Wednesday, November 13, 2013

There's something...



You know..

There's something hidden but it's beautiful

and

There's something visible but it's ugly

but

in the end

only Allah see and know the truth

Let Him decide.


What's important is we reflect ourselves everyday and take the lessons.

Sometimes it's a reminder for us. 

Thursday, October 31, 2013

Meet my boys



Assalammualaikum dan Halluuu~

    Firstly, congrats to my cousin,kak nisah for the convocation. ^-^
I hope I can graduate with flying colours. InsyaAllah.

   Secondly, meet my boys hahah




Yep. Both male. If female, it have shorter tail. Kalau beli seekor betina pun, bukannya aku nak mate kan dia pun. So beli je lah two boys ni kekeke. Still at young stage kot. Aku mana ada ilmu sangat pasal ikan ni. Mula2 coursemate duk beli seekor. Lepas tu pegi la tengok. "Eh, macam canteeeek jee" Mula-mula ingat nak beli ikan puyu je untuk kat rumah tu. Lepas tu call la mak.

me: mak, nak ikan puyu tak?
mak: takyah la..ada banyak. baru tangkap kat kg aritu.
me: laa yeke. baru ingat nak belikan..kalau ikan laga? nak tak?
mak: haaa bole jugak. beli dua ekor..pilih la yang cantik2.

Tak sangka anticipation mak sampai nak 2 ekor terus. Panjat I haha. Mula-mula macam "betul ke nak beli ni...?" Lepas tu beli je la. Bila bawak balik bilik, aku ngan jannah asyik belek ikan ni. Main2 ngan diorang. Tetiba rasa macam nak biar kat bilik je :3

Rasa tenang sangat tengok diorang berenang ke sana ke mari dengan lenggok siripnya yang sangat lemah gemalai beralun tu >_< Subhanallah...lagi-lagi warna biru tu..bila kena pantulan cahaya, sangat berkilau..pastu aku ngan jannah akan macam :0

Kalau warna merah tu kan ekor dia macam dress kain chiffon tu, chantek sangat..aku suka warna dia yang sangat elegan. Merah ni sangat cool, dia tak rasa tercabar bila tengok yang biru tu. Sangat cool lah hehe.

Ikan laga ni senang je jaga dia (I think) tak perlu banyak sangat hiasan. Kalau air, better guna air tapis or air mineral. Kalau air paip, make sure ada anti-klorin. Takut ada yang arwah pulak nanti hehe. Aku tengah mencari daun ketapang sekitar upm ni sebab daun ni ada fungsi natural untuk heal ikan laga yang sakit. Daun ni ada asid tannin and hunnin yang bole menurunkan nilai pH air. Yang eloknya daun ketapang yang dah warna kekuningan/keperangan. Mengurangkan stress jugak. Ikan pun reti stress tau haha. Selain tu, ikan ni boleh main2, nyorok or tidur bawah daun tu. InsyaAllah kalau jumpa. Kat fakulti agribio aku ada jumpa daun yang serupa tapi tak sure. Ada senior cakap dekat seri serdang nun...kalau abah datang jemput nanti, kalau boleh nak pi jenguk sat. Tengok la cemaner kan heee

Oh ye, ikan ni aku beli dekat pesta konvo kat bukit ekspo. Kalau bab harga maybe mahal dari tempat yang lain, tapi bila pikir balik..bila lagi nak pegi beli. Dah jumpa tu, alang-alang je la. Harga tolak ke tepi. To me, it's worth it :)

Alright. Sekian!

Gelagat macik2 horti~







Thursday, October 24, 2013

Kelainan sunyi.



Malam ini sunyi.

Bunyi cengkerik bersahutan.

Aku teruskan membaca.

Di bawah terangnya lampu meja ku.

Esok malam ada test.

Manfaatkan sepenuhnya malam ini.

Keesokan hari sibuk dengan amalan ladang.

Rakan-rakan ku juga pasti sedang khusyuk baca.

Fikir aku tanpa memandang mereka.

Namun,

Aku rasa sunyi sangat.

Ku pusing belakang.

Seorang rakan ku sudah berlayar ke alam mimpi rupanya.

Patut lah.

Sekian.

Haha.

^_____^V

Saturday, September 28, 2013

Ikhlas Menolong.


Menolong.

Keikhlasan perlu diselitkan.

Tanpa mengharapkan balasan.

Manusia adakalnya terlupa.

Namun yang tidak pernah tidur adalah Allah yang Maha Melihat.

Mungkin kita tak mampu nak membalas.

Allah akan utuskan orang lain untuk tolong semula jasa kamu.

Jangan marah.

Kalau manusia yang ditolong itu, tidak membalas jasa mu.

Mungkin kerana lupa atau belum mampu.

Itu kerana..

Kerana adakalanya Allah sedang uji keikhlasan mu.

Ikhlas ke?

:)

Tuesday, September 24, 2013

Antara mata lebah dan lalat



Herm. Hai! hehe. Eh, Assalammualaikum! 

Macam habit. Aku suka menaip dan post entri di kala tengah malam. Sambil menaip pula aku suka mendengar lagu. Kalau tiada alunan lagu, nanti fokus hilang entah ke mana. Itu style aku. Sambil buat nota kena dengar lagu. Kalau membaca novel pun kena dengar lagu, kalau tak apa yang dibaca tak masuk kepala. Tapi kalau baca dan hafal nota tu, of course lagu is not allowed hehe.  Kan?

