Wednesday, September 4, 2013

Dude, where my keys?


Sat. Nak citer sat.

Ada satu petang ni, family aku nak keluar. Seperti biasa aku orang terakhir keluar dari rumah. So aku kunci lah pintu menggunakan mangga yang ada. Kunci rumah ada di tangan aku. Tiba-tiba, aku tengok tepi ada anak kucing duduk atas rak kasuut. Comel betul. Aku pun usap lah dan main2 dengan dia. Lepas tu, aku jalan ke kereta dan sebelum masuk abah yang dekat tempat duduk depan hulur payung untuk suruh simpan kat belakang kereta. Aku pun amik payung dan simpan lah kat belakang. Aku pun masuk dalam kereta dan tutup pintu. Dum. Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Eh? Mana kunci rumah tadi? Aku pun selak-selak bawak bantal kat tempat duduk belakang. Aik, takde? Aku cakap kat mak, "jap mak..nak cari kunci jap.." Aku pun lari ke rumah dan cek di lantai kalau ada kunci terjatuh. Aku tengok jugak dekat atas rak kasut tadi. Kucing aku dah takde kat situ. Tak tau lah kemana dia pergi. Aik? Takkan kucing aku gonggong kunci aku bawak lari pulak. Kucing bukan macam anjing hoho. Kepelikan melanda. Puas aku tengok sekitar tempat aku mengunci pintu tadi tapi bersih. Nampaknya aku mengambil masa yang agak lama pulak mencari kunci. Dah la nak kejar masa. Takpelah, balik nanti aku cari balik.

Pelik kan? Tapi apa yang lagi pelik adalah 3 second memory yang aku alami. Sampai saat aku menaip disini, aku tengah cuba mengingati setiap langkah yang aku lakukan semasa keluar kunci pintu haritu. Namun, aku percaya kunci tu ada kat tempat yang selamat cuma aku tak tau kat mana. Ya allah. Where is it? Takkan nak salahkan kucing yang menjadi terlalu comel pulak? XD 

Monday, September 2, 2013

Floral Photography



Salam. 


Gambar-gambar ni ihsan kebajikan dari Encik Google.

But edited by me.

The pictures are originally freaking beautiful captured by awesome photographers. Subhanallah! ^_^ 

Tuesday, August 27, 2013

Show your support to them, R4BIA



Jangan terkejut sebab blog saya asyik bertukar rupa. Walaupun tak banyak, sikit pun jadilah hehe.

Tak lama lagi lebih kurang dalam 2 minggu saya akan menjejakkan kaki semula ke alam universiti. acewahh haha. Cuti bakal berakhir. Cukup rasanya berehat hahaha. Alhamdulillah ada input duduk rumah dari segi memasak. Rasa tak sabar jumpa kengkawan yang dah lama tak dengar khabar sejak cuti ni. Dah nak naik balik ni baru lah dengan khabar masing2. Kalau tak tu, memang macam duduk dalam gua memasing hahaha.
Eksaited jugak nak jumpa junior-junior under program saya. Macam tak percaya saya jadi fasi. Bukan reti sangat pun benda2 gini and this is my first time, so kite redah sajalahhh. I'm not sure how it's gonna be but InshaAllah it will be fun.

Alhamdulillah jugak lesen kereta haritu pass. Agagaga. Walaupun kelam-kabut bawak, tapi nasib baik jpj tak syak pape. Anything can happen though. Sempat pandang encik yang ajar saya bawak kereta, dia buat isyarat tangan mcm "jalan saja laaa " hahaha. Glad, I make it! Now, I'm waiting for my license to be done and saya akan start bawak kereta sekitar sini.

Have you heard about R4bia? I'm sure you would. Sangat sedih apa yang menimpa negara palestin, syria dan mesir kan. All those chemical weapons are horribly cruelty to human beings especially kids. Such a painful to our heart to watch all those pictures and videos. More painful that we can do nothing about it besides prayer and support to our brothers and sisters there. Mesti hebat iman diorang diuji sebegitu rupa kan. Nak dibanding dengan kita ni apa lahh sangat. Peluang mereka untuk syahid sangat luas. Namun, senario segelintir remaja disini agak menyedihkan. Sanggup bunuh diri semata-mata nak follower? (You know who right. Sorry to say) Cuba hantar dia kesana sikit. Buka mata luas-luas. Sometimes life is just not about you only. We're in unity. Lets pray for them

http://www.pakistaniyan.com/2013/08/what-is-meaning-of-raabiaraabar4bia.html - detail info about R4bia.

