Saturday, September 15, 2012

Ladang 2


Assalammualaikum~

Okay, ni second post saya buat along hehe. Along, nakmo angesh2! Sinyum-sinyum ya.. ^-^

Untuk harini...banyak benda menarik dan baru..Yela baru hari ketiga berkuliah. So everything was fascinating and new to me. Pertama...ofkos la..terserempak dengan abang fasi keke ;p mesti korang menyampahkan.."eiii dia ni..tak habis-habis dengan abg fasi.." wait, abang? tua setahun je pun hahah. Gurau je tu. Fasi tu semua sampingan sekejap hihi.

Harini kan..aku mulakan hari dengan subjek 'Pembiakan tanaman dan pengurusan semaian' amali bertempat di ladang 2. Mula-mula aku tengok macam...haaa kat mana pulak ladang ni..hadoii...Yang aku tau ladang 10, betul-betul depan cafe dekat ngan kolej aku tuh. Menggagau gak la kami duk mencari. Kelas pukul 9 tapi pukul 7.30 lagi kami dah keluar naik bas kekeke. Semangat freshie namanya tu weh hahaha. Berbekalkan arahan dari akak-akak fasi yang sudi bagi direction tu..kami turun la kat main faculty, lalu dekat library. Pastu jalan straight...bila kami jalan straight je..something is not right..Herm..aku tengok eh , "ehh ada kuda!!" tengok tu...eksaited tak aku nampak kuda haha. Kuda padi sebab dia rendah semacam. Pastu aku pandang depan macam takde penghujung dan takde petunjuk yang depan tu ada ladang pun...

So..iznee pun call la balik akak fasi..alih-alih patutnya straight ke depan sikit pastu belok kiri centu. Haa..luruih bebenor la kami ni kan pi straight yaaa..Bila belok kanan nampak la rupa ladang-ladang tu..ada reban ayam...ada ladang jagung...takkan terlepas bergambar dengan pokok jagung yang tinggi-minggi itu hehe. Sampai je..memang lawa la tempat dia, Rasa terasing dari kawasan bandar , it's like u enter a different world for a moment. I was mesmerised by the scenery. Subhanallah..I'm wondering...why some of us change their courses? They would miss this..

Sesampai tu..kami amikla masa beramah mesra sesama classmates. Oh ye, aku sampai kat ladang dalam pukul 8.00 lebih..almost most of the time digunakan untuk mencari ladang haha. Agak teruja untuk masuk ke tempat bernama ladang ni. Maklumlah tak pernah hehehe..Then, datangla Prof/ Dr..eh entahla..konfius aku nak panggil apa..kadang-kadang tu tersasul nak panggil cikgu haha. Memang mintak tangan la kan cakap cikgu tu. Aku bahasa kan prof la senang k..Prof pun bagi lah instruction dan group. Tujuan utama amali harini adalah menghasil medium soil..lebih kurang baja la katakan. Jadi aku pun imbas kembali belajar Kemahiran Hidup time tingkatan 3 ke 2 dulu..time tu aku belajar pakai teori je. So, memang tak terbayang la macam mana progress. Sape sangka yang one day aku merasa jugak la buat campuran baja nisbah 2:1:1 tu.

Seronok sangat! sebab dapat main dengan tanah haha. Kami pakai 8 tray..setiap tray ada 40 biji benih dan kami pakai dua jenis biji benih iaitu roselle dan marigold. Marigold? Curious? Sounds pretty right? Like a brand or something..tapi ketahuilah sesungguhnya..Marigold tu adalah nama saintifik bunga tahi ayam!hehehehe. Lucu kan but that's the truth, fellas! :D

As usual..gambar tu memang ada untuk buat lab report sume..tapi line wifi so jealous at me kan...what to do..okaylah...nak basuh baju..plus saya udah ngantuk banget. Baju menimbun woii..tolong bagi saya semangat nak basuh baju.. =.= haha kidding..k Love U Guys! ^-^

For Leen Unnie #2

p/s : ekceli post ni dah lama..second day aritu..tapi takleh nak publish sebab line mcm hape je 2,3 harini =.=

Monday, September 10, 2012

Aku Budak HOrT hehe


Assalammualaikum! ^^


Hype ^-^/

Jadi 10-09-2012 adalah tarikh pertama aku menghadiri kuliah di UPM. About today? Not so rilek sebab otak serabut dengan pendaftaran khusus. Imagine lah...kita ni dah la tak tau pape...takkan nak main tarik subjek sem 2 ke atas. Tak berani. Ramai akak-akak cakap'wat lek wat kul' je tapi saya tak boleh T-T cuaklaa...macam mana kalau nama saya tak masuk dalam sistem daftar subjek nanti.