Redha.

Mempunyai banyak cabang maksud dan kategori kan. Kita redha dengan keadaan sekeliling. Kita redha dengan ketentuan Illahi. Kita redha dengan dugaan yang diberi oleh-Nya. Kita redha dengan siapa keluarga ataupun kengkawan walaupun adakalanya perangai mereka agak annoying hahaha. Yelah, nothing's perfect. Kebiasaannya redha ni disertakan dengan perasaan ikhlas. Bila kita ikhlas menerima, hati pun redha dan makin bertambah tenang. InsyaAllah dipermudahkan untuk menjalani hari-hari yang seterusnya. Pemikiran pun lebih positif. Dari situ, mata hati kita akan tertumpu pada benda-benda yang baik. Dalam dunia ini, perkara kebaikan itu sentiasa melebihi keburukannya. Bak kata Ustaz Kazim Elias - Janganlah jadi seperti lalat yang hanya nampak benda-benda busuk dan kotor sahaja, tapi jadilah seperti lebah yang selalu nampak benda-benda cantik dan wangi. Sentiasalah mencari kebaikan dalam hidup kita. Mungkin kita tak sebertuah orang lain tapi kita juga tidak seteruk mereka yang dalam serba serbi kekurangan. Ini kerana setiap kejadian yang baik mahu pun yang buruk ada sebabnya yang tersendiri.

Okay? Note To Myself too~

Segala yang baik tu datang dari Allah, dan yang kekurangan tu datangnya dari diri kita sendiri. Ingat tuww~

Jangan lupa.. pilih antara mata lebah ke..mata lalat? :)

Bye Bye ^_^

gugel



Sunday, September 22, 2013

Bukan saja-saja



From Heliza Helmi (facebook post) :

BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..
MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..
Masihkah lagi tidak bersyukur?


Moga menjadi penguat diri. Her words really deep. I really like this one. Sebab itulah kita kena selalu husnudzon dengan Allah. Semua yang terjadi bersebab. Bukan saja-saja. Bukan semua yang kita nak akan dapat. Boleh jadi kita sangat menyukai sesuatu itu tapi bukanlah yang terbaik kita untuk kita. Boleh jadi kita tak menyukai sesuatu itu tapi itulah yang terbaik untuk kita.

Mari bersyukur kepada Allah... Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah :)

Thursday, September 19, 2013

Random thoughts



Salam semua.

Now what should i say here? No big issues running through my head actually. Just random thinking. Lisa just asked me," nina..tak post blog ke?" So...here I am...just randomly writing haha. I do miss writing here even nothing is important.

So, patut ke aku share keadaan aku kat sini untuk semester 3? patut je la kan. bukannya apa pun haha. So far so good...masalah pendaftaran subjek tu macam biasalah. Masih ada even minggu daftar subjek almost end. Ahhh peniing kepala dengan esmp ni. Kalau masalah tu berkaitan dengan sistem, kita as a student ni memang takleh nak wat paa walaupun dah call orang pejabat semua. Harap semuanya selesai before minggu daftar subjek tutup. Ada kelas yang kena fight dengan student tahun pertama even though kelas tu memang khas untuk program kitaorang. Sabar je lah. Tapi semua tu dah selesai. Just problem dengan sistem je.

Then, lecturer pun okay2 semua..Kelas entomologi (serangga) kena full english sebab ada sorang pelajar foreigner from Somalia. Overall, okay je. I still enjoy in the class. Cuma kalau hari khamis serik sikit la sebab pagi dan petang kiteorang ada amalan ladang. Oh myyy... last week memang melepek okay bila balik bilik. Esoknya jumaat tu pun ada ladang jugak iaitu ladang buah-buahan. Sem ni seronok macam sem 1 sebab kiteorang dah start tanam2 pokok. Yeay! InsyaAllah bila ada hasil boleh bawak balik. Macam last week, kiteorang tanam bendi, cili, kacang panjang, petola dan group aku tanam sayur berdaun macam bayam hijau, bayam merah. Lepas tu ..esok mungkin Dr nak ajar cara nak buat batas. Group aku dapat batas yang vertical kat dinding. Excited pulak nak belajar. Mungkin boleh praktik kat bilik or kat rumah kan hahaha.

Lepas tu kan.. Upm ni sometimes memang heaven dengan shopping. Rajin betul buat jual2 barang kompiter ngan tudung and baju. Duit tu memang mengalir macam air terjun hahaha. Pandai2 la sekat sendiri ye..kalau tak puasa je kang haha. Lately, ni aku jumpa pulak tudung yang agak besar bidang dia dan tak jarang. Harga pulak sepuluh hengget. Sebat satu pun jadi lah haha. Aku memang suka menyinggah tempat2 macam tu. Memang mengundang. Tapi aku consider jugak if barang yang aku nak beli tu memang betul2 guna atau tidak. So far beg yang aku beli kat tempat jual2 macam ni aku still pakai lagi. Ingat, pentingkan keperluan dari kemahuan! hehe

Okaylah. Tu je kot. Nak kena bangun awal esok. Nak berjalan ke ladang lagi..dah la pukul 8 -.-" haha

Anyway, annyeong yeorobunn...sweet dream dan senyum2 selalu..

Be positive! Think postive! hehe

daaaaaa~ ^^