Secara ringkasnya, rabia bermaksud 4 dalam bahasa arab. Ini simbol dalam menentang keganasan dalam pemerintahan tentera ke atas negara diorang. Setakat yang saya baca di surat khabar kelmarin sudah seribu lebih meninggal dunia.  :(

http://ilusi-fantasidunia.blogspot.com/2013/08/r4bia-sokongan-dan-doa-buat-mesir.html - i love this one..

Thursday, August 15, 2013

La Tahzan hehe



Fatih Seferagic dah kahwin.

Tahniah.

*cry at the corner

lol

Haha takde lah. Tahniah, congrats dan barakallah to him!

Pasti rama yang frust menonggeng kan dengan berita yang sangat tiba2 ni.

Sedang aku scroll instagram, tiba2 ada gambar fatih dengan seorang perempuan dalam 2 or 3min gitu dengan caption "the wife"

Lalu aku cepat2 tweet, " Woah Fatih seferagic dah kahwin :0 "

Okay, sekian! hihi


Eid 2013


Assalammualaikum!

Hope it's not too late. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin! to uols ^0^

Amacam? Happy raya?

Duit raya share2 okay..nanti saya sertakan nombor bank akaun kat bawah post. Okay, gurau je haha.

Haaa..so kali ni raya pada umur 20 tahun. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk merasainya. Terima kasih Ya Allah. Raya tahun ni a bit different. Ofkos, saya happy dengan kelainan yang dirasai. Tahun ni juga along raya hari pertama disini. Minggu terakhir nak raya memang riuh-rendah dengan kehadiran anak2 buah. Huuu bertenaga sikit rumah ni. Kalau tak tu..bunyi cengkerik akan kedengaran walaupun takde cengkerik. Get what I meant? haha.

Yelah.Bila ada budak-budak, mereka kan lari ke sana sini. Kalau dah tinggal saya dengan mak ngan abah je, takkan tetiba saya nak berlari tak tentu arah. Gilo ko apoo hahaha. Kehadiran kanak2 memang meriah kan keadaan tanpa disedari. Okay, nampak kerinduan saya pada mereka disitu hehe.

Herm, lapar tetiba di tengah pagi ni. Tadi baru habis layan dua episod Running Man terus. Ep 2ne1 dengan IHYV parody skali. Topup time cuti raya lol. Aku memang excited nak tunggu tang 2ne1, favorite group. Respect betul dengan Minzy ngan CL. Bias list almost ruin hahah. Cl memang pandai pun sebab bapak dia professor kot. Ada kena-mengena kan disitu? Gene keturunan pandai haha. Tiba2 teringat cross gene belajar time biologi kat matrik dulu. Sangat masuk akal dan seronok haha. Memang la masuk akal. Ayat apa yang aku cuba guna sekarang ni??

Sebenarnya aku cuba untuk tulis dengan formal dan penuh perasaan pasal lebaran (woah haha) kali ni. Ah, agak mencabar. Untuk berbahasa-basi bagi yang kurang berbakat dalam menulis seperti aku ni, kena banyak belajar. Dan sering je cerita keluar topik. Sometimes aku lebih suka cerita random topik, tapi selalu memikirkan sensitiviti sekeliling. Banyak yang aku biarkan macam tu saja.

Nanti aku cuba keluarkan satu entri yang menyentuh hati dan perasaan sampai mengalir mata tanpa disedari. Okay, poyo je kan haha. Gurau je. I just like the laid-back style. Senang sebenarnya haha. Dah la. Cukup mengarut ku disini.

Uols! Maafkan salah silap ku.
I love u.
^_^

pizzz

Friday, July 26, 2013

Pros & Cons of Thursday


Semalam boleh dikatakan hari yang seimbang oleh aku.

Kenapa? Haaa..nak cito lah ni.