Subjek yang paling aku tengah cuak sekarang adalah 'Biokimia' dan 'Pembiakan tanaman dan pengurusan semaian'. Haa...nampak tak subjek macam budak HOT..hahaha takdelah budak HORTiculture je :p I think i made the right choice by picking horticulture even not so popular..but i saw my path already hehe.. After i go through all this day, nampak macam dah ada jalan penyelesaian untuk harini. Insyaallah..mohon dipermudahkan lah :)

Fakulti sains pertanian agak terasing kerana fakulti tu terletak luar upm. Jadi, Upm sediakan bas khas untuk budak sains pertanian. Syukur jugak tak perlu bersesak dengan fakulti lain dalam bas sebabnya aku dah rasa tadi. Tadi aku cuma nak jenjalan tengok PC Fest dengan Lisa dan Iznee (coursemate). Dah habis meronda-ronda melihat sekitar kawasan semua...kami jalan la ke bus stand. Nampak pulak abang-abang fasi yang hensem tu kan :p haha. Bas kolej aku penuh. 4 kali dia singgah kat bus stand setakat nak berenti kejap sebab bukannya boleh naik lagi pun. Memang tahap sendat ikan sardin aaa...Jadi setelah fed up..kami pun berjalan la ke stesen bas di fakulti lain. Yang tu lagi laaa...dah la terik gilaa...tambah stesen bas menghadap cahaya matahari >.< dah rasa macam kena panggang. Sunburn do muka ni. Yang tu dekat half an hour jugakla. Senario yang sama, bas kolej aku penuh. Dari jauh kami tau bas tu penuh..kalau jalan macam senget sebelah tu..konfem penuh.  Last2 lagi..kami jalan lagi ke fakulti sains komputer..berhenti di stesen bas dan alhamdulillah..dapat pun. Even bas tu ber-air cond..tapi aku berpeluh dalam bas dengan haba manusia di sekeliling aku.

Nak tengok aksi kami?

Alaaa...wifi lembab. -.-"

Btw, post ni saya dedicated untuk leen unnie..if u wondering how am i at U..here i am..insyaallah ...i will try my best to update everyday for you hehehe. LoVe U <3 p="p">

Tuesday, August 28, 2012

One Direction / Satu Arah


Assalammualaikum ^^

Erm, apa mau dikatakan? Saya Jatuh Cinta dengan One Direction! *tetiba. adakah saya dikira Directioners? kekeke. Count me in gang! :> Bias saya : ofkos Zayn MaLik and NiAll and HarrY's VoiCe. Kenapa suara Harry je? sebab Harry angah dah cop haha. Jadi suka suara aje.

Mula-mula tu macam tak kisah sangat bila lagu One Direction keluar kat radio. Buat dek je and nyanyi gitu-gitu je. Bole LuPa LiRik YeaYeah! (macam jangan lupa lirik pulak hehe) Lately, masa abah admit Hospital KL, aku duk lak sementara kat rumah sewa angah sebab dia keje kl. Every morning dia akan drop aku kat sepital, jadi bukak radio, mesti wajib punya lah lagu One Direction akan keluar.

One day tu..aku teliti lah lirik 'One Thing'. Tertarik dengan lirik dia sebab jiwa remaja gitu huahuahua. I kan remaja lagi *tangan di bahu mata ke atas. Lepas tu, angah tunjuk plak 'facts about one direction'. Funny and cute especially si Niall yang kuat makan. Dia nak awek yang sama kuat makan macam dia gak haha. Then, terharu la sebab diorang cari awek thru fans sendiri okay. Humble woh. *adakah ini bermakna I ada chance? *sila lempang muka sendiri. Angah mesti cakap, " ko nak kawen dengan orang yang belum sunat tu dek?" Dush, torkono den. Awalnya orang yang dimaksudkan time tu adalah Yoseob. Haiya..takde la sampai nak kawen wahai angah ku sayang oi. Minat je. I ada ciri-ciri Ideal husband tawww...haha

Ohh..i know i'm bit late right. Hek eleh baru nak jadi fan sharina ni haha. Malas nak fan girling kan sebab tengok ramai sangat peminat dia tapi alang-alang dah terjebak tu.. just enjoy the music :)

Idop Satu Arah! hehe


Hahaha comel..


Sunday, August 19, 2012

Solamek Aghi Ghayo!



Assalamualaikum!

Aku nak ucapkan,

SeLaMaT HaRi RaYa!

Maaf Zahir & Batin!

\(^___^)/

Ihsan gambar pakcik gugel

Apapun, tahun ni banyak iklan raya yang best kan. Takde la banyak tapi sedia maklum 2 iklan ni mesti korang dah tau kan.


