balik bilik dengan basah kuyup pastu sorong motor sebab tayar motor pancit. Peh peh peh. Apa je yang tak merasa aku dengan Jannah ni hahahaha. Problem betul kiteorang ni. Ada je benda nak jadi. Most of the things are fun lah. We just enjoy and laugh about it. Bad things happen just to make memories between friends ^_^

On the way ke faculty naik motor dengan lisa, lihat pemandangan ladang upm yang luas, lapang, cantik dan tenang tu, I'm just thinking...mana lagi lah nak merasa macam ni lepas ni unless aku sambung study. Wallahua'lam. Seronok mereka yang kerja sini. Disajikan dengan pemandangan yang indah dan damai. Kebanyakan pekerja kat sini semuanya umur dah senior. I'm just thinking what type of occupation that I will do for the rest of my life? Orang kata jangan memilih kerja. Tapi kalau dah tak minat, macam mana nak enjoy buat kerja? Minat itu lah yang menjadi motivasi kita. Tapi dengan situasi negara kita sekarang, tak boleh nak komen sangat. Hidup harus diteruskan. Rezeki perlu dicari as long as in the right way. But, jangan lupa, kuasa doa. Kalau betul mahukan sesuatu pekerjaan yang kena dengan jiwa kita, kita doa. InsyaAllah, Allah bagi. Orait geng? :)



Friday, August 28, 2015

Fynn Jamal - Terbang Tunduk


 I love her lyrics

Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi

Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana

Payah payah semalam
Moga mudah selama

Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu

Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2014/06/lirik-lagu-terbang-tunduk-fynn-jamal.html#ixzz3k8JvPwV7

Music video pun smart gak. I loike. Keep it up, kak!




Saturday, July 25, 2015

Hamka: Pribadi Hebaatt


Salam.

Aku rasa tamak lak dua, tiga harini. Kenapa? Yela. Buku tu nak baca. Buku ni nak baca. Aku cuba nak habiskan. However, lately ni Lisa bagi baca buku HAMKA, tajuk dia Pribadi Hebat. Oh menarik. Yelah. Hamka kan. Entah kenapa sejak aku tengok cerita Cinta Paling Agung aku jadi suka 'kata-kata'. Maksud aku Kata-kata hikmat. Kalau bahasa kampung aku, 'quotes' lulz. Tiba-tiba diri aku bertukar menjadi puitis. Cepat gelakkan aku. Harap pertukaran ini tahan lama sikit. Terasa diri ini terisi. Tidaklah kosong. Sesuatu yang kita lakukan terasa bermanfaat jika jiwa kita ini terisi. Terisi dari segi kata-kata yang mendekatkan diri kita dengan tuhan. Mungkin itu yang dinamakan 'diberkati oleh Allah'.

Okay. Berbaliik kepada buku Hamka tadi. Aku tak baca habis pun lagi. Cuma aku tak sabar nak share ayat favorite yang aku dah terbaca setakat ni. Kata-kata yang kena dengan situasi aku. Nak cerita lagi ada kena-mengena fyp. Bosan kan? kekeke. Be with me guys. *krik krik krik*

Okay takpe.

Haaaa. Tah kenapa aku runsing banyak benda sekarang. Pasal fyp la. Pasal duit la. Pasal itu ini. ALL OF THIS WAS OUT OF MY CONTROL. So, I took a pause and inhale. I feel so weak. I want to cry but no tears. Where my tears go? Who knows.. Back to the book that I read, mungkinkah aku masih dalam fasa memperbaiki peribadi? Mungkin peribadi aku kena kuat lagi. Kata-kata Hamka seolah-olah memujuk hati aku berjiwa muda ni. Amboi kat diri sendiri. He said,

" Kepada pemuda,

Bebanmu akan berat. Jiwa mu harus kuat. Tetapi aku percaya langkahmu akan jaya. Kuatkan peribadimu!"

Ya Allah. Aku rasa terharu. Tau-tau je diri ni gundah-gelana. *cry at the corner*




Buku ini menerangkan apa itu erti peribadi. Apa yang dimaksudkan dengan budiman yang selalu disebut-sebut itu. Nak cerita lelebih pun aku tak habis baca lagi. Cuma ada satu bab ni, pasal keberanian. Kalau dari segi imaginasi kanak-kanak, keberanian mesti lah ben10 berani menentang alien yang pelik. Kalau dari segi normality, mungkin kita terbayang keberanian para penjihad berperang di Palestin dan Syria. Betul. Tak salah. Itu yang aku expect bila aku baru sahaja baca sub-title itu. However, it turn out differ from I've imagined. Hamka ada beri beberapa petikan dari falsafah terkenal sama ada muslims or non-muslims. Kisah sahabat. Even ada kisah penjajah mereka. They don't mind asalkan benda yang baik. Boleh kita jadikan pelajaran. Hamka men-definisi-kan ,




Baru sedar. Definisi berani adalah sanggup bersusah payah. Kalau sanggup bersusah means kita berani. :)

Aku tweet sebab kadang-kala aku check apa yang last aku tweet, lagi-lagi quotes macam ni. Doa-doa la aku berjaya habiskan buku ni. hehe. Okay, sekian uols. Esok nak pergi beraya ke Pahang dengan Lisa dan Aimi. Beraya ke rumah coursemates. Jauh kan? Saja jenjalan raya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri yaaa~


Tuesday, June 23, 2015

Tak baik marah-marah


Kena maki?


Aku terkena tadi. Terkesima jugak. Aku tersenyum dan telan saja. Memang sakit dan sedih.
"Alaaa ni baru sikit nina." Aku pujuk diri.
Mata dah berkaca-kaca tapi aku telan saja semua.


Cuma aku berharap
Satu hari
Aku ada peluang untuk buktikan diri yang aku boleh.


Biar pada hari itu, kau yang terkesima.