Multiple sclerosis?
Itu adalah penyakit yang menyerang urat saraf kita. Saat ini lebih dari 200 000 ribu orang menderita penyakit ini.
Penyakit itu jugak yang menimpa kawan angah aku. Pada mulanya, penyakit itu serang dia selepas diorang grads dari form 5. Masa itu, elok lagi. Dia masih boleh berkata-kata. Angah pernah tunjukkan gambar dia kat aku. Masih sayu untuk ditatap tapi aku melihat dia masih gagah.
Namun, sekarang aku sendiri rasa tak mampu untuk menatap gambar dia. Aku terjumpa gambar dia sewaktu membelek-belek handphone angah. Tergamam aku buat seketika. Apa benar ini akak 'q' yang aku jumpa sewaktu aku kecik dulu dan sewaktu aku tengok gambar dia di awal peringkat penyakit dia? Hampir berair mata aku tetapi aku simpan dahulu.
Di saat itu, aku tanya angah.
"macam mana boleh jadi macam ni?"
"tu sebenarnya keadaan dia dah kira okay la tu"
"tapi kalau dulu, nina rasa lagi elok. yang ni macam..."
"tu la..tapi mak dia kata itu pun dah elok sikit dari dulu"
aku sendiri tak mengerti. Elok yang bagaimana. Dalam gambar itu, aku tau angah pergi melawat dia. Duduk disisinya. Akak q hanya mampu terbaring melihat angah ku. Aku bertanya,
"angah boleh terima..?"
"masa mula2 lawat dia, angah dah ready. angah memang dah tawakal apa pun keadaan dia sekarang. Disebabkan angah dah pergi melawat dia sebelum ni, so angah dah terima la sikit-sikit"
"oh, kawan angah yang lagi sorang ni? (aku merujuk terhadap seorang lagi kawan dia dalam gambar tu). "
"dia nangis jugak mula-mula tu."
"sedih. Kalau kawan nina, dah lama nangis gila-gila"
"mana taknya dik. cuba bayangkan dia dah la bestfren angah kat teknik."
Ya Allah, aku tak boleh bayang kalau mana-mana kawan baik aku begitu keadaannya. Namun, aku hanya mampu doakan yang terbaik untuk akak q. Insya-Allah..mudah-mudahan keadaan dia bertambah baik pada masa yang akan datang.
Apa tujuan aku sebenarnya adalah kita seharusnya bersyukur di umur peringkat ini kerana berpeluang merasai nikmat bersuka ria bersama kawan-kawan, dapat bergerak bebas, dapat bergelak ketawa, dan macam-macam lah. Pokoknya, kalau kita dalam kesedihan, ingatlah orang yang lebih susah dari kita. Ingatlah nikmat yang Allah kurniakan pada kita. Kita hormat pada mereka sebaya dengan kita namun hidup mereka sudah penuh dugaan dan cabaran.
Alhamdulillah...
p/s : kalau korang rajin, http://www.msif.org/in/ms_the_disease/what_is_ms.html here you guys can read more about this multiple sclerosis.




2 comments:
Ishhh.
ko nie. wat angah sedih plakkk.. ;'(
i just mish my moment while am wif her..
a lott.. ;'(
yep. together lets we pray for her..
InsyaAllah she will recover 1 day..
and dats 1 of my repeated wish.. yearly.. T__T
within this post, it will remind me to pray for her..always..
Post a Comment