Ni under petronas. Terharu tengok budak-budak ni. Ni boleh dikatakan filem pendek kan. Aku suka sangat ^^

Yang second,


Ni iklan Bernas. Terbaek. Kesungguhan anak yatim nak balik kampung semata-mata nak jenguk kubur ibunya. When raya, everything is bout parents, right? All iklan raya, parents is the main point, kan.

Jadi sekian bout the commercial..

Saya, Nursharina binti Sharudin menyusun sepuluh jari rapat-rapat dan cantumkan dua telapak tangan memohon maaf kepada semua orang iaitu yang membaca belog ini dan kawan2 baik saya, rakan sekelas dari darjah satu sampai matrik. Fullamak. Ramai tu... Minta maaf atas salah silap dan ketelanjuran kata, jika ada. 

Jemput Datang Rumah! ^-^

Alamat : Di Malaysia hehehe

*family dah salam2 mohon maap kan. Kengkawan ontah bilo nak jonguk *jenguk. I miss you guys :*

Oh, mintak maaf kepada 5st2 reunion buka puasa haritu. Aku ingat hari jumaat tu dah konfem so takde la nak cek fb. Huhu..maapkan ambo :| 

Tuesday, August 14, 2012

Big Bang's CF


All time favorite big bang's commercial hikhik

Baskin Robbin ^-^



phone!



Apps on phone.
Yang ni lawak lagi2 part daesung XD



Iklan baju sekolah. Skoolooks :D
Yang ni semua comel haha
*bingeul bingeul..


SeKiAn~

V.I.P still AliVe~

:) 


Saturday, August 11, 2012

Diabetic Mellitus


Assalammualaikum.

Lama tak menaip. Lama rasanya aku menghilang kejap. Sebulan ek? Lebih kurang la kan...Sory..Ada sedikit komitmen yang perlu saya komited kan haha. Amacam puasa? Okay? Aku? Struggling...hehe jk

Aku sekarang dah macam nurse. Aku rasa macam dah salah pilih kos je. Patut aku amik nursing lah hahaha. Tapi takpe ini semua ilmu tambahan dari Allah. Aku jadi nurse sambilan kat rumah. Okay lah. Aku berterus-terang je lah ye.

Abah ada sakit kencing manis dan akibat luka yang tersangat kecil..sekarang dah menjadi luka yang sangat besar..Jadi, sekarang aku 'dressing' sendiri. Dressing? Dressing tu wound care. Apabila kita ada luka yang sangat besar sampai dah hilang kulit, sampai nampak daging semua..boleh timbul satu lapisan kuning iaitu slough. Slough ni lah kita kena cuci setiap hari supaya dia tidak mengganggu pertumbuhan kulit dan isi daging yang baru. Slough ini sometimes agak degil. Jadi kenalah bersabar.

Erm, nak post gambar ke? Takyah la kan. Takut ada pulak yang loya nanti hehe. Nak tengok sangat, gugel lah hehe. Orang sakit kencing manis ni sangat bahaya kalau terluka. Kalau luka , sangat susah nak baik and dia makan kulit. Jadi nasihat saya kalau ayah awak tu ada kencing manis. Jaga tau. Suruh dia take care kaki dia. Pakai stokin dalam kasut. Melecet pun tak boleh. Senang kata, dia kena jaga kaki dia bagai seorang puteri yang sangat menjaga diri dia. Tetiba puteri? hahaha.

Jadi, kengkawan semua...sebab itu lah abah saya masuk sepital. Sebab luka2 tu semua lah. Dan kawan-kawan...make sure anda ada alat cek level kencing manis tu. Jaga juga pemakanan dia. Saya sarankan minuman mysulin. Air ni tersangat mujarab dalam menurunkan level blood glucose dalam darah sebab ianya berasaskan Habbatus Sauda :)

Dan jika ayah awak tiada selera makan, cuba lah produk 'Melilea'. Ianya meningkatkan rasa selera dan pengganti nutrien makanan. Ia akan bagi ayah anda kenyang. Oh wait. Kenapa ayah je? Mestilah kaum ibu juga atau pun siapa pun yang menghidap penyakit ini. Cuma saya selalu jumpa kes kaum ayah je...Maapkan saya..hehe