Seperti semua orang sedia maklum, semalam aku ada test jpj. (Bunyi macam aku umum kan satu malaysia je kan hahaha) Aku fail. Hehe.
Straight forward je aku cakap. Semalam agak frust jugak la sebab aku kena tunggu lagi 3 minggu nak repeat. Haihhh....takdaq rezeki. Nak wat cano.. Dah la aku fail kat bukit. Biasanya time praktis, aku okay je. Tapi semalam aku neves je lebih haha. Bila terlebih nervous, fokus hilang entah ke mana. Segala step aku lupa nak buat. Adess. Bila jpj suruh undur keta turun bukit, berkecai hati aku huhu. Rasa macam nak nangis. Seriously. Rasa macam nak pergi berlutut, tapi! Takpe! Control myself. It's my fault. Dari situ aku dah terbayang encik yang mengajar aku tu hahaha. Malunya..maaf pakcik! Alhamdulillah test jalan raya aku okay je. Kalau dua2 fail, memang aku rasa nak bakar je keta kat situ haha. Eh, bunyi dah macam psiko agaga. Nampaknya aku masih tak dapat nak tinggalkan ikmas tu haha. Guess, I'll meet u again ikmas. Wait for me eh haha. Adoyaii..I hope I can do better next time InsyaAllah :)

Kawan aku sorang ni nama dia Aimee. Kesian kat dia sebab salah orang lain dia fail. Tu lagi lah, heartbroken nye. Masa simpang 3, dia tengok motor tu jauh lagi tapi tetiba motor tu dah sebelah dia. Agaknya almost nak berlanggar dan jpj tu pun terkejut. Terus dia tak jadi teruskan. Motor tu pun tetiba pecut dah kenapa. Mentang2 orang tengah test, saja lah tu buat dajjal. Seriously. Banyak kes. Sabar je lah. Aimee, nampaknya kita jumpa lagi hikhik. Kita praktis lagi ye nanti. Next time we can do it! InsyaAllah. Encik yang mengajar kiteorang tu siap cakap, "nanti nak sewa kereta satu je..kat jalan raya biar Sharina bawak. Kalau nak parking biar Aimee yang buat" LoL XD

Okay, the good one is my result.
Bila aku cakap macam ni, tak bermaksud aku salah seorang dari DL. One day, InshaAllah! Alhamdulillah. Tengah malam check. Aku dapat result lebih dari yang aku expect sebab aku boleh rasa result aku menurun.
Nasib baik turun tak banyak and still above 3 pointer. Sebenarnya...aku dah redha kalau bawah 3 pointer pun sebab aku rasa begitu tough subjek sem ni. Tapi tipu la kalau aku tak jealous mereka yang mendapat lebih dari aku kan haha. But, I'm happy for you guys. Tahniah untuk mereka yang DL!!! Daebak! Rasanya aku dah cuba yang terbaik untuk sem lepas. Seboleh-bolehnya aku usaha untuk maintain result aku. Bermula lah sesi soal siasat antara coursemate lepas ni ngee. Share je la ye kengkawan. Feel free to ask me, guys! But, only in message. Jangan tanya kat public sudah haha. Memang awak jadi anonymous je nanti keke.

The pros and cons of today hehe.



p/s : the gif not mine :)

Monday, July 22, 2013

I'm Back! \(^0^)/


Assalammualaikum...

Semak pulak tengok entri 'botak ni' tu. Pandang je macam ehh..exam dah habis lah! So, ini membuatkan aku nak hapdet belog. Huuu Haluuuu *waving ^^

Alhamdulillah, tiba juga kita di bulan Ramadan *ayat tipikal haha. Malah dah pun pertengahan bulan ramadan. Maaf baru sekarang hendak mengarang disini. Entahla. Mood nak mengarang just flew out from myself. It takes a long time to regain it. Anyhow, I always check out my blog. To see if there any comments even there aren't lol. It's okay.. :)

Alhamdulillah lagi sekali sebab kali ni aku dapat lalui Ramadan yang tenang berbanding tahun lepas. Aku takkan lupa kenangan berpuasa hampir sebulan di hospital. Tiada apa yang aku kesalkan. Aku hargai segala kenangan itu. Sangat. Dari situ, pelbagai detik di hati ini muncul. Detik keinsafan yang membuatkan aku berjaga-jaga dalam meniti hari hingga ke hari ini.

Dugaan yang sangat kuat tahun lepas. Tapi aku redha. Sebab Allah uji tandanya sayang. Itu yang membuatkan aku rindu saat2 berpuasa tahun lepas. Tahun ni aku diberi lebih peluang untuk beribadat lebih dari segi bertadarus.

Alhamdulillah lagi..sebab aku dapat berbakti sikit dengan mengajar mak mengaji dengan lebih mendalam dari segi tajwid dan pantau bacaannya. Walaupun tak sehebat mana, masih mampu untuk memantau bacaan orang lain. Jadi kan, disini saya nak mengajak kengkawan yang mana dah lancar baca al-quran ajar mereka disekeliling kita. Walaupun tak besar mana, tapi Allah with us. He see our effort :)

- Become blessed by being grateful -