Jika sudah terluka, cepat2 lah bawa jumpa doktor untuk rawatan seterusnya dan kalau luka masih di peringkat minor dan kecil. Saya sarankan pergi buat rawatan ulat dahulu kerana ulat ni telah disterilkan dan makanan dia adalah slough itu. Bila slough tiada, cepat baiklah luka tersebut. Cuma pastikan tiada nanah sebab nanti ulat tersedak sedut nanah pastu lemah. Haaa cian dia, dah la takde pelampung. Terapi ulat boleh didapati di 'Dr.Maggot'. Boleh la tengok testimoni di youtube. Tv3 pun pernah buat dokumentari pasal ni. Ulat apa? Ianya sejenis ulat sampah dan memang berasal dari lalat tu. Memang ulat sampah pun tapi telah disterilkan dan selamat digunakan. Jangan pegi amik ulat sampah kat sampah tu pulak. Jangan jangan..bahye wooo. Kuman. I shouldn't tell you guy this. Ada juga yang tak sanggup pegi nanti haha. Well, hari pertama dia just masukkan ulat tu..tapi ulat tu sangat kecil macam yang baru menetas gitu. Untuk hari pertama, takkan terasa sangat. Hari kedua, ulat dah start membesar dan boleh rasa dia bergerak-gerak. Jangan risau dia takkan masuk merayau jauh-jauh sebab tuan dia akan letakkan border disekeliling luka dan kerja dia hanya makan slough. Bukannya jalan-jalan cari makan eh hahaha. Bila hari ketiga, or keempat gitu..tuan yang incharge ulat ni akan keluar kan ulat tu. Tak boleh lama-lama nanti dia lemas haha. Bila buka je balutan tu, ulat akan serta-merta mati bila menghidu udara. Kenapa? Aku tak khatam lagi bab tu. Aku tau semua ni pun sebab pesakit sebelah katil abah buat rawatan ulat ni :) Again, i tak patut bagitau ni hahaha.

Menurut kawan rapat saya, Jasmin. Ayah dia pun sakit kencing manis dan tambah pula dengan sakit jantung. Dia sarankan minum air misai kucing. sangat mujarab dalam merawati penyakit jantung. Bukannya apa..kurang-kurangkan lah makan ubat hospital. Boleh tapi kurang-kurangkan lah..sebab pakcik sebelah katil abah masa di hospital dulu pernah dibedah akibat usus bocor. Dia telan pain killer terlalu banyak sampai usus dia nipis dan bocor. Ubat pain killer bahaya tau. Jangan telan banyak sangat kecuali dalam keadaan yang sangat terpaksa dan sakit. Takpelah. Sakit itu sangat menyakitkan. Apakah?heeee Sory jas harap ko tak kisah aku cerita ni. Papehal msg aku eh, nanti aku edit balik :)

Phew...itu je lah sedikit nasihat yang boleh saya kongsi..Oh ye, aku suka dressing..Nurse life is amazing.. :)

Lagi satu! Aku pernah terbaca satu poster pasal penjagaan kaki pesakit diabetes ni sebelum luka. Dia kata jangan rendam kaki lama-lama dalam air. Kenapa pun aku tak tau? Dan dia kata...selalu sapu losyen atau minyak so kaki stay lembap dan tidak kering. Kuranglah risiko untuk kematu. Tapi dia kata jangan guna Vaseline. Aku ngan angah macam tak setuju sebab aku dah try sapu vaseline kat kaki abah sebelum baca poster tu hehehe...hasilnya kaki abah tak mengelupas teruk dan cantik je kulit abah. Sebab apa pun tak dinyatakan? Poster tu saja meninggalkan orang berteka-teki. Don't expect people baca dan terus terima je. People will ask, "hurmm..why?". For now, aku tak cari lagi jawapannya kenapa. Kenapa? Biar saya biarkan anda pula berteka-teki ;p hahaha

Okaylah. Sekian!

Ingat! Jaga-jaga kesihatan anda selalu! ^-^ dan jagalah mereka yang membutuhkan pertolongan kita.. :)

*another long entry. -.- addicted to it haha


English - Diabetic Malay - Diabetes. Oh konfius gue ~

Selamat Bersahur~ Jam 2.32 a.m






Blog Teah La...


Assalammualaikum!

Here's another one my classmates at matrics join our blogging world.

Nama dia Nurul Fatihah Zahiraf.

Aku ngan shasha panggil dia 'teah'. Last2 merebak pulak kat classmates yang lain hehehe. Suka-suka je nak tukar nama orang ;p

Dia ni kelakar dan tinggi orangnya. Sangat rajin dan komited dalam sebarang urusan yang diberi. Great partner if kerja berkumpulan dengan dia. Wah wah puji lelebih pulak aku ni..

Teah, rindu lah nak jumpa ko! ^-^

Happy Blogging Yaw!

www.coretansahabatsampaisyurga.blogspot.com

Phew~ berpeluh aku menaip link makcik ni. The longest url. Nasib baik senang ingat hehe. :)

Tapi aku suka word, 'Sahabat sampai syurga'..

Okeh, sesama lah kita follow-memollow...

Tata~